Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Maaf, hari ni saya tak sempat nak karang artikel tulisan saya sendiri. Ingatkan nak menulis malam semalam, tapi tak sempat, sebab ada kawan lama zaman sekolah menengah dulu ajak menge’tea’ kat Old Town Kopitiam pulak. Tak sampai hati la saya nak menolak ajakan mereka.

So, malam semalam, masa saya habis kat Kopitiam la. Berborak-borak dengan kawan lama mengimbau kenangan zaman muda-muda dulu. Memang nostalgik dan seronok apabila sekali-sekali kita flash back kisah-kisah lama dulu. Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kami mulakan sessi borak-borak tu kira-kira jam 9 malam dan tamat pada kira-kira pukul 12 malam. Terasa sekejap jer masa berlalu.

RMC 94~96 : Sila cari, mana satu Pakar?

RMC 94~96 : Sila cari, mana satu Pakar?

Bercerita tentang pelbagai pengalaman pahit manis dibuli senior memang sangat menyeronokkan. Malam itu, Kopitiam Old Town kat Bangsar South menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa kami. Malah ada juga pengunjung yang memandang sinis, tak puas hati dengan kami. Di wajah mereka terpancar kata-kata “Wey boleh diam sikit tak?”, “Ini bukan kedai mamak, nak kecoh-kecoh…”. huhu

Kepada pengunjung Kopitiam Old Town semalam, saya bagi pihak kawan-kawan, menyusun sepuluh jari memohon maaf atas ‘keterlebihan’ kami semalam. Maafkanlah kami yer. Sekali sekali jumpa kawan-kawan lama, macam tu lah jadinya. hehe :)

OK lah, cukup sekadar itu coretan ringkas saya pagi ini. Sebelum saya menutup post kali ini, izinkan saya berkongsi dengan korang, satu ‘tulisan’ yang dihantar oleh kawan saya baru-baru ini. Tulisan ini adalah berkisar tentang “Rahsia di sebalik kata-kata seorang perempuan”. Bacalah….

1.  Kalau perempuan tanya:
Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi:
Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2.  Kalau perempuan tanya:
You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi:
Jom pi makan. Lapar ni!

3.  Kalau perempuan kata:
Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi:
Belikanlah untuk I.

4.  Kalau perempuan kata:
Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi:
Tolong picit kepala.

5.  Kalau perempuan kata:
Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…

Makna tersembunyi:
Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Apa awak nak sebenarnya?

Apa awak nak sebenarnya?

6.  Kalau perempuan kata:
Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi:
I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.  Kalau perempuan kata:
I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…

Makna tersembunyi:
Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8.  Kalau perempuan tanya:
You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi:
Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9.  Kalau perempuan kata:
I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi:
Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.  Kalau perempuan kata:
I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg ‘dia’ dapat i pun dapat..

Makna tersembunyi:
Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Saya rasa ada banyak betulnya apa yang dibangkitkan ni. Apa pendapat korang? Kaum Hawa, any comments? Ada betui kaaa? hehe

Artikel lain yang best-best :