Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBAssalamualaikum dan salam ceria untuk semua pembaca blog yang sentiasa singgah disini. Harap saudara/ri sihat walfiat hendaknya. Ha..ha..kalu bagi yang kurang sihat tu cepat-cepatlah jumpa doktor dan dapatkan rawatan dengan segera dan banyakkan berehat secukupnya yer.
MUNGKIN ramai di kalangan umat islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau dek akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika solat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama lain mengatakan sujud boleh melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh memberikan kesan baik seperti berikut ;
- Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- Melegakan sakit hernia. (burut)
- Mengurangkan sakit ketika senggugut ketika haid.
- Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian tubuh.
- Meringankan bahagian pelvis.
- Memberi dorongan supaya mudah tidur.
- Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika anda sujud dan bangun daripada sujud.
- Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- Mengurangkan kegemukan.
- Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- Organ penting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
- Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
- Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migran, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
- Menurut kajian pula, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
“Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya”. (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)

Oleh demikian, menghidupkan malam hari dengan bertahajud dan bermunajat kepada Allah akan mendapat kasih sayang dari Allah dan kasih sayang Allah itu terpancar dari-Nya melalui sikap serta tindakannya.
Segala sikap dan tindakannya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah, yang seterusnya orang lain pula apabila melihatnya akan timbul perasan kasih dan hormat akibat pancaran kasih sayang Allah kepadanya.
Jadi, tanyalah pada diri sendiri, berapa kali kah kita sudah sujud setiap hari? Cukupkah sekadar itu sujud kita padaNya? Adakah sujud kita itu, dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepadaNya?
Apa kita tunggu lagi? Sujudlah padaNya sebanyak-banyak nya sebelum Allah memanggil kita, memperhitungkan amalan yang kita lakukan.



















Assalamualaikum. Alhamdulillah senarai 19 kebaikan bersujud tu amat baik untuk manfaat orang lain supaya tidaklah bersujud tu hanya sekadar bersujud. Kita buat kita tahu kebaikannya juga.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
klon_surihatiku Reply:
October 28th, 2009 at 5:18 pm
@Motivasi Kerja, erm, harap begitulah hendaknya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Baru 19, banyak lagi tu kalau dikaji dengan lebih mendalam.
Bukan sujud je, perbuatan-perbuatan lain dalam solat pun ada rahsianya.
Pergerakan2 dalam solat ni adalah himpunan pergerakan2 malaika di Arasy
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 30th, 2009 at 2:01 pm
@Abu Jarir,
YA,
Memanglah benar abu jarir tu hanya sebahagia sahaja kelebihan dan hikmahnya sujud..
Apapun jika ada maklumat lagi Insyallah Suri akan tambahkan lagi ya..
terima kasih abu jarir.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
fadilat sujud amat besar…so amalkan sujud lama2
kebaikannya utk kita jugakkan………..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Alhamdulillah …terima kasih atas peringatan…hari ini hati akak ada rasa sedikit sedih…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 30th, 2009 at 2:03 pm
@emma,
Syukur kehadrat ilahi mana ilmu yang suri tahu, jumpa, suri pelajari inilah hasilnya untuk dikongsi bersama2..
kenapa hati kak emma rasa sdih? kakak ada masalah ke?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aah byk fadilat kita perolehi drpd amalan sujud dlm solat..moga info sebegini dpt memberi manafaat buat semua..tkasih kpd pengirim
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 30th, 2009 at 2:05 pm
@Nani, sama-sama nani
ilmu dan maklumat yang baik bagus di ikuti & diamalkan selalu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Alhamdulillah. Sujud itu mewakili huruf MIM yg menjadi salah satu huruf daripada nama AHMAD (Alif, Ha, Mim, Dal). Dan huruf2 ini dpt dikaitkan dgn rukun Fi’li Solat yg empat. Galilah lagi perbendaharaan ‘ilmu ALLAH SWT yg tidak akan habis2. Wallahu a’lam bissawab.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kelebihan yang ada memang banyak menafaatnya dan doa dalam sujud pun baik di sisi Allah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sujud lama lama pun bagus sambil berdoa,bila bangun lega rasa pinggang dan fikiran…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sujud lama lama sambil berdoa kepada Allah amat bermakna,setelah bangun dari sujud pinggang merasa lega dan selesa juga jiwa merasa tenang…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya merasa hampa i mel saya tak sampai
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
banyak kali saya dah hantar tapi tak sampai.ok lah assalamualaikum
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 2nd, 2009 at 3:49 pm
@hasnah, as-salam.hai hasnah apa maksud kamu mel tak sampai? adakah ia bermaksud anda bermasalah dalam meninggalkan komen di blog ini??
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sblm tdo sllu niat nak bangun solat tengah malam, tapi bila dah tdo, payah sungguh nk bangun solat..ada petua x yang boleh dikongsi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 11th, 2009 at 2:12 pm
@najihah, hai najihah.suri cadangkan jika najihah nak bagun solat tengah malam ada baiknya jika anda tidur awal pada waktu malam tersebut..Insyaalah pasti anda blh bagun.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
December 25th, 2009 at 12:35 pm
@surihati_ku,
Tingkatkan azam tuk bngun solat mlm…
alarm clock…
x pun ajak rakan sekali tuk solat same2…
jadi..bila kita x terjaga…
ader kwan akn tolong kejutkan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
December 25th, 2009 at 12:36 pm
@najihah,
Tingkatkan azam tuk bngun solat mlm…
alarm clock…
x pun ajak rakan sekali tuk solat same2…
jadi..bila kita x terjaga…
ader kwan akn tolong kejutkan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]