7 Adab Penting Rumah Terbuka (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Sempena musim raya ni, pastinya ramai yang dapat jemputan rumah terbuka kan? Terutamanya pada cuti hujung minggu begini? Dalam sehari ada sampai 3~4 jemputan dapat.

Alhamdulillah, kali ini saya sempat menulis 6 Perkara Yang Mesti Dijaga Semasa Pergi Rumah Terbuka untuk peringatan kita bersama.

1. Jaga niat dan tujuan

Kenapa kita pergi rumah terbuka? Adakah kerana ingin merapatkan silaturahim dan saling bermaafan atau untuk memperagakan dan menunjuk-nunjuk baju raya kita yang paling cantik dan mahal pula. AWAS! Tolong jaga niat anda.

2. Jaga aurat

Cuba tengok di cermin. Pakaian yang macammana yang anda pakai. Adakah pakaian anda betul-betul menutup aurat? Adakah ianya menepati syariat? Dan adakah pakaian anda menepati adab dan tatasusila? INGAT! Jangan sesekali bermegah dengan apa yang anda pakai. Kerana sampai satu masa nanti, kain putih sajalah yang meliputi tubuh anda…

3. Jaga masa

Sebelum pergi ke rumah terbuka, kontek dan maklumkan dulu pukul berapa anda dijangka akan sampai. Supaya tuan rumah dapat buat persediaan sepatutnya. Bila dah beritahu waktu sekian-sekian, tepatilah masa tu. Jangan datang ikut sedap anda saja.

4. Jaga solat

Ada orang sibuk pergi ke sana ke mari mengunjungi rumah terbuka sampai solat dia terlupa. Ada orang pakai baju comey-comey, pakai make-up tebal-tebal, sampai nak ambil air sembahyang pun dia tak mahu sebab lebih sayangkan make-up nya. Si tuan rumah pula sibuk ke dapur ke ruang tamu melayan tetamu, sampai terlupa waktu solat telah berlalu. TOLONG YER! Solat itu PALING UTAMA. Jangan kita dok sebuk berumah terbuka, tapi solat tergadai. Takde maknanya…

Klik utk baca seterusnya…

Panduan Adab Menguap

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Adalah menjadi kebiasaan bagi kita semua untuk MENGUAP. Kita biasanya akan menguap apabila mengantuk dan tak cukup tidur. Mengikut sains, menguap dikatakan berpunca daripada kekurangan oksigen.

Saya bukanlah menolak penerangan menurut kajian sains tu. Yaa, tak cukup oksigen mungkin menyebabkan kita rasa mengantuk dan seterusnya menyebabkan kita menguap.

Tapi kenapa ramai diantara kita ni akan mudah sekali menguap apabila membaca buku-buku pelajaran, buku-buku agama atau dengar ceramah agama. Perasankah kita, kita ni mudah sekali menguap apabila kita membuat perkara yang kita kurang gemar. Jarang sekali kita rasa mengantuk dan menguap apabila kita menonton movie atau drama yang kita suka. Atau bagi yang lelaki, masa tengok bola. Walaupun dah lewat malam, tapi tak rasa mengantuk dan tak menguap pun. Kenapa yer? Haaa “Lu fikir la sendiri…” bak kata Nabil tu. hehe :)

Apa2pun, dalam post kali ini sebenarnya, saya bukan nak bercakap tentang sebab2 mengapa kita menguap.

Kali ini, saya ingin membawa kepada anda satu persoalan. Tahukah kita bahawa agama Islam ada mengajar cara2 dan adab2 bagaimana untuk menguap?? Apakah adab2 menguap itu??

Haaa, kalau tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. Makanya kali ini, sukacita saya ingin berkongsi dengan anda tentang adab2 menguap seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Berikut ini adalah beberapa adab menguap.

Klik utk baca seterusnya…

Cara Tegur Isteri – Adab dan Etika Menegur!

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Entri ini kutujukan khusus buat para suami. Semoga kita sama2 dapat amal insyaAllah.

Kalau anda marah dan sakit hati dengan sikap isteri anda, apa yang anda buat?

Kalau isteri anda buat silap, apa tindakan anda? Tengking dan herdik isteri? Sergah dan meninggikan suara terhadap isteri? Tampar isteri? Atau bagaimana…?

Apakah yang anda akan lakukan?

Sebenarnya saya pernah didatangi oleh seorang isteri yang menangis tersedu-sedu menceritakan perihal dia ditampar dan dimarahi oleh suaminya. Sedangkan kesilapan yang dilakukannya adalah sangat kecil.

Klik utk baca seterusnya…

Panduan Adab Dengan Suami

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. Klik utk baca seterusnya…

|
This page is copy protected

Switch to our mobile site