Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Dengan ini dimaklumkan bahawa, saya akan menyertai Wang Cyber (WC) 1st Gathering 2008 yang akan diadakan pada 3 Ogos 2008 ini, bertempat di Bukit Jalil Golf & Country Resort.

Berikut ini adalah maklumat lanjut tentang program tersebut ;

WC 1st Gathering 2008
Tarikh : 3 Ogos 2008
Masa : 2 ptg – 6 petang
Tempat : Bukit Jalil Golf and Country Resort

Aturcara majlis:
2.00 – 2.45ptg – Registration & networking
2.45 – 3.00 ptg – Ucapan alu-aluan oleh founder WC
3.00 – 4.00 ptg – Mini forum (Perniagaan internet.. antara realiti & fantasi)
4.00 – 4.15 ptg – Ucapan oleh “Special Guest” , Dr. Irfan Khairi
4.15 – 5.30 ptg – HiTea & networking
5.30 – 6.00 ptg – Sesi gambar & bersurai.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini , sila klik di sini.

Ini adalah kali PERTAMA saya sertai program yang berkaitan dengan ‘internet business’ seperti ini. Kalau nak diceritakan perasaan…macam-macam perasaan ada…rasa tak sabar ada, rasa risau dan bimbang ada, rasa suspen ada…rasa teruja pun ada….maklumlah, kat sana nanti, ada ramai otai-otai yang akan datang. Bolehkah saya insan kerdil bercampur dan berbicara dengan mereka nanti??….aduh….suspen nye…huhu :)

Apapun…saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berjumpa dan berbicara dengan mereka. Moga-moga dengan ini ianya akan memberikan suntikan semangat baru dan inspirasi kepada saya untuk lebih bergiat cergas dalam dunia perniagaan internet ini.

InsyaAllah saya akan cuba buat catatan pengalaman dan laporan ringkas tentang majlis gathering itu nanti. Saya akan kongsi kan catatan pengalaman tersebut di blog ini dalam minggu depan. Nantikanlah yer…. :)

Artikel lain yang best :