As-Salam untuk semua..harap semua pengunjung setia di blog ini sihat dalam linduganNya..bagi yang kurang sihat tu mungkin ia sedikt sebanyak penghapus dosa-dosa kecil didunai ini..bersabarlah..
Hari ini Suri hendak berkongsikan selayar kisah untuk kalian semua sebagai renung kita bersama di dalam mentafsir “Siapa Diri Kita Sebenarnya”..
Diharap agar post kali ini akan memberikan input yang baik dalam memperkasakan keimanan kita kepada Allah sabagai hambaNya..AMIN.
Ayuh kita selami nya bersama..
Daku duduk disini..nun jauh teringat pesanan ayahnda di Melaka…”sudahkah di Qada” Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berepa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..”Subahanallah, betapa alpa nya diriku yang kerdil ini..Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat kami..
Peringatan buat diriku..kalian semua yang seringkali LUPA..Adakah kita seorang islam???Pernahkah kita terfikir..hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai waktu tika dan masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar..apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredahan Allah yang kita bisa cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, tsunami, timbul pula genjala murtad..fitnah..gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini adalah bala!! sebagai tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar orang islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa dengan kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar sendiri..
Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, rajin, bijak..walhal semuanya adalah kurnian dari Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalh datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambanya yang tidak bersyukur?
Adakah kita yakin kita seorang islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiah pula tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Tahukah anda bahawa Hassan Al-Basri pula menangis sehingga bejuraian air mata kerena menyesa melupai Allah dalam beberapa minit…Tetapi mengapa kita masih pula LEKA dibuai perasaan…tidakah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. tidakah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah..siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak….jadi, siapakah kita sebenarnya? kita hanyalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!














