Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSenario politik tanahair seringkali menarik perhatian saya. Terkadang saya berasa sangat geli hati dan ‘agak terhibur’ melihat karenah dan ragam ahli-ahli yang berhormat ini. Macam-macam perangai ada. Malah ada juga di antara mereka yang bersikap seperti kebudak-budakan (bertekak, saling tuduh menuduh, caci maki, ejek mengejek dll) . Aduhai ahli yang berhormat, mengapalah sampai begitu jadinya? Tak malukah diri berkelakuan begitu sedangkan anda adalah seorang pemimpin masyarakat?
Sering bermain di fikiran saya…apakah matlamat utama ahli-ahli politik ini sebenarnya? Adakah matlamat mereka untuk berkhidmat kepada rakyat? Atau sekadar mahu mengejar kemewahan hidup? Menjaga ‘periuk nasi’ dan ‘perut’ sendiri? Apakah sebenarnya motif mereka? Mengapa mereka begitu menginginkan sangat jawatan sebagai ‘wakil rakyat’ atau ‘menteri’ tersebut?
Adakah kerana benar-benar ingin berkhidmat kepada rakyat? Atau kerana apa?
Inilah persoalan-persoalan yang sering bermain-main di fikiran saya tatkala mengikuti karenah ragam ahli politik kita.
Saya tidak berniat untuk mempersoalkan niat dan keikhlasan mereka. Sememangnya niat dan keikhlasan seseorang tidak dapat dinilai oleh sesiapa pun kecuali Robb yang Maha Esa. Tetapi, adalah amat tidak wajar bagi kita untuk memilih/menerima mereka-mereka yang jelas ‘terpesong’ matlamat/motif tugasan yang diberikan kepada mereka.
Apapun, dalam post kali ini, ingin saya kongsikan satu maklumat/info berkenaan dengan jumlah gaji dan keistimewaan yang diberikan kepada mereka yang bergelar menteri/timbalan menteri. Saya kira maklumat/info ini sangat menarik kerana selama ini saya tak pernah tahu dan tak ambil tahu langsung tentang perkara ini.
Setidak-tidaknya maklumat ini mungkin boleh kita jadikan sebagai pengetahuan am kita.
Berikut ini saya ‘copy & paste’ kan kandungan email yang memberikan maklumat tentang gaji menteri/timbalan. Saya terima maklumat ini daripada salah seorang sahabat saya beberapa minggu lepas.
——————————————————————————————

Pendedahan menarik berhubung gaji dan ‘keistimewaan’ para menteri di Malaysia ini, seperti membuktikan seolah-olah selama ini mereka tidak menghiraukan nasib rakyat memandangkan kehidupan serta pendapatan mereka tidak sedikit pun terjejas berikutan apa jua kemelesetan ekonomi mahupun kenaikan harga barang yang membebankan.
Pendedahan ini difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang mendakwa sebagai Pegawai Bahagian Kewangan, Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besar jumlahnya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit
atau tidak bekerja:-
Lain-lain kemudahan :
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau
tidak hadir bertugas.
Dan kebanyakan menteri adalah:-
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber
Kata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.



















MENTERI2 SKG RAMAI MAKAN RASUAH TAK PENAH FIKIR WAKTU MATI NANTI ….. GAJI PUNYE BANYAK PUN LAGI NAK TAMAK KEE… SKG MENTERI BAIK JADI KAFIR JEEE… LANGSUNG TAK INGAT ALLAH YG MAHA BESAR,,,, TAUBAT JGN BYK BUAT DOSA.. AWAK TU PEMIMPIN NEGARA ,BUKAN TAK ADA YG PANDANG AWK MENTERI- MENTERI….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
isyh,,,isyh..banyaknye..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
alahai..menteri mmg special..kt atas jln raya pun ade polis pengiring..xperlu bersesak2 mcm rakyat..lancar je kete dia jln..alangkah bagusnya kalu menteri2 kt negara kite ikut mahatma gandhi. Dia sanggup naik keretapi bersama2 rakyatnya utk mendalami ape yg dirasai rakyatnya. Menteri selalu lebih gaji bulanannya sedangkan masih ada rakyat yg terpaksa ikat perut demi memastikan wang belanja cukup sehingga akhir bln.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
patut le diorang berebut nak jadi YB.. nak jadi YANG BERDUIT rupanya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam kepada semua menteri….
Tanggungjawab HARus dipukul
Semoga berjaya…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Duit rakyat tu…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aku haramkan duit aku yg kerajaan makan,kat akhirat nanti datang lah menteri2 ni mintak halal kat aku walau pun sekadar rm900 duit dari 3 saman ekor yg aku dapat dlm sebulan.terpaksa aku kena bayar jugak walau pun gaji aku baru rm600.saman ekor lg besar dari gaji aku…padahal limit 90 aku drive baru 110,sebab lebih 20 pun dah kena 300..geram tol
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
abg jem Reply:
October 17th, 2010 at 9:55 am
@zulfikar, bawak laju memang le kene saman
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]