Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Assalamualaikum dan salam hormat saya ucapkan buat semua pembaca blog PakarHowTo. Saya doakan semoga anda semua sihat dan ceria bahagia sentiasa.

Dikesempatan ini juga, walaupun agak terlewat, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua. Semoga kita semua dapat beribadah sebanyak mungkin dan mendapat maghfirah (keampunan) dan rahmat daripada Allah Ta’ala.

Sebelum saya memanjang tulisan saya ini, terlebih dahulu, saya nak minta ampun maaf lah kepada anda semua kerana telah hampir 2 bulan saya menyepikan diri dari dunia internet/blogging ni.

Kepada yang menelefon, menghantar SMS, menulis komen di blog dan menghantar email bertanyakan macam-macam pada saya, saya ucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan anda. Dan saya minta maaf awal-awal sebab membiarkan email/sms anda tidak berjawab sejak sekian lamanya.

“Ke mana PakarHowTo menghilang?” , “Apa dah jadi dengan PakarHowTo?”, “Kenapa blog PakarHowTo asyik tak boleh acces jer?”, “Masalah Bandwith Exceeded tu apa yer?”, “PakarHowTo dah tak minat berblogging lagi ker?”, “PakarHowTo ada masalah ker?”

Bermacam-macam persoalan yang ditanyakan kepada saya, samaada menerusi telefon, SMS atau email.

Sahabat-sahabat semua, saya cukup terharu atas keprihatinan dan mengambil berat tentang saya dan blog ini.

Ingin saya nyatakan bahawa, memang saya sedang menghadapi masalah yang sangat besar dan ujian yang sangat berat sekarang. Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu betapa perit diri ini menghadapi semua ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan nak tahu, apakah ujian ataupun dugaan yang saya hadapi itu?

Tapi, maaf saya katakan, disebabkan beberapa perkara, buat masa ini, saya belum bersedia untuk mendedahkan ‘kisah benar‘ saya itu.

Namun insyaAllah, jika diizinkan Tuhan, saya akan ceritakan dan dedahkan segala-segalanya bila tiba masanya nanti.

Ini bukan cerita suspen ya. Ini adalah kisah benar apa yang berlaku kepada saya selama 2 bulan ini sehingga menyebabkan berat badan saya hilang hampir 6 kilogram.

Sahabat-sahabat yang dihormati. Saya rasa cukuplah dulu tulisan saya untuk kali ini.

Saya berharap agar anda semua akan terus menyokong blog PakarHowTo ini.

Saya sangat hargai kedatangan anda ke sini. Saya sangat2 hargai segala pandangan dan komen anda di blog ini.

I luv you all :)

Ni PakarHowTo junior, comey tak? :)

Ni PakarHowTo junior, comey tak? :)

p/s- Kepada yang ada facebook tu, sudi-sudi kan lah add saya menjadi friend anda yer. Boleh lah kita berkomunikasi dan bertukar-tukar pandangan di facebook pulak. Ni facebook saya http://www.facebook.com/gh.syukri

Artikel lain yang best-best :