Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBTahukah anda rahsia perbezaan antara marjerin dan butter? Bacalah artikel ini hingga ke akhirnya, anda tentu tertarik!
Marjerin dan Butter, kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Butter sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama butter, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.Memakan butter meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Butter mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!
Butter lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Butter sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus).
Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan. Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji seperti dibawah ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.
Dalam masa dua hari anda akan dapati 2 perkara berikut:
- Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
- Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
Sebar2kanlah fakta ini supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.
INFO TAMBAHAN
Definisi Margarine :
A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.
Definisi Butter :
1. A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.
2. Any of various substances similar to butter, especially:. a. A spread made from fruit, nuts, or other foods: apple butter. b. A vegetable fat having a nearly solid consistency at ordinary temperatures.
Rujukan : The American Heritage? Dictionary of the English Language, Third Edition.




















wah! cam tu ker? Baik, saya nak sebar gak artikel ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
hmm..sy kalu musim raye mesti beli merjerin yg tin 2.5kg utk buat biskut dan kek. Tp lps bace info ni..thn dpn xbeli dah..tkt dh nk mkn..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Baru saya baca info ni..mungkin agak terlambat 2 tahun untuk saya beri komen..
hmm..betul ke info ini..bukanlah majerin terutama yg diikeluarkan di malaysia dibuat dari minyak kelapa sawit..sementara mentega adalah dari bahan tenusu/haiwan.. Jika dibandingkan antara keduanya umum telah mengetahuai lemak tumbuhan/sayuran adalah lemak tidak tepu jka dibandingkan dengan lemak haiwan & lemak haiwan adalah lemak tepu & adalah lebih bahaya dari lemak sayuran/tumbuhan..
Saya teringat suatu ketika dulu telah terjadi isu tentang keburukan minyak kelapa sawit jika dibandingkan dengan minyak jagung. Pada masa itu telah diadakan boikot terhadap produk myk kelapa sawit, & diwar-warkan di barat tentang keburukannya. Walhal berdasarkan kajian yg benar & telus didapati minyak kelapa sawit adalah antara myk yang selamat utk kesihatan, rendah kalori jika dibandingkan dgn minyak jagung keluaran barat..Negara pengeluar myk kelapa sawit telah bersungguh-sungguh melawan & menepis dakwaan jahat dari barat ini demi kepentingan myk jagung keluaran mereka & akhirnya mereka(barat) terpaksa akur!
Oleh itu sebarang info dari barat terutamanya dari internet jgn la kita terima & percaya bulat-bulat..
Saya adalah pengguna majerin sejak kecil & didapati majerin akan berkulat jika dibiarkan lama di luar peti ais.
Tak tau la kalau di barat majerin dibuat dari plastik kut…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
k olin Reply:
August 13th, 2011 at 3:31 pm
terima kasih kaklily……saya amat bersetuju dan merasa lega setelah membaca komen anda. kerana saya penggemar marjerin dan mentega. saya agak musykil setelah membaca artikel ‘rahsia marjerin dan butter”….dan la ni tidak was2 menggunakannya. tima kasih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]