Pertama, Jangan lupa memberi wang kepada kedua orang tua kita setiap bulan bila dapat gaji, walaupun mereka tidak meminta tetapi kenangkanlah segala pengorbanan mereka terhadap kita, kalau gaji kita kecil, bagilah walaupun sedikit, kalau gaji bertambah, tambah lagi kalau mampu. Begitu juga kalau dapat bonus, jangan lupa kedua ibubapa kita, jangan lokek kepada mereka.
Bantulah ibu dan ayah mu...
Kedua, jangan lokek dengan binatang. Kalau nampak kucing2 terbiar, jangan lokek bagi makan, jangan sepak kucing2 tu, kasihi mereka kerana mereka hanya ciptaan Allah yg kerdil di muka bumi ini yang perlukan kasih sayang, makanan dan perlindungan.
Saya minta maaf kerana tidak dapat update blog ini dengan kerap seperti selalu. Sorry yer. Saya sangat sibuk ngan pelbagai projek skang. Selain kerja di pejabat, saya ada juga buat tuisyen dan buat translation sebagai ‘part time job’ saya.
So, masa untuk mengendalikan blog (spt membalas komen dan email yang dihantar oleh pembaca blog ini) tepaksa dipendekkan. Ampun maaf paak…buuk…. Saya kena gandakan usaha mencari rejeki untuk keluarga saya….
Namun, dalam keterbatasan masa saya sekarang ni pun, saya akan cuba juga untuk curi2 masa dan update blog ni.
Baiklah, hari ini saya nak kongsikan dengan anda tentang fadhilat ayat kursi. Ada seorang pembaca setia blog ini iaitu Puan Saffiah Mohd Yusof (saffiah66@yahoo.com), telah sudi berkongsi pengalaman beliau.
Berikut adalah kandungan email yang beliau kirimkan pada saya. Saya ‘copy & paste’ saja yer.
Semasa sekolah agama di Johor Bahru, guru saya bernama Siti Hawa, beliau menyuruh murid2nya menghafal Ayat Kursi, kerana pengalaman beliau semasa zaman Jepun. Beliau dan keluarganya memang mengamalkan ayat ini dalam kehidupan seharian.
Satu hari keluarga guru saya menumpang sebuah lori, tak lama selepas itu lori itu ditahan oleh Tentera Jepun Bintang 3 untuk ditumpangi. Suatu keajaiban berlaku di mana tentera Jepun itu tidak dapat melihat guru saya dan keluarga beliau di dalam lori yg. sama.
Oleh itu bolehlah dimasukkan dalam blog tuan, tentang fadhilat ayat kursi ini.
Saya memang mengamalkan setiap kali selepas solat dan bila hendak keluar rumah tetapi sekarang saya amalkan 18 kali sehari kerana fadhilatnya lebih besar, insyallah.
Baru2 ini rumah jiran sebelah rumah saya dimasuki pencuri, malam yg sama saya pergi ke bandar jadi rumah saya juga kosong. Alhamdullilah rumah saya tidak dimasuki pencuri, tetapi di dua tempat (cermin) rumah saya terdapat bekas tangan orang hendak membuka tingkap. Polis mengesahkan bekas tapak tangan itu masih baru. Kebesaran Allah jua melindungi rumah saya pada malam itu.
Oleh itu, bolehlah saudara muslim yg lain amalkan untuk perlindungan diri, keluarga dan harta benda.
Justeru, saya ingin menyeru kepada anda semua, agar amalkan membaca ayat kursi ini dengan seberapa banyak yang boleh. Kerana banyak sekali fadhilat yang boleh didapati insyaAllah.
Cubalah baca ayat kursi setidak-tidaknya sekali setiap kali lepas solat.
Sekian, sesungguhnya ilmu tanpa amal seumpama pokok yang tidak berbuah.
Selamat beramal.
p/s- Anda ada sebarang pengalaman mengenai ‘kesan’ mengamalkan pembacaan ayat kursi? Kongsilah dengan kami di bahagian komen tu yer…
Melupakan kekasih lama tidaklah semudah menghantar folder ke Recycle Bin delete begitu sahaja. Hubungan kasih sayang cinta mesra sewaktu ketika dahulu sukar untuk dilupakan terutama bagi kaum wanita. Cinta yang berkualiti dari lelaki memang susah nak dapat sama dengan yang baru dan perasaan terkenang-kenang dan merindu pedih dalam hati sering membuat diri kita tanpa sedar menggugur air mata. Berapa kerasnya hati kita, betapa brutalnya jiwa kita untuk menahan sebak jiwang rasa ia memerlukan ketahanan jiwa untuk sembuh secepat mungkin..Ah lupakan yang lama bina yang baru tak semudah dikata, jujurnya secebis perasaan sayang tentu ada.
Baiklah bagaimana agaknya kita mahu melupakan kekasih lama, bekas suami, bekas isteri, bekas tunang atau bekas kawan baik yang dulu kita cukup sayang..?
1. Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.
2. Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.
3. Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.
4. Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar pada bekas suami, atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan. Itu cuma mainan perasaan.
5. Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
6. Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
7. Rakan dan keluarga pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan dan belah keluarga rapat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.
8. Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang lagi bagus dari kekasih lama. Selalulah berfikir positif.
Baru-baru ini saya bekerjasama dengan sahabat saya,Saudara Zulfadli (seorang blogger dan usahawan internet sepenuh masa), telah menghasilkan sebuah pakej ebook mengenai PANDUAN CARA BAGAIMANA UNTUK MEMBINA BLOG SENDIRI. Pakej ini akan mengajar anda secara langkah demi langkah. Ia sangat mudah difahami dan sangat praktikal! Dulu pengetahuan saya tentang blog adalah ‘zero’. Tetapi kini saya telah mempunyai beberapa blog saya sendiri menggunakan hosting berbayar. Malah saya sekarang telah berjaya menjana duit sampingan melalui blog saya. Kepada anda yang masih belum memiliki blog, maka sukacitanya saya sarankan kepada anda untuk belajar mengenainya dan binalah blog anda sendiri sekarang. Klik banner di bawah ini untuk belajar buat blog dengan mudah. Dan dapatkan hadiah daripada saya ‘PENDRIVE 1GB SECARA PERCUMA’ sekarang! Klik banner di bawah ;
Malam semalam saya ada terima satu email dari salah seorang pembaca blog pakarhowto.com. Beliau meminta saya memberikan tips bagaimana untuk memikat wanita.
So, untuk tidak mengecewakannya, saya pun tulis la beberapa tips macammana nak pikat awek (mengikut pengalaman saya la). Saya tulis secara spontan jer tanpa berfikir panjang. So isi tulisan ini memang keluar terus dari hati saya.
Cubalah baca…apakah benar apa yang saya katakan ini?? Wahai kaum hawa…cubalah kalian berikan komen/pendapat kalian pula…
So, inilah 4 tips mudah yang sempat saya catatkan.
(1) jadi lah diri sendiri….
toksah tiru orang lain….you have to be yourself….
ingat, diri kita ni speacial dan unik…cuba kenali kekuatan diri…
dan mesti yakin pada diri sendiri…
kalau lelaki tu lembik dan tak boleh harap, pompuan mana nak terpikat…
pendek cerita….kita kena jadi lelaki yang sentiasa cool & macho gitu…
(2) kena jaga kebersihan diri…
saya pernah tanya beberapa pompuan yang saya kenali…” apa ciri yang diorang tengok pada seorang lelaki?” dia jawab….katanya, dia suka lelaki yang bersih dan wangi…
gigi kena gosok selalu…pastikan jangan ada saki baki makanan yang terlekat celah gigi. pastikan gigi tidak kuning…
pastikan anda berbau wangi….sembur lah perfume ker apa2 yg patut…pastikan mulut tidak berbau…pastikan ketiak tidak berbau busuk.
kuku kena potong kasi pendek…jangan ada kuku yang hitam…pompuan akan geli tengok kuku lelaki hitam semacam jer…
kalau ada misai ker jangggut ke…kena trim selalu…kasi jangan berserabut….
pakaian jangan serabai…kena la kemas sikit….kalau pakai kemeja tu, pastikan kemeja tu bergosok…jangan la kemeja yang baru keluar washing machine berkedut2 tu main bedal jer pakai….so, nampak sangat la awak tu pemalas…
kalau boleh, toksah la merokok…ramai pompuan yang saya kenal, diorang tak suka lelaki perokok….mulut bau busuk dan bibir jadi hitam semacam…“eeeiii geli i…takselera nakcium….” itu antara komen2 mereka pada orang yang merokok….jadi, cubalah berhenti merokok…kalau anda degil nak jadi perokok gak, kalau boleh toksahlah merokok depan mereka…at least tunjukkanlah bahawa anda tetap respect diorang dengan tidak merokok depan diorang…kalau rasa dah tak tahan dan nak merokok gak, sorok2 dan sembunyi2lah…adik saya, seorang perokok tegar, tak pernah hisap rokok depan mak/abah saya, sebab dia kata, dia respect mak/abah saya…
dan pastikan makan chewing gum ker atau buat la apa2 yg patut bagi menghilangkan bau rokok yang di hisap.
(3) kena la senyum selalu….
senyum la dengan ikhlas….orang yang tak hensem pun,
kalau selalu senyum….muka jadi manis….orang suka tengok….banyak kebaikannya
kalau kita suka senyum ni….so, senyumlah selalu.
(4) jangan desprate sangat….
sungguhpun kita suka giler kat seseorang pompuan tu…
jangan la tunjuk kita ni desperate sangat….kontrol la sikit perasaan…kita kan lelaki…
jangan paksa pompuan tu terima kita….yang penting, bagi pompuan tu rasa selesa
dan ‘tak lemas’ bila bersama kita….baru la dia rasa seronok dan nak rapat dengan kita.
ada banyak lagi tips sebenarnya…tapi saya rasa cukuplah 4 tips tu dulu untuk dipraktikkan….
apa2pun….good luck to you….and all the best!!!!!
so, what do you say? ada saper2 nak tambah beri tips pada kawan kita yang bertanya tu?? Silakan tinggalkan komen yer…
Makluman : Saya telah menjawab semua komen yang telah ditinggalkan di blog ini. Sila semak komen masing-masing untuk membaca feedback dari saya. Kepada semua yang telah memberikan komen, jutaan terima kasih saya ucapkan. Teruskan memberi komen dan berkomunikasi dengan kami. Semoga blog ini akan menjadi lebih meriah dan bermanfaat untuk semua…Arigatoo!…muaahhhs
Setelah saya menghantar email kepada pembaca setia blog pakarhowto ini 2 hari lepas menceritakan bahawa saya sedang ‘sakit’ (batuk2 yang tidak molek2), saya telah menerima banyak sekali balasan email sehingga tidak termampu lagi saya untuk membalas setiap email yang dikirimkan.
Sesungguhnya saya amat terharu atas keprihatinan dan sikap ambil berat yang ditunjukkan oleh pembaca blog ini kepada saya. Saya betul2 tidak menyangka kalian semua akan membalas email hamba ini. Saya betul2 amat terharu dan berbangga kerana mendapat pembaca dan ‘rakan cyber?’ yang baik2 belaka serta sangat prihatin seperti kalian semua.
Saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua (antaranya NIK…AMIN…HISMA…FIZAN…AZURA….ABG SYG…SUSIE…DAIMASARA…DLL) yang telah membalas email saya dan memberikan nasihat/petua yang boleh saya amalkan bagi mengurangkan batuk2 yang saya alami ini.
Berikut ini saya kongsikan dengan anda semua antara beberapa email yang saya terima berkenaan dengan ‘petua untuk hilangkan/kurangkan batuk’…
Kandungan email daripada AZURA MISRA…
Batuk lagi ye…. dlu saya pun penah batuk lama…kat setahun… gi specialist doct ckp xde ape2…takut jugak tibi kan… cume dia kata alergik pada habuk,makanan cm kacang…kena pantang jgk la…jgn mkn benda minyak sgt…tp skrang klu kena air cond or sejuk sgt batuk jgk…nk kata lelah x pulak… xtau la… mcm ada kuar kahak tp skit je n agak pejal cam sumi 2…tp en.pakar howto banyakkan la minum air swam… doa smg cpt sembuh…amin……
——————
Kandungan email daripada FIZAN FAUZIE…
Mcm mane dgn saudara? Adakah masih batuk2 lagi? Saya ade satu petua bagaimana mahu hilangkan batuk,saya sarankan saudara cuba dahulu berkesan atau tidak…Mlm nanti,saudara ambil nasi n then mskkn dlm segelas air masak..Jgn minum dahulu,sebaliknya embunkn semalaman..Pagi esok bila saudara bgn dr tidur,minumlah air nasi tersebut..InsyaAllah ia berkesan mhilangkan batuk..
Cubalah ye..
——————
Kandungan email daripada Lef.Kolonel (B) Ahmad Sabri…
Saya alhamdulillah sihat dan saya nak bagi petua untuk batuk yang saudara hadapi.
Saudara dapatkan madu lebah original sesudu teh dan dicampurkan dengan
perahan limau nipis lalu di minum.insyaallah mujarab..
Amalkan selalu..
——————
Kandungan email daripada HISMA…
wakumslam salam hormat
Waras alhmdllh….sihat2 sj…Batuk yg lama x baik2 cuba mkn madu lebah 1 sudu setiap mlam sblm tido dan berselawat sblm mkn…itu petua mak saya kata lah insyallh dgn izinnya akak sembuh…Ujian Allh yang bermcm dugaan sbg hmbnya kita redha atas segala ujianya..
——————
Kandungan email daripada AMIN…
Alhamdulillaah, khabar baik. Yaa, bagus tips terbaru tu. OK nanti saya lawat Topik tu dan tinggalkan komen.
Berkenaan batuk2 tu, hmmm……. Saya ada pertanyaan untuk dapatkan kepastian. Adakah batuk2 abg Syuk tu adalah merupakan batuk2 biasa, atau batuk2 kering yang buat tekak & kerongkong rasa pedih, atau dari jenis batuk2 yang berkahak atau bergelema?
Kalau batuk2 biasa, selalunya kalau cara tradisi kaum nusantara kita, ialah amalkan meminum air asam jawa, dalam keadaan suhu panas2 suam. Insya’ Allah mujarab.
Kalau batuk2 kering yang memedihkan tekak & kerongkong, saya tak tau bagaimana cara nak melegakannya. Yang saya tahu, rasanya elok kalau kita makan/hisap ubat sakit kerongkong Strepsils, yang selalu dok adevertise di media (TV, Radio, Surat Khabar dll).
Kalau batuk2 yang dari jenis berkahak/bergelema, tidak kiralah samada di tahap awal (putih), pertengahan (kuning) & kritikal (hijau), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya antara salah satu penawar & pencegah PALING MUSTAJAB bagi kategori batuk dari jenis ini ialah KISMIS.
Saya juga telah mengalami banyak perubahan yang amat ketara baru-baru ini, setelah mula menjadikan amalan memakan kismis minima 21 biji setiap hari. Sebelum ini, saya sering tercari-cari vitamin2 & food supplement yang sangat beneficial untuk kesihatan tubuh badan. Tapi Tiada satu pun dari semua jenis kebanyakan supplement yang pernah saya makan, sehebat & setanding KISMIS.
Saya ada masalah resdung sejak sekian lama. Dan dalam masa tidak sampai 2 minggu, saya mengamalkan makan KISMIS 21 biji sehari, saya berani katakan, bahawa resdung saya telah sangat banyak berkurangan dari sebelumnya. Saya dulu lagi kritikal, batuk berkahak tahap hijau, hidung berhingus & berair dan sering tersumbat/blocking, nafas pendek, tak dalam, lemah badan & mudah letih serta mengantuk.
Tetapi kini Masya’ ALLAH, ALHAMDULILLAAH, ALLAAHU AKBAR!
Hanya ALLAH SWT sahaja yang MAHA MENGETAHUI, bahawa betapa BERSYUKURnya GEMBIRAnya & BAHAGIAnya saya ke hadrat Ilahi. Nafas lebih dalam, hidung almost totally clear, sudah banyak kurang berkahak, mata lebih cerah, badan rasa lebih cergas, fit, bertenaga & kuat, jauh berlebih-lebihan dari sebelumnya. Belum pernah saya rasakan badan saya sebegini sihat & cergas.
* Tentang KISMIS
Ada dikatakan bahawa “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”. “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. Imam Ali pula pernah berkata: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”. “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”. Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa.
Sekian, semoga dapat sikit panduan.
p/s- Saya sengaja tidak mengubah kandungan email yang dihantar bagi mengekalkan keaslian dan keunikan gaya bahasa penulisnya.
Adakah korang bosan dengan kerja yang korang lakukan sekarang? Kurang motivasi? Rasa lemah dan lesu apabila bangun pagi untuk pergi kerja?
Adakah korang berasa masa dipejabat berjalan dengan begitu ‘slow’? Waktu pejabat dirasakan begitu lama sekali? Nak tunggu waktu kerja tamat, dirasakan seminit bagaikan 1 jam, 1 jam seperti 3,4 jam. Aduhai, lambatnya masa berlalu…huhu
Saya ada beberapa tips yang boleh korang cuba amalkan untuk rasa lebih seronok bekerja.
Tips utama : Cuba buat seolah2 pejabat tu rumah korang
Oppss jangan salah anggap. Saya tak suruh korang tidur kat pejabat tu seperti korang tidur kat rumah korang sendiri. Pejabat is pejabat. Pejabat ialah tempat kita kerja. Korang tak boleh suka2 buat macam rumah sendiri. Tapi apa yang saya cuba sampaikan ialah, korang mesti cuba untuk TUKAR SUASANA pejabat tu macam seolah2 korang sedang berada di rumah korang.
Macammana nak tukar suasana?
1- Hias tempat duduk
Korang boleh letak bunga dalam pasu kecil dan letakkan atas meja kerja korang. Boleh juga lekatkan gambar2 suami/isteri, anak2, ibu bapa atau gambar sesiapa saja yang korang suka. Ada kawan saya dia letak gambar ‘Siti Nurhaliza’ kat meja dia…huhu. Selain itu, boleh juga lekatkan kata2 motivasi yang boleh membakar semangat korang.
2- Jangan biarkan meja bersepah
Susunla dokumen dan kertas2 atas meja korang dengan rapi. Jangan biarkan ia berserabut, bersepah dan kusut masai. Sebab ia hanya akan memeningkan kepala korang.
Atas meja saya, saya letakkan 2 ‘tray’. Satu tray untuk kerja/dokumen yang belum settle dan 1 tray untuk kerja/dokumen yang dah settled. Jadi meja saya sangat kemas sehingga mendapat pujian dari kawan2 saya…
3- Sembur ‘air freshener’ kegemaran anda
Ini bagi pejabat yang kedekut la. Contohnya pejabat tempat saya kerja ni, tak ada disediakan penyembur ‘air freshener’. Budget tak cukup katanya. Takper, diorang tak sediakan, saya boleh beli sendiri. Jadi, saya ambil inisiatif untuk beli ‘air freshener’ kegemaran saya sendiri. Setiap sejam, saya akan semburkan ‘air freshener’ untuk memberikan kesegaran di tempat duduk saya. Sampai Amoi yang duduk depan saya tu pun turut sama meniru saya dengan membeli air freshener dia sendiri… haha
4- Tukar ‘style’ tempat duduk sekali sekala
Biasanya apabila saya rasa sedikit bosan dengan style meja saya, saya akan lakukan beberapa pertukaran ‘style’. Contohnya, saya akan tukar tempat letak tray dokumen, tukar gambar2 yang dilekatkan, tukar posisi meja, tukar bunga, tukar gambar desktop dan macam2 lagi la. Pendek kata, saya akan cuba ubah ‘style’ meja tempat duduk saya tu menjadi lebih ‘fresh’ dan ‘baru’. Dengan itu, saya dapat merasakan satu suasana yang berbeza dan ‘fresh’ jer gitu…
5- Pergi ‘kacau’ orang lain atau ‘merewang’ sekejap bila rasa bosan
Saya kalau rasa bosan jer, terus pergi ‘jalan2′ atau ‘merewang’ ke department lain untuk ‘tukar angin’ dan cari ‘mood’ baru. Ada orang kata perbuatan saya ni sebagai ‘mengulor’ atau ‘ponteng’ kerja. Tapi pada saya, kita kadangkala perlu juga buat begitu untuk memberikan ‘semangat baru’ atau tukar angin. Jangan lebih2 dah la. Biasanya kalau saya bosan,saya akan pi ke tempat kawan2 baik saya dan tegur/berbual2 sekejap dengan diorang. Biasanya masa yang saya ambil hanya sekitar 5 minit jer…pastu saya kembali semula ke meja saya dan sambung kerja… Dengan cara ini, rasa bosan saya dapat dikurangkan dan rasa lebih bersemangat untuk meneruskan kerja…
Begitulah beberapa tips yang saya sendiri amalkan dalam usaha saya untuk menjadikan kerja yang saya lakukan lebih seronok dan tidak bosan.
Korang pulak, apa korang buat kalau rasa bosan kerja? Ada apa2 tips atau petua yang korang amalkan untuk rasa lebih seronok bekerja?
Ekonomi dunia semakin parah. Ramai yang telah terkena tempias kemelesatan ekonomi ini. Banyak sekali syarikat yang telah mula menutup operasi mereka. Beribu2 orang hilang pekerjaan.
Ada beberapa orang kawan saya telah dipaksa ambil cuti tanpa gaji oleh majikannya. Seorang kawan saya, seorang kontraktor yang dulunya bawa mercedez benz mata bulat, kini terpaksa jual keretanya dan pakai proton saja.
Ada kawan saya juga seorang usahawan berjaya yang dulunya memiliki pejabat yang sangat besar dan pekerja yang ramai, kini terpaksa berpindah ke pejabat yang lebih kecil dan jauh dari bandar bagi mengurangkan kos.
Suami kepada kakak ipar saya, seorang kontraktor lanskap di Alor Setar kini terpaksa menggunakan separuh dari wang simpanannya untuk menampung perbelanjaan keluarga. Sebab duit tak masuk, projek susah nak dapat.
Pendek kata, ramai sekali orang yang telah mula merasai kesan keadaan ekonomi yang merudum sekarang ini.
Namun Alhamdulillah, nasib saya masih lagi baik. Syarikat tempat saya bekerja ini masih lagi bertahan dan tidak membuang pekerjanya. Tapi itu buat masa sekarang lah. Saya tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Mungkinkah syarikat ini juga akan ‘gulung tikar’? aduh…risau gak memikirkannya…huhu
Anda pula bagaimana? Sudah merasai kesan kemerosotan ekonomi sekarang? Apa tindakan anda?
Saya mempunyai cara tersendiri dalam menangani masalah ekonomi keluarga saya? Antara tindakan yang saya lakukan ialah ;
1. Cari ‘duit sampingan’ atau ‘side income’ melalui internet.
Sebenarnya saya mula belajar cari duit melalui internet ni sejak kira2 setahun yang lepas. Pada masa tu saya banyak membeli ebook2 dan buku yang menceritakan tentang cara buat duit dengan internet. Banyak sekali ebook dan buku panduan yang saya baca. Namun, masa tu saya hanya banyak membaca tetapi saya tak buat apa2 tindakan pun. Sekadar beli ebook/buku dan baca. Lepas tu, saya simpan ebook/buku tu. Disebabkan tiada sebarang tindakan yang dibuat, saya tak dapat apa2 hasil pun masa tu. Duit saja yang keluar. Duit masuk ‘ZERO’…huhu.
Tapi tu dulu la. Alhamdulillah, saya dah berubah. Saya dah sedar bahawa, banyak mana pun ebook/buku yang kita baca, banyak mana pun ilmu yang kita ada, tapi kalau tiada sebarang tindakan, maka tiada gunanya. Tiada apa2 hasil.
Kini, saya telah bulatkan tekad, kuatkan azam untuk amalkan/praktikkan segala ilmu yang saya ada. Dan Alhamdulillah syukur banyak2 pada Allah kerana, apabila saya mula bertindak / bergerak, kini saya telah mula mendapat hasilnya. Alhamdulillah, walaupun hasil yang saya dapat tidaklah sampai beribu2 tapi cukuplah utk saya menampung segala bil2 saya.
Benarlah sesungguhnya… “Ilmu tanpa amal adalah umpama pokok yang yang tidak berbuah.”
Banyak manapun ilmu yang kita ada, tapi tanpa amal, maka takde gunanya juga.
* Kepada yang berminat nak belajar untuk jana pendapatan melalui internet, saya syorkan anda beli produk ini. Harganya agak mahal, tapi sangat berbaloi sebab ianya sangat lengkap dan diajar melalui video. Anda hanya perlu tengok video, kemudian cuba buat seperti yang diajar dalam video. Sangat praktikal. Saya dulu pun tak tau apa2 pasal internet business ni. Saya belajar dari ‘zero’. Tapi sekarang, alhamdulillah saya dah mendapat hasilnya. Jadi, jangan takut untuk labur sikit duit untuk ILMU. Sebab pelaburan untuk ILMU pasti tidak akan sia-sia, insyaAllah.
2. Cari duit tambahan melalui tuisyen.
Sebenarnya sejak dari sekolah menengah lagi, saya ni seorang yang suka mengajar. Dan sampai sekarang pun cita2 untuk bekerja dalam bidang pendidikan masih ada.
Didorong oleh minat yang ada, saya telah mengambil kursus di Japan Foundation of Kuala Lumpur, bagi mendapatkan sijil/lesen mengajar bahasa Jepun. Kursus tersebut memakan masa 2 tahun. Dan alhamdulillah bulan September tahun lepas saya telah berjaya mendapatkan sijil mengajar tersebut.
Sekarang saya ada mengajar beberapa kelas bahasa Jepun dalam seminggu. Saya juga ada buka 1 kelas belajar bahasa Jepun secara percuma di syarikat tempat saya bekerja sekarang.
Selain itu, saya juga pernah menyertai 1 seminar yang menerangkan bagaimana untuk mencari duit sampingan melalui tuisyen. Orang yang membuat seminar tuisyen tu ialah kawan saya sebenarnya. Dia sangat berpengalaman dan pakar dalam bab2 tuisyen ni. Jadi, kalau ada sesiapa yang nak belajar bagaimana nak cari duit melalui tuisyen, bolehlah sertai seminar yang dianjurkan. Klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai seminar tuisyen.
3. Cari duit lebih melalui ‘translation’.
Saya mempunyai kebolehan berbahasa Jepun sebab saya pernah belajar di Jepun selama 4 tahun. Dengan kemahiran yang ada, saya buat ‘part time’ menterjemah dokumen2 syarikat untuk mendapatkan duit tambahan. Alhamdulillah, duit yang saya dapat melalui translation ni boleh la sikit sebanyak membantu keadaan ekonomi saya.
*Kalau ada sesiapa yang mencari khidmat ‘translation’ atau nak belajar bahasa Jepun, bolehlah kontek saya yer.
Begitulah beberapa tindakan/cara saya dalam menangani masalah kemerosotan ekonomi yang semakin buruk ini. Alhamdulillah, saya bersyukur banyak2 pada Allah atas apa yang saya miliki sekarang.
Kepada anda yang sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan ekonomi anda, berikut ialah pesanan saya untuk anda.
Kenalpasti apa yang anda nak buat…
Cari seberapa banyak ilmu (terus menerus) berkenaan dengan perkara yang anda nak buat tu.
Praktikkan terus ilmu yang anda dapat….praktik dan amal dengan istiqamah.
Fokus pada tindakan anda….jangan lari fokus….sebab nanti semua tak jadi.
Jangan sekali2 ‘give up’.
Dan paling penting, keyakinan mesti betul….iaitu REZEKI ADALAH HAK MUTLAK ALLAH TA’ALA…kita hanya berusaha, yang lain2 ALLAH tentukan.
Doa banyak2 pada ALLAH supaya beri kejayaan pada anda.
Saya berdoa agar ALLAH murahkan rezeki kita semua. Amin.
** Makluman : Saya dah balas setiap komen yang telah tinggalkan di blog ini. Anda boleh check semua balasan yang saya tulis menerusi ruangan komen masing2. Maafkan saya kerana terlewat memberikan balasan **
2 minggu lepas, saya ada membawa cikgu bahasa Jepun saya iaitu Yazawa Sensei, buat program homestay di kampung saya di Jerantut.
Pada pagi hari ke-2 homestay, saya telah mengajak Yazawa Sensei jalan-jalan di belakang rumah saya. Saya memperkenalkan pelbagai jenis pokok2 buahan tempatan seperti pokok pisang, manggis, rambutan, durian, langsat, nangka dan macam2 lagi. Maklumla orang Jepun mana pernah tengok pokok2 ni semua. Buah2nya mungkin diorang pernah tengok di kedai atau di pasar raya. Tapi pokok2nya, inilah kali pertama Yazawa Sensei tengok. Jadi, Yazawa Sensei rasa begitu teruja dan kagum dengan pokok2 yang saya perkenalkan. Habis semua gambar pokok2 tu dia tangkap.
Selain itu, saya juga telah tunjukkan pelbagai jenis tumbuhan herba yang ada ditanam di belakang rumah saya. Antara banyak2 tumbuhan herba yang ada, yang menarik perhatian Yazawa Sensei ialah Pokok Sireh!! Entah kenapa dia pelik sangat ngan pokok sireh tu saya pun tak tahu. Mungkin sebab pokok sireh kat rumah saya tu rimbun sangat dan nampak cantik kot? Emm…entahla, tapi pokok sireh tu memang menjadi tarikannya. Asal usul sireh, macammana cara makan, apa khasiat dan macam2 lagi soalan yang dia tanya pada saya. Saya pun sebenarnya bukannya tahu sangat pasal pokok sireh ni. Tapi dah dia tanya, saya jawab la apa yang saya tau. Yang saya tak tau, saya ‘goreng’ jer apa yang patut..haha.
Sebut pasal sireh ini, teringat saya tentang 1 petua yang diajar oleh abah saya satu ketika dulu. Menurut abah saya, orang dulu2 mengamalkan petua berkumur dengan air sireh untuk mengelakkan mulut daripada berbau.
Caranyanya ialah ;
Ambil beberapa helai daun sireh
Ramas daun2 sireh tu dalam air
Amalkan berkumur dengan air tu setiap pagi
Cara lain ;
Ambil 2 helai daun sireh
Masukkan dalam mulut dan kunyah hingga lumat
Biarkan sireh dalam mulut beberapa ketika
Berkumur dengan air (* Sireh yang dikunyah tak perlu ditelan)
Begitulah petua yang telah diajarkan oleh abah saya. Tapi saya tak pernah amal pun sebab kat KL ni susah nak dapat daun sireh. So tak dapat la nak amal.
Anda tahu petua2 lain yang menggunakan sireh untuk diamalkan? Kongsilah dengan kami…
Saban hari saban ketika, apabila aku menonton berita dan membaca akhbar mengenai pembantaian Ummat Islam di Gaza Palestin, hati menjadi sakit, perit dan pedih. Jiwaku meronta2 tidak keruan melihat penderitaan saudara-saudara kita di sana. Air mata mengalir apabila melihat jasad anak-anak kecil saudara kita yang sudah tidak bernyawa di papah oleh bapa-bapa mereka. Hati ku hancur luluh melihat tubuh wanita saudara-saudara kita yang hancur terkena bedilan roket brutal rejim zionis la’natullah. Hati dan jiwaku terasa bergelodak sekali apabila melihat tangisan dan raungan anak-anak kecil yang menahan kesakitan, malah lebih menyedihkan apabila melihat wajah2 mereka yang begitu lemah dan lesu. Aduh, renungan dan pandangan mata mereka yang layu itu begitu menyentuh sanubari ku.
Di saat saudara2 kita di sana menderita dibantai oleh yahudi celaka itu, ada diantara kita di Malaysia ini masih begitu selesa dan bergembira, langsung tidak merasa apa2, tidak peka malah ada yang tidak tahu apa2 tentang kezaliman yang berlaku di Gaza.
Di saat saudara-saudara kita di sana begitu huru-hura,diserang secara membabi buta oleh Israel, kita masih bergelak ketawa riang gembira turut sama ikut merayakan perayaan ala mereka. Masih ramai yang begitu ceria dan seronok menyertai sambutan tahun baru malah ada yang turut sama ikut merayakan hari krismas yang telah diharamkan oleh para ulama kepada ummat Islam.
Hari berganti hari, masa terus berlalu, tapi serangan Israel celaka semakin brutal. Walau dikutuk dicerca dunia, namun Israel celaka begitu brutal membantai membunuh saudara kita ikut sedap mereka. Ratusan kanak2, wanita dan orang awam mati begitu saja di bom Israel yang jahanam.
Aduhai…murah sungguh nilai nyawa Ummat Islam. Aduhai lemah dan hinanya Ummat Islam sekarang.
Di mana maruah kita sebagai Ummat Islam? Hina sangatkah kita?
Di saat saudara2 kita di Palestin dibantai dihenyak diganyang sesuka hati oleh si Israel celaka, kita di Malaysia masih terus bergelak ketawa riang gembira seperti tiada apa2 yang terjadi.
Ahh, aku apa peduli, sini bukan Palestin…siapa peduli??
Begitu ker sikap kita?? Apakah sikap kita?? Apa yang boleh kita buat??
Berikut ini disenaraikan beberapa usaha/perkara/tindakan yang mampu kita lakukan dalam membantu saudara2 kita di Palestin.
1) Bantuan tenaga dan diri
Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih hebat dari itu dari bantu dari segi fizikalnya…
2) Bantuan Harta
Bagi yang tidak mampu pergi, sumbanglah bantuan kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, kalau di UK kini cuacanya sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga kini berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius pada sebelah malam.
3) Bantuan Doa
Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskanlah berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut, kerana tentunya agak sukar untuk menghafal qunut Nazilah ini. Perbuata memegang kertas itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie, kerana anda tidak membuat pergerakan yang besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebentar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada pergerakan yang berturut-turut. (Download Qunut Nazilah Di Sini)
Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
4) Solat Hajat
Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman
Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan pula anda lupa untuk memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu yang lain.
6) Menulis
Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah, yahoogroup dan lain2nya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
7) Ceramah
Anda mampu ceramah? Berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda. Anda tidak semestinya seorang ustaz/ustazah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan/orang biasa pun boleh.
8.) Boikot
Boikotlah semua barangan Yahudi dan Amerika mulai sekarang. Hantarlah surat bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Kepada pelajar al-Azhar, kita harapkan agar anda dapat mengambil tindakan/usaha yang sesuai terhadap kerajaan Mesir.
Saya menyeru sekali lagi kepada anda semua agar, Marilah kita bersama-sama untuk ambil peduli tentang nasib saudara kita umat Islam di Palestin.Jangan dirasakan usaha kita ini sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:
Allah menyebut : Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu. Takbir!!!
ALLAHU AKBAR!!!!!
Pepatah mengatakan “Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya”. Setiap insan mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
seharinya.
Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
“procrastination” adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.
Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:
#1 : “Matlamat dikecilkan”
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!
Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan
#2 : “Tingkatkan kekuatan tenaga”
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.
Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.
Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.
Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.
Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.
Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!
#3 : “Suara positif”
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.
Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.
Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!
Mereka yang optimis akan…
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu masalah.
Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!
#4 : “Prinsip 80-20″
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!
Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?
Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam…
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.
Kemudian, berhenti! Ya… berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!
Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.
Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.
Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!
Oleh : Dr Irfan Khairi –> http://www.irfankhairi.com/
Komen Terbaru