Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBBerikut ini disenaraikan 12 tips Rahsia Gadis Kekal Ayu sepanjang masa. Semoga dapat amal dan rasai manfaatnya insyaAllah.

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty).
Dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif,
jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
2. Menjaga suara.
Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
3. Menjaga cara berkata-kata.
Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
4. Menjaga kulit.
Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
5. Menjaga muka.
Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut.
Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
7. Menjaga cara berberjalan.
Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
8. Menjaga gerak-geri.
Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
9. Menjaga senyum.
Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata.
Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
11. Menjaga kehormatan.
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
12. Menjaga sikap.
Taat beragama. Jangan berbohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain. Sentiasa Positif.




















[...] See original here: Rahsia Gadis Kekal Ayu [...]
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
nape x letak muka isteri tercinta?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Firdaus…
saya memang ada niat nak letak gambar isteri pada mulanya.
tapi fikir2 balik….
kalau saya letak gambar isteri saya nanti,
orang kata saya POYO pulak…
ramai plak yang jeles…hehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ndia Reply:
February 10th, 2010 at 3:46 pm
..hehe..ckp je lh,tkot org save gmbar tuee,ehem2,hehehe… =D
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
…akan cuba diamalkan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
all d’ best Sya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
itulah ciri-cir seorang gadis melayu yang ideal..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Kakashi Reply:
February 10th, 2010 at 4:17 pm
@surihati_ku, awak mgkn leh jadi gadis melayu yg ideal kot..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cuba memperbaiki diri….=)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
May 14th, 2011 at 1:47 pm
@Asma’, jagn berasa jemu utk ke arah tu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
July 11th, 2011 at 3:00 am
@surihati_ku,
ehehe…InsyaALLAH…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..hm…sngguh mmpersonakn prhatian ku……….t.ksih~
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
huhuhu yg penting kena jaga kesihatan jugak..baru lah aura keayuan tu terserlah heheeh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Controllah ayu walau dimana jua.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
May 14th, 2011 at 1:48 pm
@Masni, senyum jer satu sedekah..kekadang melalui senyu m otg dah terpikat pd kita heee
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ni la ciri2 gadis idamanku…hmm..=)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
May 14th, 2011 at 1:47 pm
@mus, adalah tu heeee
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
alangkah baik kalau ada yang ambik iktibar
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
May 14th, 2011 at 1:47 pm
@sabree hussin, membaca sambil beramal
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
trima kasih~ insyallah akan berusaha kearah lebih baik
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]