Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki

Share

Nampaknya artikel mengenai panduan untuk mudah hamil dan petua untuk mendapat anak di blog PakarHowTo mendapat sambutan yang sangat baik.

Ebook tulisan kawan saya iaitu ‘Rahsia Mudah Hamil‘ dan ‘Panduan Senang Hamil‘ juga mendapat jualan yang baik sekali. Ini menunjukkan bahawa begitu ramai sekali mereka yang mengalami masalah sukar mendapatkan anak.

Saya mengaku bahawa saya bukanlah orang yang layak untuk memberikan panduan-panduan ini, kerana saya bukanlah seorang doktor atau pakar sakit puan.

Namun, atas rasa prihatin sebagai salah seorang yang mempunyai masalah sukar mendapat anak (selepas 2 tahun kahwin, baru isteri saya mengandung), maka saya rasa bertanggungjawab untuk sampaikan ilmu yang saya ada mengenai perkara ini.

Saya menerima banyak sekali email dan komen dari para pembaca blog ini yang bertanyakan pelbagai perkara mengenai permasalahan kesukaran mendapatkan anak ini. Ada yang bertanya tentang kitaran haid, mengenai waktu subur, makanan yang sesuai untuk dimakan, petua-petua, doa-doa dan jampi-jampi, malah ada juga yang bertanya tentang teknik-teknik bersetubuh untuk mudah mendapat anak.

Sudah saya nyatakan berkali-kali di blog ini bahawa saya bukanlah pakar sakit puan atau doktor yang layak untuk menjawab mengenai permasalahan yang mereka alami. Sebetulnya anda perlu bertanya dan mendapatkan nasihat dari doktor yang profesional.

Namun, atas rasa prihatin dengan segala permasalahan yang diketengahkan, saya tetap juga berkongsi pengalaman dan pengetahun, sekadar yang saya mampu.

Pagi tadi (27 April 2010), saya dapati ada satu komen di blog ini yang meminta diberikan petua untuk mendapatkan anak perempuan.

ingin-anak-perempuan

Baiklah, bagi memenuhi permintaan Saudara Muhamad Zalani (@Laningz) tersebut, suka saya kongsikan petua atau ikhtiyar yang boleh dilakukan dalam usaha untuk mendapatkan jantina anak seperti yang dihajati.

Untuk dapat anak perempuan

Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.

doa-anak-perempuan

Maksudnya : “ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.

Untuk dapat anak lelaki

Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.

doa-anak-lelaki

Maksudnya : ” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.

Bagi pihak isteri pula, sentiasalah berdoa di dalam hati, agar ALLAH mengurniakan anak perempuan atau lelaki. Doa juga supaya ALLAH mengurniakan anak yang soleh dan solehah yang akan membahagiakan anda dunia dan akhirat.

Sekian, semoga hajat kita semua diperkenankan oleh ALLAH Ta’ala. Aminn.

. (1263)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

18 thoughts on “Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki

  1. Terima kasih diatas panduan ini sdra Syukri, sekarang jugak saya hafal ayat tu..

    Sahabat mu,
    mzd

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @muhamad zalani DAUD,
    Sama2…semoga ianya bermanfaat.

    p/s- Mung dok mano loo ni?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    muhamad zalani DAUD Reply:

    @PakarHowTo,

    aku duk tok jembal t’ganu lagi ni..keje umt

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @muhamad zalani DAUD,

    Alhamdulillah, bagus2…sibuk buat kerja ummat ek.
    Mung memang hebat!!

    P/S- Maaf, lupa saya nak maklumkan. Petua ini saya dapat dari buku “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit : Dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab”. Tulisan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Pengasas dan Penasihat Darussyifa’).

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. hehe soalan dr laning ke?bole jd panduan ni..aku nk masuk 2 boy dh..alhamdulillah..
    nway to supasu..tahniah utk blog yg very informative..krm salam raihan..moga semuanya dipermudahkn..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ezzy,
    terima kasih sahabat atas doamu itu.. ;)
    .-= surihati_ku´s last blog ..google.com/~r/pakarhowto/~3/RM9a7LMr23g/petua-untuk-dapat-anak-perempuan-atau-anak-lelaki.html" rel="nofollow">Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. ikut pengalaman mak aku, lelaki yang suka makanan berlemak atau bergoreng, lebih mudah dapat anak pompuan, manakala lelaki yang lebih banyak makan sup, pangang, bakar, lebih kerap dapat anak lelaki.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Peringatan….
    Kebarangkalian mendapat anak lelaki atau anak perempuan pada setiap pasangan yang hamil adalah 50-50. Namun kepada si bapa yang kelihatan macam samseng atau terlebih rock (suka pakai rantai leher atau rantai/gelang tangan) (ciri lain ialah rambut panjang dan kuat hisap rokok) kebarangkalian mendapat anak perempuan adalah tinggi berbanding perempuan. Kepada si bapa yang berperwatakan lelaki yang berkarisma, berkepemimpinan dan rajin ke masjid akan mempunyai kebarangkalian anak lelaki tinggi.
    *kebarangkalian bukan maksud pasti
    Hal ini sebenarnya diatur Allah supaya ciri2 baik dalam sesuatu keturunan akan diteruskan manakala ciri yang kurang baik akan diputuskan dan diganti dengan yang lebih baik kepada keturunan itu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. owh.. baru tau ada ilmu ini.. yang pernah tau ada orang kata kalau nak anak laki, ibu kena banyak makan mknan macam daging2.. kalau nak pmpuan banyak makan sayur2an.. tapi tak pernah cuba kedua2.. sebab redha anak laki @ pmpuan yg hadir.. wallahualam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Apa yang kena faham….Itu hanyalah IKHTIAR sahaja… HAK MUTALAK di sisi ALlah… dari sulbi LELAKI tu dah tertulis di lauhmahfuz berapa anak akan dapat…

    berapa lelaki, berapa prempuan, Lelaki belaka, atau prermpuan belaka…..atau pun langsung tak dak anak…..

    Alhamdulillah, Allah dah kurniakan aku 2 boys… kahwin 2008…bulan 2… bulan 3 ngandung… tahun 2010… lahir sorang lagi…. skang ni ngndung pulak…anak ke-3….

    anak ke 2 dan ke 3… rapat la..setahun sorang… rezeki….

    Apa yang penulis kongsikan tentang DOA tersebut hanya IKHTIAR…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. salam..
    sy antara isteri yg sukar hamil. buat pengetahuan semua, 5 tahun sy menunggu utk mendapatkan cahaya mata.saya tiada masalah kesihatan,tetapi saya telah dianiaya oleh seorang hamba Allah. nasihat saya, kepada sesiapa yg terlalu sukar hamil, cuba gunakan cara perubatan islam.tetapi, mesti sudah melakukan rawatan di hospital dan keputusan nya tiada masalah..lain nasihat saya,jgn putus asa beroa..Allah sudah merancang segala2 nya utk kita..dan jgn anggap ujian Allah adalah satu musibah,sebaliknya,anggap ada hikmah di sebalik apa yg berlaku..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam