Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Peringatan buat isteri : Elak Mencari Bukti Suami Curang

July 19, 2011 By: PakarHowTo Category: Info Berguna, Masalah Rumahtangga, Panduan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Saya rasa artikel (jawapan kepada 1 permasalahan rumahtangga yang dikemukakan) ini sangat wajar untuk diberikan perhatian dan dijadikan peringatan khususnya buat para isteri.


Kepada puan yang sedang dilanda ribut perasaan.

Sesungguhnya ribut itu tidak dapat dipastikan dari mana puncanya dan ke mana arah matlamat, serta paling sulit untuk menentukan bila tamat musimnya. Inilah namanya kemelut cinta yang menyeksa.

Persoalan yang puan kemukakan sebenarnya adalah persoalan biasa yang dilakukan oleh lelaki bernama suami. Mungkin berhasrat menguji harga diri (masih ‘macho’ lagi atau tidak) atau mahu suka-suka sebagai perintang waktu dan sebagai selingan dengan pasangan yang ada, atau dia berasa bebas kerana sudah berada di luar kawasan, lalu berasa tidak ada yang kenal dia di Kuala Lumpur. Jadi dia terasa kebebasan itu miliknya atau sememangnya dia mahu menambah lagi satu secara dirancang, di kota ini atau tidak direncana.

Ini disebabkan saya pernah menangani kisah yang hampir serupa. Pengakuan seorang suami yang secara tiba-tiba dia digoda dan atas alasan mahu membantu atau lain-lain alasan yang difikirkan sesuai bagi mereka akhirnya bernikah secara berahsia. Sehinggalah isteri mendapat bukti yang tidak dapat disangkal lagi oleh suami, maka akhirnya suami mengaku yang dia sudah nikah. Alasan dia berahsia dari isteri ‘tidak mahu melukakan hati isteri pertama’ walaupun itu sememangnya sangat melukakan isteri.

Jadi puan, berhubung dengan kes puan, perkara ini berlaku mungkin atas salah satu alasan tersebut yang kita tak dapat meramalkan kecuali dengan pengakuan suami sendiri nanti. Maka nasihat saya pada puan, pertama jangan mencari-cari bukti lain jika puan mahu terus bersamanya. Kerana jika puan cari bukti, Allah pasti ketemukan kerana Allah Maha Pengasih.

Apa yang membimbangkan, bila terkumpul bukti-bukti itu, puan yang sememangnya mahu mengekalkan hubungan perkahwinan dengan suami dan masih sayang dengan anak-anak akan bertukar menjadi timbul kebencian, kekecewaan dan kesedihan yang boleh mengheret puan ke kancah pergaduhan dan mungkin juga perceraian yang puan cuba elakkan seperti dinyatakan.

Apa yang puan lakukan ialah berhenti mencari bukti dan jalani hidup ini seadanya bersama suami dan dalam keadaan akrab dan santai. Puan lebih mudah membuat suami duduk bercerita  perkara sebenarnya. Mohon dia ceritakan secara ikhlas tanpa tekanan dari pihak puan dan puan pula harus menerima ceritanya dalam keadaan yang tenteram dan terbuka.

Setelah mendengar ceritanya puan berilah komen secara ikhlas dan tenang terhadap cerita berkenaan. Nyatakan perasaan puan yang sebenar terhadap sikap suami dengan baik, tenang dan bersahaja.

Elakkan daripada bercakap untuk meluahkan rasa marah, untuk mendapat simpati atau untuk mempertahankan hak atau untuk merayu agar tidak ditinggalkan atau sebagainya yang menggambarkan kita takut kehilangannya atau kita menahan hubungannya dalam bentuk cemburu dan sebagainya.

Sikap ini akan membuat suami bersikap ‘protective’ dan cuba membela diri sendiri dan mengeluarkan alasan bahawa bukan dia yang mencari dan memulakan. Sebaliknya, dia dirayu, diburu dan digoda, ditagih simpatinya, terpaksa dan lain-lain alasan yang munasabah.

Kedua, belajar membangun kekuatan diri dengan berpegang pada peringatan Allah SWT bahawa jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan peta hidup kita ditentukan oleh sebahagian kecil usaha kita, tapi sebahagian besarnya adalah di bawah ketentuan Tuhan. Percayalah bahawa hidup kita ini tidak akan kekal bahagia selamanya kerana kita ini hamba Allah SWT dan oleh kerana itu kita tidak dapat terlepas daripada ujian-Nya.

Maka ini adalah ujian kepada hubungan perkahwinan puan yang selama ini berjalan baik, lalu kurang berterima kasih kepada Allah SWT dan mungkin puan menggantungkan rasa bahagia itu kepada suami terlalu tinggi dan rendah sikap bergantung pada Allah SWT. Maka Allah SWT ‘menegur’ anda sekarang bahawa yang membuat anda bahagia selama ini bukan suami tapi Allah SWT.

Lalu Allah SWT mahu kita dekat balik kepada-Nya dan menggantungkan harapan bahagia seterusnya kepada-Nya juga, bukan manusia. Maka jika ini terjadi bermakna kita sudah lebih mendekat pada Allah SWT dan mohon pertolongan Allah SWT dalam usaha menghadapi ujiannya ini. Jika ini berlaku maka puan tidak panik lagi, kerana Allah SWT sudah di sisi.

Jika hilang suami, Allah SWT sudah di sisi, mana lebih untung dapat cinta suami atau cinta Allah. Mana cinta yang dapat mententeramkan hati dan mana cinta yang melukakan hati. Hasilnya kita akan pasrah untuk terus hidup bahagia bersama atau pun tidak bersama lagi dengan suami kerana Allah.

Jika Allah yang ketemukan kita maka Allah SWT juga boleh pisahkan kita, maka kalau itu mahunya Allah SWT, mana mungkin kita menentangnya. Kalau mahunya Allah SWT, kita bersama mana ada kuasa yang mampu memisahkannya. Oleh itu tingkatkan penyerahan kepada Allah sebagai penentu kehidupan kita. Bukan pilihan mahunya kita semata-mata.

Sebab itu Ibnu Qayyim menyebut “nilai manusia itu boleh diukur dengan semangat dan apa yang dia inginkan.” Jika anda inginkan hidup bahagia maka bermohon dan bersandarlah kepada Allah SWT bukan kepada manusia dengan cara selalu memberi maaf dan berlapang dada dengan apa yang ditemui dalam hidup kerana orang yang selalu berlapang dada maka dia telah dijanjikan oleh Allah akan memperoleh kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Juga suka saya memperingatkan jika anda terus menyerang dan mencari-cari alasan untuk mencari sebab berasa sedih dan menderita, bermakna anda sudah menjatuhkan diri sendiri dalam kesibukan yang sebenarnya. Dari hadis menyatakan kemarahan itu adalah sebuah bara api dari neraka dan di saat itulah syaitan dapat mengalahkan kita kerana kita lalai dengan Allah dan kita sedang marah.

Mudah-mudahan semua perkara ini dapat dikendalikan dengan baik dan hasilnya diserahkan kepada Allah juga.

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

42 Comments to “Peringatan buat isteri : Elak Mencari Bukti Suami Curang”


  1. Mazlan Hamid says:

    setiap ujian dari Allah adalah untuk meningkatkan darjat seseorang

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    1
  2. tq kerana artikel yg sgt menyentuh hati..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. mengkudu says:

    Dunia hari ini,perkataan curang amat subjektif maksudnya.Bertuahlah kalau bertemu dan berkahwin sehingga hari tua si suami tidak curang/begitu sebaliknya.Dunia tanpa sempadan telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia dalam segala hal.Hanya segelintir sahaja mereka yang tinggi akidah dan taqwa kepada ALLAH boleh mengelakkan daripada sifat jahat itu.
    Saya ambil misalan hasil daripada persahabatan dengan penduduknya drp pelbagai ras dan kepercayaan.seorang kawan sepejabat ini bukan Islam.Kalau diperhatikan,dia adalah antara lelaki terbaik; baik budi pekerti,tidak masuk hal ketika kawan lain asyik bergurau dan bising, mengumpat dan sebagainya.Tidak berjoli seperti kebanyakan lelaki hari ini.
    Pada satu hari dia menyatakan hasratnya, “alangkah baik kalau dapat isteri Islam”saya tidak terkejut apa yang dicurahkannya.Di pejabat saya boleh kata jarang jumpa wanita tidak bertudung dan mereka berpakaian sempurna.Semua ini adalah didikan dan contoh daripada ketua jabatan yang mengamalkan Islam dalam segala tindak tanduk urusan.Lantas saya menasihatkan agar membaca dahulu buku buku berkaitan Islam,seterusnya mengajak ahli keluarganya ikut sama. Ikut apa apa keraian berkaitan islam.
    Kesimpulannya, dapatkah kita sama sama bayangkan bahawa wanita Islam telah menjadi dan akan terus jadi tarikan,sekiranya kita menaruhkan rasa kasih sayang kita terhadap agama yang amat tinggi nilainya.Sekarang apa yang menjadi pelek .kenapa orang Islam cuba menjauhkan diri daripada ajaran dan cara hidup Islam. Sungguh umat Islam ketinggalan zaman pada masa ini,kerana di sebelah barat orang berlumba lumba untuk mempelajari dan menyelidik Islam.
    isilah segala kekurangan yang ada pada diri sendiri dengan berpegang teguh kepada AL QURAN dan AL SUNNAH dan jadilah isteri yang solehah agar dapat membimbingkan rumah tangga ke arah kebaikan sekalipun ujian datang melanda.ujian itu hanya sedikit,melainkan mendapat kasih sayang ALLAH yang berkekalan yang kita cari.Wallahualam.Amin.
    dalam menghadapi pelbagai ujian hendaklah kita kembali memohon bantuanNYA sahaja dan tiada berprasangka buruk sedikitpun kepada ALLAH.Bersabarlah atas segala ujianNYA kerana orang beriman hendaklah banyakkan bersabar dalam segala halangan yang ditempuhi.salam perjuangan untuk menegakkan Islam yang tercinta.Orang Islam ada ISLAM untuk ,berjaya baik di dunia apa lagi di akhirat yang kekal abadi.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. best ar artikel ne…amt bergune tuk sy yg ad masalah…tq.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. kenapa..isteri jer yg perlu..menjeruk rasa..sedangkn..suami seronk2 je dgn eperempuan lain?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 4 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 6

    [Balas Di Sini]

    ida Reply:

    ala..bukan semua lelaki..boleh berlaku adildn mampu..dari segi nafkah..terutamanya nafkah zahir..ramai yg begitu..bila nak kwin stu lagi..ikut sunnah nabi..tapi..hampeh..ikut nafsu..jer…ramai yg begitu..masa sekarang ni..mestilh awk nk menangkn kaum awak..klu isteri..suruh setia giler..dia sedap2 je pasang dau..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 5

    [Balas Di Sini]

    noname Reply:

    @Ash, cbe berada di situasi pempuan bru ko tahu. smoge 6t ko ad anak pempuan.pah2 ank ko dapat lelaki sial macam 2 baru ko tahu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    @noname,

    Camtu aku pun boleh ckp ko berada dalam situasi lelaki baru ko paham. Sampai kiamat tak habis dgn reasoning mangkuk ayun mcm ko ni. Kalau nak doa pun doa la yg elok2, kalau tak baik diam. Nampak bangang je spelling nanti jadi 6T. Terencat akal ke?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 2

    mocha Reply:

    @Ash, hek eleh..cbe ko berada di situasi pempuan bru ko tahu. normal la tu ad perasaan menjeruk rasa ape ke.da penat2 setia, duit poket sendiri pun xcukup tp amik duit isteri p kawen laen pe kes.poorahhh..baik cerai dr bermadu!!selamat gak duit

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    @mocha,

    Aku dah ckp dah kalau ko ada idea lain bagi tau la mcm ne seorang lelaki boleh kawin lebih drpd 1 tanpa curang dgn bini pertamanya? Setakat nak sentimen kaum, pergi la ko cemolot ngan noname tu. Ada ke baik cerai drpd bermadu. Cerai tu perkara paling dibenci Tuhan. Bermadu tu sunnah. Eii tolong la kalau tak pas pendidikan Islam jangan sibuk2 nak komen kat sini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    mocha Reply:

    @Ash, hek eleh.klu si suami duit poket sendiri pun xcukup.lepas 2 amik duit isteri pulak nk bermadu 2 ape kes!!!cbe ko berada dkt situasi prmpuan bru thu.poorahhhhh!baik cerai dari duduk bersama lelaki dayus.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    @mocha,

    Kalau ikut reasoning ko, memang tak pernah dan tak akan cukup la sampai bila2 duit belanja. Bodonye la tak paham erti dayus. Main sebut je ikut sedap mulut bau longkang ko tu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    yati Reply:

    setuju sangat

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    yati Reply:

    cerai memang senang disebut tapi akibatnya terlalu pedih. sakit hati.. terseksa rasanya bila diri diperlaku..
    bodoh ke kita…. membiar diri diperlakukan sedemikian?

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    ida Reply:

    yang awak..marah2 kat sya ni apahal..awk tu perfect sangat ker?
    dah buat terbaik ker untuk ank bini awak..?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    @ida,

    Abih kalau ko kena rogol ke rompak ke kitorang tak payah tolong la sebab nak kena tunggu jadi perfect dulu. Takpe kita tgk je dr jauh… ye la tak perfect. Ish3…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    katy Reply:

    @ida,

    Korang tak payah le layan si ASH ni,aku pun tak pernah jumpa lelaki mcm ni punya mulut,entah keturunan apa ntah,harini sedap le dia mengata,esok keturunan dia hidup sia-sia baru dia rasakan…ASH,jujur aku nak bercakap,kau ni mulut jahat nak mampus…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    Ash Reply:

    @katy,

    Aku pun tak penah jumpa pompuan mcm ko Katy. Baik sgt. Dah la jujur. Suka mendoakan kebahagiaan org lain dengan keturunan2 dia sekali. Macam ni mungkin baru ada ciri2 perfect kut. Kah3.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    zara safiyyah Reply:

    @Ash,

    Astaghfirullahala’zim saudara..

    Tak bolehkah menegur tu dengan berhemah? saya faham 100% apa yang saudara cuba sampaikan, tetapi apalah gunanya saudara berbalah dengan kami kaum wanita yang terang2 berlainan pendapat dgn saudara. Alangkah bagusnya jika saudara terangkan dengan baik2, biar kami faham..Kitakan insan yang lemah – wanita dijadikan Allah halus jiwanya, dan Allah jadikan lelaki, diberi pelbagai keistimewaan untuk memimpin wanita. Maafkan saya jika saudara berkecil hati.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0

    PakarHowTo Reply:

    @zara safiyyah,
    yaaa…setuju sangat.
    saya baru perasan,
    komen2 Ash ni memang banyak menggunakan kata2 yang kasar.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    5
  6. sememangnya ini adalah merupakan satu masalah yang tak mampu ditepis oleh mana-mana individu yang telah tersurat dengan dugaannya. Sememangnya amat pahit dan perit melalui keadaan suami curang, airmata memang menjadi teman paling setia. Tapi bila Allah menduga dgn dugaan yang termampu kita pikul, kita akan menyedarinya bila kita selalu mendekatkan diri padaNYA. Dugaan ini adalah merupakan satu kepahitan tapi kemanisannya adalah apabila kepahitannya itu kita telan dengan rasa tawaduk dan kasih kepada Allah. Mengadu padaNYA, pohon kekuatan dariNYA juga pertolongan dariNYA. DIA tak memberi dalam sehari dua, tapi selagi mana kita mendekatkan diri padaNYA, maka dihujung munajat kita, kita pasti dapat jawapan.. yang paling membahgiakan kita dapat rasa cinta padaNYA.
    Justeru, yakini ALLAH.. DIA Maha Mengetahui… setiap ujian yg diberi jika kita berbalik kepadaNYA, maka DIA pasti memberi kemanisan untuk mengubati kepahitan. Kemanisan yang apabila kita sebut namaNYA, pasti tersentuh hati, menitis airmata dan lahir ucapan kesyukuran yang tiada penghujung. Saat itu, kita akan rasa lebih bahagia menyintai ALLAH dari menyintai suami kita sendiri…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. assalamualaikom, utk menyalahkan suami tu saya rasa x tul tu, cuba kita berbalik kepada asas kepercayaan, jodoh dan pertemuan, rezeki, maut,ajal dan tanah kubur (tempat mati) ditangan Allah, however, pn, muhasabah diri kenapa suami aku kawin lagi?, sy bagi beberapa sbb yg pada saya penting, mula mula kawin dulu isteri beri perhatian penoh pada suami, lepas setahun isteri sibuk dgn tugasan rumah / anak2, tinggal lah suami keseorangan, lepas 10 tahun isteri bertambah kerjaya pasal anak2 bertambah, suami dah kebelakang, utk memenohi ruang kosong ini suami pun berubah arah, ada ruang dan ada peluang maka jadi lah sebagaimana puan hadapi, manusia ni kalau ade peluang tak ada ruang tak jadi, kalau ade ruang tak ade peluang pun tak jadi, untuk itu elakan memberi ruang dan peluang kepada suami, ambil sedikit masa utk bermesra dan bermanja dgn dia, lelaki ni kekadang perlu gak nak diberikan perhatian, diberikan tanggongjawab so ajak suami wat keje rumah yg pn, boleh cite dgn dia, wallahuallam.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ash Reply:

    @ibnu maah,

    Aku sokong bro 100%. Mcm nilah baru komen bernas. 2 Thumbs up!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    zara safiyyah Reply:

    @ibnu maah,

    Assalamualaikum..

    Kedua2nya pun perlu main peranan. Suami isteri haruslah saling melengkapi dan menghargai antara satu sama lain. Jika ada masalah, masing2 pun perlu muhasabah diri, berfikiran terbuka, berterus terang dan bermaaf-maafan. Letakkan ego ketepi demi orang yang kita sayang. InsyaAllah rumahtangga yang dibina berkekalan. Wallahu’alam =)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ibnu maah Reply:

    @zara safiyyah,
    kekadang yg susahnye kite tidak nampak kesalahan kite, isteri x nak tegur, kekadang dah lepas setahun kawin cakap pun dah macam musuh, awak awak tak nampak ke kite ni sibuk, nak minum ambil sendiri dlm peti tu…… awak makan la dulu saya sibuk ni, suami sehari dia kira ok sebulan dia kire sabar dua bulan dia mula tercabar, pastu dia pun cari alternatif kat kedai mamak, jumpa geng, pastu gemg bawa awek lak, awek lak manje manje dgn pakwe dia depan sisuami kite, bederau darah nye, minggu depan awek member bawa kawan utk jadi pasangan sisuami so so so pikirkan, org kalau benda yg belum dapat dia akan layan macam putra, itu satu bab, satu bab lagi pasal kemesraan sebelum tidur, isteri yg akan bagi byk alasan penat and suami lak tertunggu2, akhir nye tertidur bangun je ketempat keje tengok awek lain, melejor air liur, isteri kekadang seminggu tak bersama pun dia kira ok tapi kebanyakan suami 3 hari kire dah lemas, nak cakap direct isteri kata gatal, atau malu pastu cri jln keluar……. dgn …..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. mengkudu says:

    Tolong buka dan hayati di sini.
    http://www.youtube.com/watch?v=svEbLP0imGU&feature=related

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. mengkudu says:

    Hayatilah…
    http://www.youtube.com/watch?v=svEbLP0imGU&feature=related

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. As Salam….Islam memberi hak kpd llki utk berkawen 4 jika mampu dari segi zahir dan batin…mmglah tidak semua wanita sanggup bermadu dan tidak dinafikan juga ada wanita bahagia hidup bermadu…tak perlu curang kpd isteri sekiranya ada niat utk kawen lain…mmg benar punca suami kawen lain disbbkan isteri tidak pandai mengurus rumahtangga dan mengabaikan tggjwb sebagai isteri…manusia tidak sempurna ada kelebihan dan ada kekurangan…suami sebagai ketua rumahtangga perlu menegur dgn cara berhemah bagi menjamin kebahagiaan rumahtangga kekal hingga akhir hayat..ada kala kepincangan rumahtangga bkn berpunca drpd isteri shj ttpi suami juga perlu muhasabah diri apakah punca isteri mudah memberontak…kdgkala perselisihan faham blh mengeratkan lagi ikatan perkahwinan kerana melaluinya pasangan kita tahu kekurangan dan kelebihan masing2…barulah hidup ada cabaran dan kepuasan tercapai sekiranya berjaya menangani masalah rumahtangga…walahu’aklam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. walaupun lelaki boleh berkahwin 4 . MAKSIAT HARAM . dating2 haram .
    Tapi jangan letakkan beban pada wanita je . awak jadi itu ini begitu begini .cube reflect diri . sang suami lupa ? bahawa apabila mencari yang haram diluar , diakhirat dia akan diberi makan daging busuk

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @safiah,
    benar sekali!!
    saya setuju dengan Safiah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    safiah Reply:

    @PakarHowTo,

    Islam adalah agama yang adil . Tetapi orang yang didalam agamanya kadang kadang menyalah gunakan agama demi kepentingan sendiri . Bila jadinya situasi seperti ini pandai suruh wanita bersabar , mengeluarkan dalil dan ayat daripada al quran , mengatakan penceraian itu berdosa dan tidak disukai allah . Benar allah tidak menyukai nya . Tapi kalau suatu maslaah tidak ada penyelesaian lagi maka mungkin wanita tu ada jodoh dengan lelaki lain . Kenapa harus dia menahan melihat suami dia melakukan maksiat .

    Bila lelaki buat salah , mudah sahaja mereka mengeluarkan saya boleh kahwin 4. Apabila wanita membuat kesalahan , mudah sahaja mereka melemparkan talaq.Padahal mereka lupa kepala yang ditusuk besi itu lebih baik dari menyentuh perempuan bukan mahram . Poligami yang benar benar mengikut sunnah , adalah untuk melindungi wanita . Dan kalau tengok isteri baginda majoritynya , janda , orang tua . Satu satunya anak dara adalah Aishah R.A . tapi situasi sekarang terbalik kebanyakkan berkahwin kerana nafsu . Bagi golongan yang berkahwin kerana nafsu semata mata , keadilan dan nafkah pun tunggang terbalik . Saya bukan feminist . Tapi kesal bila lelaki bersikap begini

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @safiah,

    secara dasarnya saya bersetuju dengan awak.
    memang benar, kebanyakan lelaki sekarang ni lemah dari bermacam aspek.

    cuma, suka saya tegaskan kat sini,
    rumahtangga kita adalah tanggungjawab kita.
    tak kira suami atau isteri.
    dua-dua ada tanggungjawab dan peranan.

    apa yang saya lihat sekarang ini,
    ramai pasangan yang begitu suka sangat ambil mudah pasal bab cerai berai ni.
    sikit punya hal nak bercerai…
    sikit2 nak bercerai.
    rapuh sungguh institusi rumahtangga sekarang.

    mengapa terjadi begini?
    apa yang tak kenanya pada orang sekarang ni?

    sama2 lah kita fikir dan muhasabah diri.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. Suami. Isteri. Masing2 dengan tanggungjawap masing2.

    Suami.
    Kawin 2/3/4 kena adil. Adil ertinya ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya’. Menggilirkan isteri pun kena adil.
    Kalau dah kahwin dua senyap2, tidakkah dia akan menipu isteri pertama untuk bersama dgn isteri ke-2. Menipu kan berdosa. Walaupun hanya dosa kecil, kalau dibuat berterusan menjadikan kita orang fasih, apatah lagi melakukan dosa2 besar.
    Mmg Allah benarkan poligami tapi ianya bersyarat kita boleh berlaku “ADIL”. Berapa ramai yg kawin dua senyap2, jumpa isteri kedua 2 kali seminggu? Nasihat saya kepada yg dah berkahwin dua (atau dlm perancangan), dalamilah hukum2 berkaitan tanggungjawap suami dan poligami. Sedangkan beristeri 1 pun boleh ke neraka kalau biarkan isteri tak sempurna menjaga auratnya, beristeri 2 bergandalah risiko nak masuk neraka.

    Isteri.
    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.”
    Jadi, nak kejar apa lagi kat dunia yg sementara ni?
    Bagi isteri2 yg suami dah kawin dua senyap2. Redhakan je lah. Ingat apa kata Nabi kita, syurga matlamat kita.

    Masalah kita ni, kita sering melihat kesalahan yg orang lain lakukan tapi kita gagal menilai diri kita sendiri.
    – sempurnakah solatku?
    – aku solat untuk siapa? Perhatikan waktu kita solat Subuh pada hari kerja berbanding hari hujung minggu.
    – mulut aku ada mengumpat ttg org lain?
    – dlm seminggu, brp jam aku peruntukkan utk agama (solat berjamaah, kuliah di surau, bacaan ilmiah Islam, derma/zakat)? bandingkan peruntukkan utk hiburan dunia (tv, internet, radio/muzik).

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. gimau mude says:

    assalam..ikt comment2 korang ni..naik cuak plak aku..masing2 ade pendapat masing2..cth mcm aku ni..aku dah kawen..ank sorang..tp Allah pny kuasa..aku terjumpe blk ex aku time skolah dulu..kami kwn baik..ade la balik bibit percintaan tu kan..skang ni aku niat nk memperisterikan dia..tp pd mase yg same aku nk jaga hati isteri aku..sape x syg isteri kann..mcmne ye wahai sahabat2 sekalian?thank u

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @gimau mude,
    kalau ada kemampuan,
    dan dah berjaya bagi kebahagiaan pada isteri sekarang,
    saya rasa, boleh la proceed utk dapatkan yang ke-2 tu.

    Tapi kalau kemampuan pun kurang,
    dengan isteri sekarang pun masih tunggang langgang,
    adalah lebih baik untuk saudara fokuskan kepada yang ada sekarang ni.

    hargai lah isteri sekarang, bahagiakan dia dulu.
    insyaAllah kalau dia dah berasa bahagia dan puas hati dengan prestasi saudara,
    tak mustahil dia yang akan rekemen supaya saudara kahwin satu lagi….hehehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    azi Reply:

    @PakarHowTo, sgt2 setuju…..kalo lelaki pndai memainkan peranan dgn cara yg btl….maaf cakap,rasanya kaum wanita xkan mrh2 pd kamu semua…kerana apa?krn xde point pn nk mrh2…bkn perlu perfect sbb semua kita nie xsesempurna mane tp cubalah saling melengkapi mana2 yg ptt dn insyAllah segala nya akn jd mudah.amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    azi Reply:

    @gimau mude, perlu ke yg lama di teruskan?xbole kah belajar bersyukur dgn apa yg ada…mslh org zmn skrg..pantang terjmpa yg dulu2..mudah sgt timbul kembali bibit2 cinta…ingatlah..cinta tak bermakna harus memiliki tp cintai lah org yg sdh kita miliki dgn ksh syg yg jujur seikhlas hati…kdg2 kita suka membanding2 kan psgan kita dgn insan di luar sana…ingatlah…alam rumahtgga xsama dgn alam percintaan…kasihanilah isteri yg sudah boleh menerima setiap kekurangan kita dgn sabar….belum tentu manisnya cinta yg kita kecapi itu akn terus manis apabila menginjak alam perkahwinan…jika tidak ,masakan cinta kita pd psgan kita boleh kalah dgn cinta di luar sana…maaf yea…sekadar pendpt dr sy yg jahil…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    13
  14. syabas kpd asyh…. anda lah seorg lelaki yg dperlukan oleh islam… bersifat tegas n x tunduk pd wanita….trutama thdp perempuan2 melayu ni krn Dalam riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah akan rosaklah orang lelaki jika mentaati wanita.”… yg mungkin perempuan melayu ni hidup dlm dunia manja… cuba mrk ni duk dlm situasi d bosnia, chechen, palestin n afgan n d wilayah2 yg sedang berjihad skrg… ataupun brada dlm keadaan istri para anbiyak… lebih truk penderitaannya drpd isu poligami spt yg ddakwa mrk… dan mungkin mrk tak liaht lg keindahan syurga d depan mata mrk… dunia ini hanya sementara n tak lebih nilai nya dr sebelah sayap nyamuk…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @apitz,
    aduh…benar sekali kata2 anda.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. lelaki ni bab kawin konon ikut sunnah nabi..tapi bab tggugjawab dan amal ibadat dalam perkahwinan tu tak nak pulak ikut nabi. Mcm babi pula..Maaf kata la. Sebab byk sgt menipu bini. Lelaki cakap senang la..Bukan semua isteri sanggup bermadu. Makin byk masalah akan timbul. Ingat nak rebut payung emas di akhirat, silap2 haribulan neraka jahanam peginya. Jadi pendapat saya secara peribadi, kalau suami dah ada yang lain, biarlah saya beralah, ( berpisah) bayar segala harta sepencarian. Saya rasa tak guna teruskan hidup dgn lelaki yang tak tau hargai pengorbanan kita. Saya tak nak serabutkan fikiran dgn hidup bermadu. Biarlah tiada suami asal saya boleh jalani hidup dgn tenang. Beramal ibadat dgn aman tak perlu fikir pasal suami yang curang dan madu yang silap hari bulan ditubanya kita..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11