Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Saya masih ingat lagi, dulu masa saya kecik2, saya suka sangat makan budu. Setiap kali masa makan, mak pasti akan menyediakan budu atau dalam loghat Pahang kawasan Jerantut, kami sebut ‘budu’ sebagai ‘pede’.
Berikut ini adalah cara bagaimana orang Jerantut makan budu / ‘pede’.
Mudah saja ;
- Tuangkan pede dalam mangkuk kecil (kira2 sampai separuh mangkuk).
- Hiriskan beberapa ulas bawang merah dan cili padi (masukkan dalam mangkuk ‘peder’ tu)
- Perah limau nipis (dalam sebiji camtu cukuplah)
- Siap untuk dimakan bersama dengan nasi putih
Keluarga saya semuanya gemar makan budu dulu2nya. Tapi skang entah kenapa, dah tak makan budu lagi. Saya tak pasti kenapa. Mungkin dah jemu sebab dah terlampau banyak makan? Atau barangkali rasa budu skang ni dah tak sesedap budu zaman dulu2.
Korang pulak…pernah makan budu tak? Suka makan budu? Ada apa2 resepi istimewa masakan menggunakan budu?
Berikut ini, saya ingin kongsikan dengan korang tentang maklumat dan fakta-fakta menarik yang perlu kita tahu mengenai BUDU dan KHASIAT-KHASIATnya.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur
Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan
berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat , Australia , New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione
sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya
tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan
menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang
selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu
menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif
seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser
dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati
budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit
(diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan
hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan
oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses
dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak
yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Den gan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan
pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea
kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana
ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara
neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu
turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa,
penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi
kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu
iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak
(vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada
pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid
pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) .
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang
dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin -
yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan
laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk
pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan
terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan
menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram
per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh
lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Den gan adanya
vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa
khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral
makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium
dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100
gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga
merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk
menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan
atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak
berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan
tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca
dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di
dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan
radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur
antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di
samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4
trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat
dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti Nor th Carolina , Amerika Syarikat
menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada
budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah
payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan
pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh
darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin
disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala
faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah
(hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti
lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan
lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E,
karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati
pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan
kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali
sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam
budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia
menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National
Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada
budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas
sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama
hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda
fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala
keperluan untuk tubuh badan.




















nak try makan budu tp rase cam semacam jer… cam ne ye????
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
memang sedap..tapi kawe make dengan nasi kerabu.mula-mula dulu takut jugak nak makan…..takut keluar loghat kelate pulok..hehe..dah duduk dengan mek kelate masa posting kat endau dulu.,sedap je makan. kalau macam ni banyak khasiat budu,kawe nok try make budu tiap haghi..HIDUP BUDU! thanks kat kengkawan yang ajar kawe make budu ni..azie,k.sha,ila,min,ti,farah,..semua geng rumah kuning kat kg.londang,endau..dengar sini..BUDU BAIK UNTUK KESIHATAN..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Wow ! ini satu kajian yang sangat hebat. Saya sebagai penggemar budu, rasa sangat bangga. Apa tidaknya mulai sekarang dapatlah kita angkat martabat budu, makanan yang selama ini diperlekeh dan ada yang geli bila kita sebut budu, rupa-rupanya mempunyai khasiat yang tinggi setaraf makanan lain yang lebih berhenama. InsyaAllah saya akan kongsikan maklumat ini dengan kawan-kawan lain.
Terima kasih dan jumpa lagi…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
makanan ‘kuno’ ni, byk khasiat dia.. jgn men2..
mula2 dlu bila try mkn budu ni, mmngla rsa smcm, tapi dh lma2 sket, jadi ketagih pulak… setiap kli mkn mesti ada budu, klu x, xsah makn…. tapi tu dlu, skrang klu nak mkn budu, mknlah jela… kalu x, xla…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sy pun ske mkn budu
tp kene ada ulam br ada budu..
bestnyee…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
orang kelate dah lama dah tau tentang khasiat budu nih…tapi tak sangka khasiatnya jauh lebih baik dari yang disangkakan.budu kalau nak lebih sedap bagi yang mula2 nak belajar makan tu…boleh juga dipanaskan, pastikan campurkan hirisa bawang,cabai,perahan asam dan tambah tempoyak juga sedap.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
woooow mcm 2 ka hasiat buduuu…aku x penah makan budu tp yg pernah aku makan ikan bilis tumbuk dengan lada besar sampai lumat pas 2 perah dgn sebiji limau selalu r…pas 2 ada ikan masin.. pas 2 ada sirap limau ais….nasi panas…bukak kipas kuat2…woooow
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Em,sy akui yg budu enak rsnya..Ini krn sy sgt suka memakannya memandangkan sy berasal dr kltn..Kalau blk b’cuti ke kg,perkara pertama yg sy tnya lau tiba wktu mkn ialah “ado budu dok mak?”..Selalunya selain mkn dgn nasi n ulam2 emak slalu buat nasi goreng m’gunakan budu,cili padi n ikan bilis..Rasanya sgt sdp..Selain 2,nk goreng telur dadar pun boleh bubuh budu ckit..Memandangkan saudara da lame xmkn budu,apa kata saudara suruh wife saudara cuba resepi br ini..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamulaikum….
dari kecil sampai sekarang budu mmg x dapat dilupakan… lauk singan ikan tongkol + ikan bakar +ulam+celur pucuk ubi kayu +budu(perah asam limau+cili kecil)+nasi panas…pergh, makan sampai mak mertua lalu tak sedar, boleh tambah nasi jer gayanya….terkecur air liurku ….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalaamu…
Pergh! Meleleh ayaq lioq hamba melihat akan pic budu tu. Yummy! kehkehkeh…
Wassalaamu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mana nak cari budu kat penang weh…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
best nye ..lama x mkn budu..
selalunye sy bakar ikan pastu cecah dgn budu n perahkan asam limau…
meleleh air liur ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
budu?lg senang cari budu raja..x yah ltk cabai atau asam limau sebab semua dah ada dlm tu..memang sedap!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aduhhhh…mak oiii…kecur ayor liur aaa…dulu den x penah mkn budu…klo dgr pn rasa geli..tp semenjak knl bdk klate n phg ni diowang gile budu den pn terasa nk try arr..mkn2 perghh..leh thn gak kalo cabai byk den lalu arr.. tp klo xde cabai den x bape lalu sgt..skang den leh la mkn kit2..tp budu 2 masin xde kesan ke klo mkn byk2..nnti kna drh tgi kang..terkgkang arr..huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
budu oh budu aku merindui mu..haha..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ada kenalan saya, kemaruk makan budu sampai makan roti canai pn cicah budu..huhu..oghe klate pn tk wak gtu..wakaka…mcm2 gaya orang menikmati budu ni..tp bab mkn roti canai ngn budu plg tk tahan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm…besenye mkn budu sebab budu ni mcm penambah rasa…
kalu biasa mkn nasi sikit…
kalu pekena dengan budu…bertambah la jwbnye…
x tau la plak ader jugak khasiat budu nie….ehehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..uihh cdapnyeee…………
xsngke plak yee budu neh bnyk khsiatnyee,hehe… =D
..nk mkn sbotol aa lpas neh,hehe
ape pn…………pst yg sgt2 brguna!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
uih ternyata budu dan kehebatannya haha.
hidup melayu ! hidup budu ;p
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]