Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

2 hari lepas, saya ada menerima email dari salah seorang pembaca setia blog pakar. Biarlah saya rahsiakan namanya atas sebab2 tertentu.

Berikut ini saya kongsikan masalah beliau. Mungkin ada kawan-kawan di luar sana yang sudi berkongsi pendapat dan pengalaman bagi menangani masalah beliau ini, kami sangat2 mengalu-alukannya…

Salam…

Saya ingin mengutarakan masalah yang sedang saya alami. Sebagai pengenalan, saya kini telah pun bertunang dan Disember ini saya akan bergelar seorang isteri.

Kemusykilan saya berpunca dari sikap tunang yang makin hari makin saya tidak faham. Hubungan kami sering tegang. Tunang saya cepat marah dan sukar untuk mengakui kesilapan dirinya. Jika saya merajuk dia tidak akan memujuk sebaliknya marah pada saya. Alasan untuk tidak dia memujuk kononnya dia jenis yang tidak pandai memujuk.


Perkara ini telah saya rujuk kepada bakal ibu mertua saya. Beliau mengesahkan bahawa anaknya itu sememangnya cepat marah. Saya jenis yang cepat sejuk tetapi tunang saya pula jenis yang suka memanjangkan pertengkaran. Oleh yang demikian, saya yang memujuknya walau ape yang berlaku adalah berpunca dari dirinya.

Adakalanya saya rasa amat tertekan. kerana saya ibarat terpaksa merayu untuk memulihkan keadaan. Saya rasa diri saya tidak dihargai. Dia akan mematikan talian telefon sesuka hati jika berlaku pertengkaran. Apakah yang harus saya lakukan?

Saya rasa maruah diri saya tercabar dengan tindakannya. Saya juga rasa tahap kesabaran saya mulai hilang…

-Gadis keliru-

Haaa apa pendapat / komen anda? Katakanlah anda berada di situasi seperti gadis di atas, apakah yang anda akan lakukan? Pernahkah anda berada dalam situasi sebegitu?

Artikel lain yang best-best :