Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Ramadhan telah meninggalkan kita.
Syawal menjelang menandakan hari raya.
Kehidupan biasa bermula semula.
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa…

Di hari raya ini, mari kita koreksi diri sendiri
Layakkah hari ini kita berhari raya??

Ketahuilah hari raya hanya untuk orang-orang yang bertaqwa!!
Selain mereka, tidak layak untuk merayakan hari raya…

Mari kita renung kembali segala amalan kita di bulan Ramadhan.
Adakah meningkat dari sebelumnya??
Bertambah baik kah amalan kita dari masa ke semasa??
Sesuai dengan meningkatnya umur kita…

Mari renung pula bagaimana nasib kita.
Apakah kita akan mati dalam husnul khaatimah??
Kerana nafsu itu mendorong kejahatan.
Syaitan pula sentiasa melalaikan kita…

Ingatlah…
Hari raya bukan untuk kita bersuka ria.
Ia hari bersyukur untuk menggembirakan yang tak punya apa2.
Memberi bantuan kepada mereka yang tidak berada dan tidak berdaya.
Maaf bermaafanlah kita sesama kita.
Bertimbang rasa lah kita sesama manusia.
Bersimpatilah kita dengan mereka yang susah…

Berkasih sayang lah kita.
Kerana ia sangat diperintahkan.
bahkan ia sesuai dengan fitrah manusia.

Lirik Nasyid : Ramadhan Meninggalkan Kita (Mawaddah-Raya Hanya Di Sana)

——————

Mengambil kesempatan ini, kami krew PakarHowTo.Com

 

 

mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!

MAAF KALAU ADA SALAH DAN SILAP!

Didoakan semoga kita anda semua dapat bergembira disamping keluarga tercinta.

Artikel lain yang best :