Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBKalau anda selalu berkunjung ke blog ini, mungkin anda akan perasan bahawa blog ini seringkali tidak dapat di’access‘ (buka).
Masalah yang terjadi ialah ‘Bandwidth Limit Exceeded‘.
Ramai yang bertanya kepada saya, apa masalah ‘Bandwidth Limit Exceeded‘ tu sebenarnya??
Baiklah, kepada yang masih tidak berapa arif tentang perkara ini. Masalah ‘Bandwidth Limit Exceeded‘ ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antara yang paling utamanya ialah disebabkan terlalu ramai visitor (pelawat melebihi had) yang datang ke blog ini.
Macam ni lah. Untuk memudahkan anda semua faham, anda boleh anggap BANDWIDTH tu macam LALUAN atau JALAN nak menuju ke blog ni lah.
Kalau 10 orang melalui satu jalan tu, mungkin masih OK. Tapi kalau 1,000 orang melalui jalan yang sama macammana? Pastinya jalan akan jem kan?
So, begitulah yang berlaku pada blog ini. Bandwidth (jalan) blog ini agak kecil, tapi orang yang datang ramai sangat. Tu yang asyik jem dan tak boleh nak buka tu.
Ada orang cadangkan kepada saya, kenapa tidak diperbesarkan jalan (bandwidth) blog pakar?
Untuk pengetahuan semua, saya sebenarnya memang sentiasa cuba untuk perbesarkan ‘jalan’(bandwidth) tu. Tapi masalahnya ia memerlukan kos yang agak besar. Sekarang ni, setiap bulan saya terpaksa menanggung kos tambahan untuk perbesarkan bandwidth (jalan) ke blog ini lebih kurang RM100~200 sebulan.
Selagi saya mampu, insyaAllah memang saya akan bayar dan pastikan blog ini tidak terganggu dengan masalah bandwidth ni. Tapi nampaknya kos tersebut semakin meningkat (mungkin disebabkan meningkatnya jumlah pelawat setiap hari).
Ada orang berkata kepada saya ; “Kan ker blog ni ada income dan masyukkk? Guna lah duit income tu untuk cover bayar bandwidth bulan-bulan.”
Yaaa, sememangnya saya pusing duit tu lah untuk tampung kos bandwidth blog ini. Tapi, kadang-kadang income pun ciput jer yang masuk. Haaa masa tu, memang saya tak dapat nak buat apa lah. Biar jer lah blog ini tidak dapat di access (buka).
Beberapa hari lepas, ada seorang pembaca yang menghantar email kepada saya mencadangkan untuk collect derma atau sumbangan dari para pembaca blog ini.
Ini adalah email yang saya terima dari beliau.
Sebetulnya, kalau boleh saya tak mahu nak minta-minta dari orang lain. Biarlah saya yang tanggung selagi mampu.
Tapi bila difikirkan balik, tak salah juga kalau saya nak minta pun sebab ini adalah untuk kebaikan anda semua juga. Anda boleh anggap blog ini adalah milik anda dan saya hanya mengendalikannya (update) saja.
Kalau blog ni tak ada masalah bandwidth ni, maka semua orang dapat manfaatnya. Saya boleh update dan kongsi pelbagai artikel menarik yang saya ada pada setiap hari. Betul tak?
Cuma tu lah, malu hati juga nak minta ‘derma’ atau sumbangan ni sebenarnya. huhuhu
Ahhh, ketepikan soal malu tu. Saya buat ini adalah untuk kebaikan dan manfaat semua kan?.
Jadi, tanpa segan dan silu nya lagi, saya dengan ini ingin menyeru kepada pada para pembaca semua, sekiranya anda ada duit lebih tu, tolong-tolonglah hulurkan sumbangan anda kepada blog ini yer.
InsyaAllah segala sumbangan akan saya gunakan untuk menampung kos yang diperlukan untuk ‘maintain‘ blog ini agar sentiasa OK dan MANTOP gitu.
Kalau ada yang sudi nak beri sumbangan atau derma anda, sila masukkan sumbangan anda tu ke salah satu daripada akaun di bawah ini ;
MAYBANK : 164306316972
CIMB : 12480082588522
Akaun tu adalah di bawah nama ; MUHAMAD SYUKRI BIN GHAZALI
Saya ucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan anda semua. Hanya Allah yang berhak membalas kebaikan anda semua.
P/s- Tidak ada sebarang paksaan atau desakan dalam membuat sumbangan/derma ini. Kalau ada saya terima, kalau tak ada pun, saya boleh tanggung setakat yang saya mampu.
.






















salam
mak aih..betul2 ltak kat blog….sy ngat nak jadi person behind d scene je…awat tak habaq…hehe..sy baru terima email respon dr admin pakarhowto..so i think i kene respon la sbb cadangan sy kan
tp anyway…utk semua yg sentiasa mengunjungi blog ni huluq2 le derma ikhlas anda. 1 hengget sorang cukup la…ala korang ape sgt 1 hengget tu…paparan artikel dlm ni pada sy lebih bernilai dr 1 hengget tu…
kalo 100 org derma 1 hengget jadinye 100. kalo 1000 jadinye RM1000. bukan utk buat duit tapi ape salahnye..so dgn RM1000 tu mungkin owner blog bleh lebarkan lagi bandwith so takde masalah kite nak access…
tp untuk admin bila dah dpt berkepuk nanti jgn buat utk bende lain plak. kene jage amanah penderma yea….
sy akan mulakan derma 1 hengget sy besok (19.08.2010)…sape nak jadi no. 2?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 19th, 2010 at 3:42 pm
@zara zain,
Alhamdulillah, hari ni saya dah dapat RM11.
Terima kasih kepada yang sudi menyumbang.
InsyaAllah pastinya saya akan pegang amanah
pemberian derma anda tersebut semua sebaik mungkin.
Saya akan umumkan jumlah wang terkumpul
dari masa ke semasa.
Terima kasih banyak.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 20th, 2010 at 4:20 pm
@PakarHowTo,
Pagi tadi 20/Ogos/2010,
sekagi lagi blog ini ada masalah bandwidth.
Saya telah gunakan duit RM11
untuk tambah bandwidth
dan hidupkan kembali blog ni, alhamdulillah.
Jumlah bayaran untuk itu ialah RM20 (sy tambah duit saya RM9).
Terima kasih kepada yang telah menyumbang…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Kepada admin yg menghadapi masalah bandwith, kadang2 ianya bukan disebabkan oleh visitor semata-mata, tetapi cara kita menguruskan website itu sendiri.
Antara sebab2nya ialah:
menggunakan template yang agak heavy,
image atau banner yg besar atau banyak,
streaming audio dan video,
download items seperti ebook PDF, Powerpoint slide, mp3, video, games yg disimpan dalam hosting server.
Penyelesaiannya cuba gunakan 3rd party hosting. Contohnya utk image gunakan picasa, imageshack dan lain2.
Untuk download item gunakan Dropbox, 4shared dan banyak lagi.
Jangan lupa sentiasa pantau page yg heavy dgn menggunakan google analytic, web analyzer dan lain2 lagi.
Diharap panduan ini berguna utk admin dan utk kebaikan semua
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 19th, 2010 at 3:41 pm
@rizal,
Terima kasih atas penerangan tuan.
Ooo begitu rupanya.
Baru saya tahu.
InsyaAllah nanti saya cuba kemaskini blog
dan cuba uruskan seperti yang dicadangkan.
tq atas ilmu yang dikongsikan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
alah susah la mcm ni………..macmmane kalau nak keluar dripada bandwith limit ni semula…..payah la……mybe i xnk join….tolong bgtau,sbab ada banyk tugsn lain yang perlu guna intrnt….tup2 no access
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
As Salam
Satu cadangan yg baik…sama2 berderma kerana byk manafaat yg diperolehi melalui blog ini…tkasih atas usaha Pakar dlm memastikan blog ini terus dinikmati oleh pengunjung PakarHowTo
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
lawat lah bukan waktu puncak.. seperti waktu rehat tengahari atau hari2 bekerja.. mesti dapat akses punya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kalau tukar ke hosting yang sediakan unlimited bandwith ade jugakkan?…selesai masalah
.-= MokhZam´s last blog ..Sungguh Kurang Ajar!!! =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 24th, 2010 at 3:55 pm
@MokhZam,
nak tukar hosting tu yang saya tak reti…
senang ker nak buat?
tuan reti? boleh tolong?
kalau boleh, saya memang dah ada hosting lain ni…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Alhamdulillah,
semalam ada orang masukkan RM10 dalam akaun saya.
Hari ini, ada masuk lagi RM10.
Terima kasih yang sudi menghulurkan bantuan.
Pagi tadi, ada masalah bandwidth lagi.
So, saya gunakan duit tu utk top-up bandwidth pagi.
Resit saya ada simpan.
Kalau nak bukti saya boleh tunjukkan.
Terima kasih…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ooo..bru thu..^^ hehee..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]