Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Panduan Agar Hidup Lebih Tenang Dan Bahagia

April 10, 2009 By: PakarHowTo Category: Panduan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Baca kisah dibawah ini sebagai panduan agar hidup anda menjadi lebih aman, tenang dan bahagia.

Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Luarannya berbeza, tapi isi dalamnya tetap sama

"Luarannya berbeza, tapi isi dalamnya tetap sama"

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

  • Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
  • Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
  • Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
  • Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: “Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?” Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

dihantar oleh: delirium

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

24 Comments to “Panduan Agar Hidup Lebih Tenang Dan Bahagia”


  1. Salam untuk semua,
    Didalam kehidupan dunia sekarang, kita hanya dan sering didedahkan dengan mengejar kemewahan, dari kecil lagi kita diajar untuk mengejar masa depan yang gemilang untuk lahiriah sahaja ,tetapi kurang diajar dengan dengan unsur-unsur kerohanian serta bersyukur. Sekiranya tidak dibendung dari sekarang ianya akan menjadi kemusnahan akhlak bagi anak cucu kita. Allahualam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Salam Bahagia.

    Alhamdulillaah. Thread bermanfaat.

    Engkau bagai air yang jernih,
    Di dalam bekas yang berdebu,
    Zahirnya kotoran itu terlihat,
    Kesucian terlindung jua.
    (Lirik Lagu Saleem Iklim)

    Pesan hamba kpd diri hamba sendri kpd Kalian semua yg Budiman-Budiwati. Kalau nak pandang, nak perati, nak kaji, maka lakukanlah demikian itu untuk selidik/mengetahui yang belah/bahagian ‘dalam’ terlebih dahulu. Jernih di ‘dalam’, maka berserilah di ‘luarnya’. Keruh di ‘dalam’, maka keruh jugalah di ‘luarnya’.

    Abu Hurairah RA berkata; Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada rupa paras mu, dan tidak melihat pada harta mu, dan tidak melihat pada keadaan mu, tetapi ALLAH melihat pada AMAL dan NIAT HATI mu.”

    Salam Harmoni.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Semakin kita diberi nikmat, kadang-kala semakin kufurlah kita. Beruntunglah bagi mereka yang memiliki jiwa yang sentiasa reda dan bersyukur atas apa jua yang Allah beri.

    Ingatlah pesan Nabi junjungan kita, “Barangsiapa yang mengejar dunia, maka dunia akan berlari laju. Dan barangsiapa yang mengejar akhirat, sesungguhnya dunia akan berlari kepadanya.”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. oh.

    tersedar dari mimpi bila membaca kisah ini.

    benar, apa yang kita perlukan adalah isinya. cuma kulitnya kadang2 kita berlebih2 lebihan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Info yang menarik

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    tiqah Reply:

    apa info yg menarik tue?,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Salam

    Thanks for the info….Moga ianya memberi manafaat kpd semua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. thanks bagi info yg sgt berguna..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    tiqah Reply:

    apa info yg menarik tue? share2 lh ckit

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Ya… info yg sgt berguna. Mengajak kita menilai erti hidup dan bahagia yg sebenarnya …

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. terima kasih di atas sumbangan dan info info yang sangat berguna bagi orang macam saya ini yang masih mencari cari

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. Salam…..info yang begitu bermanfaat. Disedari begitulah sifat manusia yang sememangnya mengejar dunia……moga-moga insaflah apabila kita tersedar dari lamunan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. tanpa nama says:

    Info ini mengingatkan kita semua insan biasa yang sering lalai dalam kehidupan ini. Terima kasih kepada penyumbang kerana sudi berkongsi dan bahan yang anda sumbangkan menyebabkan kita merenung dalam diri sendiri dan menjadi satu ingatan kepada kita semua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. Salam…..

    Kebahagian dan kegembiraan hidup didunia boleh dicari dengan wang ringgit…..tapi ketenangan hati dan kebahagian sebenar cuma akan kita dapat dengan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta…………

    Jadi janganlah kita lupa tugas dan tanggungjawab kita kepadaNya……..selagi apa yang dipinjamkan (nyawa) belum diambil……. sama-sama kita menuju keredhaanNya…Amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    tiqah Reply:

    ya…amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. salam semua.best artikel ni.mak saya selalu cakap bersyukur dgn apa yang ade.coz..kita akan lebih tenang dan bahagia.dr kecik kami dah diajar macam ni..even orang tengok kami cm susah..tapi..kami happy go lucky je..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. salam…
    semua di atas membuatkan saya teringat kembali kata Tun Mahathir bahawa ‘Melayu Mudah Lupa’. Melayu yg ‘kononnya’ Islam kadang2 lebih zalim sesama Melayu. Melayu jg yg menyebabkan melayu lain susah, sengsara, tak bahgia dan sebagainya. Melayu selalu lupa yg syahadah kita sama, kiblat kita sama malah kitab kita juga sama. Persoalannya mengapa semua yg di atas masih boleh berlaku? Baliklah ke pangkal ajaran Islam supaya lebih bersederhana dan yg penting perlu ikhlas dalam semua perkara. Harap maaf.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. Salam, info yg baik :)

    Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.
    Ar-R’ad, ayat 28

    Ikuti kelas-kelas Al-Quran di sekitar Kuala Lumpur & Selangor
    http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas%20Al-Quran

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. tq bebyk.kdg2 pe yg kt hajati x semestinya kita miliki n kita mesti reda dgn ketentuanNya n bersyukur dgn apa yang nikmat kita miliki skarang.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. Cerita di atas memang menarik,memang benar manusia hanya menilai sesuatu itu dari luaran sahaja tanpa menilai apa yang didalamnya.Terima kasih

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. salam..
    betul nasihat tadi..tapi sy masih xdapat lagi mencari ketenangan diri..walaupun ada kerjaya yg baik masih lagi mencari yg lain konon2nya yang terbaik..
    tetapi kita kadang kala keliru antara tidak puas ati dengan mengejar cita2 n impian..adax nak tolong bagi nasihat betul ke salah mengejar cita2..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18
  19. Ye..memang kene dgn btg hidung sendiri. Sy selalu compare nasib sy dgn kawan2 lain, sy selalu rasa yg sy berhak dpt lebih dr mereka, sebab sy yg grad dulu, tp akhirnyer yg berjaya org yg grad lmbt..

    Artikel ini mberi 1 keinsafan buat sy…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    19
  20. salam,saya dah 27,tahun depan dah 28,tapi sampai sekarang kekasih hati ,peneman hidup takde lagi…saye nie jenis org yg kalo webmaster website nie tgk msti ,tuan/puan/cik akan rase sy ni cam org umur 22,tapi bukan tue….

    nak citer nie,nape ye org lain bahagia,sy tak bahagia ,teman wanita takde,duit ade,kereta takde cumer ade moto je….bawak kereta,dah lame tak bwk kereta ,jadi bwk kete pun takut….laki ape sy nie….blh ke pompuan skang terima lelaki yg cam saye nie…pegi le kemane pun naik moto je….mau ke pompuan skng berbasah hujan n rase ssh dgn moto…..lagi satu perangai,saye suke dgr lagu yg berat ,tapi ade kale dgr jugak lagu lembut…n terbawak ke dlm care saye ,sbb mnat into mmuzik yg mendalam

    masalahnye skang….kenapa lah payah sgt nak dkt dgn pmpuan nie …marah aku jadi….lepas nak berkawan dgn sorang,sorang2 lari drpd saye….ape sial ke saye nie….bru nak try dah ilang pulak….rase cam nak cakap “celaka punye pompuan”…maaf ye ,mane tau kot2 webmaster website nie pompuan ker…. komunikasi…saye tak nak hipokrit,belajar untuk cube nak kontrol ayu gaya bercakap,penampilan,tapi satu lah bau ketiak msti lah jaga kan…

    lagi satu pompuan suke pertikai kan kematangan seseorang jantan,ape ade nabi muhammad SAW bersabda suruh jadi matang ,yg baginda SAW suruh jadi lelaki baik sbb untuk wanita baik ,takde lelaki matang untuk wanita matang…kalo camtue saye nak kene gi taiping (matang) cari teman wanita orang matang…..

    eh eh…nie,ade tak sape2 blh tlg aku kasi skit nasihat lah paling tidak kasi tau aku camne nak buat baik trhadap wanita…lagi satu ,muka jantan cam tunggul kayu tapi tmn wanitanye wah indah cam bunga ros….

    aku nie bukan ape dah 27,tahun dpn 28,2 tahun kendian 30,aku tak nak jadi gejala kawin lambat …..

    mmg nyata lah jodoh Allah SWT yg terntukan ,kerja tuhan ..tapi kalo aku tak usahakan smpai bila jodoh nak dtg…

    tlg;ah anybody,sape2 kasi nasihat skit…kdg2 jeles tgk org yg bercinta (cinta yg teruk,tak jjeles kot),yg dah betunang n yg kawin pun…syok tgk diorang bahagia….

    usia aku sedemikian,larat ke, dinding ,lantai jadi sasaran peluru tak bermata yg kalenye putih …mane blh tahan….org dpt ketuk lubang sampai dlm2 dgn paku ,aku nie…ntah lah….pikirkan tu kadang2 rase nak nangis pun ade ,ujian untuk aku berat di mata nie …inilah dier….sedih ….rase…

    tlg,tlg ,tolong lah…berharap sgt nie….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    20
  21. salam,saya dah 27,tahun depan dah 28,tapi sampai sekarang kekasih hati ,peneman hidup takde lagi…saye nie jenis org yg kalo webmaster website nie tgk msti ,tuan akan rase sy ni cam org umur 22,tapi bukan tue….
    nak citer,nape ye org lain bahagia,sy tak bahagia ,teman wanita takde,duit ade,kereta takde cumer ade moto je….bawak kereta,dah lame tak bwk kereta ,jadi bwk kete pun takut….laki ape sy nie….blh ke pompuan skang terima lelaki yg cam saye nie…pegi le kemane pun naik moto je….mau ke pompuan skng berbasah hujan n rase ssh dgn moto…..lagi satu perangai,saye suke dgr lagu yg berat ,tapi ade kale dgr jugak lagu lembut…
    masalahnye skang….kenapa lah payah sgt nak dkt dgn pmpuan nie …marah aku jadi….lepas nak berkawan dgn sorang,sorang2 lari drpd saye….ape sial ke saye nie….bru nak try dah ilang pulak….rase cam nak cakap “celaka punye pompuan”…maaf ye ,mane tau kot2 webmaster website nie pompuan ker…. komunikasi…saye tak nak hipokrit,belajar untuk cube nak kontrol ayu gaya bercakap,penampilan,tapi satu lah bau ketiak msti lah jaga kan…
    lagi satu pompuan suke pertikai kan kematangan seseorang jantan,ape ade nabi muhammad SAW bersabda suruh jadi matang ,yg baginda SAW suruh jadi lelaki baik sbb untuk wanita baik ,takde lelaki matang untuk wanita matang…kalo camtue saye nak kene gi taiping (matang) cari teman wanita orang matang…..
    eh eh…nie,ade tak sape blh tlg aku kasi skit nasihat lah paling tidak kasi tau aku camne nak buat baik trhadap wanita…lagi satu ,muka jantan cam tunggul kayu tapi tmn wanitanye wah indah cam bunga ros….
    aku nie bukan ape dah 27,tahun dpn 28,2 tahun kendian 30,aku tak nak jadi gejala kawin lambat …..
    mmg nyata lah jodoh Allah SWT yg terntukan ,kerja tuhan ..tapi kalo aku tak usahakan smpai bila jodoh nak dtg…
    tlg;ah anybody,sape kasi nasihat skit…kdg2 jeles tgk org yg bercinta (cinta yg teruk,tak jjeles kot),yg dah betunang n yg kawin pun…syok tgk diorang bahagia….
    usia aku sedemikian,larat ke dinding ,lantai jadi sasaran peluru tak bermata yg kalenye putih …mane blh tahan….org dpt ketuk lubang sampai dlm2 dgn paku ,aku nie…ntah lah….pikirkan tu kadang2 rase nak nangis pun ade ,ujian untuk aku berat di mata nie …inilah dier….sedih ….rase…
    tlg,tlg ,tolong lah…berharap sgt nie….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    21


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11