Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBPertamanya ingin saya katakan bahawa saya sangat gembira dan terharu atas sambutan dan sokongan yang anda semua berikan kepada blog pakarhowto.com ini.
Sejak saya tubuhkan blog ini kira-kira 2 tahun lepas, jumlah pengunjung yang datang ke sini hanyalah beberapa orang saja. Itu pun hanya kawan-kawan rapat saya saja. Tapi kini jumlah pengunjung semakin bertambah setiap hari. Dan Alhamdulillah, jumlah pengunjung ke blog pakarhowto kini mencecah 1200 orang pada setiap hari. Bermakna, tidak kurang 30,000 pengunjung datang ke blog ini pada setiap bulan.
Kalau nak dibandingkan dengan masa mula-mula blog ini ditubuhkan memang sangat jauh berbeza. Samaada dari segi design blog, isi kandungan mahupun gaya tulisan, saya telah cuba untuk perbaikinya dari masa ke semasa. Kalau dulu, blog ini hanya menerima 1 atau 2 saja komen dari pembacanya, tapi kini alhamdulillah sudah ramai pembaca di luar sana yang sudi berkongsi idea, pendapat dan pengalaman mereka. Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas semua komen-komen, pandangan dan idea-idea anda semua. Wa caya lu lah beb! hehe
Sesungguhnya sokongan dan kerjasama anda semua lah yang membuatkan saya menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan blog ini.
Makacih makacih hehehe
Melihat kepada sambutan dan sokongan daripada anda semua, saya telah menjadi lebih bersemangat. Saya jadi ‘ketagih’ dengan blog. Satu hari tak tengok blog, umpama sebulan rasanya…huhu.
Disebabkan oleh semangat dan ‘cinta’ nya saya pada blog, baru-baru ini saya telah melancarkan 2 lagi blog baru.
Dan mengambil berkat penghulu segala hari, Hari Jumaat ini, maka dengan ini ingin saya perkenalkan kepada anda 2 blog baru tersebut. Saya cipta 2 blog ini dengan tujuan yang berbeza-beza.
- 1. Blog belajar Bahasa Jepun (BahasaJepun.Info)
Blog ini saya buat untuk mereka yang mahu belajar Bahasa Jepun secara online. InsyaAllah, dalam blog ini, saya akan cuba untuk mengajar Bahasa Jepun dengan cara yang paling mudah dan ringkas.
Mereka yang ingin menjadi pelajar saya, WAJIB mendaftarkan NAMA & alamat EMAIL anda supaya saya dapat memberikan nota-nota dan bahan-bahan pengajaran melalui email dari masa ke semasa. Sila klik gambar di bawah untuk pergi ke blog BahasaJepun.Info
Cuba lihat pada sebelah kanan blog, untuk mendaftar menjadi pelajar. Daftar sekarang sebelum saya mengenakan sebarang bayaran.
- 2. Blog senyuman penenang jiwa (SmileMakeSmile.Com)
Blog ini saya buat khusus bagi mereka yang agak tertekan, tidak tenang, kecewa, sedih, murung, tidak bersemangat dan tidak ceria. Konsep blog ini adalah blog bergambar, yang memaparkan senyuman-senyuman manis yang bisa membuatkan anda tersenyum kembali.
Saya percaya, setiap senyuman pasti akan membuahkan senyuman (SmileMakeSmile).
Kepada anda yang agak tertekan dan ingin menjadi ceria kembali, bolehlah singgah sebentar ke blog senyuman saya ni. Klik gambar di bawah untuk pergi ke blog SmileMakeSmile.Com

Senyuman penenang jiwa
Sekian, selamat berblogging.





















Saya memang nak belajar amat Bahasa jepun.. akan join
zool’s last blog post..Zool si kaki auta
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
watashi wa nihon go ga dekimasu ! hehe..Syukri san wa nihon go ga jozu desu..(entah btul ke tidak ayt sy ni sensei?) Leh la sy truskan bljr bhsa jepun lg..sy bljr 4 thn msa 2ndry school then smbung lg setahun setengah kt uitm xexpert2 lg..hehehe..cmne nk expert sbb xde partner nk speaking to…
fazreen’s last blog post..Things That You Should Do to Become A Problogger
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Watashi wa nihon go ga dekimasu..Syukri-san wa nihon go ga joozu desu. (entah btul ke tidak ayt sy tu sensei? hehehe..)
fazreen’s last blog post..Things That You Should Do to Become A Problogger
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
akhirnya wujud jugak servis bahasa jepun…
Wizurai’s last blog post..Gerakan memurtadkan mahasiswa
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
nape saye try nak daftar x dapat link confirmation?
dah 3 kali try ni…
huhu….
ct-k’s last blog post..bio + fizik = biofizik
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
nape saye x dapat confirmation link lepas submit?
dah 3 kali try ni….
huhu
ct-k’s last blog post..bio + fizik = biofizik
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
waaa….aku nk join gak la….
man’s last blog post..Usia 40 – Wanita Makin Matang, Lelaki Mula Nakal
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
nak join….nak join…..
man’s last blog post..Usia 40 – Wanita Makin Matang, Lelaki Mula Nakal
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
okey…
saya dah daftar dah….
lepas nie saya akan update post untuk promote blog bahasa jepun tu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
jom ramai2 blajar bahasa jepun….
pastu ramai2 jd kamen rider….hahaha..
Torisugari no Kamen Raida da, oboeteoke!! HENSHIN!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]