Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSaya tak tau adakah apa yang akan saya kongskikan ini adalah rahsia ataupun tidak, namun perkara ini sangat penting bagi anda yang mahu mengekalkan perhubungan dengan mereka yang anda sayangi.

1. Meningkatkan keimanan kepada Allah
Kunci paling utama untuk menjadi pasangan yang terbaik ialah, tidak lain dan tidak bukan, kita mesti menguatkan iman kita terhadap Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya dengan adanya iman yang mantap saja, maka hubungan kita diredhai, dirahmati dan dipelihara oleh Allah Ta’ala. Cinta atau perhubungan yang berteraskan keimanan adalah perhubungan yang kekal jitu yang membawa kebahagiaan, insyaAllah. Jadi, kukuhkanlah keimanan kepada Allah sekiranya ingin perhubungan anda kekal bahagia selamanya.
2. Kenalpasti kelebihan dan kelemahan pasangan anda serta terima dia dengan hati yang terbuka
Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sekiranya pasangan kita ada banyak kelemahan atau keburukan, janganlah dikutuk atau memandang serong padanya. Cuba terima dia seadanya. Kalau dia ada kelemahan, kita juga begitu. Kalau dia boleh terima kelemahan kait, maka kenapa tidak kita? Apa yang penting, kita mesti berlapang dada dengan perangai dan sikap pasangan kita. Kalau perangainya buruk sekalipun, jangan sakiti hatinya, sebaliknya cari jalan bagaimana kita dapat bantu dia memperbaiki kelemahan itu.
3. Hormati diri dan keluarganya
Poin ni lebih kurang sama dengan poin yang no 2 tu. Yang pentingnya ialah, kita mesti hormat pada pasangan kita selayaknya. Hormatilah dia dan jangan sekali-kali memandang rendah padanya. Walau mungkin kerja pasangan kita tidak sehebat kita, namun kita wajib hormat padanya. Hormat bukan saja kepadanya, malah kepada ahli keluarga dan saudara mara nya juga.
4. Perbaiki cara berkomunikasi
Pertembungan dan perbezaan pendapat antara kita dan pasangan kita, memang tidak akan dapat dielakkan. Ia sememangnya lumrah dalam setiap perhubungan. Apa yang boleh dibuat ialah, kita perbaiki cara berkomunikasi kita dengan pasangan. Jangan naikkan suara atau menengking pasangan kait, walaupun mungkin kita berada dipihak yang benar. Tengkingan atau sergahan hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jika kita dalam keadaan marah, cuba keluar dari rumah dan pergi ke tempat yang mampu menenangkan kita. Jangan sekali-kali berkomunikasi semasa kita sedang marah. Selain itu, sila gunakan bahasa-bahasa yang indah dan lembut dalam komunikasi. Panggil pasangan kita dengan panggilan yang dia sukai.
5. Sentiasa jujur dan ikhlas
Jangan sekali-kali kita menipu pasangan kita. Sekali kita menipu, kita akan terus menipu dan menipu lagi. Sesuatu perhubungan yang didasari dengan penipuan, pasti tidak akan kekal lama. Lagi satu, ikhlas juga sangat-sangat penting. Kalau kita buat sesuatu untuk si dia, janganlah mengharapkan balasan. Janganlah juga mengungkit-ungkit kebaikan dan jasa kita. Sekali kita ungkit, habis semua kebaikan yang kita telah buat, akan dianggap sebagai tidak ikhlas. Pasangan kita pasti berasa menyampah dan tidak akan menghargai pengorbanan kita.
Sekian, itulah 5 perkara yang perlu setiap seorang daripada kita ambil tahu dan praktikkan dalam kehidupan. Saya yakin, jika anda dapat amalkan 5 perkara yang saya nyatakan tersebut, insyaAllah perhubungan anda akan sentiasa kekal dan bahagia selalu.
Anda ada rahsia atau tips lain? Kongsikanlah di bahagian komen yer. Terima kasih



















Tambahan. Menghargai perhubungan dan memberi masa untuk mengeratkan hubungan tersebut. Contohnya meluangkan masa bersama. Ealaupun tidak lama, jika anda ikhlas memberi komitmen terhadap hubungan tersebut, ianya pasti akan berkesan dan dapat memantapkan lagi hubungan tersebut.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 13th, 2010 at 11:00 am
@mr.eims @ perfume,
cak!! mr.eims @ perfume
ya suri setuju dengan pendapat mr.eims @ perfume tu..masa juga amat penting kerna dgan masa pasanga kita akan dapat merasakan dirinya lbih dihargai..disayangi
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yu huu..thanks pakar..artikel yg bermanfaat buat kita sume..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 13th, 2010 at 10:59 am
@ocean,
Hai..ocean
sama-sama ocean. semoga hubungan yang sedia ada dapatlah dieratkan antara satu sama lain
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
emm..berkenaan kelemahan pasangan tu sy ada cara sy tersendiri..em..selalunya sy akan pilih mase diri dia tenang..cara sy tegur xjurus pd diri dia sorang..tp juga pd sy..sy ajak dia sama2 berubah.. dia lebih mudah menerimanya berbanding kita hanya tegur dia seorang.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 17th, 2010 at 4:00 pm
@Leyna,
salam..Leyna
yalah kita saling memperbaiki diri sendiri.Insyallah kesilapan yang lalu dijadikan sempadan.yang sekarang dilalui dgn kekuatan..kematagan fikiran
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
memantapkan hubungan penting terutama dalm rumahtangga kita.. banyak perkara yang perlu kita pelajari daripada pasangan kita..
tapi kita kena ingat,, semua ada kelemahan masing2, cuba selami jiwa pasangan di samping memohon pertolongan dari yang Maha Esa.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 17th, 2010 at 4:01 pm
@suha,
hai, suha
kesepakatan harus ada dlm rumahtangga disamping doa.semoga rumahtangga akan dirahmati olehNYA.Amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
setiap kali lepas bergaduh atau ada perbahasan yang panas sesudah keadaan menjadi reda semula, seeloknya minta maaf sesama sendiri dan lupakan semua ayat2 yang menyakitkan hati.. supaya tiada dendam dan sesi mengungkit dilain kali..
setiap kali solat, doa supaya kasih sayang dan cinta antara kita dan pasangan akan kekal hingga akhir hayat.. bagi ct, orang yang mencintai akan buat yang terbaik untuk pasangannya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 17th, 2010 at 4:04 pm
@ct maliha,
salam..ct maliha,
syukur Alhamdulillah jika ia resepi dalam setiap rumahtangga yang dibina..pasti bahagian akanakan menggamit hati persis si kekasih pada si perindunya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sebaiknya kalau bertengkar atau ada perselisihan faham janganlah berlarutan atau berpanjangan. Ingat kebaikan pasangan yang pernah dilakukannya pada kita, pasti akan hilang rasa marah. Ingatlah setiap jodoh tu adalah yang terbaik buat kita. Mungkin buruk di mata kita tapi baik di mata Allah dan begitulah sebaliknya… setiap insan ada kekurangan dan kelebihannya.. wallahualam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 17th, 2010 at 4:05 pm
@ctrahmah,
hai,ctrahmah
benar apa yang anda katakan itu.Suri amat setuju.
terimalah pasagan anda seadanya. semoga kebahagaian akan dapat dirasai bersama
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sy bersetuju dgn pendapat pembaca berkaitan Rahsia Memantapkan Perhubungan…Selisih faham adalah asam garam hidup berumahtangga..Melaluinya kita dpt mengenalpasti kelemahan pasangan kita..dan sama2 cuba mengambil langkah terbaik utk mengatasinya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 17th, 2010 at 4:07 pm
@Nani,
Nani,
kefahaman harus ada dalam membina mahligai yang indah namun kekuatan dalam menerima kelemahan, kekuragan pasangan adalah satu perkara yang harus kita berfikir secara terbuka dalam kehidupan suami ..isteri.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 17th, 2010 at 4:08 pm
@emma,
emma..sama-sama
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..bgitu byk dgaannye kn,dlm mnjdikan ssuatu hbngan itu lbih smpurna……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 17th, 2010 at 4:11 pm
@ndia,
setiap yang diciptakan berpasagan itu ada hikmahnya..sebenrnay kita mmapu untuk menanganinya..cubalah kerna usaha dlm membina rumhtangga yang harmoni adalah satu ruang untuk menuju kebahagian
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ndia Reply:
February 18th, 2010 at 10:23 am
~ye,btul tue….mmg ad hikmahnya…….tQ……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..mntk izin nk copy yee untk my blog,huhu tQ
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 17th, 2010 at 4:11 pm
@ndia,
ya.boleh. tapi pastikan ada kreditkan sumber blog ini ya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ndia Reply:
February 18th, 2010 at 10:21 am
…t.ksih.. =)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ndia Reply:
February 18th, 2010 at 10:22 am
trma ksih,,surihaty_ku.. =}
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 18th, 2010 at 12:06 pm
@ndia,
sama-sama wahai ndia..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
semoga perkongsian di atas memberi manfaat kpd kita sume.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]