Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Tulisan ini menerangkan tentang bagaimana petua org tua2 dulu dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang. InsyaAllah, moga2 dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan yang diredhaiNYA.
Ada beberapa perkara yang dibangkitkan yang sangat penting untuk diberi perhatian.
Pertama sekali ialah mengenai hal membasuh pakaian. Memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg ‘kecik’2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsia tu).
Perkara kedua ialah tentang bilik tidur. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd pembantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. (ada rahsia gak tu)
APAKAH RAHSIA NYA???
AIR TANGAN!!!! atau SENTUHAN TANGAN!! Itulah rahsianya, sentuhan tangan atau air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu ada aura ajaib. Ada ‘ruh’. Ada keberkatan. Ada kasih sayang. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah.
Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil ‘air tangan ibu’. Walaupun sekadar mee maggie!!!.
Begitu juga memberi makan anak, suapan ke mulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 – 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka ‘kurang mendengar’ apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari ‘air tangan’ (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut ‘kehendak sendiri’ namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari ‘restu si ibu’ dlm hidupnya. Pecayalah.
Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ‘ air tangan’ yg masuk ke perut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.
Kebajikan Suami juga begitu. Kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada ‘roh’ nya, jika ‘roh’ itu sentiasa di belai oleh org lain. Apa akan jadi? Sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai. (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).
Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami.
Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya… (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.
Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik ke rumah sendiri pun kita minta ‘bibik’ buatkan air???. So bila masa kita dapat ‘belaian roh’ suami agar dekat dgn kita???
Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri. Penat usah cerita, semua kita ni penat bekerja. Samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.
Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa. Apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat
khas jauh dari penglihatan org lain.
Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai di situ, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.
Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm,bergayutan di ampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap ke jalan raya lagi. Semua mata boleh memandang. Semua boleh check, yang mana saiz besar. Yang mana saiz kecik…huk huk…alahai.
Kot yer pun. Sorok2lah sikit. Malu org tengok. Tak boleh bagi alasan tak ade ruang, cuba adjust sikit. Kita boleh cari tempat sebenarnya, bukan main sidai jer ikut suka hati.
Maaf saya kena berterus terang sikit tentang hal ini. Tapi rasanya bahasa saya ni masih dikira berlapik kot. Pakaian dlm ini ialah alat yang kita gunakan untuk ‘menyorokkan’ aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh si isteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesin basuh) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak…kenapa musti bagi org lain ‘menguruskannya’??? Lu fikir la sendiri, bak kata Nabil tu.
Dan ini yg paling penting, bisik nenek ke telingaku, “bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!
Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, ‘bersama’ juga disitu, justeru ‘roh’ yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri. Jadi, peliharalah ‘keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.
Begitulah beberapa perkara yang ingin saya ingatkan kepada mereka yang bergelar isteri. Terutamanya kepada mereka yang mempunyai pembantu rumah atau ‘bibik’ di rumah.
Jangan sampai nanti, suami dok tergila2 kan ‘bibik’. Kita yang gila meroyan. Tak ker kes naya tu?
Sekian, semoga dapat sedikit manfaat dari ingatan saya ini.
Anda ada sebarang kisah, cerita, pengalaman tentang isu-isu rumahtangga dan kekeluargaan? Samaada kisah sendiri atau kisah orang lain, bolehlah kongsikan cerita itu di bahagian komen yer.




















saya setuju 100% tentang apa yang ditulis. saya seorang sirirumah sepenuh masa, jadi segalanya saya uruskan sendiri dan sorang2.. saya tahu suami saya ramai peminat namun syukur alhamdulillah suami saya masih setia dengan saya.. pergi mana2 pun akan call, kalau boleh balik makan kat rumah, dia akan balik.. satu tip untuk semua isteri, amalkan membaca ayat 200 dari surah ALI ‘IMRAN semasa memasak dan membancuh air, agar sentiasa disayangi dan diingati oleh sesiapa saja yang makan dan minum hasil air tangan kita… wassalam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
suha Reply:
January 8th, 2010 at 11:50 pm
thanks dengan info ni… boleh gak nak surah al-imran ni nant
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
komen saya pada hari ini adalah kenyataan yang diberikan ada benarnya kerana perbezaan antara kehidupan dahulu dan sekarang banyak bezanya. zaman dahulu isteri lah pembantu rmh, penasihat, pendengar serta teman kawan kepada suami tetapi sekarang isteri hanyalah teman dan kawan sahaja dan yang selebihnya adalah tanggungjawab pembantu rumah semata2.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
YA…MEMANG BETUL.SAYA SETUJU 100% DI ATAS APA YG DI NYATAKA…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya setuju dgn info yg diberi..
ia sgt berguna untuk isteri2…kadang2 benda yang remeh tu klah yg kita selalu ambil endah x endah jer..
tq atas info yg diberi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
memang benar apa yang dikatakan tu.
air tangan isteri / ibu memang ada keberkatannya.
macam juga air tangan alim2 ulama dan tok2 wali.
ada keberkatan atau ‘roh’ di dalamnya.
berkenaan dengan petua menambat kasih sayang suami isteri tu…
ustaz saya pesan….
lebih baik suami isteri makan dalam satu
‘pinggan’ atau ‘dulang’ atau ‘talam’…
kalau praktikkan amalan ini…
insyaAllah suami isteri akan lebih faham memahami
dan akan lebih bertolak ansur antara satu sama lain.
so, amalkan makan dalam satu dulang dengan
suami / isteri korang.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya setuju dgn kenyataan di atas. Walaupun saya bekerja office hour, tp saya tetap usahakan sendiri setiap kerja rumah saya. Kadang2 saya terpaksa balik lewat tp saya tetap akan masak utk suami dan anak2 walau ala kadar. Sya tetap ingat psan ibu ‘air tangan isteri ada nikmatnya’ sdap atau x itu blakang kira. Sb itu saya suka tgk suami dan anak2 menikmati air masakan saya. TQ dgn info yg diberikan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum,
Saya rasa saya sokong 100% kenyataan yang telah diberikan.
Tak semua benda boleh diuruskan oleh pembantu kan. Bagi saya pula rasanya walau penat macamana sekalipun takperlulah untuk saya gajikan maid/pembantu. lebih bagus kalau saya yang lakukan sendiri kerja-kerja kat rumah tu pun.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya pn setuju dgn ape yg dipaparkan kali ni.best jgk isu kali ni…em sy sorg wanita bekerjaya dan juga seorang isteri.namun yg paling saya tekankan ape2 urusan rumah dan suami saya akan uruskan sendiri.penat mcm mn pn saya xkisah asal puas dapat sediakan semuanya untuk rumahtangga saya sendiri.suami pn sayang..hehe.ape yg saya nak tekankan untuk kawan2 smua pasal tempat tido 2,jagelah baik2.klu blh jgn bagi sape2 pn masuk…banyak rahsia kat c2…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
em…kite isteri ni,wlu keje…kena ambik perhatian tip diatas….tqvm ppakarhowto…tqvm k.ct maliha..nk amalkan ayat 2… pjg ke…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya sokong tang tu sebab ia memang menjadi dan saya harap ada banyak lagi artikel untuk di kongsi bersama dan terima kasih pada demo yang kasi buah fikiran
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
saya setuju dengan apa yang di katakan….
tapi suami juga perlu tahu akan tanggungjawabnya untuk menyediakan segala keperluan termasuk urusan rumah tangga.
Memang kalau isteri mahu membantu itu satu bonus dan sangat tinggi balasannya apa lagi kalau disertai dengan keikhlasan kerana tugas utama isteri ialah melayan suami, sebab itu ada baiknya kalau isteri itu suri rumah sepebuh masa.
Sebab itu kalau suami tak berupaya untuk menguruskan rumah tangga dari segi mengemas dan sebagainya serta menyediakan makan minum maka perlu suami menyediakan pembantu, jangan sebab isteri terlalu letih sehingga menolak keinginan suami untuk bersama kerana ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih berat disisi hukum.
Walau bagaimana pun bertolak ansur dan saling faham memahahi serta “ikhlas” adalah perlu untuk mengharungi bahtera kehidupan demi mengundang keredhaan Allah swt.
Wallahualam…
Amin..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tima kasih atas panduan yang diemailkan kpd saya…semoga ape yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan selamanya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
privacy and secret between husband and wife need to be keep especialy by wife. But one thing forgot be state here is solat together. If we can practice it, we’ll always be in the bless of Allah.~~~
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
TQ! TQ! TQ! Sbg pmpuan yg mbesar di zmn moden, kite xble menidakkan pesan org tua2 dulu.. walau setinggi mn pun pmpuan ni bljr n wlau sebesar apapun jwtn yg disndangnya…jgn sesekali kita mgabaikan tgungjwb sbg isteri n ibu..sorg anak akan merasa mskan ibunya la yg paling sedap di dunia ini..bgitu jg dgn suami..suami akan tetap rs kenyang wlaupun mskn isterinya tak sesedap mn… oleh itu,sy stuju 200% dgn info n tips d atas.. rkn skerja sy ada bg tips agar suami x lupakan isteri wlau d mn pun dia brada..smda btul o x..sy x psti lg.. caranya ialah semasa isteri bncuh air tuk suami, tiup n rs lah air itu wlau cuma sesudu teh dgn selawat n niat smogahbgn kita bkekalan..pas tu,hidangkan pd suami… InsyaAllah, jika niat kita baik..tentu akan dimakbulkan… Amin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aku setuju sangat apa yang di tulis dalam artikal ini…salam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mmg info yg sgt2 bguna utk para2 isteri…yla skan nih smua da moden..ad mesin 2 mesin nih..sometime pe slh wat sdri kan..n smua knyataan kt ats 2 ptt kt cntohi utk kbhagiaan kt gk kan..tq 4 d tips..=)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya setuju dengan petua yg diberikan. Sebenarnya saya rasa semua isteri pun tahu, tapi sebagai manusia biasa… kita selalu lalai dan terlupa disebabkan oleh kerja dipejabat dan kerenah anak2 dirumah…. itu yg sbbnya kita serahkan semua kerja tu pada pembantu…Tapi bab katil & seluar kecik tu biarlah isteri aje yg uruskan….. sbb semua rahsia kita suami isteri ada kat situ…. Terima kasih sbb telah mengingatkan semua isteri yg bekerja. Ha… lepas ini bolehlah amalkan petua tersebut, dan lihat sendiri hasilnya….. TQ so much… pakarhowto.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tq cz send artikel ni.. tul la pe yg dibagitau tu.sy sokong 100%.sy bekerja opis hour n jarak opis ngan umh jauh tp sy tetap menyediakan keperluan suami n ank2.sy arap keletihan x alasan utk kt abaikan tanggungjawab tu.hubungan kekeluargaan gak jadi + erat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum w.b.t
Betul tu air tangan isteri dan ibu dpt mengeratkan lagi kasih syg suami dan ank2…semoga ianya dpt dikekalkan….Thanks for the info
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tq tuk ilmu yg bguna itu..tp cam lbih tuk org kaya jer..ye laa..pkarhowto asyik promote bibit ajer..heheee…what about me..yg keje sndir..n bleh dkatakan fullytime at home..?tp ada bnarnya smua tu..skrgni org dh xpdg mende remeh temeh camtu..psl air tgn tu..mmg btul tau..abg sy dr kcik xduduk ngan fmily..so sblum kawin.dia asyik kta msakkan maknya yg sodap skali..but now..lps kwin bila blik rmh maknya..dia asyik kta kt blkg…yg msakan sy lbih kna dgn selera nya..time tu..kombang skejp rasa..hahaha….
satu lg sy nk tambah advise 4 all xpecially yg dh married like me..puji-pujian antara each other suami isteri..mgukuhkan lg relationship tsebut..coz phubungan yg hambar tanpa kata2 pujian,syg2..mbuat hdup rsa xbmakna..coz bkn sblum khwin ajer tau tuk puji2,ucp syg2..
so 4 all..gud luck 4ur jrney life..!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PESANAN UNTUK PARA ISTERI
(Harap Nota Ini boleh Dijadikan Panduan Dalam Menghadapi Kehidupan Sebagai Suami – Isteri)
Setiap perkahwinan adalah ditentukan oleh Allah. Sebab itu ditegaskan oleh agama bahawa rezeki, jodoh,ajal dan maut ditetapkan Allah sejak kita belum lahir lagi. Percayalah ini dengan kukuh.
Andai kata kita benar percaya bahawa suami kita dipilih Allah untuk kita, maka dia adalah pasangan kita yang diizinkan Allah, Jika kita percaya bahawa permulaan perkahwinan itu atas ketentuan Allah, maka percayalah juga bahawa kehidupan pasangan itu adalah juga dalam ketentuan Allah kerana sudah ditegaskan rezeki dan ajal kita ditangannya, maka ini bermakna kehidupan perkahwinan kita itu terus dalam jagaan dan perhatian Allah.
Ketahuilah juga bahawa Allah tidak melepaskan perhatiannya kepada makhluknya walau sesaat pun. Sesungguhnya Allah tahu setiap helai daun yang gugur ke bumi, mana mungkin Allah tidak tahu apa yang sedang kita hadapi. Sedarlah bahawa Allah maha mengetahui apa yang diinginkan oleh hambanya dalam hidup ini. Allah sangat sayang dan pemurah pada hambanya. Oleh itu, belajarlah erti sabar dan tabah kerana Allah berjanji sesiapa yang sabar Allah akan beri kemenangan. Langkah pertama, rapatkan diri dengan Allah sehingga kita berasa bahawa Allah itu sangat dekat dengan kita. Dia melihat dan mendengar hajat, keluhan dan doa kita lebih jelas daripada orang lain di sekitar kita.
Apapun yang kita lakukan, jika tidak diserahkan hasil dan hujungnya kepada Allah maka kita tidak akan mencapai kejayaan.
Kita jangan bergantung semata-mata daripada usaha kita saja, kerana kita makhluk hanya layak berusaha tapi penentuan hasilnya adalah Allah. Jangan terlalu yakin bahawa semua usaha kita akan kita raih hasilnya tanpa meletakkan kuasa Allah diakhirnya. Sebab Allah mengingatkan tidak akan terjadi sesuatu tanpa izinnya. Maka mungkin disinilah sedikit kekeliruan pada kita, sehingga berasa tidak mampu meneruskan hidup dengan sewajarnya hanya kerana berlaku sesuatu masalah diantara suami isteri. Belajarlah menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Biarlah suami berkelakuan semahunya, tapi kita harus belajar kuatkan hubungan dengan Allah kerana segala yang terjadi ini adalah dengan ketentuan Allah.
Belajarlah untuk menghargai apa yang ada, kerana apa yang diberikan itu adalah yang terbaik buatmu. Ingatlah bahawa isteri yang membahagiakan suaminya adalah isteri yang paling dimuliakan oleh Allah. Seorang isteri yang baik adalah isteri yang tidak pernah sedih dan mengeluh kerana dia sedar kemahuan Allah mengatasi kemahuan manusia sedangkan hubungannya dengan Allah dan rasulnya amat erat. Maka sedarlah kita ini siapa pada mata Allah.
Ingatlah sesuatu yang kita suka itu tidak semestinya baik untuk kita dan sesuatu yang kita benci pula adalah sebenarnya lebih baik untuk kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. Maka redholah dengan apa yang diberikan kepada kita.
Alam rumahtangga adalah suatu dunia yang amat hebat di mana di dalamnya terdapat suka, duka, tangis, tawa, dendam, derita, kecewa, hampa, kasih sayang yang tiada taranya. Oleh itu bila anda sudah berada dialamnya maka bersedialah untuk menghadapi semua itu dengan tenang dan sabar serta tawakal kepada Allah swt. Insyaallah anda akan berjaya melaluinya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
salam semua…
alhamdullilah dan ucap syabas pada semua kaum hawa… saya kaum adam (suami) yang sudah beranak 2. alangkah indah jika isteri saya juga seperti anda semua. semoga allah sentiasa merahmati kite …amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
to zaura,
ayat tu pendek je, dan senang dihafal. ia adalah ayat surah ali ‘imran yang last sekali. untuk memudahkan, cuba cari dalam tafsir Al-Quran.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
askum semua….
trima kasih pakarhowto kerana sudi kongsi tip ini bersama2 rakan pejuangan menempuh alam berumahtangga.
ambo xdok apa nk di kato…
walau bagaimana pun ambo ucap terima kasih bnyk2 kpd semua,alam perkhwinan indah klau kito sehati sejiwa dgn pasangan masing2.dgn itu ambo berharap kito diberi keredaan allah….
dunia dan akhirat
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Subur.
5 Bersama.
Solat Berjemaah Bersama, Makan Bersama, Minum Bersama, Tidur Bersama, Mandi Bersama.
5 Berasingan.
Baju Berasingan, Seluar Berasingan, Baju Dalam Berasingan (kalo lelaki depa sebut “basic” kalo x silap hamba), Seluar Dalam Berasingan & Last but not least, KENTUT Berasingan (pi jauh-jauh). kehkehkeh.
Maaf ya, skadar rilis tensyen.
Salam Makmur.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam semua. TQ keatas info yang amat berguna ini. bagi seseorang dah bergelar ISTERI. dergan ucapan selamat menyabut HARI IBU KEPADA SEMUA.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
Saya mengamalkan menyuap suami makan sekurang-kurang sekali seminggu…saya masih belum ada cahayamata..so saya harap dengan airtangan saya memasak dan menyuap nasi kemulut suami..saya dan suami akan bertambah bahagia dan beroleh keberkatan..insya Allah..amin..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
eee…cam bez jew..x sabar nk kwin..huhu..mknenyer x sabar nk jd isteri solehah ler…hehe….bgus info ni sy akn praktik kn bila sy dh kwin nti..heeee
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tapi.. kenapa asyik para isteri jer kena melayani si suami. Kenapa isteri yang penat bekerja, memasak dan mengajar anak. Si suami asyik menonton televisyen. Padahal si isteri juga bekerja dan mencari sumber pendapatan untuk isi rumah.
Lagi satu saya nak komen, masa isteri mengandung. Dia juga mahukan belaian kasih sayang si suami. Masa isteri mengandung di memerlukan kasih sayang dan perhatian dari suami.
Bukan dari isteri sahaja perlu memainkan peranan dalam rumahtangga. Si suami juga. Pada sesiapa yang ingin berkahwin tu, pastikan pasangan anda tu betul-betul sayang-menyangi. Sebelum kahwin, janji saling tolong-menolong, janji untuk tolong si isteri bila isteri penat memasak, tunjuk kebolehan pandai memasak laa.. dan macam-macam lagi..
Perhatian untuk isteri dan anak-anak juga penting.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kerja saya ini bukan main berat lagi .kalau ikut perkerjaan saya dibanding dgn suami , saya lagi berat..dah kejar sana kejar sini nak nak siap kan kerja dalam satu masa bukan senang kalau tak kena memo lah jawabnya. Tempat diam dgn tempat kerja bukan dekat mkn masa 1 jam. datang rumah letihlah jawapannya.anak anak semuanya hero hero belaka mana tak rumah mcm orang beramuk. lagi stress…suami buat tak tahu aja.langsung tak beri kerjasam sekurang kurang berilah pertolongan jangan disepah sepah barang yg dah dikemaskan…sekurangnya lepas mkn tolong kemaskan .nak di kata tak diberi latihan dr dalam perut lagi dah dilatih tapi dah tua pun masih perangai mcm ….apalah nasib.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
lela Reply:
August 11th, 2009 at 10:06 pm
@kathna, byk2 la bedoa mintk Allah bukakan pintu ati suami supaya tolog akak wuat keja umah,n yg penting pastikan dia tak cari orang lain….sal besepah barang 2 akak ckp la bek2 ngan dia….taupun kalau dia x nak gak akak wuat xtau ja….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
IDA Reply:
August 15th, 2009 at 11:11 pm
@kathna,
kathna, banyakkan bersabar dan cuba menerima hakikat bahawa itulah suami yang telah ditentukan untuk kita. Saya juga pernah mengalami masalah yang sama. dari hal rumah sampai hal anak2 semuanya atas kepala kita. Anak demam @ sakit pun kita yang bawa ke klinik.sampaikan terdetik di hati sy , x ada suami pun x apa.sampai satu peringkat, sy buat tak kisah sama ada dia nak ambil tahu atau nak bantu sy. apa yg saya lakukan adalah demi anak2.Kalau mampu sy buat, x mampu sy diam.kita pun ada kerjaya sendiri yg perlu kita fikirkan.lama-kelamaan sy dah lali dan rasa x puas hati tu akan hilang sendiri.yg penting kita redha dgn apa yg kita korbankan.Pandanglah walaupun hanya satu kebaikan yg telah diberikan oleh suami. sentiasa doakan yg terbaik untuknya dan keluarga.Mudah2an ALLAH akan memberikan kekuatan dan kebahagiaan buat kita.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hidup bersuami isteri ni kena selalu tolong menolong. Apa yang saya praktikkan kerja rumah kita bahagi2 sama-sama buat biasanya my wife masak saya basuh baju & lipat baju. Satu lagi kami sekeluarga makan satu talam & ini saya rasa dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ASKM..
HIDUP SBG SUAMI & ISTERI HARUSLH KERJASAMA, TOLAK-ANSUR, MEMBERI MENERIMA & SBGNYA..
TP TERKADANG MASH ADA YG TERLEPAS PANDANG PD PASANGAN MSING2..
MANUISA MEMANG TAK LEPAS DRI MELAKUKAN KESILAPAN..KEALPAAN..DISEBABKAN KELAIAN DUNIA MASING2…
TEGURLAH PASANGAN ANDA MASING2 DGN RASA HEMAH DIHATI..
INSYALLAH KERJA YG DILAKUKAN BERSAMA AKAN DIPERMUDAHKAN..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tuan sy ada masaalah suami . suami sy ada perempuan lain. bini org pulak tu.bagaimna sy nak mengatasi maasalah sy ni.blh x tuan bagi ayat2 utk suami sy melupakan bini org tu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hati_emas Reply:
August 29th, 2009 at 11:57 pm
@hamidah binti ismail,
Salam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ASKUM.
wah..ni maslh berat ni..
saya nak bagi pdpt pun berani dgn tdk je ni.sb saya pun bukannyer pakar dal hal umah dan tangga nie.
walau canma sklipun saya sb wanita memag merasa simpati dg pn.
bg cara saya bgni..
-ah..apakata pn lembutkan suara/intonasi pn ketika berckap dgnya.slu suara yg lemah lembut gamilan ni hati sejuk je mdgarnya ye tak?
-sesekali ubahlah gaya penampilan anda.cth.mcm saya potong rambut dari pjg jadikan pendek(coz slu bz & nak uruskan anak2 & suami) tapi biarlah berfesyen skt.bru tampk fresh.bukan ke tampak lbih muda..tak delah jmu mata yg memandang…cara pn bagaimana plak?
-seharusnya penampilan pn didepan suami cantik, wangi..jglh plk pn pakai baju kelawar.nati nak bsama pun susah..alah dia kan suami pn..tambatlah hatinya perlahan2 nescaya dia xkan menolaknya
-layanan suami haruslah diutamakan dari anak2 anda..
-lakukanlah tugas/tgjawab dg ikhlas di hti jgnlah merungut sepjg waktu.slu llki ni dia tak suke pempuan asyik pok pek,pok pek 24 jam.memaglah ia perlu tp biarlah bertempat & ada had ,waktunya..
bagi kaum lelaki jika isterinya bgni slunya mrka akan lebih selesa melepak, berpelesaran diluar jpa kwn /bersosial.jdi kurangkanlah beleter.
kalu berkehendak juga nasihatlah pdnya dg rasa hemat, hormat dihati agar teguran anda itu tdk menyinggung perasaannya sbg ketua dlm rumahtangga anda.
-lelaki paling penig kalu umah bersepah..mcm tongkang bagai nak rebah sebelah.kemaslah, hiaslah umah anda speti rumahku syurgaku..
SMGA BJAYA!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
OPS! lupa..ar pn jg lupa bykan berdoa slps solat minta hatinya terbuka semula utuk pn..
hehheee..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
EMM BILA SEBUT PASAL LAYANAN,ASYIK KTA JE YG NAK LAYAN SUAMI.MCAMANA PLAK SUAMI?KLAU IKUTKAN ISLAM, TUGAS ISTRI BKN MEMASAK, WAT KEJA RUMAH, TP HAKIKATNYA IALAH MELAHIRKAN ZURIAT.BTL TAK?TP ZAMAN SKRG, DAHLAH ISTERI SAMA2 MENCR NAFKAH, TP BAB JG RUMAHTNGGA, ISTERI JE DIPERTANGGUNGJWBKAN..MANA ACI.TAHNIAH KPD SUAMI2 YANG SAMA2 DGN ISTERI DLM URUSAN RUMAHTANGGA.BERTUAH ISTERI ANDA.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 21st, 2009 at 2:19 pm
@hatilara,
Askum..
Mengapa ne?banyakkanlah bersabar yea puan.sebab dalam rumahtangga ini jika kesabaran hilang macam-macam boleh berlaku..puan hadapilah ia dengan tenang walau sekocak mana air pun jika puan sering merasa tidak puas hati itu semua adalah bahagian ujian masing-masing dalam melayari bahtera rumahtangga.
Saya akui bukan puan seorang sahaja yang menghadapi masalah yang sama tapi boleh dikatakan semua kaum ibu diluar sana pun turut menghadapi perkara yang sama jua.
Puan, kita sebagai kaum hawa takala membuat kerja rumah haruslah dengan rasa seikhlas dihati.kelak akan mendapat pahala yang setimpal darinya kerana melayan makan, minum, pakaian suami dan anak dengan baik yang mungkin.tapi bukan dengan cara pertikaian dengan berat sebelah seperti puan katakan diatas…
Puan, memang terdapat segelintir kaum adam yang ringan tulang takala membantu si isterinya.kes macam ni mungkin sebab keluarga dia telah memdidik mereka bantu-membantu dalam menguruskan hal rumah tangga dari kecil lagi.
Ada juga sesetengah dari mereka yang baru pulang dari tempat kerja pulak terus menonton televisven sampai sudah masuk isyak..terkadang bila nak makan malam barulah mereka ni segera cari pintu bilik air.ha, kes macam ni selalunya mereka tahu semua benda mesti dah siap dan terhidang didepan mata.macam seorang rajalah….
Tapi ada juga kaum adam yang bila kita hendak minta tolong dari mereka kita perlu BIJAK menggunakan bahasa dengan lemah -lembut barulah mereka okey.
Bukan itu aje ada juga sebahagian dari mereka yang pakar malah pantas dalam bahagian nie macam kawan saya (llki) bila ditanya apa pasal dia boleh terlebih rajin macam kaum perempuan? katanya perkara macam tu memang sudah sebati dalam hidupnya tambahnya lagi dalam keluarganya pula memang tiada adik-beradik perempuan…dam macam-macam lagilah ragam yang saya jumpa.
Tapi apapun alasan puan tidak semua llki sebegitu.memanglah ia tanggungjawab kita tapi jika kita terus membentak, memaksa suami untuk melakukan pada perkara yang dia sendiri tidak berminat nak buat/lakukan tak guna juga ye tak? sebaliknya nanti jadi pertelingkahan antar puan dan suami pulak..
Erm..mana-mana suami yang rajin tu memanglah harap setiap bagi kaum hawa seperti kita nie tapi kita haruslah menerima pasagan kita seadanya..
WALAUBAGAIMANAPUN..
jika puan BIJAK MEMUJUK dirinya & ada habuan untuknya(contoh:-masakan special untuk suami) pasti dia tidak menolaknya dalam membantu puan menguruskan hal rumahtangga bersama..
Insyaalah..
apapun saya just bagi pendapat peribadi sahaja..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
waaaaa……………. ternganga bace artikel nih……..
berat woo tanggung jawab seorang isteri….
kadang-kadang macam takot pulak nak kawen… hehehehe……….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 1st, 2009 at 5:18 pm
@purlz,
Askum..
hai purlz…
itu sebablah kebanyakan orang berkata siapa yang berkeinginan hendak berkahwin seseorang itu wajarlah sudah bersiap sedia dari segi fizikal & mental dalam menempuh pelbagai cabaran dialam gerbang perkahwinan sebab sebarang kemungkinan boleh berlaku..
salah satu perkara yang mesti tahu kalau anak dara/gadis sunti dia haruslah melengkapkan diri dengan ilmu masak-memasak nie..hik..hik..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya dpt tangkap suami saya berhubung semula dengan ex dia dulu. Memang saya terkejut suami x mengaku pada mulanya tapi saya telefon ex dia tanya kan hal sebenar. Suami mengaku yang dia bujang. Suami mengaku pada saya cakap dia berkawan semula ngan ex dia hanya untuk balas dendam.Tolong la saya pe harus saya buat.Untuk pengetahuan suami saya bekerja di Kuala Lumpur manakala saya bekerja di Kelantan.Kami tinggal berjauhan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 28th, 2009 at 10:05 am
@nor,
Assalamualaikum..
Hai Pn. Nor, selamat hari raya..
Suri amat bersimpati akan masalah yang anda alami ..
mungkin antara sebab mengapa dia mencari ex atas sebab sekadar ingin berkawan sahaja..yang lain minta dijauhkanlah sb anda dan suami telah lama mendirikan rumahtangga.
Tapi nor bernasib baik juga kerana suami nor sanggup berterus -terang akan perbuatannya itu. namun terdapat juga sebilangan lelaki yang tidak sebegitu selesa mengakui diatas perbuatannya yang lalu..
Sudahkah nor bertanya kepada suami atas alasan KUKUH apakah dia untuk membalas dendam kepada ex dia??
-Adakah diatas sebab cintanya yang terdahulu tidak dibalas? (takut jua jika rumah tanggan anda bergoyah disebabkan kehadiran pihak ketiga)
-Adakah ia menuntut sesuatu kebenaran kepada ex itu?sehinggakan ia
sanggup membalas dendam kembali sehingga menunggu masa yang
benar-benar sesuai?
segalanya mungkin lebih banyak yang akan dipersoalkan jika ia dikaitkan
dengan DENDAM?
Pn.Nor, walauapapun yang berlaku kelak Pn.Nor haruslah meminta penjelasan dari pihak suami dengan JELAS diatas maksud dendamnya itu. bukan apa takut nanti ia akan makan diri sendiri..sekarang nie banyak benda boleh berlaku dari kes tersebut dari menculik, membunuh semuanya boleh dikatogerikan sebagai 1 kesalahan disisi undang-undang..
Jadi Pn haruslah berfikir jauh-jauh akan maksud yang tersurat itu degan teliti..
Pn.Nor,
duduk berjauhan dengan suami apakata..
#Sesekali Pn. buat kejutan mengejut untuk berjumpa dengannya..
dari situ sedikit sebanyak pn akan tahu gerak geri suami puan.tidak salah jika kita ingin berbuat begitu kerana dia adalah suami pn. Pn buat begitu bukan bermaksud Pn. tidak percaya kepada suami Pn. tapi hanya untuk memastikan jika dia berlaku curang kepada Pn.
#Sesekali bertemu ciptakanlah suasana yang romantik seperti contoh..
pn. masaklah makanan kegemaran suami hidangkanlah makanan yang enak untuknya..bersama suasana lilin yang dipasang ditengah-tengah meja.sambil diiringi alunan muzik yang penuh syahdu..(pstt..nie untuk makan malam anda bersama suami..)
#Jika tidak berkesempatan sekalipun anda layarilah internet melalui e-mail atu sms hanya sekadar untuk menyatakan khabar,luahan rindu & sayang anda kepadanya selalu..titipkanlah madah, gurau senda dalam sms tersebut pasti ia tidak akan menghampakan pn..
Hanya itulah cadangan saya yang tak seberapa ini untuk Pn. Nor..harap Pn.Nor tidak mengambil hati diatas cadangan peribadi suri ini.
wassalam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ye la..memanglah isteri kena berkorban dan buat mcm2, tp kalau suami buat tak tahu je, tk nk tlg dan berat tulang?ataupun tolong, tp mengungkit slps tu? senang2 isteri buat sendiri sbb mls nk panjangkan cerita…
it seems like nowday, sgt susah nk cari suami yg bertimbang rasa. my hubby ok la, tp tuntutan kerjanya menyebabkan i have to be very independant 100% sampaikan i rasa mcm ada suami pun sama mcm tk ada suami…. very lonely.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 24th, 2009 at 2:50 pm
@zuzu,
sabarlah wahai zuzu.
kehidupan dalam rumahtangga memag akan mengungkap seribu perasaan dalam hati..tak kiralah sama ada suka, duka, tak adil, sibuk..dan macam2 lagilah yang sering berelgar dalam rumahtangga kita..
ketahuilah zuzu, sebanarnya rumahtangga tak semudah ucapan untuk dilemparkan apatah lagi jika kita sbagai isteri dengan rela hati akhirnya kita jugalah dipertanggungjawbkannya..
zuzu lakukanlah dgn penuh ksbaran dihati ingatlah setiap kerja yang anda lakukan dgn seikhlas hati Insyallah akan mendapat pahal yang berlipat ganda dariNYA
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ccc
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Suri
Betul tu Suri….Nani sokong dgn pendpt Suri..sebagai isteri kita harus bersabar dlm melaksanakan tggjwb mengurus rumahtangga n keluarga..lain org lain caranya bergantung pada pendidikan yg diterima sewaktu bersama ibu bapanya….Rumahtangga yg dihiasi dgn gurau senda n sikap berterus terang serta jujur pada pasangan masing2…insyaAllah akan kekal…berusaha memberi perkhidmatan yg terbaik dan mempamerkan rasa kasih sayang dlm sesebuah keluarga agar ianya menjadi ikutan buat anak2 bilamana mereka berkeluarga kelak.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Erm, terima kasih ats semua pandangan dan luahan yang diberikan. Ternyata isu ini mendapat perhatian yang serius bukan sahaja kaum Hawa malah tak kurang juga kaum Adam.
Bertuah pada suami2 yang dapat isteri2 yang pandai masak, jaga pakai, semua2 lah. Tapi kena juga faham kadang2 tak semua isteri yang pakar dalam bab mengurus rumahtangga. Ya, dia mungkin seorang pekerja atau bos yang hebat di pejabat tapi tak semestinya dia juga hebat dirumah. Apapun itu tak bermakna isteri boleh pandang mudah dalam hal ini. Saya bersetuju, air tangan isteri tu sebenarnya penawar malah ibarat baja yang akan menyuburkan. Mungkin tidak terus jadi hebat, tapi berusahalah untuk jadi hebat, bukan pada orang lain..suami kita sendiri.
Kepada suami pula, jangan merungut, jika isteri masak tak sedap, basuh pakaian tak bersih, kemas rumah tak ok, bagi lah masa dan perhatian kita. Tegur dan tunjuk ajar dengan sabar dan berhemah ( if suami hebat dalam hal ini). Sebenarnya ramai suami yang pandai memasak, malah saya juga pandai masak. Tapi percayalah, walaupun suami pandai masak pada saya masakan isteri lebih bermakna kerana ada nilai tersendiri yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata. Masak sama2 pun best jugak, ia boleh mengeratkan hubungan.
Lakukan apa sahaja untuk rumahtangga selagi tidal bertentangan dengan agama, kerana hasilnya bukannya untuk orang lain. kita juga yang merasa kebahagiannya:-)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Askum….saya tak thu mcm mana nak bercerita..jd beban dlm kepala ni..suami saya ada mghrapkan ksih dengan janda yg lebih tua 15 thn drnye.rakan sekerja.dan berura utk dijdikan isteri..sya terkedu bila dia mluahkn…pd rya haji ari tu…sya sms pompuan tu dia mrah sngt sya mmtuskn hubgannye.skrg ni saya jd penyiasat diam2 sya tngok handpone nye nmpk mcm tak de apa2 lg tp baru2 ni sy lihat dia guna nama lain pada no pompuan tu..dia ingt sya tak tahu ada juge sms yg dah delete ntah apa yg diluahkan..sya jd bosan ngan suami…nak pndg harta mugkin pd pompuan tu ..klau nak arap rupa body saya lebih rasanye…jantan2…bagaimana harus saya lakukan ..saya buat baik,layan ,mesra..mcm biasa lebih lg skrg ni supaya suami lbih syng kat saye tp mcm sia2 je…apa perlu saya buat..mgkin dia masih arapkan pompuan itu…bencinya sya..sya tak berani nak bertnya seperti sblm ni..hanya pantau,sabar..ya allah peritnye nak lalui ini..tolong saya…apa perlu saya buat..anak2 kecil lagi…tension kekadang tu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hidup berumahtangga tak semudah yang disangka..
kalau dulu sebelum kawin kita kenal suami kita semua yang baik-baik je kan.. bila dah kawin barulah kita nampak perangai sebenar suami kita.. dalam hal ni, semua rumahtangga ada masalah.tak kira kecil atau besar, semua bergantung pada pasangan suami isteri itu untuk menilap tahap kesabaran masing2..
SABAR kunci utama dalam menghadapi masalah rmh tga ni..ingatla,kita pun belum tentu hidup lama.. Last nant kita berhitung denagn Allah jugak..
bwalau apa pun masalah yang berlaku dalam rmh tangga kita,sentisalah berdoa. semoga kita mendapat kekuatan dan petunjuk dari Allah yang maha Esa. InsyaAllah sedikit senyk Allah akan kurang kan bebanan yg kita hadapi..
kepada pasangan suami yang sedg meniti kebahagiaan, bersyukurlah dengan apa yang telah kamu dapt..sama2 lah kekalkan kebahagiaan tu..
kepada yang menghadapi masalah dalam rumh tga ni, sabarla.. banyakkn amaln yang mendekatkan dr dengan Allah.. insyaAllah.. Allahakan sentisa dengan kita
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tuan, saya telah berkahwin 13 tahun. memiliki 3 anak. yang sulung berumur 12 tahun. Pada tahun pertama semua berjalan lancar tetapi masuk tahun ke2 hingga kini ( 12 tahun ) suami saya menolak untuk tidur dengan saya atas alasan rimas dan sempit. kami tiada masalah org. ketiga. nafkah batin hanya diperolehi ketika saya mohon untuk tambah anak ke2 dan ketiga. kini anak ketiga saya telah berumur 6 tahun . maka telah berselang 6 tahunlah saya tidak di beri nafkah batin. apabila diaju dan diajak berbincang ,saya dimarahi suami . bagaimana ya? ada tak pasangan suami isteri yang tidur berasingan selama umur perkahwinan mereka seperti ini ? mohon nasihat. t.kasih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mann Reply:
January 28th, 2010 at 12:04 pm
@noor, ksian puan noor, sebenrnya mesti ada sbb si suami jadi camtu..cuba buat sdikit kajian..ntah2 si suami puan beralih kepada cinta sejenis lak?sapa yg tau kan…hihihihiihi..dunia dunia….tapi kalau dia tak kasi nafkah zahir..puan boleh berehat…siang malam..untung puan!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
rumah tangga mcm2 dugaan.perlu tabah.byk mengajar tentang kehidupan. untuk jadi lebih baik
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
stuju2..sgt stuju
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ermm.. best betul baca,klakar pon ada.. tq sgt2 pasal nasihat tu… alhamdullilah…sehingga kehari ini puteri mmng buat seperti yg dinasihatkan itu… walaupon penat sgt pas balik dr keje…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kadang2 pelik la pompuan jer nak kena buat semua…pompuan jer nak kena jaga suami….suami tak da pon nak jaga isteri…amik hati isteri ker….bukan nak banyak…sikit pun tak pe….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
anda ingin mendapatkan trik dan cara yg menakjubkan untuk menggairahkan kembali Api Cinta dan Romantisme bersama Pasangan anda..???
Segera kunjungi —>> Website kami, Klik Nama Saya
.-= Rony´s last blog .. =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tertarik membaca komen-komen diatas,ingin juga untuk sama-sama berkongsi.Rasanya apa yang ditulis tu telah dilakukan sebaik mungkin,membaca ayat-ayat suci AlQuran seperti petua para pemimpin agama juga sudah,tapi kenapa suami masih juga jauh dan sering sahaja menyebut nama wanita lain.Semuanya dilakukan seikhlas mungkin tanpa rasa paksaan tapi tiada apaapa perubahan.Sehinggakan dah tak tahu apa lagi nak dilakukan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Terima kasih atas entri yang berinformasi dan bermanfaat buat semua warga maya. Teruskan menulis entri mencerahkan sebegini. Maju terus.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]