|
Jan
31
|
Saya suka membaca artikel-artikel yang memberikan info atau ilmu pengetahuan yang baru kepada saya. Setiap kali saya membaca info yang saya rasakan baik, saya pasti akan kongsikan info atau artikel tersebut dengan kawan-kawan saya samaada melalui email atau pun melalui perbualan.
Namun, sejak saya tubuhkan blog PakarHowTo ini, maka hobi saya untuk berkongsi info atau artikel-artikel yang menarik dapat dilakukan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan. Sehingga kini, ada lebih 3,000 orang yang telah mendaftakan email mereka menjadi pembaca PakarHowTo.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana anda semua, para pembaca blog PakarHowTo, senantiasa memberikan sokongan anda kepada blog ini. Semoga apa yang dikongsikan ini, sedikit sebanyak memberikan pengajaran dan manfaat kepada kita semua, insyaAllah.
Baiklah, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu artikel yang menerangkan tentang “Rahsia Minda Orang Cina”. Bacalah artikel ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Ambil mana yang baik, dan jadikan sempadan apa-apa yang tidak baik.
Sekian.
Saya dipelawa untuk menulis untu surat kabar Cina. Bagi saya ini adalah suatu yang menyeronokan. Namun ia bukanlah suatu yang mudah.
Selama ini saya menulis dalam bahasa Melayu dan mereka yang membaca tulisan-tulisan saya adalah 90 peratus orang Melayu. Mungkin lebih dari itu. Sekarang saya akan menulis untuk orang Cina. Apa yang akan saya tulis, dan bagaimana?
Cara yang paling mudah bagi saya untuk memulakan ruangan ini adalah dengan menceritakan pencarian saya untuk memahami apa itu kecinaan atau penerokaan saya untuk memahami minda Cina.
Menurut hemat saya, di Malaysia orang Cina lebih berminat untuk mengetahui minda Melayu. Mungkin kerana kedudukan Melayu dalam politik dan kekuasaan. Tetapi orang Melayu kurang berusaha untuk memahami minda Cina.
“Orang Cina suka menipu”
Kerana tidak ada usaha ilmiah dan rasional untuk memahami minda Cina maka persepsi Melayu terhadap sikap orang Cina diselubungi oleh prasangka. Antara prasangka yang paling meluas adalah: “Orang Cina suka menipu.” Saya pernah mendengar alas an seorang bapa mengapa menghantar anaknya ke sekolah Cina. Katanya, “supaya bila besar nanti tidak ditipu oleh Cina.”
Melayu juga menganggap perpecahan di kalangan orang Cina itu olok-olok sahaja. MCA, Gerakan dan DAP akan bersatu untuk menjaga kepentingan kaum Cina. Prasangka seperti ini meluas dalam wacana politik Melayu. “Melayu jangan berpecah, kalau berpecah Melayu akan lemah dan akan hilang kuasa politik.” Kita semua tahu siapa yang menggunakan hujah ini.
Saya selalu bosan dengan hujah perpaduan ini. Maka saya pernah menulis satu rencana yang saya beri tajuk : “Elok Melayu Berpecah.” Sayang sekali, rencana tersebut yang saya kira amat bernas sekali tidak mempunyai pengaruh dan telah dilupakan.
Perpecahan selalu dilihat dengan negatif. Perpecahan kadang-kadang ada juga baiknya kerana memberikan kemungkin-kemungkin baru pada masyarakat membuat eksperimen dalam kehidupan sosial dan pemikiran. Ada bidalan Melayu yang berbunyi: “Kalau tidak dipecah ruyung mana akan dapat sagunya.” Dan ada juga pepatah Inggeris yang bermaksud: “Kalau tidak dipecahkan telur omelette tidak boleh dibuat.”
Benua Eropah suatu masa dulu bersaya di bawah pemerintahan yang dikenali sebagai Holy Roman Empire. Tetapi perpaduan itu pecah maka lahirlah negera-negara Eropah seperti yang ada sekarang. Tidak ada orang Jerman, Perancis atau Italy hari ini yang mahu kembali kezaman seperti Holy Roman Empire.
Bahkan kita tidak boleh memikirkan Eropah dan Barat mencapai tahap sekarang, iaitu dari segi perkembangkan pemikiran, falsafah, sains dan kemajuan politik tanpa perpecahan. Apakah perpecahan itu syarat untuk mencapai kemajuan? Ini adalah satu tesis besar yang memerlukan kupasan panjang lebar dan mendalam.
Saya perlu membaca lebih banyak buku tentang tamadun, kebudayaan dan falsafah Cina kerana selama ini saya tidak banyak membaca buku-buku tentang tamadun Cina berbanding dengan pembacaan saya tentang tamadun Islam dan Barat. Tetapi dalam penerokaan saya tentang minda Cina saya terserempak sesuatu yang unik.
Kesatuan Cina
Cina satu-satunya tamadun yang berjaya mengekalkan kesatuan geografinya. Tamadun Yunani dan Rom yang menjadi asas kepada tamadun Barat tidak dapat mengekalkan kesatuan wilayahnya. Kotaraya-kotaraya yang menampilkan kekuatan ekonomi dan kreativiti tamadun Barat kini bukan Athen atau Rom. New York, Paris, London dan Munich – inilah jatung-jantung kebudayaan Barat hari ini.
Kotaraya Islam yang pertama adalah Madinah. Apabila kekuasaan politik berpindah kepada keluarga Bani Umayyah kota pentadbiran dipindahkan ke Damsyik (Damascus) di Syria. Apabila Bani Umayyah ditumbangkan oleh keluarga Bani Abbas dan membentuk dinasti Abassiah kota pemerintahan dipindahkan ke Baghdad.
Dinasti dan empayar Islam yang terakhir, dinasti Uthmaniah, dimansuhkan oleh pemimimpin Turki Moden Mustafa Kemal dalam tahun 1924, menjadikan Istanbul sebagai pusat pemerintahan. Islam pernah memerintah Sepanyol selama 300 tahun. Tetapi wilayah tersebut tidak dapat dikekalkan sebagai sebahagian dari dunia Islam.
Nasib tamadun Islam sama lebih kurang dengan tamadun Barat. Wujud konsep kesatuan tamadun Barat dan kesatuan tamadun Islam. Bahkan wujud nostalgia terhadap kesatuan tersebut. Dan nostalgia ini lebih mendalam dikalangan orang Islam.
Nostalgia terhadap kesatuan tamadun dan dunia Islam ini menjadi beban kepada umat Islam sehingga menjadikan mereka belum sepenuhnya berdamai dengan realiti Negara bangsa. Maka wujud gerakan, meskipun amat kecil, untuk menghidupkan kembali khalifah Islam global.
Nasib Tamadun Islam
Mengapakah tamadun Cina dapat mengekalkan kesatuan wilayahnya? Tamadun Islam hari ini bertaburan dengan entiti-entiti bernama Indonesia, Arab Saudi, Pakistan, Iraq, Malaysia, Palestin, Turki dan lain-lain. Tamadun Barat hanya tinggal pada semangat dan nilai. Tetapi kekuatan politiknya berpecah-pecah kepada Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, United Kingdom, Italy, Poland dan lain-lain.
Tetapi sejak Qin Shi Huang menyatukan China dan menjadi maharaja pertama, dan dinasti Qin digantikan dengan dinasti Han Negara Cina mengekalkan kesatuan geografinya. Dinasti silih berganti namun Cina kekal kehari ini. Tidak ada negara baru yang muncul yang berpisah dari negara asal. Saiznya mungkin berubah-rubah. Tetapi wilayah utamanya kekal. Ini adalah satu misteri kepada saya.
Saya sering mengajak kawan-kawan Melayu saya untuk melihat ke Utara – Ke Cina. Tetapi kawan-kawan saya lebih berminat untuk melihat ke Timur Tengah – ke Palestin. Bolehkah umat Islam belajar tentang perpaduan dan kesatuan dari Palestin? Palestin adalah contoh bagi umat Islam bagimana untuk berpecah, bukan untuk bersatu. Dan perpecahan tersebut adalah perpecahan yang menghancurkan, bukan perpecahan yang kreatif.
Umat Islam perlu keluar dari kepompongnya dan melihat keluar. Mereka perlu bersedia untuk belajar dari orang kafir. Suatu ketika dulu umat Islam belajar flasafah dan sains dari orang Yunani, orang Parsi dan India. Umat Islam semasa telah banyak belajar dari Barat.
Sekarang Cina sedang bangkit semula. Cina sudah bangkit sebagai kekuatan ekonomi. Dan saya yakin Cina akan bangkit semua sebagai kekuatan politik, ketenteraan dan kebudayaan. Bagaimana umat Islam dan orang Melayu dapat berhadapan dengan kebangkitan ini tanpa mengetahui minda Cina? Dan umat Islam masih melupakan sabda nabi mereka: “Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri Cina.”
Penulis merupakan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Rencana ini pertama kali disiarkan di dalam akhbar Orientel Daily- Pengarang. – Dipetik dari Laman Web www.klpos.com










February 1st, 2010 at 2:24 am
salamualaikum.
saya setuju benar dgn pendapat di atas.sememangnya orang cina saling bantu membantu sesama mereka.Ini terbukti semasa saya study di college dahulu.Mereka study hard dan tidak membuang masa.mereka adalah classmate saya, saya kagum dgn kekawan saya itu. saya jadikan perkara yg baik itu utk dipratikkan pada diri saya.saya sorang saja melayu dlm class tu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
February 1st, 2010 at 3:05 am
salamualaikum
info yg padat dgn kebaikan dan patut dicontohi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 1st, 2010 at 11:48 am
@salmi,
salam salmi..
hurm benar tu salmi.mana yang baik kita ambillah mana yang buruk tu kita jaganlah pula ikutinya..huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 1st, 2010 at 5:55 pm
ya kot?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 2nd, 2010 at 10:09 am
thanks utk info yang berguna..
sy ni cetek ilmu.. dpt membaca disini betambah ilmu..
alhamdulillah.. terima kasih byk2..
lg pun nabi pun penah sebut ttg Cina.. Tuntutlah ilmu sampai negeri Cina..
knape tidak rom.. parsi.. eropah.. msti ada sebab kn..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 5th, 2010 at 11:44 am
@Fill,
sama-sama Fill
sesungguhnya menimba ilmu itu kita tidak akan rugi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yana Reply:
February 8th, 2010 at 9:13 am
@Fill,
betul2
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 2nd, 2010 at 12:39 pm
Setuju dgn ayat pakar “Saya suka membaca artikel-artikel yang memberikan info atau ilmu pengetahuan yang baru kepada saya. Setiap kali saya membaca info yang saya rasakan baik, saya pasti akan kongsikan info atau artikel tersebut dengan kawan-kawan saya samaada melalui email atau pun melalui perbualan”. Sama la kite..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 5th, 2010 at 11:45 am
@Leyna,
peace no war
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 9th, 2010 at 4:45 pm
salam..
erm..setahu sy orang Cina Suka Berfikir..dan kuat Berusaha..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 9th, 2010 at 5:20 pm
@ocean,
hai ocean, ya suri setuju degan pandagan anda tu. tu pasal le dapa slu maju dan tiada hasad dengki..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 16th, 2010 at 11:09 pm
Penulis Rahsia Minda Cina, pada pendapat saya, adalah seorang yang kurang membaca, kurang pengetahuan dan masih mentah. Kail panjang sejengkal, lautan dalam jgn diduga.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 14th, 2010 at 9:58 pm
ttg cina menipu,yes 100% setuju.walaupun bkn semua,tp susah nak jmpa peniaga cina yg xmenipu.malah,kalo nak buktikan cina menipu,semudah memetik jari,saya boleh bawa anda kemana2 kedai,kita berurusniaga,dan perhatikan,pasti ada penipuan,paling kurang pn “haiyyyyya,halga talak boleh kulang,ini balang wa jual talak untung,mau minum teh pun susah (walhal mark up harga 500%)
cina zaman dulu,berniaga dgn cara betul.zaman skrg,majoriti tamak nak mampos.sape cakap cina xdengki?
cuba korang buat bisnes,pegi beli brg dari supplier cina,brp harga?tp kalo org cina yg pegi beli brg kat org cina,harga lain.
member aku cina sndiri penah bgtau,”olaang melayu kelajaan byk tolong,jd kita cina xsalah tipu melayu mau amik untung lebih,baru adil maaa,sama2 dpt”
fikir2 kan
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 23rd, 2011 at 11:37 am
aku tak tahu sgt about chinise nih…
tp ak ada seorang mmber chinise dlm skolah tyme ak form 4 n 5…
dya lah satu-satunya chinise yg ada pernah jdi kwn ak…
n wanna know sumting?? dya suka tipu cikgu, ambik brg org tyme org takdak dlm kelas n pura2 baik…
yg peliknya, dya dpt survive dlm skolah ak (skolah asrama) walaupun dya sorang ja chinise! suma org bersangka baik ngan dya tpi dya ada satu sikap yg sma dgn chinise2 lain yg selalu (not all!) ak jumpa…
iaitu, apabila ditanya soalan… mesti jwpnnya tidak tahu… tak percaya?
try la buat banci by askin as many chinise u can ask…
konfem, most chinise kata tak tahu walhal klo mmber dya iaitu chinise gak, tny soalan, mesti dya akan bgi sepenuh2 keterangan…
dats all i wanna share…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
March 10th, 2011 at 8:54 pm
Cina ni selalu jer nak menipu orang.. padahal benda tu RM2.00 cost dia.. dia jual sampai 20-30 Ringgit.. biasalah.. klau ngan geng geng diorang.. diorang.. bagi murah jer.. dgn melayu mau tak blasah harga kao kao dekat kita.. rajin memang rajin.. pandai memang pandai.. aku tak nafi.. tapi satu perangai jer.. diorang suka tunjuk sombong.. patutlah dekat jalan raya kereta diorang rosak tak ada orang melayu nak tolong pun.
To all chinese, i’m not being racism towards you all.. but please la.. we muslim have a good thought not to cheat people. You chinese should atleast have a moral values in your life baru lah.. orang tak rompak you all!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
chinese Reply:
November 16th, 2011 at 5:09 pm
I know you are not racist, just a bit biased and ignorant. You know what, you can’t jugde whether a “group” of people have moral or not, because every race must have both good and bad persons. Like some malay businessmen, they aren’t trustworthy at all. Because they always care about their own and always default and create bad debt for their business patners. Another example, malay can get permits for farming a land from the government easily while it’s extremely hard for other races to get one because of the so called Malay Privilege. And you guess what Malays do after they get the permits? They cheat. They resell the permit to others to earn immediate income instead. Will you still say these people have a good thought? =.= I admit there are some chinese who like to cheat but not all of us are like that. Meanwhile, malays are very kind, but there are still some bad guys( you have to admit many snatch thieves are malays ==)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 16th, 2011 at 5:13 pm
@chinese,
Thank you very much for your comment.
I appreciate it.
Basically, I agree with your opinion.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
March 16th, 2011 at 2:20 am
biler sebut cina je bisnes
org kiter pun same nak untung banyak jugak lor
saya pernah kerja ma org cina
dorg banyak strict,serius,,tak cam org kiter,,esok,,esok,,dan esok
depa nak arini,,,arini gak siap…
tp tulah buat dorg maju,,,tp jgn silap,,tak semua org cina tu pandai
hanya mereka2 yg berusaha sahaja yer
tp hakikat yg kiter kene terima,,org cina memang suka tolong org cina sahaja
pernah letak diri kitewr kat tmpt dorg???
salah ke dorg tolong family dorg?
mcm kiter pun same gak,,,,,,,
hanya manusia berusaha sahaja layak utk medpt apa sewajarnya
bukan hanya tahu kritik…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 17th, 2011 at 5:35 pm
Kenapa org cina suka berniaga? Sebab negara cina itu besar, kalau tak berniaga mcm mana nak cari makan. Nak harap kerja makan gaji, tak banyak berbandingkan rakyat yg ramai. Sejarah mereka sudah tunjukkan bahawa kalau melawan maknanya perang, itulah sebab mereka sampai skrg masih boleh bertahan sbg satu negara. Pernah dulu mahasiswa mereka cuba tunjuk perasaan nakkan pembaharuan, berapa ramai yg mati? Persatuan persatuan dikalangan mereka diujudkan utk apa kalau bukan utk jaga kepentingan ahli persatuan mereka. Kalau nak tolong mereka akan tolong bangsa mereka dulu walaupun dalam perniagaan mereka bersaing hebat. Kawan karib saya berbangsa cina pernah berkata, “pd org cina duit itu tuhan, kalau takde duit takde harga diri dan takde siapa akan peduli kalau mereka susah”. Itu sbb mereka tak segan segan langgar undang undang spt vcd cetak rompak, siapa dalangnya. Premis urut, judi, pelacuran siapa tuan punyanya. Pengalaman saya bekerja dengan org cina, mereka pandai bermuka muka. Kalau bos ada masing masing tunjuk rajin, kalau bos takde lain cerita. Saya pernah dinasihati oleh seorang cina ” you must learn to work smart, not just learn to work hard” sebab masa tu memang saya berkerja keras untuk meningkatkan prestasi saya. Yg menggeramkan hati saya apabila saya baca personal file saya apabila saya memegang jawatan pengurus ialah apabila ada assessment semua bagus dan dapat pujian, tapi bila ditanya samada nak bagi normal increment atau merit increment bos saya yg dulu cuma tick normal increment. Saya dah banyak kali come across org cina yg menggunakan pekerja mereka (driver mereka) sebagai salah seorg pengarah dlm sykt mereka utk mohon pinjaman berjuta juta. Bila tak bayar, org melayu tu yg dapat susah dan mereka kaut juta juta tak ada apa yg boleh diambil tindakkan. Cuba kerja dgn company cina, mereka ada tangga gaji yg berbeza utk org cina dan bukan cina, org cina dibayar lebih dan bangsa lain kurang sikit walaupun kerja tu sama pangkatnya. Jadi jgnlah marah kalau org melayu berprasangka terhadap mereka.
Well-loved. Like or Dislike:
4
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 18th, 2011 at 12:33 pm
@rahmah,
satu pandangan yang bernas dan berdasarkan realiti semasa.
terima kasih banyak atas perkongsian pendapat ini.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]