Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Panduan Pakaian Muslimah Mengikut Sunnah

October 21, 2008 By: PakarHowTo Category: Panduan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap
Seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Tidak memakai bau-bauan
Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian wanita kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Kepada akak-akak, makcik-makcik dan para nenek yang selalu bertudung dan berbaju kurung; sekali lag pesan aku – “JANGAN LUPA PAKAI STOKIN!!!” SEBAB KAKI TU PUN AURAT JUGAK. Kalau orang pakai purdah (yang nampak mata aje tu), orang jahil selalu persoalkan kenapa kena tutup semua sedangkan Nabi benarkan buka muka dan tapak tangan? Padahal kamu dan isteri-isteri kamu yang bertudung dan kategori tutup aurat tapi ternganga kakinya, macam mana?

Lebih-lebih lagi kalau datang masjid. Apa perasaan kita kalau ada lelaki datang masjid tapi seluarnya pendek hingga ternampak lutut? Orang beriman mesti rasa marah. Tapi kalau orang perempuan masuk masjid tak pakai stokin rasa biasa aje…

Lagi satu yang ikut suami pergi kerja naik motor. Tudung ok, baju ok… Tapi tu dia, betis terjulur!

Masa untuk berubah. Sampai-sampaikan.

* Artikel ini di copy&paste dari Blog Saudara AzharJaafar di http://azharjaafar313.blogspot.com/

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

7 Comments to “Panduan Pakaian Muslimah Mengikut Sunnah”


  1. Rata2 org perempuan zaman sekarang tdk lg menutup aurat dgn sempurna juga tidak menepati ciri2 menutup aurat mengikut syariat sedangkan ilmu berkaitan menutup aurat telah diterapkan semenjak di sekolah rendah lagi. Masyarakat kita hari ini lebih mengagungkan fesyen. Fesyen tudung, fesyen pakaian dan bermacam2 fesyen lagi. Demi melunas kehendak nafsu mengikut fesyen semasa, soal aurat di tolak ketepi.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    1
  2. betul..betul..betul..

    ikut fesyen ikut trend..

    sume pon mahu menawan..

    tak da rasa malu..bila aurat didedahkan..

    p/s:suara pompuan pon aurat jugak tau..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. yup…..that y org melayu hmpir pupus…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Pernahkah Anda melihat pakaian Michael Jackson? Humm, dia bukan King Of Pop, tapi Raja fashion! Aku cinta cantik things.The ini hal yang paling gila adalah aku telah memerintahkan satu di toko online grosir. Oh Tuhan, tampaknya beautiful.I berharap pakaian ini juga akan memiliki quality.It tinggi 's benar-benar murah untuk hal-hal membeli dari shop.Anyway online jika tidak OK, saya bisa membeli lagi.
    .-= wholesale apparel´s last 123 ..123 =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. pendapat busana muslimah sekarang hanya mengikut fesyen atau memunuhi tuntutan agama

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. nak salah kn siapa ye?? zaman skrg ni,lebih byk pakaian2 yg x menepati syarak drpd pakaian2 yg btul2 menepati syarak..jadi buat wanita2 yg btul2 nk menjaga aurat ni payah nk membuat pilihan. klu pn ada tgk lh pula harganya..abaya atau jubah harganya lebih mahal dr bju2 lain. bg yg x berkemanpuan tu macammana?? sepatutnya negara islam memperbanyak kn nilai2 islam dalam negara..ni sebaliknya..tgk lh pakaian2 yg pendek2.. ketat2..bape ringgit jer..banding dgn sepasang baju kurung..?? salah sape tu?? jadi apa yg belaku zaman skrg ni semua kena tanggung..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. terima kasih ye…. bahan-bahan dalam blog ni banyak membantu sya dalam menyiapkan asemen…. teruskan usaha anda dalam memberikan bahan dan informasi…..terima kasih

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11