Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Aku terima berita mengejut dari adik bongsuku mengatakan Ustaz Asri Kumpulan Nasyid Rabbani telah kembali ke Rahmatullah.

Allahyarham Ustaz Asri

Jenazah Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim

Lantas aku terus membuka MalaysiaKini.Com untuk memastikan berita yang diterima tu. Tup2, memang sah la Ustaz Asri dah meninggal dunia. Aduh, terasa sebak juga dada ku.

Yer la mana tak sedih, aku ni adalah salah seorang peminat Ustaz Asri sejak dari zaman aku budak kecik lagi. Iaitu sejak Ustaz Asri dalam Jemaah Arqam lagi, memang aku dah dengar nasyid2 alunan beliau.

Kebetulan abang no 3 aku, iaitu Ustaz Ridhuan memang baik dengan Ustaz Asri ni. Malah mereka pernah naik satu pentas bernasyid di zaman Arqam mula-mula berkembang dulu.

Oleh kerana abang aku adalah orang Arqam, maka setiap kali Kumpulan Nadamurni keluar album, pasti abang aku akan beli dan bawa balik ke rumah kami. Dan kami adik-beradik pun memang dah dengar nasyid2 alunan Ustaz Asri (Nadamurni) ni sejak dari mula-mula kumpulan nasyid itu ditubuhkan.

Jadi, memang terlalu banyak kenangan dan nostalgia bila sebut nama Ustaz Asri ni.

Justeru, hari ini, apabila aku menerima SMS dari adik bongsuku mengatakan beliau telah meninggal dunia. Aku memang betul2 terkejut dan sedih.

Namun, itulah janji Allah. Setiap yang hidup, pasti akan merasai mati. Kini Ustaz Asri telah pergi menghadap yang Maha Esa.

Masih terngiang-ngiang lagi di halwa telingaku, nasyid dendangan Ustaz Asri iaitu “PERGI TAK KEMBALI”. Nasyid ini betul2 menyentuh perasaanku….

PERGI TAK KEMBALI – Ustaz Asri (Rabbani)
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Selamat jalan wahai Ustaz Asri. Semoga Allah redha denganmu dan semoga engkau berjaya di alam sana. Hari ini masa pergi mu telah tiba, aku pula entah bila-bila bakal dipanggil olehNya…

Al-fatihah…

Artikel lain yang best-best :