Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Orang HEBAT vs Orang BIASA

December 19, 2011 By: PakarHowTo Category: Bebas, Info Berguna

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Maaf, sejak minggu lepas, saya sibuk bebenar. Biasanya hampir setiap hari saya akan menulis di blog ni. Tapi minggu lepas, cuma 2 entri saja dapat saya kongsikan.

InsyaAllah dalam minggu ni, saya cuba untuk tulis setidak-tidaknya 3 artikel bermanfaat untuk anda semua. Nantikan…

Untuk entri hari Isnin ni, saya nak kongsi dengan anda 1 artikel dari rakan cyber saya iaitu WarkahSiber. Beliau adalah salah seorang penulis jemputan di blog PakarHowTo ini.

Entri ini ialah mengenai Orang Hebat Vs Orang Biasa. Jom layan tulisannya…

Takrif GAGAL: Orang HEBAT vs Orang BIASA

“Aduh, fail”..“Aaaah, rugi,rugi”.. “Gagal lagi”..

Itulah antara keluhan yang sering kita dengar apabila apabila kenyataan yang diharapkan bertukar menjadi malapetaka. Pastinya ketidaksampaian harapan atau ringkasnya GAGAL, baik dalam apa jua pekerjaan mahupun sebagai pelajar mencetuskan pelbagai perasaan. Kecewa. Marah.Bengang. Sedih. Putus asa. Paling memeritkan apabila segala wang, kudrat, masa dilaburkan namun keputusannya bukan memihak kepada kita. Terasa segala pelaburan itu bagaikan sia-sia sahaja.

Namun, apa sebenarnya erti GAGAL? Kenapa ada mereka yang mampu bangun dengan gemilangnya walaupun sebelumnya GAGAL? Dan, kenapa ramai lagi mereka yang GAGAL, langsung tak terbangun selepas kejatuhan mereka? Kedua-dua golongan ini GAGAL dan dilanda keperitan yang amat sangat, namun apakah yang membezakan dua golongan ini?

Tuah? Usaha? Kebetulan? Banyak faktor menyumbang kepada kebangkitan semula orang yang HEBAT daripada keGAGALan. Antara faktor yang terbesar bagi mereka ialah takrifan GAGAL. Mereka menjadi semakin hebat selepas setiap keGAGALan kerana mereka memahami dan melihat makna GAGAL lebih HEBAT daripada orang BIASA.

Orang BIASA mentakrifkan keGAGALan sebagai ketidaksampaian hasrat dan impian yang dicitakan. Hurm, betul la kan? Namun, pentakrifan GAGAL oleh orang HEBAT ternyata berlainan dan lebih HEBAT. Orang HEBAT melihat keGAGALan sebagai maklumbalas tentang perkara yang tidak akan membawa mereka ke arah keHEBATan.

Renung sejenak kata-kata Thomas Edison yang gagal 1000 kali dalam mencipta mentol pertama di dunia.

“Saya bukannya gagal 1000 kali, tapi saya menemui 1000 cara yang tidak akan menghasilkan mentol”.

Keputusannya? Terciptalah mentol lampu pertama di dunia. Jika tidak kerana semangat beliau, mungkin mentol belum tercipta, dan mungkin kita masih menggunakan lampu minyak tanah sehingga sekarang.

Setiap kali ditimpa keGAGALan, orang HEBAT melihatnya sebagai jalan atau tindakan yang tidak akan membawanya mengecapi impiannya. Justeru, mereka tidak akan mengulangi perkara dan tindakan yang sama di masa hadapan. Yang betul diteruskan, yang salah dihindarkan. Lantaran itu, mereka semakin bijak mengatur langkah mengorak jalan ke arah kejayaan dengan hanya melakukan perkara yang BETUL dan HEBAT sahaja. Itulah yang dimaksudkan dengan keGAGALan sebagai maklumbalas atau “feedback”.

Melihat keGAGALan daripada sudut pandang positif menjadi nadi utama kebangkitan orang HEBAT. Biarpun terkesan emosinya, kuasa positif nyata lebih dominan untuk melonjak kembali semangat mereka untuk terus berusaha menggapai impian mereka. Berbanding orang BIASA yang melihat keGAGALan sebagai penamat kepada segala usaha mereka selama ini. Merasakan segalanya sudah musnah, mereka seakan takut untuk bangun kembali.

Orang HEBAT hanya melihat diri mereka sebagai GAGAL jika mereka memutuskan untuk tidak merealisasikan impian mereka. Apapun terjadi, segalanya dijadikan maklumbalas positif, dan tiada apa yang dapat memutuskan mereka dengan impian mereka kecuali diri mereka sendiri dan takdir Allah.

KeGAGALan di tangan anda. Jika anda putuskan sebagai keGAGALan, maka anda memang GAGAL. Namun, ingatlah, membina impian bukannya mudah. Rasulullah sekalipun memerlukan tempoh bertahun-tahun untuk membuka kembali Kota Makkah biarpun dilanda pelbagai ujian dan kekalahan. Usah pernah putus asa dengan diri sendiri dan rahmat Allah. Selamat berjaya dan sukses selalu!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

 

p/s- Anda orang hebat atau orang biasa-biasa saja??

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

5 Comments to “Orang HEBAT vs Orang BIASA”


  1. Salam,

    Selalulah berfikir positif….jangan berkata “gagal”, sebutlah “belum berjaya”. Untuk bangkit dari kegagalan, kita perlu dekat dengan diri kita sendiri. Untuk dekat dengan diri sendiri, kita kena ‘dekati’ roh kita. Fikir apa dia kemahiran dan kelebihan kita. Fikir apa perkara yang kita boleh buat lebih baik daripada orang lain di sekeliling kita. Fikir apa kecenderungan kita, fikir apa dia kekuatan diri kita dari segi kemahiran, komunikasi, tindakan, fikiran dan sebagainya.

    Motivasi terbaik untuk keluar dari kegagalan adalah dengan mendorong diri sendiri. Push yourself to the maximum!

    Orang lain tak akan mendesak diri kita, melainkan kita sendiri yang kena mendesak diri sendiri. Jika tidak, sampai bila-bila pun kita akan merasa sukar untuk keluar dari kegagalan.

    Dan tip yang terpenting, fikir mengenai siapa yang menberikan kekuatan diri kita ini, siapa yang menciptakan diri kita ini. Pencipta Yang Hebat yakni Allah SWT. Dialah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan. Dia Yang memiliki segala-galannya dan mintalah daripada Dia untuk segalanya. Setelah berusaha dengan kudrat diri kita, kepada Allah SWT lah kita meminta pertolongan untuk melengkapkan motivasi diri kita untuk bangkit daripada kegagalan. Ingat kegagalan dan kejayaan adalah milik Allah yang mutlak. Ingat cerita Nabi Noh, 950 tahun berdakwah dan cuma 83 orang sahaja yang beriman. Adakah Nabi Noh gagal? Tidak. Cerita Hijrah Rasulullah yang pertama ke Habsah, tidak mendapat nusrah, adakah Baginda gagal? Tidak, Allah berikan pertunjuk untuk hijrah kedua ke Madinah yang terbukti berjaya. Yang penting teruskan usaha, jangan putus asa dan selalu meminta daripada Allah Yang Esa. Waallahu taala aqlam.
    alhikmah´s last blog post ..Tiga Sumpah Rasulullah Sallallahu’alaihi Wassalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @alhikmah,
    Alhamdulillah, satu perkongsian pandangan yang sangat baik dan bernas.
    Terima kasih atas segala tips dan info berguna yang diberikan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Assalamualaikum…orang yang hebat juga adalah orang yang sentiasa bersifat dengan sifat sabar dan orang yang paling sabar ialah orang yang mampu mengawal perasaanya apabila dia sedang marah…wallahua’lam…
    jiwaislam´s last blog post ..SPR Akhirnya Setuju Penggunaan Dakwat Kekal Dalam Pilihanraya !!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. erti kata lain,jangan putus asa selagi belum berjaya

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Assalamualaikum..

    Ukuran hebat, gagal , berjaya dll berbeza pada setiap individu berdasarkan ilmu yang dimiliki serta apa yg diamalkan samaada untuk dunia atau akhirat. Seorang yang memandang dunia semata-mata /melebihkan dunia…memikirkan dan beranggapan bahawa kaya berharta, dikenali/disanjung, berjaya dalam pendidikan atau hidup serta impian adalah orang hebat tapi bagi seorang yang lebih utamakan akhirat/ keredhaan Allah s.w.t dalam hidupnya beranggapan dirinya berjaya jika dia tidak leka/lupa untuk sentiasa mengingati Allah, taat pada perintah dan larangan, merasa kedamaian jiwa /keresahan, dipermudahkan urusan2 , sentiasa merasa redha dan bersyukur dengan apa yang ada tanpa mengabaikan tanggungjawab dan amanah terhadap sesama manusia/orang disekelilingnya samaada dirinya sendiri atau keluarga/jiran/kenalan/masyarakat .

    Wassalam………

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11