Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Cuti 3 hari sempena Hari Pekerja baru-baru ni, saya berkesempatan untuk balik ke kampung isteri saya di Baling, Kedah. Kami bertolak dari KL kira-kira jam 11 malam, dan alhamdulillah selamat tiba di Baling kira-kira pukul 4 pagi.
Saya kalau balik kampung, memang suka drive waktu malam. Dah jadi cam hobi. Tapi dengan syarat, sebelum drive tu saya kena tidur dulu dalam sejam dua. Bangun dari tidur, mandi-mandi sikit, sarung baju dan terus drive. InsyaAllah, kalau suruh saya drive sepanjang-panjang malam pun, NO HAL…tiada masalah. Memang saya suka dan rasa seronok drive malam. Isteri saya pun, start saja kereta, terus lena dibuai mimpi indah. Sedar-sedar jer, dah sampai rumah ibunya.
OK, cukuplah sekadar itu dulu mukaddimah artikel kali ini. Saya harap korang tak menyampah baca sembang-sembang kosong saya tu..hehe.
Adapun, dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang rahsia di sebalik demam.

Kebetulan, sepanjang saya berada di rumah mak mertua saya semasa cuti lepas, mak mertua saya tak sihat. Dia demam sejak seminggu yang lepas. Walaupun dah telan bermacam-macam jenis ubat, namun demam tak juga kebah-kebah. Makan tak selera, tidur tak nyenyak, sakit sendi-sendi, badan tak larat…nampak sangat muka mak mertua saya tu lesu dan tidak bermaya sekali. Kesian juga saya tengok keadaan mak mertua tu. Namun, tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali berdoa pada ALLAH semoga dia cepat sembuh dan kebah dari demamnya. Aminnn.
OK lah, bercakap tentang demam ni. Saya ada menyimpan satu artikel yang menerangkan tentang perihal demam ini. Sukacitanya saya kongsikan artikel tersebut dengan anda semua. Semoga bermanfaat.
RAHSIA DI SEBALIK DEMAM
Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?
Hakikat Demam.
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :
“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)
Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka.
Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.
Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.
Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.
Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?
Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.
Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.
Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :
Tafsirnya : “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. (Surah Al-Anbiya¡|: 83)
Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani”.
Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.
Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.
Mencaci-maki Demam.
Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :
Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:
“Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?
Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.
Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.
Demam Penebus Dosa.
Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.
Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.
Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.
Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Bagaimanakah dengan kita apabila ditimpa demam? Adakah kita akan merungut-rungut? Atau kita tetap redha dengan ketentuan ALLAH pada kita? Fikir-fikirkan….




















terima kasih atas perkongsian ini. demam juga tanda Allah sayang
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
amidah hamid Reply:
December 3rd, 2009 at 11:25 am
thank a lot 4this artikel…i hope pasni pkarhow kongsikn lg kpada pmbaca
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih atas nasihat yang telah pakar howto berikan.sakit itu telah allah tentukan kepada setiap manusia supaya manusia dpt membersihkan hati.teruskan memberi nasihat yang berguna.tq to pakar howto.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kesakitan itu tanda menyuci dosa..terima kasih atas rahsia yang diberikan..ini dapat mendidik kita agaer jgn merungut apabila sakit..semua yg terjadi ada sebabnya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
emm… tapi kalau dh lama x demam, mcm mane ae ?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
klon_surihatiku Reply:
August 13th, 2009 at 10:15 am
la..kalu dah tak demam tu shat la namenye..laluilah hari n mcm bisa jer
wee..weee..
tp jgnlah perasan yg kmu tu budk baik sb tak pnh buat dosa..
hik..hik..
bukan ke dman tu sdkt sbyk sbg penghapus dosa kita kt dunia ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
demam atau pe pun jenis sakit,sebenarnya kita sedang diuji Tuhan dalam menyuci dosa,sabar dan tawakkal jalan terbaik dalam menghadapinya,…terima kasih rahsia sakit tu…sekurang-kurangnya kita tahu tahap kesabaran kita bila diberi ujian ….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
thanks….hope kita dapat ambil ikhtibar n teladan sebagai panduan idup kita.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Terima Kasih atas nasihat nya…boleh beri kesedaran kat we all..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
thanks atas nasihat yang diberikan…kekadang manusia selalu lupa bahawa demam itu adalah untuk mengurangkan dosa….. dan mengingatkan kita pada NYA….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tq dgn nasihat y diberikn kpd kita… sekurg2ny dpt gak kesedran betapa kerdilny kita disisi Allah swt hanya kpd-NYa sj kita perlu mengadu akan nasib y menimpa kita
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
terima kasih di atas perkongsian ini kerana dapat menyedarkan kita hakikat sebenarnya.
Malangnya kita yang iman nya nipis ditambah pulak dengan hasutan syaitan laknatullah sukar untuk kita redho’ dengan ujian kesusahan. Kalau diuji dengan kesenangan susah gak nak bersyukur……
Inilah realiti kehidupan kita sekarang sebagai umat akhir zaman. Marilah kita sama-sama mendidik diri kita dan orang yang kita sayangi untuk meredhai apa saja pemberian Allah sama ada susah atau senang..
InsyaAllah saya akan panjangkan perkongsian ini kepada shabat-sahabat yang lain.
Amin….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
TQ. biasanya kita ni gitulah. kadang2 ingat, kadang2 lupa. sbg manusia biasa camtu lah. masalahnya berapa kerat yg sedar hakikat sebenar kehidupan ini?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Subur.
Alhamdulillaah. Sungguh Bermanfaat Rahsia yang dikongsikan bersama ini.
Bak Kata Pepatah OrangPuteh:
No Pain No Gain.
No Heat No Hit.
No Disease No Increase.
(kehkehkeh)
Salam Makmur.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yelah.. org kata, sakit / kesusahan yg kite alami utk menghapuskan dosa2 kecil.. so klu kite di timpa musibah atau sakit, bersabar dan mohon ampun di atas dosa silam kite.. tapi kekdg, bila anak lak sakit, rasa cian sgt.. aritu baby kene cirit birit n muntah2.. mmg sedih gile.. minum susu or wateva, kuar balik… 5 ari baby sakit.. sedih tul.. cepat jer badan dia susut.. sanggup rasanya klu sakit tu di transferkan pada kite..
anyway PHT, tq for d article..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
sentiasalah muhasabah diri jika ditimpa sesuatu penyakit.. jika nak mengadu atau mengeluh, mengadulah pada yang sudi mendengar…
untuk mengurangkan panas badan sewaktu demam, boleh try mandi air asam jawa..untuk baby pun sesuai mandi air asam jawa ni ia mempercepatkan penurunan suhu badan atau tampal je dahi dengan ‘cool fever’..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
satu info yang bagus. Kebetulan shbt sy deman..hu3. sy nk forwad email ni kat dia…he3.
moga setiap orang yg deman…sakit kat dunai ni, cepat sembuh…
aminnnn.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
SEMOGA TUHAN MERAHMATI KEHIDUPAN HARIAN KITA
AMINNN,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalaimulaikum,semua……
terima kasih pakarhowto…
setiap musibah ada hikmatnya,oleh itu kito terima lah dengan hati terbuka.musibah ini adalah utk menyucikan diri dari dosa n mendekatkan diri dgn allah s.w.t.oleh itu jgnlah umat manusia leka…
sekian terima kasih
papye3…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam….terima kasih…baru saya th rupa2nya deman asalnya dari cebisan api neraka…semoga menjada iktibar kpd semua..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mmg bila melihat musibah org kita akan kata ada hikmahnyer..tpi bila menimpa diri susah kita nak fikir begitu positif..berusaha ke arah itu..ke arah positif..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ya.. kita kena sentiasa bersabar kerana setiap kesakitan itu adalah ujian.
eh.. kampung di Baling? kampung apa?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
May 6th, 2009 at 6:16 pm
alone..
kampung saya di Kg Charuk Rambai…dekat Kupang.
awat…awak orang baling gak ker?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mia_lara Reply:
March 13th, 2010 at 1:41 am
@PakarHowTo, eh..baling kre dkat sgt2 la tu dgn tmpat saya,
selalu jgk la ulang-alik
kot2 la blh knl dgn family pakar plk ker…hihihi
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam…
semoga kita semua sabar menempuh ujian dariNya.Jika diri sihat, bersyukurlah kerana dapat beribadat dengan tenang..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Cerita pasal sakit, ada sakit fizikal ada sakit mental, ada sakit spiritual. Kesakitan itu sebagai kifarah dosa-dosa nan lalu manakala kesabaran itu sebagai peningkat martabat seseorang. Jika ditimpa musibah jangan lupa Allah sayang dan ingat pada kita. Jika sakit hati tidak mendapat apa-apa pahala. Dari Allah kita datang, kepadaNya jualah kita kembali, Solat secara istiqomah dan sabar itu menghasilkan produk yang teristimewa buat kita semua di sana nanti. Insya-Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
askum,
saya dah baca arkitel yang encik paparkan.terima kasih segalanya amat bermamfaat dan memberi ilmu yang setiap hari kepada saya.saya bangga kerana encik sentiasa meluangkan masa untuk memberi tip,nasihat dan artikel berguna kepada kami.
terima kasih.
bantunan encik sediki sebanyak menambahkan kematangan saya dalam mengharungi kehidupan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Di zaman moden ini, demam adalah rezeki
Bila dapat cuti, gaji terus berjalan (bagi yang makan gajilah)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Anda sudah dapat beberapa keywords, Anda sudah tahu asal usul demam, penawarnya air, dan beberapa yang lain digandingkan dengan selawat ke atas Nabi, anda dapat perubatan alternatif bagi demam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
askumm..
kalu saya bg petua pun blh kan..?
masih kuingat lagi..dan sampailah skrag nie saya melakukanya utk anak2, suami sya..
1) asam jawa+air=ramas, pupuk atas kepala serta slwat (basahkan)
2) buga rasa+air= ramas hingga klr lendirnya-pupuk kt atas kepala jgak..
sure paras panas dlm bdn akan reda..tdo pun nyenyak..
kalu kdaan msh tak kebah lagi jumpalah doktor mtk ubt yer..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cm ne pulak klw dah lama tak demam,cm sya dah bapa tahun xdemam.. last demam frm 2, skrag dah 21 tahun..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
info yang berguna.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]