Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Abang saya yang ke-6 adalah seorang ustaz. Beliau adalah seorang hafiz Quran 30 juzuk dan pernah menjadi Johan Tilawah Quran Peingkat Antarabangsa pada tahun 2003. Kini beliau bertugas sebagai Pengarah di Makmal Quran Kuantan.

Dato’ Hj Ahmad Faizul al-Hafiz (abang no-6)

Beliau juga selalu dipanggil oleh penduduk di sekitar Kuantan bagi menyelesaikan segala permasalahan yang mereka alami termasuk hal-hal yang berkaitan dengan ‘masalah jin/syaitan’.

Kalau beliau balik ke kampung, saya selalu berborak-borak dengannya tentang pengalaman-pengalaman yang beliau pernah alami. Macam-macam cerita saya dapat. Ada yang seram, kelakar dan kadang-kadang ada juga cerita yang saya tak boleh nak terima…tak logik! Namun , saya tetap cenderung untuk percaya apa yang diceritakannya. Sebab beliau bercakap berdasarkan pengalamannya.

Oppss…panjang pulak cerita pasal abang saya tu…huhu.

Sebenarnya, saya cerita pasal abang saya tu adalah kerana beliau selalu nasihatkan saya agar sentiasa amalkan baca AYAT KURSI! Dia kata terrrlalu banyak fadhilat yang boleh didapati dari AYAT KURSI. Jadi, adalah amat rugi kalau tak amalkan. Lagipun ayatnya bukan panjang mana pun.

Menurut abang saya, ada dalam hadith disebutkan perihal seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah. Tugas syaitan tu ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumahnya dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Maka atas sebab itulah Rasulullah SAW tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Kerana pada saat itu syaitan akan lari meninggalkan rumah tu bersama-sama dengan salam tersebut.

Antara fadhilat AYAT KURSI yang dapat dicatatkan berdasarkan hadith adalah seperti berikut:

  • Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberikan pertolongan kepadanya.

Banyak sekali fadhilatnya kan? Jadi, apa lagi? Rajin-rajinkanlah diri untuk sentiasa membaca AYAT KURSI.

Semoga dapat amal.

p/s- Klik Sini untuk dengar MP3 Surah Fatihah (Bacaan oleh abang saya, Dato’ Zul)

Artikel lain yang best :