Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBBaru-baru ini, saya ada terbaca satu artikel yang menceritakan tentang betapa bahaya nya rokok kepada kesihatan manusia.
Mungkin pada seorang perokok, mereka menganggap isu ‘bahaya rokok‘ ini sebagai isu yang dah ‘lapok’. Malah ramai diantara mereka yang menganggap isu ‘bahaya rokok’ ini sebagai isu yang tidak penting dan tidak patut diperbesar-besarkan.
Malah ada kawan-kawan saya yang ‘kaki rokok’ pernah berkata kepada saya ;
“alah…ko yang tak merokok pun, tiada jaminan untuk hidup lama…entah2, ko dulu mati daripada aku”
Begitulah antara kata-kata beliau kepada saya apabila saya mengingatkan kepada beliau tentang bahana dan bahaya nya rokok.
Tak apalah, kalau tak mau terima cakap-cakap saya pun, tak apalah. Yang penting saya dah ingatkan dan nasihat. Jangan sampai nanti apabila dah ‘terkena’ bahana rokok ni, baru nak menyesal. Maka…jawapnya…SUDAH TERLAMBAT!!!
Justeru, dalam post kali ini, izinkan saya untuk berkongsi dengan anda tentang info berkenaan tentang betapa bahayanya rokok.
Berikut ini adalah antara point2/isi2 penting tentang rokok yang dapat saya catatkan setelah membaca artikel tentangnya tempohari ;
- Rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia
- Dalam 4000 itu, sekurang-kurangnya 200 jenis adalah dikesan berbahaya kepada kesihatan.
- Racun utama yang ada dalam rokok adalah TAR, NIKOTIN dan KARBON MONOKSIDA.
- Tar adalah substansi hidrokarbon yang bersifat melekit yang menempel dan melekat pada paru-paru.
- Nikotin adalah sejenis dadah yang mempengaruhi sistem saraf dan peredaran darah. Bahan ini bersifat karsinogen, yang boleh menyebabkan cancer paru-paru yang amat berbahaya.
- Karbon monoksida adalah bahan yang mengikat hemoglobin dalam darah, menyebabkan darah tidak dapat bercantum dan membawa oksigen.

- Kesan-kesan yang disebabkan oleh bahan berbahaya dalam rokok boleh menyebabkan si perokok terdedah kepada risiko mengalami (dibanding yang tidak menghisap rokok) :
- 14 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghidapi cancer paru-paru, mulut dan tenggorok
- 4 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghidapi cancer esophagus
- 2 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghidapi cancer saluran pernafasan
- 2 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghadapi serangan penyakit jantung.
- Rokok juga meningkatkan risiko kecacatan bagi penghidap pneumonia dan menyebabkan gagal fungsi jantung, serta tekanan darah tinggi.
- Menghisap rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu anda mengurangi risiko berbahaya, kerana si perokok pasti akan menghidapi penyakit ketagih kepada bahan2 seperti nikotin dan tar, menyebabkan si perokok cenderung untuk menyedut asap roko secara lebih keras, lebih mendalam dan lebih lama.
- Bahan-bahan yang dikenalpasti sebagai sangat berpotensi untuk menyebabkan si perokok menghidapi cancer adalah seperti ;
- vinyl chloride
- benzo (a) pyrenes
- nitroso-nor-nicotine
- Berkenaan dengan cancer paru-paru, kematian biasanya terjadi kerana kesulitan bernafas yang diakibatkan oleh ketumbuhan cancer yang semakin membesar. Yang berbahayanya ialah, oleh kerana posisi paru-paru dalam sistem peredaran darah menjadikan cancer jenis ini begitu mudah tersebar ke seluruh tubuh. Penyebaran metastase ke arah otak dan bahagian penting lainnya lah yang mengakibatkan kematian. 90% penderita cancer paru-paru biasanya akan meninggal dunia dalam masa 3 tahun setelah diagnosis.
- Lain-lain fakta menarik ialah :
- Dalam deklarasi oleh WHO pada 10/October/1983 menyatakan bahawa, seandainya 2/3 daripada perbelanjaan dunia untuk membeli rokok digunakan untuk kepentinga kesihatan, nescaya ianya mampu untuk memenuhi perbelanjaan kesihatan asasi manusia di seluruh dunia.
- WHO juga menyatakan bahawa di Amerika sahaja, sekitar 346 ribu orang meninggal setiap tahun kerana disebabkan tabiat rokok.
- 90% dari 660 orang yang terkena penyakit cancer di salah sebuah rumah sakit Shanghai Cina adalah berpunca disebabkan tabiat rokok.
- Peratus kematian disebabkan rokok adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan peratusan kematian disebabkan peperangan dan kecelakaan jalanraya.
- Menghisap rokok 20 batang sehari menyebabkan berkurangnya kandungan hemaglobin (diperlukan untuk pembentukan sel darah merah)
- Peratus kematian orang yang berusia 46 tahun atau lebih adalah 25% lebih bagi perokok.

Sekian, begitulah beberapa point penting yang sempat saya catatkan hasil pembacaan artikel tentang bahayanya rokok. Semoga kita semua dapat ambil perhatian dan peringatan.
Kepada semua perokok, saya nasihatkan agar anda semua BERHENTI lah MEROKOK kerana ianya MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Berhentilah SEBELUM TERLAMBAT!!
Sekian.



















Pada pendapat saya sesaorang itu memulakan tabiat merokok kerana tertarik dengan gaya hidup yang lebih dewasa jika menghisap rokok. kalau tak percaya cuba tengok budak budak yang baru belajar hisap rokok. tengok gayanya..kalah orang dewasa………..ARB Dagang
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
rokok sedap beb!
time ujan kena Marlboro menthol…
time lepak2 minum kena Marlboro light..
Time sakit kerongkong kena Marlboro mint takpun Salem..
time berak kena Peter Stuyvesant (skg KENT)..
time lepas makan kena Dunhill..
time dgn awek kena SKL takpun Peel..
time baru gaji kena Dunhill Finecut..
time sengkek kena Winston Light takpun L&m..
time betul2 takde duit kena SAAT..
time buat kerja pembinaan kena Gudang garam..
time study kena Mild seven..
camne nak brenti beb?
rokok sedap…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
eh SKL ssh nk cari biase nk carik kt mne senang rk SKL tu aku suka yg strawberry punye yg bataang n kotak kaler pink tuh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
doang merokok sebab nk menunjuk2 jer..owg n merokok dri kecil,sbab mase tu tk pikir panjang lg,bile da besar byk perokok yg mule berpikir ape sebab ny dorang merokok.bile nk berenti rase malu sebab slame n da berlagak ng kawn2.bile da dewasa dan berumah tagga nk berhenti merokok, da tk bole sebab da ketagih…so,mase yg sesuai adalah semase remaje lg da tk merokok,sebab mase tu dowang cume merokok suke2 je…aku ada byk pengalaman tentang perokok ni..contoh ny adik aku,aku tau die merokok,tp bile ditanye tk mengaku..marah ke wat ape ke,tetp tk jalan…so biar je lah…klu dipikir kan,watpe nk tipu2??? ng family sanggup tipu2 demi nk menunjuk2 kt kawan2 korang pikir la sendiri….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bendci , bendci , bendci , tp rindu . biLa ingadt roko . rindu , rindu , rindu , tp bendci . biLa ingind jauh.ind roko .
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sejak umur 15 tahun hingga 1 April 2006, sya pernah menghisap rokok pelbagai jenama dari yg mahal harganya hingga rokok Half-Time yg harganya pd tahun tersebut RM1.80. Alhamdulillah sejak tarikh 2 April 2006, sy dpt buang aktiviti yg membazir itu. Ramai org bertanya kaedah utk berhenti merokok. Pada sy, faktor utama hati mau kuat & minta bantuan ALLAH SWT. Pasang niat betul2, puasa sunat, solat hajat & doa, Insya-ALLAH selesai masalah. Cubalah. Takde faedahnya merokok ni. (Maaf cakap) Syaitan amat suka dgn pembaziran. Renungkanlah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm..x tau la ape y bestnye pasal merokok ni…
x teringin pn nk cuba..
merokok ni cam membunuh diri la jugak….
membunuh secara perlahan2…kesian betol…
mm..kpd sape2 y nk berenti tu semoga anda semua brsemngt juang tuk ktakan tidak kpd rokok….!semoga brjaya….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salamualaikum
rokok..byk keburukkan salah satunya melemahkan sistem otak kita,lembab,mulut berbau,satu rumah bau rokok dan byk lagi.kepada perokok silalah berhenti kerana merokok memudaratkan kesehatan anda.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..dh taw mrokok tue mgandungi plbgai bhan yg brbhya,,yg bleh mmbwa plbgai kslitan dlm khidupn kelak,knapelh msih rmai yg mngamalknnye,,prasan x,,ibartkn anda mmbnuh dri anda sndri,,masyaAllah!nyawa tue kn stu angerh yg sgt2 trnilai dr Allah Taala,,,,syangilaahh nyawa anda,,bknnye syangi rkok!!! So pndai2 laaa yeee….jgn nnti dh trkena dkmudian hry,,bru nk mnyesal,,xgne dh mse tuee…………………………………… =)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
nurul Reply:
June 18th, 2010 at 11:40 pm
masalah nye bukan sayangi dri anda…. asap rokok tu lebih membahaya kan kite yg berada disekeliling perokok ini.. nyawa kite yang lebih terancam bukan perokok..kite ni perokok pasif yg akibat nye lg teruk dr perokok aktif.. tak ke menyusahkan orang tu name nye
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Walaupun dekat kotak rokok dah
letak gambar macam-macam,
perokok buat tak tahu juga..
.-= Mantra´s last blog ..Budak Umur 2 Tahun Ketagih 40 Batang Rokok Sehari =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih bile ble tgk ibu tgh kendong anak ayah disebelah dgn selambe menghembus asap rokok..anak2 masih kecil disekeliling dipimpin tangan..
bile anak ni besar dan lembab belajar si ayah menyalah kan anak ni malas belajar ..lembab..padahal asap rokok nye telah melembabkan otak si anak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aren Reply:
November 6th, 2010 at 2:39 am
btul tu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
matikanlah rokok anda sebelum rokok mematikan anda
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
matikanlah rokok anda sebelum rokok mematikan anda.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
@akbar, salam begitulah jawapan yang mudah di ingat orang
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
MeRoKoK MaTi nGa mErOkOk mAtI MeNdIgAn meRoKoK SaMpI MaTi,,.,.,.,..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
penghilang bulu Reply:
March 2nd, 2011 at 6:35 am
@fajar, pola pikir Anda salah bro…
coba diganti…..
MerOkoK nGa MaTi, nGa mEroKok nGa mAtI, mEndInGan nGa NgeRokOk…
karena ngga ada guna.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
orang yang berhenti merokok adalah orang yang mencintai kehidupan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
sape la yg pandai sgt buat rumusan “org yg x isap rokok pun mati awal.. ” spatutnya pikirlah mati dalam iman, dalam kesihatan yg terjaga lebih baik dari mati sakit jantung, mati sakit paru2…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]