Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Tengahari tadi kira-kira jam 12:45, saya ada menerima satu email dari salah seorang pembaca setia blog PakarHowTo yang mengadu berkenaan dengan masalahnya. Beliau meminta saya memberikan pendapat dan pandangan saya mengenai masalah yang dihadapinya tersebut.

Berikut adalah kandungan email yang beliau kirimkan kepada saya. (Saya copy & paste seperti di bawah)

Saya bercinta dengan lelaki dari Pantai Timur. Dia ex-classmate saya mase degree. Dia dah kenal perangai dan hati budi saya. Tapi bila saya berjumpa ibu bapanya, mereka tidak menyukai saya. Boyfriend saya sekarang dalam dilemma, tapi saya tak mahu putuskan hubungan sebab saya berpendapat, setiap masalah ada penyelesaiannya. Saya benar-benar mahu teruskan hubungan ini walaupun saya dengar ibu bapanya dah ada calon isteri untuknya. Setiap kali solat, saya akan berdoa supaya Allah lembutkan hati ibu bapa dia. Tapi saya kena usaha juga. Ada tak cara untuk cara ambil hati ibu bapa dia?

Berikut ini adalah jawapan yang sempat kami (PakarHowTo) catatkan.

Saudari,
Pertamanya, anda kena tahu apa punca masalah ini. Apa yang ibu bapa boyfriend anda tu tak berkenan dengan anda. Mungkin ada banyak faktor, dari segi penampilan ker, dari segi akhlak ker dan sebagainya. Apabila anda tahu apa puncanya, maka bolehlah anda ambil tindakan selanjutnya. Barulah anda boleh berusaha bagaimana untuk menangkan hati ibu bapa lelaki terbabit.

Kedua, anda kena minta boyfriend anda berbincang secara baik dengan ibu bapa dia sendiri. Kalau usaha tu datang dari anda sendiri mungkin susah (sebelah pihak saja?, mana berkesan). Mesti dapat support dari pasangan anda. Tu yang lebih penting. Kalau pakwe anda tu serius, dia pasti akan cuba pujuk ibu bapa dia dengan membuktikan pilihan hati dia adalah yang terbaik untuk dia.

Ketiga, anda kena ingat bahawa sesuatu perkahwinan perlu dapat keredhaan ibu bapa, terutamanya belah lelaki. Sebabnya, selepas anda berkahwin nanti, segala tanggungjawab dan kuasa akan berada dibawah suami. Dan suami pula perlu taat pada perintah ibu bapa dia. So banyak kemungkinan yang boleh berlaku kalau tak dapat restu. Perempuan pulak lepas kawin hubungan dengan keluarga sendiri akan kurang. Ibu bapa perempuan tidak mempunyai hak mutlak atau kuasa untuk tolong atau ambil tindakan apa-apa.

Nasihat saya jangan putus asa buat solat hajat dan istikharah. Qada’ dan Qadar tidak boleh diubah melainkan hanya dengan solat & doa sahaja. Rintihla pada yang MAHA ESA. DIA lah penentu segalanya.

Kemudian, redhailah apa yang ALLAH tetapkan, sungguhpun ia bercanggah dengan kehendak dan nafsu kita. Sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan ALLAH yang terbaik buat kita. Pasti ada hikmah yg tersembunyi. Yakinlah…

Sekian.

Kepada semua pembaca blog ini, sekiranya anda ada pendapat dan pandangan yang lain, tolong kongsikan di ruangan komen di bawah tu yer. Segala perkongsian pandangan dan pengalaman anda adalah sangat-sangat kami hargai. Terima kasih.

.

Artikel lain yang best-best :