Kongsi artikel ni di FBSalam hormat buat semua pembaca blog ini. Maaf lah sebab dah seminggu lebih saya tak update blog. Sejak seminggu lepas, saya sibuk tolong buat persiapan untuk majlis kenduri kahwin adik nombor 9 saya (Cikgu Masri) yang telah berlangsung pada 24 Disember 2011 lepas.
Saya balik kampung pada hari Khamis minggu lepas, dan kembali semula ke KL ni, malam semalam. Sejak berada di kampung, memang saya tak dapat nak online.
So, kepada yang hantar email kepada saya dan tinggalkan komen di blog ini, saya minta maaf sebab terlambat untuk reply email @ balas komen anda. InsyaAllah dalam masa sehari dua ni, saya cuba peruntukkan masa untuk balas email-email yang dihantar tu yer. Harap maaf.
InsyaAllah, mulai hari ini dan seterusnya, saya akan kembali aktif. Saya akan kerap update blog ni dan juga di facebook fanpage pakarhowto. Saya akan berkongsi pelbagai lagi info menarik dan bermanfaat dengan anda semua. Semoga apa yang dikongsikan sikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua, insyaAllah.
Dalam entri hari ni, izinkan saya untuk berkongsi dengan anda, beberapa keping gambar semasa majlis kenduri kahwin adik saya tu.
Please enjoy the pictures below… kay…
written by PakarHowTo
\\ tags: apa nak buat malam pertama, bahtera rumahtangga, bersilat, gambar kenduri kahwin, jemputan kahwin, kedua-dua mempelai, kenduri, kenduri kahwin, majlis kenduri kahwin, majlis sambut menantu, malam pertama, malam pertama pengantin, mempelai, menghadapi malam pertama, pengantin, selamat pengantin baru, silat, silat aki kilau, silat depan pengantin, silat pulut, walimatul urus
Kongsi artikel ni di FBLihat dan perhatikan FAKTA ini betul-betul. Mahukah lagi anda merokok selepas membaca fakta ini??? Lu fikirlah sendiri…huhuhu
- Harga rokok (purata) : RM10 (sekotak) x sehari
- Jumlah sebulan : RM10 x 30 hari = RM 300
- Jumlah tahunan : RM 300 x 12 bulan = RM 3,600
- Tempoh merokok (5 tahun) : RM 3,600 x 5 tahun = RM 18,000
Yaa, kalau anda merokok, dalam masa 5 tahun, anda sebenarnya telahpun MEMBAKAR WANG anda sebanyak RM18,000.
Itu baru 5 tahun. Kalau 10 tahun? Kalau 20 tahun…?

Maka…kesimpulan yang boleh dibuat ialah :
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: amalkan gaya hidup sihat, bahaya rokok, bakar wang, duit free, gaya hidup sihat, gayahidupsihat.my, jangan bakar duit anda, katakan tak nak pada rokok, merokok itu membunuh, nuffnang, photo contest, rokok itu haram, rokok itu membazir, sayangi nyawa anda, smoking kills, tak nak, tak nak rokok
Kongsi artikel ni di FBIslam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi :
- tempat kita meluah perasaan
- teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
- boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
- boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
- boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
- dan banyak lagi laaa…
Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!
Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?
Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: berkawan biar seribu, berkawan dalam islam, berkawan kerana Allah, cara untuk kekalkan hubungan, hubungan dengan kawan, jaga hubungan, kawan, kawan makan kawan, kawan sejati, kawan-kawan, kawanlah, panduan berkawan, persahabatan, sahabat, sahabat sejati, sahabat selamanya, tips berkawan, tips kawan, tips kekalkan hubungan
Kongsi artikel ni di FBMaaf, sejak minggu lepas, saya sibuk bebenar. Biasanya hampir setiap hari saya akan menulis di blog ni. Tapi minggu lepas, cuma 2 entri saja dapat saya kongsikan.
InsyaAllah dalam minggu ni, saya cuba untuk tulis setidak-tidaknya 3 artikel bermanfaat untuk anda semua. Nantikan…
Untuk entri hari Isnin ni, saya nak kongsi dengan anda 1 artikel dari rakan cyber saya iaitu WarkahSiber. Beliau adalah salah seorang penulis jemputan di blog PakarHowTo ini.
Entri ini ialah mengenai Orang Hebat Vs Orang Biasa. Jom layan tulisannya…
Takrif GAGAL: Orang HEBAT vs Orang BIASA
“Aduh, fail”..“Aaaah, rugi,rugi”.. “Gagal lagi”..

Itulah antara keluhan yang sering kita dengar apabila apabila kenyataan yang diharapkan bertukar menjadi malapetaka. Pastinya ketidaksampaian harapan atau ringkasnya GAGAL, baik dalam apa jua pekerjaan mahupun sebagai pelajar mencetuskan pelbagai perasaan. Kecewa. Marah.Bengang. Sedih. Putus asa. Paling memeritkan apabila segala wang, kudrat, masa dilaburkan namun keputusannya bukan memihak kepada kita. Terasa segala pelaburan itu bagaikan sia-sia sahaja.
Namun, apa sebenarnya erti GAGAL? Kenapa ada mereka yang mampu bangun dengan gemilangnya walaupun sebelumnya GAGAL? Dan, kenapa ramai lagi mereka yang GAGAL, langsung tak terbangun selepas kejatuhan mereka? Kedua-dua golongan ini GAGAL dan dilanda keperitan yang amat sangat, namun apakah yang membezakan dua golongan ini?
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: apa itu kegagalan, erti kejayaan, kata-kata motivasi, mengapa gagal, minda orang berjaya, minda orang biasa, motivasi pagi, orang biasa, orang hebat, petua orang berjaya, petua orang hebat, sebab gagal, takrif gagal, takrif kejayaan, tips jadi orang hebat, tips motivasi
Kongsi artikel ni di FBDalam memilih sahabat atau kawan, kita kena la pilih orang yang baik dan berkualiti. Sebab kawan kita tu nanti akan mempengaruhi perangai dan sikap kita. Kalau pilih kawan yang buruk perangai, sikit sebanyak perangai kita pun akan turut jadi buruk. Sebaliknya, kalau pilih kawan yang baik-baik, selalu pergi masjid contohnya, kita juga akan terikut-ikut jadi seperti kawan kita tu.
Tapi persoalannya ialah :
Macammana kita nak kenal seseorang itu baik? Macammana nak kenal seseorang itu berkualiti atau pun tidak?
Salah satu cara yang paling mudah untuk mengenali seseorang itu berkualiti atau pun tidak ialah, lihat kepada TUTUR BICARA atau PERKATAAN YANG DIUCAPKAN setiap hari.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari &Muslim).
Jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.
Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada 4 tahap, berdasarkan kualiti tutur bicaranya.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bagaimana untuk mengenali seseorang, bual bicara, cara nak kenal orang yang baik, cara pilih kawan yang baik, kata-kata, kata-kata hikmah, mengenal orang berkualiti, mengenali orang baik, orang berkualiti, perkataan yang diucapkan, pilih kawan, tips dalam perhubungan, tips memilih kawan, tutur bicara
Kongsi artikel ni di FBHari ni (Isnin 12 Dec 2011), aku cuti. Sempena birthday Sultan Selangor. Yehooo!
Selamat hari lahir yer Tuanku Sultan. Semoga tuanku panjang umur dan murah rezeki, serta dapat menjadi Sultan yang terbaik. Aamiinn. Terima kasih sudi beri kami cuti 1 hari
Disebabkan hari ni cuti, dan bini aku pulak kerja (sebab dia kerja di Kuala Lumpur, so tak cuti). Aku pun ‘bebas’ la satu hari ni, boleh buat apa saja di rumah. Hahahaha. Best best!
Apa kerja aku buat satu hari ni??
Banyak jugak la. Antaranya, layan facebook sampai nak termuntah. uwekkk…. keh keh keh
Sedang aku khusyuk layan facebook ni, aku terklik pada satu artikel @ kisah yang menarik perhatian aku. Tajuknya ialah “Kisah Benar Suami Yang Menyesal“. Disebabkan aku juga seorang suami, maka ini membuatkan aku terus membaca artikel tersebut, tanpa berlengah lagi.
Baca punya baca, aku pun tangkap ‘feeling’ la pulak. Habis meleleh air mata aku dibuatnya. huhuhu
 Gambar sekadar hiasan
Disebabkan aku rasa, disebalik kisah benar ini ada mesej yang cukup penting terutamanya buat para suami semua. Tanpa ragu-ragu lagi, aku kongsikan kisah benar tersebut.
Walaupun mungkin anda dah pernah membacanya di mana-mana, tapi aku rasa tak rugi untuk baca sekali lagi kisah ini.
Terlalu banyak iktibar yang boleh kita ambil daripada kisah benar ini.
Sekian, semoga ada manfaatnya.

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: ambil iktibar, ciri-ciri isteri solehah, isteri solehah, isteri yang baik, isteri yang solehah, kaunseling rumahtangga, Kisah Benar, kisah pengajaran, kisah suami isteri, kisah suami yang menyesal, kisah teladan, kisah yang menyentuh hati, panduan hidup berumahtangga, rumahtangga bahagia, saling harga menghargai, suami isteri, suami menyesal, suami yang menyesal
Kongsi artikel ni di FBSiapa selalu sakit kepala @ migrain? Kalau anda migrain, apakah yang anda buat untuk kurangkannya? Makan ubat? Telan panadol? Baring dan tidur? Ada tak rawatan alternatif yang anda pernah cuba?

Dalam entri kali ni saya nak kongsi dengan anda 1 cara rawatan untuk menghilangkan migrain mengggunakan ayat-ayat Quran. Ia adalah rawatan Islam yang berkesan dan mujarab insyaAllah. Dengan syarat, anda mesti benar-benar yakin pada keberkatan ayat-ayat suci al-Quran dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, Tuhan sekalian alam, yang Maha Pengasih.
So, bagi yang sakit kepala (migrain), sila cuba cara rawatan ini. Amalkan ayat-ayat berikut :
written by PakarHowTo
\\ tags: cara kurangkan migrain, doa kurangkan migrain, gambar orang sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala, jampi hilankan sakit kepala, jampi migrain, kurangkan migrain, kurangkan sakit kepala, mengurangkan sakit kepala dan migrain, migrain, rawatan alternatif, rawatan cara islam, rawatan kurangkan sakit kepala, sakit kepala, ubat migrain
Kongsi artikel ni di FBSalam hormat buat anda. Dalam entri kali ni, saya sekadar mahu mengingatkan anda semua. Jangan lupa untuk berpuasa hari esok (Isnin 5 Disember 2011) dan lusa (Selasa 6 Disember 2011) yer.
“Eh sebab apa pulak nak puasa esok? Apa yang bagusnya?”
Kepada yang tak tahu, atau mungkin terlupa, atau mungkin tak perasan, esok dan lusa ialah 9 dan 10 Muharam.
“Laa apa istimewanya 9 dan 10 Muharram plak?”
Untuk makluman atau peringatan, 9 Muharram disebut sebagai Hari Tasu’a dan 10 Muharram pula disebut Hari Asyura. Dan Rasulullah SAW menggalakkan umatnya (kita semua) untuk BERPUASA pada hari Asyura.

Mengapa kita puasa pada Hari Asyura?
Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: dalil puasa asyura, fadhilat puasa asyura, hadith nabi tentang puasa asyura, hari asyura, hari tasu'a, kelebihan puasa hari asyura, mengapa kita puasa asyura, puasa 10 muharram, puasa asyura, puasa dalam bulan muharram, puasa pada 9 dan 10 muharram, sebab kita puasa asyura, sebab mengapa puasa asyura, sejarah puasa asyura
Kongsi artikel ni di FBBismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Entri ini Suri hadkan pada yang berumahtangga sahaja hee.. If yang nak melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi pasti sahaja kalian boleh menuntut ilmu tu di medan perang ni eeee.. Hurm bagi yang muda belia baik kalian baca sambil lalu sahaja heee..
Sebuah rumahtangga yang bahagian pasti ada nilai-nilai yang selalu mereka terapkan dalam seharian kehidupan mereka. Apakah rahsia-rahsia kebahagian mereka. Ingin tahu lebih lanjut ayuh jejak penulisan Suri yang seterusnya.
- Peluk dan ciumlah pasangan anda kerana pasangan yang sering melakukan begini akan membuatkan hati pasangan anda merasa damai tiap kali di peluk erat pasti kasih yang bersemi akan mekar seiringan dengan ketulusan hati dan tanggungjawab.
- Usiklah pasangan anda takala dia sedang rancak berkata-kata. Anda apa lagi kuislah pipi pasangan anda, or hidungnya. Lepas itu larilah hee. Bukan ke manis cara gurawan sebegitu heeee..
- Urutlah pasangan anda tanpa di pinta. Bukankah ia merupakan salah satu perkara yang menyenangkan hati pasangan anda. Jika pasangan anda meminta seolah-olah anda akan beranggapan diri anda persis tukang urut ar pulak hee. Sambil mengurut sambil beristfar bukan ke bagus janglah asyik bercerita hal rumahtangga sahaja bosan deh..

- Bukalah telinga anda untuk mendengar segala bebelan pasangan anda. Ingat tanpa bebelan tu sebenarnya tidak mungkin sampai sekarang anda akan menjadi lebih baik dari sebelum ini hee.. Lihat sebagai salah salah satu contoh sahaja, tingkah-laku anda sebelum mengenali pasangan anda mesti anda seorang yang berat tulang dalam membantu dia menguruskan kerja-kerja rumah. Nah sekarang anda rajin. Maka sikap sebegitu harus di banggakan kerana bebelan dia kepada anda ternyata tidak sia-sia malah membuahkan hasil bukan. Itu menandakan bebelan pasangan anda ada kebaikannya dalam kehidupan anda dan pasangan.
Continue reading »
written by surihati_ku
\\ tags: cara menawan hati pasangan, kehidupan berkahwin, kemanisan hidup berkeluarga, tips rumahtangga
Kongsi artikel ni di FBSetelah saya post kan entri bertajuk “AWAS! Hot Dog Ramly Ada DNA Babi??” dalam blog ini semalam, saya menerima banyak email dan komen dari para pembaca. Ramai yang ingin mengetahui kesahihannya.
Ada pembaca yang begitu emosional dalam hal ini. Tapi tak kurang juga yang bijak dan berhemah dalam memberikan pandangan. Apapun, saya hormati pandangan dan komen anda semua.
Saya melihat respon yang diberikan dalam isu ini dari sudut yang positif. Ini menunjukkan masyarakat dan pengguna sekarang ini semakin prihatin tentang soal halal haram ni. Alhamdulillah, pada saya ini satu perkembangan yang baik.
Pada awalnya, sebelum saya post kan entri AWAS! Hot Dog Ramly Ada DNA Babi?? semalam, saya berasa ragu-ragu juga. Saya bimbang ianya akan menjadi fitnah dan mengakibatkan ada pihak yang akan teraniaya.

Tapi atas dasar prihatin dan memikirkan hak-hak pengguna, maka saya post kan juga artikel tersebut. Demi Allah, tidak terdetik pun di hati saya untuk memburuk-burukkan atau memfitnah syarikat Ramly. Tapi tujuan artikel tersebut ditulis ialah supaya pihak yang berkenaan dapat ambil perhatian dan memberikan penjelasan tentang perkara ini. Saya lihat begitu banyak kecelaruan yang timbul dikalangan rakan-rakan facebook saya mengenai isu DNA babi ini disebabkan tiadanya penjelasan daripada pihak yang berkenaan.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: dna babi dalam produk keluaran ramly, dna babi dalam produk ramly, isu dna babi, penerangan mengenai isu dna babi, penjelasan dari syarikat ramly, penjelasan dari syarikat ramly food processing sdn bhd, penjelasan isu dna babi, penjelasan rasmi ramly isu dna babi, penjelasan syarikat ramly mengenai isu dna babi, produk ramly food processing sdn bhd, syarikat ramly ada dna babi, ustaz rafizie, ustaz rafizie syarikat ramly
|
Komen Terbaru