Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBEntri kali ini kutujukan buat ibu-ibu mengandung, khususnya buat isteri ku yang baru saja di sahkan mengandung (7 minggu). Alhamdulillah semoga tabah menghadapi hari-hari sukar dalam trimester pertama ini.
Semoga info tentang asid folik ini memberikan sedikit sebanyak input berguna pada anda semua. Berikut ini kukongsikan artikel tersebut.

Asid Folik penting untuk ibu mengandung...
Rahsia Khasiat Asid Folik
Assalamualaikum….
Semoga semuanya sehat2 saja ya..
Especially buat ibu2 yang kini sedang membawa kandungan… diharapkan agar kesihatan anda di tahap yang tip-top ya.. baik dari segi dalaman juga luaran.. Tenaga juga perlu disimpan bagi saat2 kelahiran kelak..so amalkan pemakanan yang sehat, dan memenuhi semua keperluan tubuh anda juga bayi di dalam kandungan..
Dan .. antara keperluan utama bagi ibu2 ini.. adalah Asid folik (folic acid). Anda memerlukan Asid Folik bagi memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik jua adalah utk tumbesaran otak bayi..
Ianya merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.
Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi.. bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor utk mengambil vitamin dan asid folik yang diberikan.
Untuk pengetahuan.. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Kalo menurut kajian , pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku. Fantastic isn’t it!!! Of course.. Allah yang tentukan semua tu..but usaha kita .. usaha kita mengamalkan dan doa kita utk anak dlm kandungan itu perlu ada..
Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnyer bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tak dapat disingkap..) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.
Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.
Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.
Sumber-sumber Asid Folik
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.
Risiko kekurangan Asid Folik
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
- Sakit disekeliling mulut.
- Sakit lidah.
- Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
- Anemia.
Kesimpulan
Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Asid Folik boleh didapati di mana-mana farmasi.
Sebahagian penerangan di atas diperolehi daripada : http://www.cdc.gov/ncbddd/folicacid/index.htm




















salam pakar,
pertama sekali tahniah buat pakar n isteri.
saya setuju sangat info ni, mmg acid folic ni penting untuk kesihatan ibu n juga janin yang dikandung.
rugi siapa yang tak baca info ni.
Well-loved. Like or Dislike:
6
0
[Balas Di Sini]
Tungku Moden Reply:
December 6th, 2010 at 1:05 am
@fida,memang bagus pn asid folik..makan jgn xmkn..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
kalau dah 9 bulan boleh makan ke?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
memang bagus sangat acid folic n….mambantu perkembangan baby dlm kandungan…so para bakal ibu sentisa amalkan pemakanan berkhasiat ekhhhh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
3
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
October 7th, 2009 at 4:59 pm
@suzanaahmad,
Yaa setuju!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
suzanaahmad Reply:
October 11th, 2009 at 1:32 pm
tahniah…..pakar n mesti dah tak sabar-sbar menati org baru,,,ape pun jaga org tersayang baik-baik ye….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
taniah le kat pakar, dah nak jadi bapa… moga menjadi ibubapa yang pengasih dan penyanyang.. harap2nya isteri pakar makan le semua vitamin yang doktor beri.. saya dulu bukan takat vitamin yang diberi je saya makan, malah beli susu untuk ibu mengandung dan makan macam2 makanan yang berkhasiat. sampai ibu mertua saya tegur supaya kurangkan skit, sebab bimbang baby besar nanti susah plak nak bersalin sedangkan saya ni kecik molek je.. tapi bagi saya, selagi ia tak mendatangkan alahan pada saya, saya makan je.. Alhamdulillah anak saya sihat dan senang waktu melahirkan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
TAHNIAH UNTUK PAKAR & ISTERI DIATAS KEHAMILAN TERSEBUT.
SEMOGA HARI-HARI YANG DILALUI AKAN LEBIH BERMAKNA DAN BERNILAI LAGI..
INGAT JANGAN LUPE TIAP-TIAP BULAN KENE PEGE KELINIK BUAT PEMERIKSAAN UNTUK ANDA DAN BAYI DIDALAM TUE YER..
JAGA MAKAN, MINUM..JGN ANGKAT SEBARANGAN BARANG YANG BERAT.
TAKE CARE
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
tahniah..sy ni da 7 bln kawen tp xde pape lg..sedih sgt..skrg ni dok mkn asid folic ni..kalo time period bleh mkn ker..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tahniah buat tuan dan isteri. Semoga zuriat yang bakal lahir nanti merupakan anak yang soleh/solehah … Insya-Allah.
Doakan saya juga selamat bersalin April next year, Insya-Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
memang betul kebaikannya,tp apa yg saya tahu masih ada l agi ibu2 mengandung yg takut untuk makan ubat yg diberikan oleh doktor spt acid folic.
alasan mereka nanti anak akan jadi besar, ada akai ka weiiiii
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asid folik sangat penting dalam kehamilan.
Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf “embryonic” dan ” fetal” , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.
Asid folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah.
Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
semua vitamin utk ibu mengandung baik kpd baby..
cthnya mcm saya mkn semua vitamin n then anak2 semua 4kg lebih..
normal lagi tu…
tahniah!! pakar dapat baby nanti…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
nak tanya, folic acid mn yg bgus…yg jual kt farmasi satu kotak rm10 je…dlm kotak tu ade sepuluh papan…ok je..ke ade yg lagi bgus yg saya tak tahu? pls advise me
tks
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam pakar…
saya baru 2 bulan berkahwin,,sekarang sy plan untuk mendapatkan cahaya mata…boleh ke saya ambil asid folik ni walaupun saya x preaggy lg?or dia akan mengganggu proses untuk saya mendapatkan anak nanti???
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tahiah kpd pakar yg bakal jadi bapa, saya dulu pernah mengandung dan gugur 2 bulan, malangnya semua vitamin dan asid folic tu saya dah buang (kecewa) lah katakan. tapi kawan2 ckp sebenarnya, asid folic tu kiter boleh teruskan makan je, erm ye ker???
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
puteri Reply:
May 17th, 2010 at 9:26 am
@julia, yea julia.. acid folic tu boleh mkn terus.. jgn kecewa julia… bila janin tidak berkembang dgn sempurna ianya akan gugur.. ada juga yg tidak gugur dan lahir mungkin akan tidak sempurna.. jgn mudah kecewa dan putus asa… julia boleh cuba lagi k…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
TAHNIAH !!!!!!!!!!!!!BT PAKAR HT N WIFE….
BT ISTERI PAKAR,AMALKAN DOA NABI YUNUS UTK MUDAH BERSALIN NTI YE…BC DLM LB ROOM LA KA… PAKAR HT KNA LA TEMAN WIFE NTI..BERI SEMANGAT….SMG DIKURNIAKAN ANAK2 YG SOLEH &SOLEHAH..BERIMAN,BERILMU & BERAMAL…AMIN….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam pakar…
Saya baru mengambil asid folic dalam 2 mggu. Suami saya pun makan sama. sebab saya ada terbaca artikel yang mengatakan asid filoc baik juga untuk suami. Betul ke?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
puteri Reply:
May 17th, 2010 at 9:42 am
@Naa, sesiapa sahaja boleh ambil acid folic nie… penting untuk isteri baik juga untuk suami..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
syaf Reply:
October 15th, 2010 at 4:09 pm
@Naa,
Naa, blh share tak ape perkembangan terkini? sy baru jer ambik acid folic ni atas nasihat dr.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam pakar..
saya baru mengalami keguguran (5 minggu usia kandungan) minggu lepas. bolehkah saya makan acid folic selepas keguguran dan berapa lama tempoh untuk saya mengandung semula. tq
.-= vivie´s last blog ..Berhati-hatilah Dengan Solatmu =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
puteri Reply:
May 17th, 2010 at 10:07 am
@vivie, puteri ada dgr juga selepas gugur boleh juga ambil acid folic… untuk hamil semula tu mungkin tgu 2 3 bulan .. bila rasa ook dan bdn tu bersedia untuk hamil semula ok la… jgn lupa ambil acid folic sehingga la hamil semula.. ianya penting untuk perkembangan janin or baby….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya pun baru je disahkan mengandung lagi 8 minggu anak yang ke 3. baru kali ni saya sematkan azam dalam minda ni utk makan semua vitamin yg dibekalkan doktor termasuklah folok acid ni setiap hari tanpa miss walau seharipun. kalau sebelum ni makan bila teringat je, banyak hari yg tak ingat, selama ni suka ikut perasaan malas…..harap2 saya dapat melalui saat2 mengandung ini dgn selamat….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..bagaimana sekiranya saya tidak makan asid folic sejak mengandung sehingga kini kandungan saya yg berusia 6 bln.saya hnya makan produk salindah ketika kandungan sy berusia 4 bln sehingga skrg.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam..
pakar hwt…nk tanya kalau sy mkn multi vitamin tp kandungan folic acid nya
500mcg ok tak?sbb tgk info td per day 400mcg shj…
saya baru start mkn kordel’s- bio liquid multi
saya blom pregnan tp dlm process mencuba
harap dpt respond
tq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
thanks for d info.. tp sy nk tanya jgk. sy mmg ada amek folic acid ni b4 pregnancy. tp yg bli d farmasi harganya 50sen skeping. so ok ke x ye folic acid 2. thanks
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya mengalami alahan yang teruk. usia kandungan baru 9 minggu dan saya baru sahaja keluar dari hospital kerana masalah hyperemesis gravidarum. masalah saya ialah kini saya tidak boleh memakan asid folik kerana ia membuatkan keadaan saya menjadi lebih teruk. bagaimana untuk saya mengatasi masalah ini dah bolehkan saya tidak memakan pil asid folik sebaliknya menggantikannya dengan makanan yang mengandungi asid folik.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]