Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBMajlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke-51 selama seminggu akan bermula Rabu ini, bersamaan 14 hingga 21 Syaaban di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Asiah Alkharib Shah memberitahu Bernama, setakat ini, 69 orang qari dan qariah dari 43 negara mengesahkan penyertaan yang di antaranya adalah dari Arab Saudi, Afghanistan, China, Croatia dan India.
Malaysia akan diwakili qari dari Sarawak, Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan dan qariah dari Perak, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman yang muncul johan qari dan qariah peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, Perak baru-baru ini.
Asiah berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual merasmikan tilawah sementara majlis penutup bakal dilakukan oleh Sultan Kedah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Alhaj.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dijangka turut hadir pada majlis perasmian dan penutup.
Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah diharapkan akan terus membudayakan minat membaca Al-Quran di kalangan Muslimin, di samping mempertingkatkan syiar Islam di dalam negara, kata Asiah.
Berita oleh : BERNAMA
**Berita Dari Pakar **
|



















salam.
saya mau pi sana tgok bersama org tua dari kampong
macamana mau masuk ya
org awam macam ana bolehkah masuk macam tu sahaja utk perasmian malam ini
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 5th, 2009 at 8:50 am
@orgkampung,
Salam.
Yaaa, sesiapa saja boleh masuk.
Masuk macam tu saja.
Tiada bayaran dikenakan.
Cuma kena datang awal sikit la kalau nak dapat tempat duduk best.
Kalau datang lambat, mungkin dapat tempat duduk kat belakang2.
Kalau nasib tak baik, dewan dah penuh, terpaksa la berdiri saja.
Saya sarankan awak datang sebelum maghrib.
Solat maghrib di PWTC. Pastu lepas solat, bolehla masuk dewan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bukan calang-calang jugak
abang sdara ye…..
malam nie kalau tengok
taula…siapa
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Terima kasih kerana mengingatkan saya majlis tilawah tersebut.InsyaAllah kami sekeluarga akan mengikuti majlis tersebut dan menyaksikan abang saudara sebagai qari jemputan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
mmm dapat juga saya mengenali abang sukri dari kaca tv. Thanks for reminder.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Bagus-bagus…
Mari ramai-ramai kita tengok tilawah alquran. daripada tengok drama-drama citer antu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tenang rasa dihati kala mendengarkan alaunan bacaan ayat suci Al-Quran..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]