Amalan @ doa mujarab untuk tenteramkan hati yang tengah panas

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Kepada korang yang selalu datang melawat blog ni, aku minta maaf sebab dah lebih seminggu aku tak menulis di blog ni. Ini semua sebab tahun baru Cina la. Aku amik cuti panjang dan balik kampung. Kat kampung (Baling-Kedah –> kampung isteri aku), tak dapat nak layan internet. So, semua aktiviti internet aku terjejas.

Maaf deh. :(

Dalam entri kali ni, aku cuma nak kongsi 1 amalan @ doa untuk mententeramkan hati yang tengah panas. Doa ni saya sesuai bagi korang yang mungkin terasa hati @ makan hati dengan geng-geng korang yang mulut mereka mungkin sangat lazer dan menyakitkan hati.

Kepada korang yang selalu kena umpat, kena keji, kena hina dan kena kata yang bukan-bukan dari orang lain. Tentunya hati korang panas dan sakit kan?

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Paling Mujarab Untuk Tingkatkan Motivasi

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Adakah anda seorang yang tiada motivasi? Adakah anda seorang yang sukar mendapat ketenangan hati? Adakah anda seorang yang sukar untuk bertaubat atas dosa-dosa anda?

Anda selalu berasa gelisah dan stress? Anda selalu malas untuk beribadah?

Tahukah anda, ada satu rahsia paling mujarab untuk anda tingkatkan motivasi dan dapatkan ketenangan hati? Sekaligus mengelakkan rasa stress dan rasa malas?

Apakah rahsia itu? Adakah ianya benar-benar berkesan? Saya kongsikan dengan anda.

Rahsianya ialah ;

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Amalan Jutawan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Siapa minat membaca? Siapa ada minat untuk berniaga? Siapa nak jadi jutawan? Siapa nak tahu rahsia amalan jutawan? Siapa suka benda percuma?

Kalau anda salah seorang dari mereka yang saya nyatakan diatas tu, maka saya amat2 menyarankan kepada anda untuk download ebook Rahsia Amalan Jutawan secara PERCUMA sekarang.

eBook Rahsia Amalan Jutawan

eBook Rahsia Amalan Jutawan

Untuk mendapatkan ebook (seperti gambar diatas tu), apa yang perlu anda buat ialah ;

  1. Pergi ke laman web ini –> http://tinyurl.com/rahsiaamalan
  2. Daftarkan nama dan alamat email di laman itu

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia di sebalik amalan bersedekah

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Hujung minggu lepas, saya telah berkesempatan mengikuti ‘personal coaching‘ mengenai ‘Smart Blogging‘ di Johor Bahru. Oleh sebab malas nak drive sendiri, saya telah pergi ke JB dengan menaiki keretapi. Dan balik semula ke KL dengan menaiki bas.

Entahla, saya pun dah tak berapa ingat, sudah berapa tahun saya tak naik bas ekspress. Terasa agak kekok juga. Masa nak beli tiket tu pun, terpinga-pinga tak tau nak pilih bas yang macammana. Nasib baik ada anak jati JB yang tolong ‘guide‘ kan.

Alhamdulillah, akhirnya kami (saya dan seorang lagi kawan dari KL), telah membeli tiket bas JB — KL yang dijadualkan bertolak pada pukul 7 malam. Harga tiket bas ialah RM31 untuk sehala (JB – KL). (* Sekadar maklumat : Kalau keretapi pula, tiket KL — JB, untuk tempat tidur katil atas ialah RM37, tempat tidur katil bawah RM42 dan tempat duduk kerusi RM29)

Jalan-jalan cari makan...

Jalan-jalan cari makan...

Setelah jam menghampiri pukul 7 malam, kami pun naik la bas. Saya duduk di kerusi no 15 dan kawan saya (wizurai) duduk di kerusi no 16. Kami pun berbual-kosong sementara menunggu bas bergerak.

Kini jam telah menunjukkan pukul 7.20malam, tapi bas masih belum memulakan perjalanan. Seorang anak muda berbangsa Cina yang duduk berhampiran tempat kami, mula menunjukkan rasa tidak puas hati. Dia turun ke bawah berjumpa dengan pemandu bas, bertanyakan bila bas nak bergerak? Dia nampaknya begitu bengang sekali. Mana tidaknya, dia dah duduk tunggu dalam bas tu tadi sejak pukul 6.45 petang lagi. Sekarang dah dekat pukul 7.20 malam. Tapi bas masih tetap tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memulakan perjalanan.

Kami hanya melihat telatah anak muda berbangsa Cina tu. Malas nak masuk campur. Kalau nak ikutkan hati, sebenarnya saya pun bengang gak dengan cara pengurusan bas tu. Yer lah, kalau kata bas pukul 7 malam, maka bertolak la pukul 7 malam. Janganlah tipu pelanggan kata bas pukul 7 malam, tapi sebenarnya bas bertolak pukul 8 malam. Siapa tak bengang?

Kira-kira jam 7.30 macam tu, tiba-tiba ada seorang budak perempuan (umur dalam sekitar 10 tahun macam tu kot) naik ke dalam bas. Dia membawa satu tin kecil dan sebuah beg kecil yang diselimpangkan pada bahunya. Budak tu tanpa sepatah perkataan pun, dengan muka kesian, tanpa perasaan, terus menghulurkan tin kecil yang dibawanya kepada setiap penumpang yang duduk dalam bas, meminta sesuatu. Tapi saya lihat, tiada seorang penumpang pun yang memberikan apa-apa kepada budak perempuan itu.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site