|
Nov
11
|
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangnlah sesekali anda abaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa sahajalah yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya
sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?
Nah..sekarang anda naikkanlah pula jari ketiga, Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja telah pun meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda.. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu amal dan ibadat haruslah dilipatgandakan!
Kita beralih pula pada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata oranj Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhir kalam dari Suri, cubalah anda perhatikan kembali akan kelima-lima jari jemari anda itu. Renung dan fikirkanlah dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang??











November 12th, 2009 at 10:08 am
x perasan pun jari2 ni terselit seribu makna….apa yang pasti tanpa satu jari ia tidak sempurna lagi(solat 5 waktu)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ocean Reply:
November 12th, 2009 at 5:02 pm
cam ne kalu ade enam jari ..?..tak pon punya jari yg cacat..?
….( semua tu kehendak Tuhan.. pd setiap kejadian..)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 13th, 2009 at 9:02 am
@ocean,
hai! Ocean..
jika itu yang dikurniakan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki..pergunakanlah ia pada perkara kebaikan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 13th, 2009 at 11:48 am
@ocean,
kalau enam jari atau jari cacat…
ada la tafsiran lain…hehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 13th, 2009 at 12:06 pm
@najwa,
setiap kejadian Allah itu, ada hikmah dan pengajaran yang boleh kita ambil pengajaran.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 12th, 2009 at 11:01 am
Setiap kejadian pada tubuh badan kita mempunyai rahsia tersendiri..justeru itu kita perlu mencari rahsia itu..yakni dengan menuntut ilmu. Seperti 5 jari kita..tanpa ilmu kita sekadar merenung kosong padanya..atau mungkin hanya memuji cantiknya jari2 itu..tp dgn adanya ilmu yang telah kita perolehi maka kita dapat memikirkan semuanya dengan lebih mendalam. Blog ni dah jadi satu medan menuntut ilmu dah bagi saya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 13th, 2009 at 9:03 am
@Leyna,
salam Leyna,
Thanks diatas pandagan anda tu..Suri setuju sangat2
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 13th, 2009 at 12:05 pm
@Leyna,
Alhamdulillah bagus.
Semoga kami akan dapat terus berkongsi panduan2 dan info2 berguna dengan anda semua.
Tolong support kami yer
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 12th, 2009 at 3:37 pm
Assalamualaikum. Rupa-rupanya sejarah kehidupan kita sudah memadai diceritakan oleh jari-jari kita. Point yang baik untuk ceramah saya..hehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 13th, 2009 at 11:57 am
@Motivasi Kerja,
Waaa…bestnya jadi motivator…
saya teringin juga nak jadi motivator sebenarnya.
tapi diri ini mungkin masih belum cukup berilmu,
jadi, kena garap lagi lah knowledge dan skills saya…huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 12th, 2009 at 8:55 pm
teringat ikrar ‘lima jari’ waktu mengajar budak2 tadika..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 13th, 2009 at 11:42 am
@ct maliha,
Ikrar 5 jari?
Apa ikrar nye yer?
Saya tak pernah masuk tadika, so memang betul2 tak tahu…huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 13th, 2009 at 11:59 am
@PakarHowTo, ikrar 5 jari?
bukan ke kena angkat tangan sampi ke bahu dan kemudian berikrar?#%!& hehe..;)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ct maliha Reply:
November 13th, 2009 at 3:23 pm
@PakarHowTo, memang la kena angkat tangan kalau tak, tak la dikatakan berikrar..
sebenarnya ikrar 5 jari ni, adalah jawapan kepada soalan2 yang ditanya semasa dalam kubur.. kat sini saya ringkaskan ajelah..
1. ALLAH itu tuhanku
2. nabi muhammad itu nabi dan rasulku
3. islam itu agamaku
4. Al-quran adalah imam ku/petunjuk ku
5. kaabah adalah kiblat ku.
kalau anak2 murid saya baca, diorang sebut dalam bahasa arab kemudian bahasa melayu.. jadi panjang la dari yang saya tulis ni..
kita pun sebenarnya elok amalkan ikrar ni selalu.. manalah tahu nanti bila sampai masa untuk menjawab lupa plak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 17th, 2009 at 10:13 am
@ct maliha, Ikrar
hai, ct maliha,
terima kasih atas perkongsian ilmu cikgu tu ye.
suri pula teringatkan…
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
sb yang tu pun ada 5 jugak.hehe..;)jgn mrh yer cikgu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 17th, 2009 at 10:14 am
@PakarHowTo,
salam. ai,
Pakar dlu sek pondok ke?huhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 12th, 2009 at 9:00 pm
setiap kejadian keatas tubuh badan kita, ada hikmah dan fungsinya tersendiri..hanya tinggal kita je untuk mentafsirnya..
nice sharing bro
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 13th, 2009 at 11:41 am
@wanmus,
Terima kasih tuan Mus kerna sudi singgah dan komen di sini. Dengar cerita, tuan dah banyak dapat hasil dari amalan ‘Smart Blogging’…Bagus! Tahniah!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 14th, 2009 at 12:24 am
Assalaamu’alaikum
Salam kenal dan mengharap adanya silaturahmi dengan sahabat di ruang Pakarhowto. Kongsian ilmu yang bermanfaat dan mencerahkan minda. Alhamdulillah, dengan kurniaan tersebut seharusnya kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Salam mesra dari Bangi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 17th, 2009 at 10:09 am
@Siti Fatimah Ahmad,
As-salam,
Buat Siti Fatimah Ahmad terima kasih dari kami diatas kesudian anda singgah di bolg kami.Insyaalah ilmu yang baik haruslah disebarkan untuk kebaikan bersama2..
ada masa singgahlah disini lagi sambil meninggalkan pandagan yang bernas buat tatapan semua
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
December 6th, 2009 at 6:08 pm
mm…Alhamdulillah….
5 jari ni ader cerita disebaliknya rupa2nya…..
mmg lah kita ni manusia sebaik2 ciptaan…..^^
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 9th, 2009 at 12:27 pm
@Asma’,
hai ! Asma..
ya Asma.
Setiap yang diciptakan untuk kita ada hikmah yang terselindung disebaliknya..dari itu hargailah ia seadanya dan pergunakanlah ia kearah kebaikan bukan pada jalan kemungkaran..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
December 9th, 2009 at 12:58 pm
mm…InsyaALLAH kak suri….^^
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
May 4th, 2010 at 2:02 pm
salam.
terima kasih atas ilmu yg diberikan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]