Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBAllah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya… huhu

- Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.
Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.
- Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.
Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.
Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…
- Hidung paruh burung :
“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.
- Hidung tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.
- Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.
- Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.
- Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.
- Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.
Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda.



















sm2la menilai dgn mata hati..ckit sbyk ada jg kna kt sye..^_^
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
great info. thanks
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Atie…
Jiam…
thanks for da komen.
cubalah perhatikan idung kawan2 dan nilai perangai mereka.
memang sikit sebanyak ada betulnya juga….huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
lebih daripada 70% kat dalam ni betul berlaku di depan mata. kakakaka… lain kali rahsia pasal apa plak yek?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
memang dlm kajian.. kebanyakannya berlaku cam tu, tp keyakinan dgn Tuhan juga perlu dijaga… krn Tuhan lebih tahu & kenal seseorg itu lebih dr empunya diri… thanks for da info..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Lunatic G
Apiez KGK
Terima kasih banyak atas komen dan pandangan.
Pastinya keyakinan MUTLAK kita hanya berhak
kepada ALLAH SWT.
Justeru, jangan konpius jangan ragu,
apa jua perkara dalam dunia ini adalah
semuanya dalam kekuasaan ALLAH Robbul Jalil.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kuri!
aku punya kategori hidung mana ek?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yelah kuri san saya pun x tau kategori hidung saya yang mana…kuri san tau x yang maner satu?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
–> Cik Puteri Silijiyanah…
hidung hang ialah jenis hidung KECIL!!!
sebab tu lah ko suka bidang art/design…
dan memang ko ada bakat pun….
betul tak?
Puan Sri Roslina…
hidung ko jenis yang hidung LURUS!
sebab tu ko ni jenis yang lurus bendul…setia dan adil gitu.
aduh…bertuahnya suami ko ek…jeles aku… muahahaha
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mcm mana nak tahu bentuk2 hidung2??
xder gambar ker??
Azam…sorry yer…gambar takde laaa….main agak2 jer la bentuk hidung nya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
akum,sebaik2manusia adalah mereka yang taat perintah Allah dan ikut sunnah Rasullullah. tak kira la apa rupa paras atau hidungnya. Menilai manusia melalui fizikal adalah tidak digalakkan dan mengundang prasangka.
sebagai ilmu tidak salah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
salam.
tq for info.
satu perkongsian yg menarik.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam. thanks for the info~
saya ada post entry mengenai hidung juga. dan saya ada buat link ke post awk ‘rahsia hidung’ ni. jemput datang ya~ =)
.-= amanda´s last blog ..Bernafas Sebelah Hidung =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam. thanks for the info~
saya ada post entry mengenai hidung juga. dan saya ada buat link ke post awk ‘rahsia hidung’ ni. jemput datang ya~ =)
.-= amandaeltiqaz´s last blog ..Bernafas Sebelah Hidung =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kte xtau jenis hidung kte..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
@mija, asalkan hdung kita blh bernafas itu sudah memadai heeee..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]