Dec 01
Kongsi artikel ni di FB

BIAR BETUL!!!“, itulah perkataan pertama yang muncul dalam kepala otak aku bila terbaca tentang perkara ini. Syarikat Ramly Burger pun pakai DNA babi gak ker?

Mulanya susah aku nak percaya. Tapi bila lepas teliti surat-surat yang dilampirkan, lidah aku terkelu.

Aduhh…apa nak jadi la dengan dunia ni. Dah takde benda lain ker nak guna, sampai guna babi weyy? Apasal babi ni special sangat yerk? Asyik-asyik babi, babi, babi….

Aku dah lah suka makan hot dog brand Ramly ni…Uweekkk, bile teringat nak termuntah. Nampaknya aku kena buang habis semua stok yang ada kat dalam peti ais tu.

Sila Teliti Surat-surat berikut :

Continue reading »

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , , , , , ,

Nov 30
Kongsi artikel ni di FB

Dalam entri kali ni, saya nak kongsikan dengan anda 1 zikir mujarab yang sangat bagus untuk diamalkan. Zikir ini dinamakan dengan Bismillah Enam. Ada banyak kelebihan dan fadhilat zikir Bismillah Enam ni.

bismillah enam

Jadi, saya nak ajak anda semua untuk kita sama-sama hafal dan amalkan sebagai zikir harian kita.

Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau fadhilat Bismillah Enam ;

Continue reading »

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , ,

Nov 28
Kongsi artikel ni di FB

Salam Maal Hijrah 1433 buat semua pembaca blog ini. Saya doakan semoga anda sentiasa mendapat rahmat daripada Allah dan mengecapi kebahagiaan hidup. Aamiinn.

maal hijrah 1433

Sempena tahun baru Hijrah 1433 yang baru saja bermula ini, saya ingin berkongsi dengan anda 5 tips berkesan untuk melakukan perubahan diri.

Lakukan 5 tips dibawah ini dengan istiqamah, insyaAllah saya yakin sesiapa saja mampu berubah menjadi lebih baik.

Continue reading »

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Nov 24
Kongsi artikel ni di FB

Saya nak ajak kawan-kawan semua untuk amal baca semua surah-surah ini dengan istiqamah. Bacalah surah ini sebanyak mungkin setiap hari. InsyaAllah kita pasti akan merasai kesannya. Semoga Allah menilai amalan kita sebagai ibadah yang diterimaNya dan menjadi bekalan di ‘hari sana’. Aamiiin.

bacalah quran sebanyak mungkin

10 Surah Yang Banyak Kelebihan

Continue reading »

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Nov 24
Kongsi artikel ni di FB

Mengapa kita hidup atas dunia ini? Apakah tujuan dan matlamat hidup kita? Apakah maksud hidup kita? Apakah yang kita kejar atas dunia ini? Apakah yang patut kita lakukan sebaiknya atas dunia ini?

maksud hidup

Sama-sama kita fikirkan. Dan cuba hayati sajak di bawah ini. Mungkin anda akan dapat jawapan daripada persoalan yang dilontarkan diatas.

Sajak : Menuju Syurga Abadi

Masa terus berlalu pergi

Menghampiri ke hari mati

Tapi manusia leka dengan mainan duniawi

Terus enak dibuai mimpi

Mengejar dunia yang tidak pasti,

Sampai terlupa akhirat yang kekal abadi,

Allah dan Rasul terus kita sakiti

Maksiat bersepah sampi ke hujung negeri

Nikmat Allah langsung kita tak hargai

Muka tak malu mengaku Ummat nabi,

Dosa bertimbun tak tertampung dek lori

Tapi muka celaka boleh senyum lagi!

Boleh bergelak ketawa lagi!?

Biarpun dosa sebesar matahari

Biarpun dosa seluas langit dan bumi

Berkata dia dengan bangga sekali..dengan angkuh sekali

Nak buat macam mana tak sampi seru lagi

Katanya aku punya pasal mu jangan peduli

Continue reading »

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Nov 23
Kongsi artikel ni di FB

Melalui email-email aduan masalah rumahtangga yang saya terima. Saya dapati bahawa, salah satu punca utama konflik rumahtangga yang terjadi adalah disebabkan oleh sikap para suami yang TIDAK MENGHARGAI ISTERI selayaknya.

Soalan :

Boleh tak terangkan sebab-sebab mengapa seseorang isteri itu MESTI dihargai?

hargai lah isteri

Berikut ini saya senaraikan 7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.

Continue reading »

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Nov 22
Kongsi artikel ni di FB

(( Berita Hangat )) Pasukan Harimau Malaya menang bergaya melalui sepakan penalti 4 – 3 ke atas Indonesia walaupun berhadapan dengan gegak gempita sorakan lebih 100,000 penonton fanatik pasukan Indonesia dan tekanan psikologi.

Well Done Harimau Malaya. Harimau bukan sebarang Harimau, Harimau mari dari Malaysia. 5 GOL kita sudah tapau! Harimau Muda sudah jadi Naga!

Yeeiiyyyyyy! Hoorayy!! Malaysia Menang Beb!! :)

Walaupun aku bukanlah peminat bola. Tapi sebagai rakyat Malaysia, bila dengar berita Malaysia menang bola melawan Indonesia malam tadi. Aku bangga, aku suka dan aku gembira. :)

Anda bagaimana???

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Nov 22
Kongsi artikel ni di FB

Berdasarkan kajian oleh pakar rumahtangga dan perhubungan suami isteri, ada 5 tanda yang menunjukkan sesebuah rumahtangga itu goyah dan bakal musnah.

masalah rumahtangga

Mari kita check satu persatu apakah tanda-tanda tersebut.

Continue reading »

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , ,

Nov 19
Kongsi artikel ni di FB

Musim cuti sekolah sudah tiba lagi. Sepanjang cuti sekolah ni, setiap hujung minggu pasti ada saja jemputan kahwin yang diterima. Jadi tak hairanlah kalau orang kata, musim cuti sekolah ni ialah musim kenduri kahwin.

Paling dekat, hujung minggu depan (26 Nov 2011) ini, adik nombor 9 saya akan menamatkan zaman bujangnya. Dia lah orang terakhir dalam adik beradik saya yang akan kahwin. Yang lain semua dah beranak pinak. Tinggal dia jer lagi yang baru nak melayari bahtera rumahtangga. Cheewahhh.

Cakap pasal kahwin. Dalam entri kali ni, saya nak kongsikan 1 doa yang sangat bagus untuk diamalkan, khusus buat mereka yang sedang mencari calon isteri.

doa yang mustajab

Tapi sebenarnya, doa ni bukanlah terhad kepada kaum lelaki saja. Kalau orang perempuan nak amalkan pun tak ada masalah langsung. Sebab doa ni banyak kelebihannya.

Antara kelebihannya ialah :

 1. Allah berkatkan rezeki
 2. Lahirkan sifat rendah diri
 3. InsyaAllah dikurniakan isteri solehah

Ini doa nya.

Continue reading »

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Nov 17
Kongsi artikel ni di FB

Iman kita ni ada pasang surutnya. Masa iman naik, kita rajin sekali buat ibadah. Baca Quran la, solat sunat la, berzikir la, bersedekah la dan macam-macam amalan lagi yang kita lakukan.

Tapi kadang-kadang, iman kita jatuh merudum(mungkin dek kerana dosa-dosa yang kita lakukan). Masa iman kita lemah, kita jadi malas betul nak buat ibadah. Solat pun diakhir waktu, Quran langsung tak baca, zikir apatah lagi. Yang kita mahu waktu tu, ikut nafsu saja.

turun naik iman

Jadi, amat penting bagi kita untuk sentiasa berusaha memantapkan dan mengekalkan iman kita agar berada pada tahap yang optimum, meskipun pada masa tu iman kita jatuh.

Salah satu cara bagi memastikan iman kita menjadi lebih stabil dan kekal baik ialah dengan sentiasa menambah ilmu. Ilmu dapat ditambah melalui bermacam cara contohnya pergi ke majlis ilmu (dengar ceramah di masjid), menonton program TV yang baik (contohnya Tanyalah Ustaz TV9) atau kita juga boleh membaca buku-buku yang baik.

Selain membaca buku, kita juga boleh mendapat banyak info berguna dan ilmu bermanfaat dari pelbagai blog sekarang ini. Salah satunya ialah…. pastilah blog PakarHowTo ini.

Cheewahhh…. angkat bakul sendiri nampak? hehehe

Nak buat macammana kan. Tak ada orang nak puji blog kami ni. So, kami lah yang puji diri sendiri. Keh keh.

Ciss ekau ni tak tahu malu betul kan?

OKlah, disebabkan hari esok dah nak masuk Hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan. Hari yang doa dimakbulkan.

Maka, saya nak kongsi 6 Pesanan Ulamak Yang Penting untuk kita hayati dan amalkan bersama.

Continue reading »

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Switch to our mobile site

העלאת תמונות