Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBKajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam
berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13
peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air
panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya;
Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas
membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan
membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang
dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Stres: Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang
tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. l
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam
air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian
dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk
berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang
lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudia tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender,
peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama
10 hingga 20 minit.
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,
pendarahan hidung, selsema dan sembelit..



















Salam,
Saya rasa rahsia mandi ini amat baik, hatta untuk diamalkan dan diwar-warkan. Orang-orang Eropah juga seringkali mandi dilaut lepas yang mana airnya 3 degree-5 degree Celsius untuk meningkatkan daya immuniti dan riadah. Ada juga pengamal perubatan alternatif yang mengamalkan mandi ais (hydroteraphy) untuk sesetengah penyakit melarat dan menghilangkan stress. Pendekkata mandi baik untuk menjaga kebersihan agar tidak berbau dan untuk kesihatan agar tidak dijangkiti penyakit.
Mengelakkan penyakit itu lebih baik dari mengubati. Rajin-rajinlah mandi pagi, muga tidak dipanggil kambing gurun. waallahualam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm..mak selalu suh mndi diawal pagi…
baik tuk kesihatan katanya….ehehee…
org ckp mandi diawal2 pagi boley mmbakar lemak…
dan mandi pun boley dijadikan sebagai satu ibadah..
kalau kita niatkan mandi tu sbg ibadah…
jadi rajin2 la niat semasa mndi…ehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cikgu saya dulu prnh bgtau rahsia awet muda,
katanya potong limau nipis beberapa biji
lps tu campak jer dlm kolah…
gerenti bdn lebih segar dan muka berseri-seri…
cubalah ye………
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Rupanya mandi pun ada kebaikannya tersendiri..tq info yg berguna ni
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]