Feb 05
Kongsi artikel ni di FB

Anda sakit hati, tak puas hati, bengang dan marah pada seseorang? Rileks, rileks. Jangan terlalu ikutkan nafsu, perasaan dan emosi anda. Sebab, kalau anda bengang atau marah macammana sekalipun, ianya tak akan membantu apa-apa. Ia hanya akan merumitkan lagi keadaan. Hati bertambah sakit, dan mungkin ada orang akan terluka dengan sikap kita. Jadi, cubalah kawal perasaan marah walaupun ianya amat sukar sebenarnya.

Baiklah, dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah yang berkaitan dengan ‘marah’, yang berlaku semasa zaman Nabi SAW dulu. Cuba baca kisah ini dan ambil lah pengajaran daripadanya.

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”


Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: “Awasilah diri kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.”

“Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang sedang marah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”

Setelah membaca entri ini, marilah kita sama-sama berazam untuk mengawal perasaan dan emosi kita daripada marah. Sesungguhnya marah itu hanya akan mendatangkan keburukan kepada kita.

Kalau kita berasa nak marah lagi selepas ini, cubalah ingat kisah yang berlaku antara Saiyidina Abu Bakar Radhiallahu’anhuma dan Rasulullah SAW seperti di atas.

Artikel lain yang best-best :

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , , ,


10 Responses to “Rahsia hindari kemarahan”

  1. 1. najihah Says:

    tips yang bagus…
    sy mmg rasa nk mrh+tensen+tertekan sejak akhir2 nie..bf ajak pulih hubungan semula tp sy xnk.dia desak n paksa sy utk terima dia blk..dulu sy dh bg dia peluang..tiada lg 2nd chance..dia paksa n ugut sy akn hebohkan kat family,tempat keje n nk wat kecoh pasal nie..sy xnk dia jatuhkan maruah sy dikhalayak..betul2 rasa tertekan n nk mrh kt dia skg..saol hati kn xleh dipaksa..tp dia pulak xleh terima kenyataan tue..uhh lelaki…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. 2. salmi Says:

    salamualaikum
    marah? byk keburukkannya dari kebaikkan.Janganlah marah kerana ia mempengaruhi emosi kita dan tidak ada ketenangan dalam hidup kita jika kita asyik marah2.Byk berdoa kepada Allah dan selawat keatas rasullullah selalu supaya kita terhindar dari sifat marah yang tidak membawa faedah kepada diri kita.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. 3. Asma' Says:

    permulaan marah itu adalah gila & kesudahannya adalah menyesal….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. 4. ezzan yusop Says:

    salam…

    saya amat meminati artikel anda. alhamdulillah saya banyak belajar dari artikel. saya nak minta izin nak guna entry anda ni untuk di post dalam blog saya. boleh tak?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. 5. ndia Says:

    ..siapa yg tdk mhukn ktenangan bkn??,,blajar laa untuk sntyse brtenang,,jgn hnyutkn dri mngikut nfsu……..kmrahan,tiada gnenye,,,
    ..amatlh pnting dlm mmahami ap itu sbnarnye erti kemaafan,,stu pnawar ktnangan dri dlm khidpan……..alhamdullillah……..
    ..pst nie ckup mmberi iktbar kpda kita smua,,sbg hmba yg lemah dn krdil dsisi Allah Taala……t.ksih~ =D

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. 6. mr.eims @ perfume Says:

    Saya pun kebelakangan ni cepat juga marah.. haih,…
    banyak sangat kot bende yang menyerabutkan kepala sekarang :p

    nway. penawar dia ialah al-quran lah kot..
    al-quran kan penenang jiwa. insyaAllah bila jiwa tenang, kita senang beri kemaafan kepada org.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. 7. ocean Says:

    Ada banyak punca kemarahan kita…

    bila emosi terganggu..mula la hati jd panas…

    tapi ingat ..mudah marah.. mudah dapat penyakit.. (^_^)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. 8. emma Says:

    salam, marah biarlah bertempat dan selepas marah jangan berdendam…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. 9. ct maliha Says:

    jika ada orang marah pada saya padahal saya tak salah atau buat fitnah, saya buat tak reti je.. tak balas apa2 atau cakap apa2 diam je.. sudahnya dia yang rasa bersalah dan datang minta maaf dengan sendirinya..
    benar macam hadis di atas, ‘Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam’

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. 10. nyonyalin Says:

    aduh…….tips yg bagus…. i ni la pemarah…hurm.tak tau mcm mana nak buang

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Why ask?

i3Theme sponsored by Top 10 Web Hosting and Hosting in Colombia

Switch to our mobile site

העלאת תמונות