Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBHari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Rahsia Personaliti berdasarkan gaya seseorang itu bercuti atau melancong.
Sebenarnya artikel ini bukan saya yang tulis. Saya dapat dari salah seorang pembaca setia blog pakar ,iaitu Saudari Azni, yang menghantarnya melalui email.
Kebetulan, hujung minggu ni (30 Mei & 31 Mei) , saya akan membawa isteri saya berkelah dengan ahli-ahli keluarga saya yang lain. Kitorang buat di ULU LEMBIK, Raub, Pahang. Kiranya ni macam ala-ala kem jati diri untuk ahli keluarga kami lah ni. Jumlah kedatangan ialah 22 orang dewasa(abang2 dan kakak2 ipar, termasuk mak ayah saya) dan 32 orang kanak-kanak (anak-anak sedara saya).
InsyaAllah hari Isnin minggu depan, saya akan kongsikan beberapa keping gambar yang diambil semasa perkelahan/perkhemahan itu nanti.
Apa2pun, jom kita layan dulu artikel tentang RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI ini. Zassssss…………..
Oppssss….sebelum itu, mungkin ada baiknya kalau anda pilih dulu, lokasi bercuti berikut ini, sebelum membaca sepenuhnya. Lepas anda pilih, barulah anda dapat menilai rahsia yang didedahkan ini TEPAT atau TIDAK.
So, jawab soalan ini dulu. Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?
- PULAU (Contoh, Pulau Perhentian ker…)
- BANDAR-BANDAR BESAR (Contoh, TOKYO, LONDON ker…)
- TAMAN TEMA (Contoh, Genting Park ker, Disneyland ker…)
- BANDAR / KOTA BERSEJARAH (Contoh, Melaka ker, ISTANBUL ker…)
- GUNUNG-GANANG (Contoh, Gunung Tahan ker, Kinabalu ker…)

- PULAU
Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!
Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.
Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.

- BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.
Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.
Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

- TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.
Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.
Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

- BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.
Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.
Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

- GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.
Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.
Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.
Sumber adalah dari email yang dihantar oleh Saudari Azni Suhana Amar : (juenie_330@yahoo.com.my)



















seronok dpt bercuti dgn famili asyik keje je
penat gak, kdg2 kala otak kene rehat gak..
naik bercuti baru ada semangat baru plak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hampir tepat personaliti di atas. Seperti saya & wife, kami berdua amat gemar bercuti di pulau. Especially, Pulau Langkawi. Semenjak kahwin sampai sekarang dah 4x kami kesana dan biasanya sekali pergi 4~7 hari. Pulau lain yg kami minat ialah Pulau Bali. So far, baru sekali sampai end last year & insyaallah kalau ada rezeki, kami akan ke sana lagi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
May 29th, 2009 at 3:08 pm
@Akezna, saya pun same gak Akezna…memang tepat kena batang hidung saya rasanya…haha
Saya ni jenis yang suka bercuti ke gunung ganang atau hutan belantara…memang enjoy giler buat aktiviti lasak seperti ber’camping’ dan mendaki gunung….very challenging gitu…huhu
huraian tentang personaliti & percintaan tu…boleh saya katakan 90% TEPAT kena pada saya….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
sempoi r dia punya tafsiran,
boleh lemah jantong den……….
mmg tepat r, kena dgan personaliti den
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mmg sempoi r….
leh luroh jantong den….
mmg personaliti den sama la dgan tafsiran dia…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salm utk pakar…
Saya dan hubby mmg suka bercuti dipulau atau paling tidak pun janji ada laut! Kami akan bawa anak2 sekali untuk bercuti. Mmg tepatlah tafsiran personality & percintaan yg pakar bagi tu…. wa caya sama lu beb ……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
May 29th, 2009 at 3:47 pm
@arias, salam utk Arias gak…
ooo jenis pulau ker…so, Arias ni sensitif dan mudah terasa la gitu ek?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
arias Reply:
June 16th, 2009 at 3:51 pm
bukanlah jenis yg mudah nak terasa…. tapi bertempat jugalah… kalu kena ‘sound’ tak pasal2 tu…, mmglah terasa gak.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 6:09 pm
@arias,
cerita pasal kena sound..
baru minggu lepas saya kena sound…
berasap jugak laaa….hehe…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tak sangka plak sy yg gaya bercuti pun mempengaruhi personaliti seseorang. Tapi memang menarik info nie.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya rs personaliti n gaya bercuti tu tepat lah utk saya.100%…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Dimana sahaja percutian amat menyeronokkan. Bagi saya pulaulah tempat paling menambat hati kerana hampir seluruh pulau di malaysia ini dah saya terokai..mmg cantik dan menarik. amat tepat dengan personaliti saya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Percutian saya berbagai-bagai, dan saya suka pada setiap percutian saya bersama-sama orang yang tersayang dan disayangi. Tak kisah kemana-mana pun. Tapi pulau adalah tmpt. yg saya paling senangi selain taman tema dan gunung-ganang, tak terkecuali tpt2 bersejarah. jadi secara kesimpulannya manusia kadang-kala berbagai2 personaliti pada sesuatu masa dan ketika, gembira, sedih, ketawa, menangis, 2 keadaan berbeza tapi pada wadah dan insan yang sama. manusia pandai juga bersandiwara (abstrak) jadi tak salah jika Allah menjadikan kita ada persamaan dan perbedaan yang ketara dan tersamar. Yang penting “Subhanaallah, cantiknya tpt ini, maha suci Allah dari sifat ketidaksempurnaan”. Muga pemergian kita diberkati dan diselamatkan Allah. Selamat Bercuti kepada semua. semuga sihat dan pulang dgn selamat.
Will try to visit elephants in Gandah Village, nak juga cuti…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yeahh…btol2…kalo time cuti tempat yg sy suka pegi spt pulau n taman tema..coz sy suka akan ketenangan dr bunyi alunan ombak, angin d pulau..hehe..taman tema lak sy uka bermain n menghiburkan hati..leh hilang stress..hoho..nk kata perangai cm budak2 x la sgt..hihi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yeala btoi apa yang ditafsirkan tu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ada gak kebenarannya…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tempat bersejarah.. penuh dengan seni bina yang menarik.. dan buatkan kita berfikir tentang teknologi masa itu.
apapun personaliti tu memang tepat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
haha3 ayu suke g pulau2..best sangat2..tgok keindahan pantai..alam semesta..langit biru, angin sepoi, pokok kelapa yang melambai2..air laut yang hijau kebiru2an..ni pilihan pertama..yg kedua..sudah tentulh taman tema..sebab ia sangat menghiburkan..dapat kurangkan segala bebanan yang dihadapi..seronok tgok ragam kanak2 yg bermain tanpa mengenal erti kepenatan..hihi semuanye berkaitan dengan diriku..;p
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
macam mane kalau sy suka pergi bercuti di smua tempat diatas???
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 6th, 2009 at 5:44 pm
@zayu,
Maknanya, semua perangai yang diatas tu,
ada dalam diri awak sikit sebanyak.
Tapi dalam banyak2 tu,
mesti ada satu tempat yang paling awak suka kan?
Haaa, yang paling awak suka tu lah,
yang paling kena dengan sikap/perangai awak…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
zayu Reply:
June 6th, 2009 at 6:04 pm
@PakarHowTo,
tq2 pd pakar kow to…mmg kebanyakan sikap di atas ada dlm diri sy..
spt sya gak sentisif, mudah boros, mmpunyai ramai kwn, sempoi dan mudah menyesuaikn diri dgn org skeliling.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hai… nak ke pulau takut naik bot. Nak ke gunung dah tak larat. Nak ke bandar takut sesat. Nak ke tempat bersejarah kurang minat. Nak ke taman tema mahal sangat. So … gi tepi pantai jee!!! tp tak tersenarai lak! abih camno??? eh! eh! eh!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 6th, 2009 at 5:36 pm
@must do,
ehehehe…ada gak yang camtu kan.
Pada saya, tepi pantai bolehlah
di’consider’ macam PULAU gak laa gitu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
must do Reply:
June 7th, 2009 at 12:41 am
@PakarHowTo,
3ma kasih la reply, k la pulau ke, pantai ke, yg pting santai. janji otak tak serabut. Bab personality tu, sendili mau paham la !!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 7th, 2009 at 7:51 am
@must do,
yaaa betul tu…
yang penting…
tenang dan otak tak berserabut…
aduh…skang ni otak saya sedikit berserabut laa.
macam2 fikir….huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
btl gak 2..pulau mmg sesai ngn jiwa aku. mslhnye aku ni mmg sensitif sgt orgnye. spt sgt terasa. nk wt cmne ek nk bg kurg terasa. kadg tu x larat la klu cpt sgt terasa.pedih,sakit ati. menagis jgn ckp laa..
tolonggggg…bg la nasihat skt..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya ske pulau.coz dia aman..damai..jauh dari keribuatn, ksibukan kota..
tenag..nyaman..relaks..
saya suke tu!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya suka semua tempat tu. ada masa saya perlukan ketenangan saya akan cari nature place, nak ceria pergi theme park, nak rasa modern pergi bandar besar, nak hargai kemakmuran pegi tempat bersejarah, nak rasa extrim daki gunung ganang…..sume tu saya dah lalui dan ia adalah penting untuk kitaran hidup ini.Jadi jgnlah kita kenal satu perkara saja dalam hidup ini….hidup mesti sedap kata wall airkrim.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm…pilihan percutian biasanya number 1…..
p number 4 ngan 5 tu suke jugak….
cmne ni….^^
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
wah! tang percintaan tu tepat skali,
tapi personaliti bersimpang la pulak…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]