Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Assalamualaikum.

Tinggal 2 hari saja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal pula menjelma.

Kami di PakarHowTo ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog ini.

Semoga dengan pemergian Ramadhan dan kedatangan Syawal kali ini, maka Allah memberikan keampunan, rahmat dan keredhoanNya kepada kita semua, insyaAllah.

Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua pembaca sekiranya terdapat mana-mana artikel dan tulisan kami di blog ini yang mengguriskan perasaan atau menyakiti anda semua.

Sesungguhnya segala keburukan adalah daripada kelemahan dan kesilapan kami belaka. Harap maaf.

Dan sekali lagi diucapkan ;

“SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN”

“Taqabbalallahu minna waminkum. Kullu ‘am wa antum bi khair. Minal a’ideen wal faaiziin.”

InsyaAllah malam ni PakarHowTo akan balik ke kampung di Jerantut dan kemudian raya kedua nanti akan bertolak pula ke Baling (kampung sebelah isteri). Kepada sesiapa yang nak datang beraya ke rumah saya di kampung (Jerantut/Baling), sila call saya di 012-3075803.

Kepada yang balik kampung tu, memandulah dengan berhati-hati. Jangan gopoh-gopoh. Ingat orang tersayang. Kami doakan semoga anda selamat pergi dan selamat balik insyaAllah.

Sekian. Salam mesra dan salam raya dari kami di PakarHowTo. Terima kasih.

:)

Artikel lain yang best-best :