Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Petua jaga baby yang meragam atau menangis

September 22, 2010 By: PakarHowTo Category: Petua

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Semalam (21/Sep/2010), ada seorang pembaca blog PakarHowTo iaitu Puan Rahyu menghantar email meminta saya untuk memberikan petua baby yang meragam atau menangis waktu senja.

Berikut adalah kandungan email beliau ;

assalammualaikom….???
SELAMAT HRI GHAYO…!!!!…..dihadapan monitor pc kami sekeluarga mohon maap zahir,batin n online….
saya baru melahirkan seorg anak perempuan pada Ogos 21 yg lepas….
saya ingin kan petua atau pun pe jua khidmat nasihat dari PakarHowTo…..tentang bayi yg suka nangis pada waktu senja….anak saya ni baru dua ari wat meragam nangis pada waktu senja….da naik serak suara baby…
mohon.sesangat dari kami sekeluarga…..amin

Dan berikut ini adalah jawapan email saya kepada beliau.

Waalaikumussalam

Selamat Hari Raya. Saya pun sama gak laa. Nak mohon ampun maaf kalau ada salah silap sepanjang penulisan kami di blog.

Tahniah diucapkan atas kelahiran anak perempuan. Anak pertama ker?

Berkenaan dengan baby yang suka menangis waktu senja tu, saya pun nak kena tanya orang gak laa. Sebab saya pun masih ‘mentah’ dalam bab menjaga baby ni. Baby kami pun baru masuk 4 bulan. So, tak banyak lagi pengalaman.

Apapun, hari tu, saya ada pernah tanya abah saya berkenaan dengan baby yang suka menangis ni.

Abah saya kata, kalau baby menangis, cuba check 4 perkara ini ;

  1. Mungkin baby sedang lapar? Kalau lapar, memang baby akan meraung sekuat-kuatnya supaya mak dia tahu dia lapar. So, pandai-pandai la bagi dia susu.
  2. Mungkin baby sedang kembung perut (masuk angin)? Ini biasa terjadi pada mana-mana baby. Apabila perutnya kosong, maka angin mudah masuk. Sebab tu lah kita kena pakaikan sarung tangan dan stokin pada baby, supaya angin tak masuk dalam badan dia. So, cuba periksa kot-kot perut dia kembung. Cuba ketuk perut dia, kalau ada bunyi kuat, maknanya perut dia dah masuk angin. So, pandai-pandai la sapu minyak angin pada perut, betis dan tapak kakinya.
  3. Mungkin juga baby telah tercedera/luka/berasa sakit pada mana-mana bahagian badannya? So, cuba la check semua bahagian badan, muka , tangan, kaki, mata, telinga atau kemaluannya. Takut-takut mungkin dia telah disengat oleh seranggga atau digigit nyamuk. Kalau tengok ada merah-merah pada kulit baby, so, cuba la gosok-gosok minyak atau ubati dia.
  4. Atau mungkin juga baby telah terkena sampuk atau ternampak makhluk halus? Sebab menurut orang tua, baby ni memang ada kebolehan melihat makhluk halus. Lebih-lebih lagi waktu senja. Kalau baby menangis tak  henti-henti tu, dan tengok mata baby melilau-lilau memandang ke atas, mungkin dia ternampak ‘sesuatu’? So, cuba la baca ayat qursi, surah 3 Qul (Qulhuwallah, Qula’uzubirobbil falaq, Qula’uzubirobbinnas) atau baca mana-mana jampi yang diketahui untuk dihembuskan pada baby. Dengan niat semoga Allah melindungi baby dari gangguan makhluk halus.

Namun, kalau baby tetap juga terus menangis, saya nasihatkan agar bawa la pergi berjumpa mana-mana ustaz yang pandai buat cara rawatan islam untuk menjampi atau mengubati nya.

Sekian, saya rasa itu saja yang dapat saya kongsikan. Harap ada manfaat.

Anda ada petua atau tips-tips lain? Kongsikan lah di ruangan komen yer ;)

Terima kasih.

p/s- Ada sebuah ebook yang menerangkan tentang Rahsia Tangisan Bayi. Klik Sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

7 Comments to “Petua jaga baby yang meragam atau menangis”


  1. Baby klu kembong perut biasanya perutnya akan keras. Sebab kemungkinan, si ibu ada salah makan jika baby menyusu badan. Petua nak hilangkan:
    1. Potong seulas bawang merah (dimayang)
    2. Tuangkan sedikit minyak makan (+ bahan 1 dan 2)
    3. Sapu pada perut baby hingga baby terkentut atau sendawa atau hingga baby rasa selesa

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Nek Aki, Alhamdulillah satu petua yang bagus untuk di kongsi pada semua pembaca

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. askm…

    sebagai ibu yang masih didaalm pantang banyakkan bertenang dan bersabar bagi menangani kerenah bayi yang meragam…sokongan dari suami dan keluarga sangat2 diharapkan kepada ibu berkenaan…

    setiap kali bayi meragam tak kiralah waktu senja dlm waktu lain ibu @ sesiapalh yg mendokong bayi berkenaan hendaklah membelai dgn tenang ( kerana emosi yg tenang dan sabar akan mempengaruhi emosi anak) bacakan ayat kursi, YA! LATIFF 21X hembuskan Pada ubun2 bayi.

    Dakap bayi setiap kali waktu senja ( jgn biar bayi bersendirian pada waktu ini – walaupun bayi sedang tidur) belai dgn penuh kasih sayang dan ucapkanlah kata2 lembut dan memujuk pada bayi( pd waktu ini language body dan emosi sangat mempengaruhi bayi )

    campurkan sedikit lada hitam(pecah2kan) pada minyak yg tak panas buat bayi sapu pada kedua tapak kakinya….

    amalkan berzikir sewaktu mendokong bayi yg meragam….

    jika petua-petua diatas tak berkesan sila hubungi saya 012-6177427 (pn Hasz)
    insyaAllah saya akan berikan tip2( bantuan luaran) dimana baru bulan 6 yg lalu saya berikan pada adik ipar saya yg mengalami masalah yg sama ….

    kte berikhtiar Allah jualah penentu segalanya….
    .-= demimasa´s last blog ..Transformasi untuk Kecantikan-Kesihatan dan Minda yg Sihat =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @demimasa, salam sahabat, terima kasih ats saranan itu. kami benar2 menghargai komensahabat disini.

    mak suri pun sllu juga berikan nasihat pada suri klu anak mgnis, nak tdur hembuskan ayat ya latif pada bayi/ anak. Insyallah anak2 akan mudh mdgar kata kita, lmut hatinya.. utk suami jua kita d galakkan menggunkan jua

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. leh amalkan tuk ank2 buah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Salam..jika baby asyik menangis waktu senja…pastikan semua tingkap dan pintu tertutup dan pasangkan alunan zikir. Selain itu puan boleh memandikan anak puan dengan air suam yang dititiskan dengan 3 titik minyak kayu putih. InsyaAllah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Alhamdulillah…
    ape yg diperkatakan oleh akak demimasa 2 sy setuju..
    walaupun sy ni tak kawen lagi tapi sy pernah buat kat adik sy yg bongsu…
    sy ambik die masa nangis dan sy letakkan atas paha sy lalu alunkan alunan zikir kat die… alhamdulillah dengan izin Allah die senyap dan tidur…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11