Rahsia Fadhilat Surah Al-Kausar

Share

Surah al-Kausar adalah surah paling pendek dalam al-Quran. Ia hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Semoga dapat amal.

(929)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

21 thoughts on “Rahsia Fadhilat Surah Al-Kausar

  1. Fairuz Wasim….

    tenkiu sebab singgah dan tinggalkan komen di sini.
    alhamdulillah, semoga apa yang kami kongsikan ini,
    dapat kita amalkan bersama.

    ingatlah…
    ilmu tanpa amal, umpama pokok yang tak berbuah.

    p/s-rajin2lah datang ke blog ni….jgn lupa subscribe email anda yer

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Pingback: Tazkirah hari ini… @ bluemoonsheily1807

  3. tq..sggh bermanfaat..kalo ada ayat al-Quran untuk kebahagian rmhtangga dan kehidupan seharian, lagi best…

    —> Yaya, utk doa2 kebahagiaan rumahtangga memang ada banyak, kalau boleh amalkan membaca surah2 seperti berikut ;

    1- surah fatihah
    2- surah al-imran ayat 83
    3- surah al-imran ayat 200
    4- surah al-anfal ayat 63
    5- surah an-naml ayat 30 & 31
    6- surah toha ayat 1 hingga 6
    7- surah yaasin ayat “wazallalnaaha lahum faminhaa rokuubuhum waminha yakkuluun”
    8- baca “alam nasyroh….” ayat 1 hingga 6…
    9- surah maryan ayat 58
    10- baca “Yaa Latif”…16kali/setiap hari
    11- surah asy-syura ayat 19
    12- baca “Yaa wadud”…16 kali

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Assalamualaikum.
    terima kasih atas ilmu yg amat bermanfaat.moga Allah membalas kebaikan saudara dengan kebaikan juga hendaknya.

    Saya ingin bertanya,
    1. adakah doa khas untuk bertemu kembali seseorang yang telah meninggalkan kita?
    2. bolehkah kita mengharap dan berdoa agar beliau insaf dan mahu bertanggungjawab?
    Terima Kasih.


    Ila..

    Waalaikumussalam…
    1- antara amalan yang boleh dibuat dalam usaha untuk bertemu kembali dengan orang yg disayangi ialah;
    * Solat sunat Dhuha (6 rakaat), kemudian baca surah ad-Dhuha (wadduha wallai liiza sajaa…) 7 kali, kemudian
    berdoalah pada ALLAh agar dipertemukan kembali dengan orang yang ditinggalkan…doa boleh dalam bahasa melayu.

    2- tidak salah untuk berharap dan berdoa agar orang yang meninggalkan kita kembali semula. cuma jangan
    terlampau berharap…takut2 nanti kelak akan bertambah luka dihati bila dia tidak kembali…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya.
    Apa yg anda ajar/beritahu saya ini amat saya hargai.
    Dugaan yg saya terima ketika ini benar2 menguji diri saya.Hanya dengan berdoa pada Allah sajalah yg mampu saya lakukan.Dengan berdoa dan berharap,saya mencari kekuatan untuk bangkit semula.
    Saya sedar semua yg berlaku ini adalah dengan izin Allah.Saya bukan tidak menerima kenyataan.Tidak sesekali saya menolak ketentuan Illahi.Apa yang terjadi tetap dah terjadi.
    Dalam mengharungi kekecewaan dan kesedihan ini saya hanya mampu berdoa.Saya tidak akan putus asa untuk terus berdoa. Moga suatu masa nanti Allah izinkan saya untuk bertemu dengan insan tersebut walaupun sekejap.
    Wassalam.


    ILA…

    saya harap ILA dapat banyak bersabar atas ujian yang menimpa.
    berdoalah dan panjatkanlah setinggi mana pun harapan pada ALLAH,
    kerana ALLAH itu Maha Pengasihani dan Maha Bijaksana.
    DIA pasti akan memakbulkan doa ILA…yakinlah.

    kalau ALLAH tak tunaikan permintaan ILA di dunia ini,
    ALLAH pasti akan tunaikannya di AKHIRAT.

    justeru, usah sedih dan kecewa,
    kerana ALLAH pasti akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi daripada apa yang dipinta.

    saya berdoa agar ALLAH perkenan doa ILA…amin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. time kaseh sbb siarkn artikel yg sgt bergune nih.
    mm…boleh sy copy paste dlm blog sy?
    nnti sy letak link ke pakarhowto….
    :)


    MYSELF…

    dipersilakan…tiada halangan langsung.
    sememangnya tujuan blog ini diadakan ialah untuk berkongsi2 maklumat dengan seberapa ramai orang.
    semoga ianya menjadi amal jariah kita dikemudian hari insyaAllah.

    by the way, apa alamat blog awak?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. apakah cara untuk melembutkan hati seseorg yg telah meninggalkan kita dalam kesengsaraan??

    apakah cara supaya dia kembali serta bertanggungjawab?

    dan cara supaya mendengar kata ibu bapa spy bertanggungjawab??

    perlu bantuan ibubapa dia tak??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. saudara, bagaimanakah hendak menghalang suami yang suka kepada dosa- dosa besar dan bagaimana hendak menginsafkan dia.saya takut dia meningal dunia sebelum bertaubat.

    terima kasih

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. salam…
    ada tak ayat2 al-quran untuk tenangkan hati..
    saya bimbang jadi manusia yang putus asa.
    kemudian nak mintak gak ayat untuk lembutkan hati adik2 yang degil dan keras.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. salam
    kebelakangan ni saya sangat resah dan hati sangat tidak tenang…
    boss muda suami saya terlalu ‘baik’ dan ‘rapat’ dengan suami saya
    walaupun suami saya tidak menunjukkan sebarang ‘reaksi’,
    namun saya khuatir,
    suatu hari suami saya akan terjebak dalam hubungan ni…
    nak tanya
    ada apa-apa doa yang boleh saya baca dalam kes ni
    supaya hati saya menjuadi lebih tenang
    dan hati suami pun lebih ‘tenang’ dan tidak tergoda…
    .
    .
    untuk pengetahuan tuan
    saya muallaf,
    saya tidak tahu membaca doa-doa dalam tulisan jawi…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @oli,

    Selamat Hari Raya, selamat tengahari untuk Oli dan semua..

    Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    SHALAT DAN BERKORBAN TANDA BERSYUKUR KEPADA NIKMAT ALLAH SWT

    dia ada tiga Ayat iaitu ayat 1 hingga ayat 3.

    Ayat 1= Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang
    banyak.

    Ayat 2= Maka dirikanlah solat karana Tuhanmu dan berkorbanlah.

    Ayat 3 =Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang
    terputus.

    AMIN.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam