Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Rahsia Dan Hikmah Disebalik Ujian Allah

October 07, 2009 By: PakarHowTo Category: Rahsia

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan berita benca tsunami di Samoa dan gempa bumi di Padang, Indonesia. Kita sebagai orang Islam mesti berkeyakinan bahawa, semua bencana ini adalah musibah dan ujian daripada Allah Ta’ala bagi mengingatkan kita semua bahawa, manusia dan semua makhluk atas dunia ini, tidak ada kuasa apa-apa pun. Tetapi, ALLAH lah yang MAHA BERKUASA dan DIA lah PENENTU SEGALANYA. Kita wajib taat pada segala perintahNYA dan bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakanNYA.

Gempa bumi tanda kekuasan Allah

Gempa bumi tanda kekuasan Allah

Bacalah artikel ini, agar kita sama-sama beringat dan menyedari akan KEBESARAN dan KEHEBATAN ALLAH SWT, TUHAN YANG MAHA ESA. ALLAHU AKBAR!!!

Hikmah Disebalik Ujian Allah

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Diterima melalui email daripada “mohd faizal zakaria” (uknows_1503@yahoo.com.my)

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

10 Comments to “Rahsia Dan Hikmah Disebalik Ujian Allah”


  1. ct maliha says:

    sabar je dengan segala dugaan, tak perlu kecoh2 cerita sana sini tapi masalah tak selesai jugak.. sabar, tawakal dan doa pasti masalah itu akan selesai dengan secara sendiri tanpa kita sedari..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Bersyukur sangat dilahirkan di Malaysia. Semoga Malaysia dijauhkan dari segala bencana.

    Ya Allah, kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada Mu ya Allah, Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah, tuhan yang hidup lagi tidak mati.
    Wahai Tuhan kami! jauhkanlah kami daripada wabak ini (H1N1), lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta’un dan bala bencana, dengan ihsan-Mu, Wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui sesungguhnya-Mu ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
    Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, serta sahabat2nya. Segala pujian bagi-Mu ya Allah, Tuhan pemilik sekelian alam. Amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. La haula wala quawwata illa billah, tiada daya dan upaya melainkan Allah jua.

    bersyukur hidup d ngara yang aman ini….Alhamdulillah terima kasih ya Allah.
    Kekalkan keamanan ini Ya Allah dan jadikan kami hamba-Mu yang tetap istiqamah di jalan-Mu dan bertaqwa. Amiin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Semoga Allah mengampunkan dosa kita, juga dosa mereka (Islam) yang meninggal dalam bencana gempabumi di Samoa dan Padang, mudah-mudahan Allah redho dengan mereka..”ALFATIHAH…”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Setiap bencana yang berlaku itu mengingatkan kita akan kekuasaan Allah SWT yang tiada tandingannya..

    Ingatlah sebelum ajal menjemput pulang perbanyakkanlah amalan kita sebagai khalifah Allah yang kerdil ini..

    Buat saudara-saudara islam yang telah meninggal dunia akibat bencana gempabumi di Samoa dan Padang ku hadiahkan mereka..”ALFATIHAH…”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. kalau time masalah atau musibah melanda, sy ingatkan diri bahwa kita tak lama di dunia ni, bila2 masa blh dijmput Tuhan.so dptla tenangkan dan kuatkan diri.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. berada dalam dunia pendidikan khas dan sentiasa berdampingan dengan pelajar istimewa buat diri makin rasa ‘sedar diri’…kalu x…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. hidup ini hanya sementara

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. Man Ibn Rayu Alhaj says:

    Kematian adalah suatu yg pasti. Sakaratul maut adalah suatu yg hak. Husnul atau Suul Khatimah, periksalah amalan kita. Cara mana kita menghadapi mati belum kita ketahui. Mohonlah dgn Asma Allah yg Maha Pengampun. Belum ada lagi soalan ‘peperiksaan’ yg ‘dibocorkan’ dgn izin, tetapi soalan kubur telah kita ketahui terlebih dahulu. Jawapannya , amalan baik yg diredai. Jadi, buatlah persediaan dari sekarang. Kebesaran apa yg memenuhi qalbu kita, Allah @ dunia? Cara hidup apa yg kita amalkan, Nabi @ Yahudi Nasrani? Ditahap mana kekhusukan Solah kita? Apakah ketaatan didalam Solah itu dpat kita bawa keluar Solah? Dan banyak lagi persoalan2 yg harus kita jawab bg pihak diri kita dan keluarga kita? Tepuk dada tanyalah Iman.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. mintak izin utk msokkn nyer dlm blog sy.. terima kasih..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11