Panduan Menangani Karenah Isteri Merajuk

Share

Assalamualaikum semua. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog PakarHowTo. Didoakan semoga hari raya kali ini memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini memohon kemaafan daripada anda semua sekiranya ada salah silap sepanjang saya dalam mengendalikan blog PakarHowTo ini.

Kepada mereka yang sudi menghantar email ucapan Selamat Hari Raya kepada saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. InsyaAllah saya akan cuba balas kesemua email yang dihantar dalam minggu ini. Harap bersabar. :)

Baiklah, bagi memulakan entri blog pakar di bulan raya ini, marilah kita sama-sama membaca dan mengambil pengajaran daripada artikel terbaru yang saya paparkan ini. Artikel kali ini adalah mengenai ‘Panduan Menangani Karenah Isteri Merajuk’. Semoga ada manfaat.

Assalamulaikum Ustaz,

Maaf kerana menganggu, saya sebenarya memepunyai masalah dengan isteri saya. Saya tak tahu apa punca nya yang membuatkan beliau enggan bercakap dengan saya (merajuk). Saya dah banyak kali mintak maaf tapi dia tidak hirau kan malah makin teruk jadi nya.

Keadaan ini dah berlanjutan selama satu bulan lebih, dan saya cukup tertekan dengan tingkah laku beliau. Apa yang membimbangkan saya ialah kadang2 beliau melepaskan kemarahannya pada anak sulung saya (anak kedua on d’ way).

Oleh sebab tak tahan dengan tekanan ini saya telah menceritakan hal ini kepada ibu nya dan beliau menyuruh saya banyak bersabar, tapi sebagai insan biasa kesabaran saya pun ada batasnya. Buat pengetahuan ustaz, ini bukanlah kali pertama isteri saya bersikap begini, tahun ini saja sudah 2, 3 kali tapi beliau akan kembali normal selepas seminggu.

Saya sudah cuba banyak kali untuk bertanya padanya apakah dosa saya pada dia sehingga saya diperlakukan sebegini rupa namun beliau hanya diam dan masam tanda marah. Saya hanya bersabar demi anak saya yang bakal lahir tak lama lagi.

Tolong lah Ustaz, apakah yang harus saya lakukan dalam situasi yang saya tak tahu salah saya dimana demi mengembalikan sinar ceria dlm rumah tangga kami.

menangani karenah isteri merajuk

menangani karenah isteri merajuk

Jawapan

Waalaikumusalam.

Saudara,

Saya dapat simpulkan kes yang sedang saudara hadapi ini kembali kepada isu komunikasi antara saudara dengan isteri. Antara sebab-sebab yang boleh saya rumuskan daripada kes saudara ini:

1. Kurang Memahami Sifat Antara Satu Sama Lain.

Antara personaliti wanita, kaum hawa atau isteri kadangkala tidak suka menyuarakan ketidak puasan hati mereka, tetapi pada masa yang sama mereka mengharapkan si suami memahami ketidakpuasan hati mereka.

Isteri akan merasa kecewa jika suami tidak faham apa yang mereka inginkan, sedangkan suami atau kaum lelaki perlukan penjelasan atau mengharapkan sifat terus terang dari isteri bagi mereka perbaiki kesilapan atau kekurangan mereka.

2. Keadaan pre natal depression

Sikap isteri diburukkan daripada kesan tekanan akibat kehamilan. Ini membuatkan emosi isteri terganggu dan merasa cepat marah.

Apa yang boleh saudara lakukan ialah:

1. Empati

Saudara cuba letakkan diri saudara dalam keadaan isteri yang mungkin sekarang ini dalam keadaan tertekan emosinya disebabkan kehamilan dan pada masa yang sama memendam perasaan akan kesilapan yang mungkin saudara ada lakukan sehingga membuatkan beliau benar-benar tersinggung.

Dengan ini, kemarahan saudara akan menjadi reda dan timbul rasa kasihan dan prihatin pada isteri.

2. Muhasabah

Cuba saudara lakukan muhasabah atau refleksi diri. Apakah kesilapan yang mungkin saudara lakukan jika ada. Contohnya, kurang masa bersama isteri, banyak masa dihabiskan di tempat kerja atau keluarga sebelah saudara. Atau mungkin juga terlupa hari-hari istimewa seperti Hari Lahir atau ulang tahun perkahwinan.

3. Berterus Terang

Anda terpaksa mengalah dan minta beliau berterus terang dan tanyakan apakah isu yang menjadi keprihatinan isteri. Jelaskan kepada beliau, jika beliau tidak berterus terang tiada apa yang boleh saudara lakukan untuk memperbaiki segala kesilapan yang mungkin ada.

Jelaskan juga kesilapan beliau dalam menghalakan kemarahan kepada anak yang tidak bersalahjuga tidak dapat menghuraikan isu yang dihadapi.

4. Bermusyawarah

Anda dan isteri perlu duduk berbincang dan bermusyawarat. Perkara ini perlu ditekankan pada isteri. Elakkan daripada mencari kesalahan masing-masing kerana ia tidak dapat menyelesaikan hubungan dingin saudara seuami isteri.

Dapatkan persetujuan bersama dalam perkara-perkara berikut sebelum bincangkan langkah-langkah yang boleh perbaiki hubungan anda suami isteri. Antara perkara yang perlu dipersetujui bersama seperti :

  • Komunikasi penting dalam rumahtangga.
  • Perselisihan boleh merosakkan hubungan dan anak yang menjadi mangsa keadaan.
  • Pendam perasaan tidak dapat huraikan kekeruhan.
  • Perlu duduk berbincang untuk jernihkan keadaan.

Saya rasa itu sahaja buat masa ini yang boleh saudara lakukan. Cuba dan maklumkan pada saya jika terdapat sebarang perkembangan.

Oleh : Al Faqeh (tokfakeh@gmail.com)
(726)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

13 thoughts on “Panduan Menangani Karenah Isteri Merajuk

  1. Selain tip2 diatas, lepas sembahyang banyak2 kan le berdoa. Kita kan ada doa2 untuk bagi orang sayang kat kita ke, doa untuk melembutkan hati ke…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. tanya la dengan cara lembut, pada masa yang sesuai.. seperti waktu dia tengah santai tengok tv ke, dok sorang2 ke.. kalau tanya waktu memang nampak dia tengah bad mood, memang le dia tak kan jawab malah bertambah masam lagi ada le.. hati perempuan ni memang cepat lembut, tapi kalau datang time dia tak puas hati.. boleh tension suami dia! tak semua perempuan boleh luahkan secara terus terang apa yang dia tak puas hati, so suami kena pandai le untuk cungkil rahsia hati isteri.. semoga berjaya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. sy yakin memg ada perkara yg sgt mengguris atau membuatnya marah smp tak terberitahu…saudara mst prihatin perkara bgini trjd dalam situasi bila.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Salammm, ingin dibicarakan sedikit pengalaman….. ketika sedang marah sememangnya setiap perkara yang dipandang silap akan menyemarakkan api kemarahan tersebut… dan manusia akan mudah hilang kewarasan dalam keadaan marah. Walaupun hati seorang ibu dianugerahkan perasaan sayang yang tidak terhingga, namun api kemarahan adalah lebih hebat. Cadangan saya sebaiknya hilangkanlah segala cacat cela yang mungkin timbul di mata isteri. Bantu setiap tugas yang menjadi bebanannya… termasuklah melayan kerenah anak. Jangan hanya diam membatu dan mengharapkan masa yang akan menyejukkan hatinya… Sedangkan dari semasa ke semasa beliau masih tertekan untuk melangsaikan semua tugas yang ada. Berikan ruang dan peluang beliau untuk bebas daripada bebanan seharian. Ini sekurang-kurangnya akan membantu beliau berfikiran rasional…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    suhendra Reply:

    @Leezsaya sangat kesal dengan istri sy dan harus gimana ??yaaa seperti sekrang in da ya diem -diem aja ngk usah banyak cakap ???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????ya kan

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. salam…baguslah kalau ada suami yang ada usaha untuk memujuk isteri yang merajuk…kadang2 isteri yang merajuk selalu boleh buat suami menyampah…tapi akan menjadi masalah jugak kalu suami tidak memujuk. Macam saya yang dah berumahtangga hampir 8 tahun dengan 5 anak. Suami saya tidak pernah memujuk walaupun sekali. Walaupun memang kesalahan itu berpunca dari suami. Saya bukan jenis yang sensitif sangat untuk merajuk. Saya terima segala kelemahan suami seadanya. Tapi yang paling saya kecik ati, bila saya hadapi masalah atau sakit, dia langsung tak kisah. Sedikit pun tak tanya walaupun dia nampak saya merengkok kesakitan atau menangis teresak2. .nak kata sibuk dengan anak adalah mustahil sebab sebelum anak tiada pun, suami begitu…saya terpaksa motivasi diri sendiri. Kdg2 saya menangis sendirian untuk legakan perasaan saya. Saya tiada tempat untuk mengadu…saya berharap sgt suami tahu ambik ati & pujuk…tapi hampa…kdg2 rumahtangga saya hambar sebab banyak yang terpendam dalam hati saya. Suami pulak jenis tak kisah sgt2…kalu seminggu saya tak cakap, dia langsung tak tegur. Apatah lagi nak mintak maaf…kdg2 2 minggu tak bercakap…dalam keadaan gini hanya ALLAH tempat saya kembalikan segalanya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mama Reply:

    hi feeza,sy paham…sb suami sy pun mcm tu…dia mcm xde perasaan..bila sy luahkan..dikata nyer sy nih membebel..mulut lancang..bg lelaki pujuk memujuk nih tak penting..tp bagi kita wanita..sgt penting..kita byk2 kan lah berdoa yer..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    neeza Reply:

    @feeza, salam feeza; telah 13 tahun saya berkahwin, x pernah bergaduh, 5 kali merajuk dan tak pernah dipujuk…memang itulah lelaki..tinggi egonya….2 hari lepas sy merajuk lagi dgn suami krn kata2nya… sy tahu suami menyedari sy kecil hati dan menangis tapi buat2 tak tahu dan bersahaja…setiap hari dia melayan saya seperti biasa..bercakap seperti biasa biar pun dia lihat saya membisu dan bersedih… dengan harapan masa yang akan menyejukkan kan saya… 2 hari berlalu dia tetap begitu ..berbual seperti biasa ..seperti tiada apa yang berlaku…… hari ini saya luahkan perasaan saya melalui sms padanya dgn nada yg baik…menyangjung kebaikkan dia sebelum menyuarakan kelemahan memujuk nya…. selepas 15 sms panjang lebar saya beri…sy mendapat balasan yg +tive… dia memohon maaf pd saya atas perbuatannya… tgh tadi dia datang kepejabat saya untuk menjemput makan tengahari dan memeluk dan mencium sy memohon maaf. Saya melepaskan tangisan yang terpendam pada bahunya…. kami duduk berbicara hati ke hati seperti yg saya nanti-nanti kan…. sy memberitahunya bukan masalah kecil hati dr katanya menjadi perkara utama, tapi sikap nya yang x mengendahkan perasaan isteri ketika bersedih yang utamanya. suami sy mengatakan dia bukan jenis lelaki yg pandai memujuk seperti org lain, jd sy mesti terima seadanya. sy menangis. sy berkata, klu sy bersedih krn kawan, kwn lain yg akan memujuk saya, klu sy bersedih kerana abang, kakak yang akan memujuk saya… tp kalau saya bersedih kerana suami…kepada siapa tempat sy mengadu…jd terpaksalah saya pendamkan sahaja dihati… terpaksalah saya membawa diri meredakan hati yg sedih…. suami sy tersentuh dgn kata2 saya… dia memeluk saya dan berjanji akan berubah dan mengambil berat tentang perasaan saya… melupakan semuanya dan memulakan yang baru….baru beberapa jam berlalu..sy mula menerima sms romantik drnyer…hhahaha mcm baru bercinta pula….mesti suami saya tahan geli menaipnya….hahah biarkan… Alhamdulillah..segalanya berlalu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. LOOO… ORG NGANDUG MMG MCM TU LE…. BIASE LE.. BINI AKU PON MCM TU GAK,, HEHEHE… KADANG2 AKU TAK TAHAN GAK.. TAPI SABOR JE LA…. HEHEHHEHE… :-)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. setuju neeza,
    SMS ni sgt penting juga, mengimbau kembali zaman saya bercinta era sebelum internet, xmcm sekarang, FB, twit, insta and mcm2… tak dinafikan kerenah merajuk hak mutlak org pompuan, ini lumrah.. benda yg kecil pun nak dirajuk jgk.. cumanya skill memujuk, itu memerlukan modal fikiran yg tinggi.. saya sgt rindukan SMS, isteri dah beralih menggunakan facebook dari SMS, ada masalah xpuashati facebook lah sasaran, saya memang kecil hati walaupun saya akui kesalahan saya buatkan beliau merajuk..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam