Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBPenerangan
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.
Kegunaan
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
Antara khasiat pegaga adalah:
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin




















Tak syak lagi. Pegaga ni mmg banyak khasiatnya. Bila sebut pasal pegaga ni juga, teringat pd arwah atuk. Dia mmg suka sangat berulamkan pegaga.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
mm…mmg bnyk khasiatnya…
p nk wt cmne…susah nk telan sayur….huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mmmmm… bgus,,,,,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya suka minum jus pegaga yg di mesin sendiri di rumah. Cuma baru2 ini ada terdengar bahawa produk herba mendatangkan kesan sampingan?. Susah jugak ni. Emm apa pun jua orang tua dahulu kala makan ulam seperti makan nasi, sebab tu umur pun panjang.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum.
Pucuk pegaga…… itulah sayur kegemaranku.
Byk khasiatnya,selain daunnya dibuat ulam,kerabu,sayur lemak dan sebagainya,akarnya juga berkhasiat utk kencing manis,daunnya juga berkhasiat mencegah darah tinggi.amalkan selalu memakannya dgn nasi putih,insyaAllah darah tinggi anda akan beransur pulih.selamat menjamu selera…….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
wau…t.ksih!!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sblm mkn pegaga mentah, basuh dgn sedikit garam utk buang kuman. sy suka mkn pegaga mentah dgn sup daging/sup ayam….cubalah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
patut le kakak i suke makan pegaga dlm pantang
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
@bantal_busuk,
hehehe.. dah benda baik apa salahnya..lagipun ia akan awek muda..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ahmad Reply:
June 20th, 2010 at 6:53 am
@surihati_ku,
yang baik perlu diingat su, supaya ia tidak pupus demi zuriat akan datang.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedap dibuat ulam, saya pernah menjaj ulam ini dipekan tg malim , perak suatu ketika dahulu, khasiat yang termashur sudah dan patut diwarisi pada anak anak kita dimasa akan datang
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya pun suka makan pucuk pegaga ni
sebab senang dimakan, kecik lagipun daunnya
.-= Kimi Rekonen´s last blog ..I Got 9 Buffered Earnings Today =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih atas semua info… alangkah berkhasiatnya pegaga…alangkah baiknya menikmati kurniaan Allah.
.-= hadimidah´s last blog ..MAHER ZAIN – BarakAllahu Lakuma =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih atas semua info.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mak saya minum air rebusan daun pegaga untuk ubatkan darah tinggi
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ada pulak pengamal perubatan tradisional pesan bila nak rebus buat minum harus buang daun dulu, sebab daunnya beracun.. saya pun x pasti, sebab kita biasanya suka buat urap.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]