2 Amalan Penting Dalam Bulan Ramadhan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Hari ni adalah hari ke-11 kita berpuasa. Bagaimanakah dengan puasa anda semua? Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya khususnya, dan anda semua untuk kita sama-sama amal kan 2 amalan penting yang Nabi SAW sangat tekankan untuk diamalkan dalam bulan Ramadhan ini.

Apakah 2 amalan itu yang penting itu ;

Amalan 1
Sentiasa amalkan 4 zikir ini iaitu ;

  1. Istighfar (mohon keampunan)
  2. Ucap syahadah (Laailaha illallah, Muhammaddur Rasulullah)
  3. Berdoa mohon Syurga
  4. Berdoa mohon keredhaan Allah ta’ala

Ia bertepatan dengan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi seperti berikut ;

“4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah.”

Klik utk baca seterusnya…

4 Fokus Utama Dalam Bulan Ramadhan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Berikut saya senaraikan 4 fokus yang patut kita sama-sama usahakan terutamanya dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

4 Fokus tersebut ialah ;

1) Berusaha meraih TAQWA & Mendapatkan KEAMPUNAN
Banyak dalil-dalil yang jelas menegaskan kepada kita untuk berusaha sebaik mungkin dalam meraih taqwa dan keampunan di dalam bulan Ramadhan ini. Ada banyak cara untuk meraih taqwa dan mendapat keampunan. Tapi asasnya ialah ;

  • Menunaikan yang wajib (dengan sempurna, bukan cincai-cincai saja). Contohnya menunaikan solat, mesti di awal waktu, lakukan di masjid @ surau dan secara berjemaah.
  • Memperbanyakkan yang sunat (cuba buat apa saja amalan sunat sebanyak dan sebaik mungkin). Contohnya buat solat sunat rawatib, berzikir dan sebagainya.

http://pakarhowto.com/wp-includes/js/tinymce/plugins/wordpress/img/trans.gif

2) Memperbanyakkan bacaan Quran
Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Al-Quran adalah formula paling berkesan untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat.

Fokuslah kepada pembacaan Quran. Lipat gandakan bacaan Quran berbanding bulan-bulan biasa. Kalau bulan-bulan lain kita baca 1 muka surat, dalam bulan Ramadhan ni, eloklah kita lebihkan lagi bacaan kita. Target sekurang-kurangnya kita khatam 1 kali dalam bulan Ramadhan ini.

Klik utk baca seterusnya…

10 cara untuk meraikan kedatangan Ramadan al-Mubarak

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

RAMADAN yang dikenali sebagai syahrul barakah atau bulan berkat mempunyai pelbagai kelebihan.

Muslim yang mukmin hendaklah mengambil peluang Ramadan kali ini bagi meningkatkan ketakwaan agar puasa kita mencapai tahap puasa khawasil khawas (orang khusus).

Berikut disenaraikan 10 cara untuk meraikan kedatangan Ramadan al-Mubarak.

1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasik. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan berdahaga. (riwayat Bukhari).

2. Menghidupkan malam dengan beribadat (qiamullail). Sesungguhnya ibadah qiamullail adalah kegemaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Kata Ummul Mukminin Saidatina Aishah r.a.: Janganlah kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Apabila baginda sakit atau keletihan, baginda bersolat dalam keadaan duduk.

Rasulullah SAW juga bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau menggerakkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: “Solat, solat” sambil membaca ayat 132 dari surah Taha yang bermaksud: Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, malah Kami yang memberikan rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.

3. Bersedekah. Rasulullah SAW adalah seorang yang paling pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan”. (riwayat Tirmizi).

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site