“Petua untuk mengelakkan selsema”

Share

Sekarang ini keadaan cuaca tidak menentu.
Ramai diantara kita yang terkena selsema.
Hidung tersumbat, sakit tekak, hidung berair, bersin-bersin…
semua itu adalah tanda-tanda seseorang itu telah terkena selsema.

Baru-baru ini, bapa saudara saya dari Raub telah datang berziarah ke rumah saya.
Kebetulan waktu itu, isteri saya demam+selsema.
Dah hampir sebulan dia selsema, tapi tak baik-baik.
Dan dah bermacam-macam ubat dia telan, tapi tak jugak ‘jalan’.

Apabila diceritakan masalah isteri saya tu kepada bapa saudara saya tu,
lantas bapa saudara pun berkata,
“Laaa kenape la awok tak tanye Ayoh De… Ayoh De ade petua macammana nok sembuh kan selsema. Petua ni senang jer nok buat.” katanya.

Belum pun sempat saya berkata apa-apa, bapa saudara saya lantas menarik tangan saya menuju ke bilik air. “Mari sini Ayoh De nok ajor awok petua tu” katanya lagi.

Di bilik air itu, Ayoh De saya menadah air dengan menggunakan tangannya. (tadah air macam orang nak amik air sembahyang).
Pastu dia memasukkan air ke dalam hidungnya, dan membiarkan air itu di dalam hidungnya sehingga beberapa saat.
Kemudian dia hembus keluar air tersebut.
Dia mengulangi perbuatan memasukkan air ke hidung dan menghembuskan keluar air tersebut sebanyak 3 kali.
Setelah selesai, dia pun berkata kepada saya ;

“Haaa nilah petua untuk mengelakkan/menyembuhkan daripada terkena selsema. Lagi elok kalau gunakan air suam.”

“Kalau dah selalu sangat bersin…atau terasa hidung macam tersumbat tu…cepat2lah praktikkan petua ni…insyaAllah, pasti selsema akan baik!”
Katanya.

Nota :
1-Lakukan petua ini setidak-tidaknya 3 kali sehari terutamanya ketika baru bangun dari tidur.
2-Gunakan air suam untuk lebih mujarab.
3-Air hendaklah dimasukkan ke dalam…hingga ke pangkal hidung.
4-Tahan air di dalam hidung dari 3 ke 5 saat…kemudian hembus dengan kuat.

SELAMAT MENCUBA! (776)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

14 thoughts on ““Petua untuk mengelakkan selsema”

  1. Ibu saya selalu menyuruh saya menggunakan petua ini. Walaubagaimanapun saya tidak dapat mengikut petua ini kerana ia akan memburukkan keadaan selsema saya. Ini kerana saya telah berjumpa dr. pakar, dia menasihati agar tidak membasuh muka secara tiba2 lebih2 waktu pagi. Setelah membuat eksperimen beberapa kali, saya dapati mmg benar, bila saya cuba membasuh hidung saya, keadaan makin teruk, selesema tak henti2 spjg hari. Petua ini mungkin sesuai bagi org yang jarang2 terkena selsema tetapi tidak sesuai bagi orang yg ada allergic. Jadi pendapat saya kaji jenis selsema anda dulu.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Cik Ana…

    terima kasih kerana sudi singgah sini dan beri pandangan cik i blog kami.
    sesungguhnya kami amat menghargainya.

    tentang petua ini…
    memang ada benarnya kata cik Ana…
    ianya tengok orang jugak.
    pada saya yang jarang2 selsema ini…memang agak berkesan.
    tapi pada Cik Ana….caranya jadi kesan sebaliknya.

    apa2pun….ini semua hanya sekadar petua.
    tiada jaminan ianya berkesan dan memberi manfaat pada pengamalnya.
    petua2 ni pun, sebenarnya terhasil berdasarkan pengalaman orang tua2 dulu.

    kita hanya mampu berusaha,
    kalau berkesan alhamdulillah.
    kalau tak berkesan….cuba cara lain la pulak…dak gitu? :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Lagi satu petua,bagi yang kene selsema. Ambik ibu kunyit.sapu keliling hidung,dan kalau boleh sentiasa bau ibu kunyit tu.sampai selsema kering..Insyaallah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. kalau sy plak.. ..selawat 3x air dlm glas campur garam siket..
    dan kumurkan.. (air mestila panas suam,seeloknye bgun pagi)

    pastu..
    barula msukkan air dlm idung…
    ,selawat setiap kali air di masukkan ke dlm idung…

    insy..
    ,selmt meuba…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. salam, thanks a lot. petua ni sgt b’guna kpd suami saya yg kerap kene selsema. petua jimat dan mudah tanpa kluar duit..yg pntg tidak perlu mkn ubat klinik yg sdh tentu bg kesan sampingan utk jangkamasa pjg…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. salam,mmg betul ngan petua ni.saya dh amalkan 3 tahun yg lepas,sejak 2 saya jarang terkena selsema.
    & mmg sah petua nih terkandung dlm adab berwuduk kita(sunat membersihkan hidung).itulah kelebihan sunnah Rasulallah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam