Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Sejak beberapa bulan lepas, saya telah ‘ketagih’ makan Buah Naga. Pada mulanya saya tidaklah minat sangat buah tu, tapi oleh kerana isteri saya selalu beli, lama kelamaan saya pun turut jadi ‘ketagih’. Paling sedap, Buah Naga tu diletak dalam peti ais dalam sehari 2 macam tu, lepas tu belah empat dan terus ‘ngap’. Dengan rasanya yang masam-masam manis tu, ditambah dengan ke’fresh’an dan kesejukan buah itu, perrghhhhhhh memang sedap giler. Tak caya, cubalah.
Kata orang, Buah Naga sangat berkhasiat. Paling baik ialah Buah Naga yang berisi merah. Betul ker Buah Naga ada banyak khasiat? Boleh caya ker?
Oleh kerana saya minat sangat buah naga, maka saya telah ambil inisiatif sendiri untuk mencari maklumat berkenaan dengan Buah Naga kegemaran saya tersebut. Di bawah ini saya catatkan beberapa fakta penting yang patut anda tahu tentang Rahsia Buah Naga.

* Nama Scientific : Nama saintifik Buah Naga ialah ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ termasuk dalam keluarga ‘cactacea’ (spesies kaktus). Nama dalam Bahasa Cina nya ialah ‘Paw Wang Fa Kor’.
* Asal Buah Naga : Buah Naga berasal dari Amerika Selatan.
* Bentuk : Buah Naga berbentuk ganjil dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga. Sebab itu ia dinamakan sebagai Buah Naga (dragon fruit).
* Cara Makan : Cara makan Buah Naga dengan betul ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.
* Kandungan mineral & zat : Buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.
* Khasiat Buah Naga :
- Sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
- Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi
- Meneutralkan toksik dalam darah.
- Mencegah kanser usus.
- Mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah.
- Menurunkan kadar lemak dalam badan.
- Mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung.
- Mengandungi Serat untuk mengawal kanser usus, kencing manis dan diet.
- Mengandungi Karotin untuk kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit.
- Mengandungi Kalsium untuk menguatkan tulang.
- Mengandungi Fosferos untuk pertumbuhan tisu badan.
- Mengandungi Zat Besi untuk menambah darah.
- Mengandungi Vitamin B1 untuk mengawal kepanasan badan.
- Mengandungi Vitamin B2 untuk menambah selera.
- Mengandungi Vitamin B3 untuk menurunkan kadar kolesterol.
- Mengnadungi Vitamin C untuk menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat.

Sebenarnya khasiat Buah Naga tidak terdapat hanya pada buahnya. Berdasarkan kajian terkini, khasiatnya juga wujud pada keseluruhan pokok Buah Naga.
- Buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang.
- Bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran dan dijadikan ulam.
- Bunganya apabila dikeringkan, boleh juga dijadikan teh bunga.
- Debunga bunga buah naga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia.
- Dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad dan digoreng.
- Dahan pokok Buah Naga boleh dibuat ulam dimakan dengan sambal belacan dan boleh juga dimasak bersama sup. Dahan Buah Naga terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.
- Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan.
Pokok Buah Naga adalah termasuk dalam spesis Kaktus yang sangat tahan lasak dan tahan daripada ancaman serangan serangga.



















alamak… terasa nk makan buah naga yg sejuk2 la pulak pas tgk gambar tu. huhhuhu…. dh la lama tak mkn ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
turunkan metabolisma??bkn ke bagus tinggi metabolisma.ke camne plak?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
buah naga ni memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut..anda semua pernah minum air buah naga campur madu asli? saya tiap2 hari minum untk kesihatan..lg 1 perkara yg saya nak kongsikan..rupanya buah naga ni boleh cegah H1N1..utk mklmt lanjut..anda boleh layari di sini.. http://www.bestawaran.com/duitunai
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
emmmm……. mmg syok dimakan sejukkkk……….
rasa baik jugak tuk ibu2 hamil ni… byk gak khasiat yg terkandung didlm ny yg mmg diperlukan oleh ibu2 hamil…..
…….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
waahhhh…..!
banyknya khasiat buah naga nih..
Suka makan tapi harganya mahal kat cni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kykx asyik klo budidaya tanaman hortikultura seperti buah naga, mantap…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya sering minum jus buah naga merah…. manis dan nikmat rasanya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Subhanallah banyak sungguh khasiatnya. Kurniaan Allah SWT kepada para hambanya… Terima kasih, info yang sangat bermanfaat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
3
0
[Balas Di Sini]