Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBBaru-baru ini ada seorang pembaca blog PakarHowTo menghantar email kepada saya, mengadu tentang konflik rumahtangga nya. Beliau meminta saya memberikan pendapat.
Berikut adalah kandungan email yang beliau kirimkan kepada saya.
Salam. Saya ingin meminta pendapat saudara tentang masalah yang sedang saya hadapi. Saya tak tahu nak mula bagaimana. Saya dah bingung.
Begini ceritanya…
Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya dan suami sebaya. Perkahwinan kami baru masuk usia 2 tahun.
Untuk makluman saudara, ketika bercinta dulu pun memang kami sering bergaduh. Keputusan saya untuk berkahwin dengannya adalah dengan harapan agar dia boleh berubah. Namun apa yang telah saya fahami setakat ini, LELAKI amat sukar untuk berubah.
Saya sifatkan diri saya tidak sama seperti perempuan lain. Walaupun suami sentiasa berada di rumah, namun perhatian yang diberikan kepada saya agak kurang. Dia berada di rumah bukan kerana saya, tapi sifatnya yang tidak mempunyai kawan di luar menyebabkan dia mghabiskan masa di rumah kebiasaannya dengan bermain computer game.
Pada mulanya saya boleh terima. Tapi lama kelamaan saya naik bosan dengan dirinya. Bercakap hanya ketika perlu saja. Kebanyakan masalah berakhir dengan perselisihan faham. Saya tak faham dengan dia. Perangainya terlalu kebudak-budakan. Dia tak pernah nak beromantik dengan saya. Maksud saya disini dia jarang membelai, memeluk saya ( tanpa unsur sex ). Bila dia nak dia buat la, kalau nak peluk saja-saja jer tu, dia memang jarang lakukan.
Dia tak pernah menegur kesilapan saya on the spot. Dia suka simpan dan sebab dia simpan itu la akan menyebabkan dia melepas kemarahan dia dengan cara yang saya tidak suka. Ada ketika dia pernah keluarkan perkataan BODOH pada saya.
Saya terkilan. Sewaktu bercinta lagi, bila tiba birthday saya, selalunya dia memang tak ingat. Bila saya call nangis-nangis, dia boleh tanya kenapa. Saya suruh dia ingat tapi memang dia tak boleh nak ingat. Sampai akhirnya dia tensen dengar saya menangis dan akhirnya dia letak telefon. Dia off kan terus. Saya kemudiannya telefon dia semula tapi tak dapat. Saya call mak dia, baru dia angkat. Saya cakap hari ni hari jadi saya baru dia sedar. 2 tahun berturut-turut perkara sebegini berlaku kepada saya. Sampi lah sekarang ini, dah kahwin pun dia cuma wish jer. Itupun set alarm pada handphone. Hadiah tetap tak pernah ada. Saya agak kecewa.
Waktu saya sakit, pernah saya beritahu pada dia yang saya rasa macam nak demam. Tapi dia boleh cakap yang saya tidur lambat malam tadi. Saya tak faham kenapa dia bersikap begitu. Bukannya dia nak belai ker, belikan ubat ker. Saya dengar dia cakap camtu terus saya rasa sangat kecewa. Saya bukannya nak suruh dia dodoikan saya. Saya cuma nak dia beri perhatian jer. Pernah 1 malam tu tekak saya sakit. Waktu tu dia tengah main game. Saya tanya abang tak nak keluar beli gula-gula ker? Ada ker patut dia cuma suruh saya makan jer gula-gula cenderahati orang kawin yang rasa entah apa-apa tu dan terus dia main game. Saya memang terkilan masa tu kerana saya sebenarnya nak gula-gula strepsils.
Saya benar-benar buntu. Kebahagiaan perkahwinan yang orang cakap-cakapkan tak pernah saya rasai. Saya pelik. Dimanakah kebahgiaan itu?
Saudara, tolong lah beri penyelesaian dan pendapat terhadap masalah ini. Perlu kah saya meneruskan perkahwinan dengan lelaki yang seolah-olah tak ada perasaan ini? Atau lebih baik saya mulakan hidup baru?? Saya cukup terseksa jika tahun-tahun mendatang dia terus begini tanpa perubahan yang saya inginkan…
Harap saudara dapat membalas email ini…
Sekian.
Berikut ini adalah pandangan ikhlas saya. Namun terlebih dahulu saya ingin mohon maaf lah kalau bahasa saya direct to the point.

Adik,
Itulah dia asam garam rumahtangga. Nama pun perkahwinan. Jadi, anda kena tahu la apa tujuan kawhin? Ramai orang kita salah anggap bila dah kawin ni je, nak ubah itu, nak ubah ini. Sedarlah bahawa ia tak semudah itu sebenarnya…
Sebenar-benarnya alam rumah tangga ni adalah alam suai kenal pasangan. Waktu ni lah kita kenal hati budi pasangan kita (sampai nafas yang terakhir). Mengenali watak sebenar mereka. Sebab itu lah kalau dalam motivasi atau kursus perkahwinan banyak ditekankan ‘terima seadanya pasangan kita’. Maksudnya baik buruk pasangan kita, kena lah kita terima. Baik dari segi akhlak, tingkah laku atau sebagainya. Buruk pasangan, kita tolong cover, buruk perangai kita, pasangan kita pula yang cover.
Ikatan perkahwinan yang suci telah dibuat. Jadi, kena lah jaga kesuciannya dengan sebaik mungkin. Pasangan suami isteri patut saling melengkapi antara satu sama lain. Saling nasihat menasihati, saling berpesan-pesan. Jika suami tidak dengar, tidak mengapa, jangan mudah putus asa. Kita sebagai isteri juga tidak boleh la buat keras kepala juga, tidak mahu mengalah sama.
Itulah pengorbanan setiap pasangan perlu lakukan. Jangan dikata perkahwinan sendiri tidak bahagia. Jangan ingat perkahwinan kita tidak seperti perkahwinan orang lain yang dianggap lebih bahagia. Sebabnya kita pun tak tahu nasib pasangan lain. Malah mungkin ada yang lebih buruk dari perkahwinan kita pun. Setiap orang ada ujian tersendiri. Itulah pengorbanan yang perlu dilakukan apabila melangkah ke alam berumah tangga.
Dalam kes adik ni, saya rasa adik perlu banyak bersabar dan perlu berusaha lebih sikit. Kalau ikut hasil kajian mendapati, usia lelaki untuk berubah adalah sehingga umur 40 tahun. Andai sehingga lepas 40 tahun pun masih tidak boleh berubah, maknanya itulah perangai dia yang sebenar-benarnya sehingga mati.
Untuk ubah lelaki ni banyak cara dan pengorbanan yang perlu dilakukan oleh adik. Kalau adik nak apa yang adik hajatkan dari si suami, adik kena mulakan dulu pada diri adik. Contoh setiap kali birthday suami, wish la baik-baik pada dia. Buat tanpa jemu,tanpa mengharap pembalasan. Lakukanlah dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Sebab itu memang dah tanggungjawab si isteri untuk hiburkan hati si suami. InsyaAllah, jika dilakukan dengan istiqamah, walaupun nampak itu perkara kecil dan remeh, namun si suami pasti akan tersentuh jua suatu hari nanti. Kadang-kadang si suami ni depan isteri, dia tak nak tunjuk, tapi dengan kawan-kawan dia akan berbangga-bangga memuji isterinya.
Lagi satu, pada saya adik juga mungkin boleh hadiahkan buku-buku panduan bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Boleh juga adik cuba main tarik tali dengan suami. Contohnya, adik boleh la ‘umpan’ suami dengan sesuatu yang suami suka dan inginkan. Kalau si suami minat komputer, hadiahkan lah komputer canggih atau sesuatu yang berkait dengan hobi dan minatnya. Disamping hadiah yang diberikan tu, selitkan juga nota kasih sayang yang menzahirkan rasa kasih sayang suami isteri.
Langkah terakhir, adik boleh la cuba mengubah dengan menggunakan ibu bapa suami adik. Cuba untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa mertua tentang anak lelaki mereka yang masih seperti kebudak-budakan. Tapi perlu diingatkan, jangan la pula hentam atau condemn suami secara direct di depan mak atau bapa mertua pula. Sebab kalau silap langkah,silap cara adik mengadu, lain pula jadinya nanti.
Apa-apa pun, nasihat saya, janganlah ambil jalan mudah untuk berpisah dengan suami. Kerana itu tandanya adik adalah seorang yang begitu mudah berputus asa dan tidak yakin atas rahmatNYA. Bersyukurlah atas nikmat dan keseronokan hidup berumahtangga. Rasailah ‘asam garam rumahtangga’ yang terbina dengan hati dan perasaan yang terbuka. Jangan panik, jangan tertekan, jangan kecewa. Tenangkan hati, positifkan jiwa. Teruskan berdoa pada yang Maha Esa agar diberikan kekuatan untuk menjalani liku-liku kehidupan.
Semoga adik mendapat keberkatan dan kebahagian selamanya, insyaAllah.
Kepada pembaca-pembaca lain, kalau ada pendapat dan pandangan lain, sila kongsikan di bahagian komen di bawah.
Dikesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua para suami, curahkanlah kasih sayang anda kepada isteri sebaik mungkin. Kalau isteri sakit, cuba la urut-urut dan belikan ubat untuknya. Rajin-rajinlah berbual dan bertukar-tukar cerita dengannya. Kalau dia bosan, hiburkanlah hatinya. Sekali sekali, bawa la dia berjalan-jalan ke tempat yang dia suka. Pendek kata, suami kena la belajar jadi romantik untuk memenuhi *nafkah batin isteri.
* nafkah batin tu bukan hanya terhad kepada seks semata-mata yer, tetapi ia lebih kepada memenuhi keperluan emosi dan perasaan isteri.
Sekian, semoga kita semua dapat hidup bahagia di alam yang sementara ini.
.




















Satu perkongsian yang hebat!
Terima kasih Pakar Howto!
Dapat juga info-info berguna disini. ^__^
.-= Alessandro´s last blog ..Bermain Api = Bahaya?? =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
as Reply:
October 27th, 2010 at 11:36 pm
tensen ngn sikap suami yg mmg x penah cuba nk memahami hati isteri,ego yg tinggi…nk ucap maaf walau 1 kali pn susah…agung sgt ngn ego nya… hnya isteri yg kna bersabar byk…sabar setiap org pn ada had nya….bila ditegur payah nk terima, dia aja yg btul….klu 1 pihak asyik bersabar, berusaha tp klu lg 1 pihak asyik berbangga ngn diri n ego…emmmm….tepuk dada tnya la minda….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Lynne Reply:
February 13th, 2011 at 3:21 pm
@Alessandro,
suami semua harap isteri yg buat keja. mentang2 lah, sejak azali lagi isteri yang dikehendaki untuk memenuhi segala keperluan suami. yg herannya, zaman dulu, isteri x bekerja, so boleh lah jaga segala keperluan suami dari ujung rambut ke ujung kaki. msalahnya zaman sekarang isteri kebanyakkan bekerja, balik rumah kena masak, buat keja rumah, sedangkan suami balik rumah terus tengok tv, rileks. mana adil. x boleh ke dia tolong gak kita buat keja rumah. geram kdang2 tengok sikap suami, x masak ckp kita x bertanggungjawab. x faham ke orang pun penat blik keja…….!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum… hmmmm… bla dgr cite adik ni nk sy tau bp umur dia sbenarnye… tp dr cite yg sy bace sy rase adik ni terlalu muda… ada suami yg pyh nk lekat kt umah n pon bleh menimbulkn pertelingkahan… rupenyer yg slalu kt umah pn ade problemnye gk… papepn adik perlu bersyukur… cuba kurangkn perkara yg remeh temeh spt tu… adat brumahtangga xde yg x dilanda badai…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
saya sokong apa yang PHT nasihatkan tu.. hidup berumahtangga ni bukan semudah yang kita bayangkan atau harap2 kan.. sesungguhnya, bahagia itu kita yang kena bina dan cari bukannya harap pada pasangan yang beri..
sedarlah pasangan kita juga manusia yang ada kekurangan dan kelemahan seperti kita jua.. sewajarnya anda bersyukur kerana suami sentiasa ada dirumah dan ada didepan mata, ada seorang kawan saya suaminya jarang ada dirumah malah kaki perempuan.. bukankah itu lebih menyakitkan? suami entah pergi kemana, dengan siapa, buat apa.. sampai si isteri ni terpaksa jadi spy..
suami tak romantik tu masalah kecil je, lagipun adik berdua baru berkahwin 2 tahun ia masih dalam tempoh mengenal hati budi, peel dan perangai masing2..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ini cadangan dari saya,terimalah suami anda seikhlas hati anda mencintainya.dan jangan sesekali terlintas difikiran hendakkan pembalasan walaupun sekadar ucapan terima kasih.bila kita buat seikhlas hati,nah disitulah kita nampak sedikit sinar bahagia kerana cinta yang sejati adalah tanpa syarat.lagipun kan dia tu suami anda,dimana syurga terletak dibawah tapak kaki suami.redha suami redha Allah jua.
berkenaan hobi suami tu,mungkin anda boleh menyelami minatnya dengan join sekali main games dengan dia.disitu anda boleh mencipta suasana yang mesra dengan sesekali bergurau,dan bagi dia menang dan masa tu anda bolehlah manja2 dengan suami..explore lebih banyak tentang games yang lain dan berkongsi perbualan tentang perkara yg menjadi minatnya sewaktu makan ke,atau sewaktu menonton tv.
kalau boleh jangan lagi buat buat merajuk untuk tarik perhatiannya kelak kita yang sakit hati jika tidak dapat pujukan seperti yang diharapkan.perkara yang lepas2 berkenaan sikap suami spt lupa date penting,lupakan dan jangan diungkit lagi walaupun sekadar lintasan difikiran.selalu kenang perkara yg manis manis sewaktu bersama suami.
tunjukkan sikap romantik yg ada pada kita terlebih dahulu.lama kelamaan secara tidak langsung dia akan belajar dari kita macamana untuk romantik.dan ini pasti mengambil masa.anda kena sangat bersabar untuk tempoh ini.perkahwinan anda baru menjangkau 2 tahun.masih terlalu singkat untuk menilai apakah bahagia atau tidak perkahwinan anda.perlu ingat,bila suami sebaya kita,fikirannya akan 2 tahun lebih lewat untuk matang berbanding perempuan.itu salah satu sebab mengapa dia bersikap kebudak budakan.
pengalaman saya pun hampir sama dengan anda.malah suami muda setahun dari saya.mula2 tu memang bermasalah sikit dengan perangainya yng tidak matang,tetapi saya mengamalkan apa yg saya cadangkan pada anda diatas.alhamdulillah perkahwinan kami menjangkau 8 tahun,tanpa ada masalah yg serius.anda bertuah kerana suami jenis tak keluar rumah dan tak banyak kawan,maka peluang anda untuk mendekatinya dengan berhikmah insya Allah akan membuahkan hasil.saya berani kata begitu kerana suami saya pun jenis macam tu juga,tak ramai kawan dan lebih suka duduk rumah main games.dan dia juga tidak romantik dan tak pandai mempamerkan kasih sayangnya walaupun saya tahu dia sayang.buktinya,kita dapat lihat dari sikap tanggung jawabnya menunaikan nafkah zahir batin untuk isteri dan anak2nya.
lelaki memang selalu tunjukkan kasih sayang melalui tanggung jawab yg dipikulnya.jadi kita sebagai isteri hendaklah memahami dan mengasihi suami walaupun ada kelemahannya yang kita tak suka.
lastly,setelah berusaha spt yang saya cadangkan diatas,hendaklah bertawakkal dan berdoa pada Allah supaya suami lembut hati dan lebih bersikap terbuka terhadap anda.mengadulah padanya terutama ketika anda rasa tegang dan tension.itulah sebaik baik cara untuk kita release tension.hindarkan bisikan2 yang menghasut seperti rasa tak bahagia,berprasangka buruk pada suami kerana itu hanya bisikan iblis syaitan laknatullah yang sememang berusaha siang dan malam untuk meruntuhkan masjid yang dibina kerana Allah.
saya doakan semoga perkahwinan anda bersama suami kekal hingga ke hujung nyawa.amin…Jazakallah hu khoiron
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Zamura Reply:
June 23rd, 2010 at 6:51 pm
@saya sokong sungguh la apa2 pun usul yg menyejukkan…yg jelas kita yg pilih pasangan masing2 maka terima lah seadanya…dan perbaiki lah diri sendiri jgn cuba perbaiki pasangan anda kalau x kena gaya nya mudarat juga nanti….tip buat membalancekan emosi suami yg terok2 tu awak bagi la makan pil IQ or EQ yg lazimnya di gunakan supaya anak jadi pintar…..it works for some….asal niat tu baik dan dgn izin Allah..mudah2an berhasil hendaknya demi kebaikan bersama…jgn lah dok buat yg bukan2 mcm nasi kangkang dan sekutu syirik yg sewaktu dgn nya..yg Baik semuanya dari Allah yg kurang dari kita manusia yakni hambanya…..ooopss…pil2 tu di hancurkan dan di campurkan dgn minuman harian kopi atau teh,,,,elamat mencuba…salamm
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Lynne Reply:
February 13th, 2011 at 3:23 pm
@aziemy,
kenapa mesti isteri yg buat semua tu? suami mcm manalah? x kan x da inisiatif nak bertolak ansur dgn suami. jgn lah asyik menidakkan hak isteri, isteri pun berhak dpt layanan yg sepatutnya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aziemy Reply:
February 13th, 2011 at 11:25 pm
@Lynne, bukan ke yang bertanya masalah ni adalah seorang isteri?sudah tentulah pendapat yang diberi adalah cara untuk menyelesaikan masalahnya melalui sudut pandangan sebagai seorang isteri. memang isteri ada hak haknya dalam perhubungan suami isteri,tetapi andai sdri lynne punya suami seperti dlm masalah ini,adakah hendak diruntuhkan juga sebuah masjid semata mata untuk menegakkan hak yang sepatutnya isteri dapat? ingatlah,ini semua berlaku adalah ujian dari Allah swt yang mahu menduga sejauh mana keimanan kita sebagai hamba-Nya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Alahai PHT…
Sapelah adik yang mengada2 tu ek?
Nasihat saya pendek aje, GROW UP!
.-= BG´s last blog ..Ilmuwan Islan: Ibnu Miskawaih menitikberatkan permasalahan moral masyarakat =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
tasya Reply:
June 8th, 2010 at 2:35 pm
@BG, Salam. BG, jgn lah sampai kata adik tu mengada2. kadang2 itu mmg sikap lelaki yg mmg susah nak difahami. cuma, yg perlu kita tahu, setiap ujian atau kesusahan yg kita terima adalah sebab Allah nak bagi kita ilmu, pengajaran secara tidak langsung. yang kita tak pernah sedar nikmat dan hikmah dia. to be grow up, she has to learn, and u have to teach. the more u give, the more u get. tak perlu kutuk2.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
My simple advice:
Kebahagiaan itu datang apabila kamu memberi.
Buang perkataan “sepatutnya awak ….”.
Amalkan perkataan “sepatutnya saya yg….”.
Allah bersama dgn org2 yg sabar.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum..
Memang ada sesetengah lelaki yang tak romantik langsung..tak pernah belikan hadiah, tak wish birthday, kalau kita demam, dikatanya kita ni..biasa aje..tak demampun….dll. lagi..
Kepada pasangan yang dapat yang suami romantik tu ..bonuslah kiranya kepada mereka..
Saya ada kawan yang suaminya..langsung tak kisah isteri dan anak2..busy selalu..tapi rupa-rupa busy dengan pompuan lain, kalau dengan isteri..tak boleh tidur di hotel, kena berjimat dsb. Beritahu isteri kena out station, rupanya pegi tido dengan perempuan lain, anak muridnya pulak tu. Boleh je tidur kat hotel, siap beli bear besar lagi .. Kalau dengan isteri habis barang kemas digadainya, disuruhnya buat loan itu ini..rupa-rupanya buat belanja perempuan lain..Lepas tu, mulut tak boleh tutup, nak aje cerita apa dibuat dengan perempuan-perempuan tu….Kalau jadi macam tu, memang nangis air mata darahpun tak guna..kalau ikutkan nak tido dengan diapun jijik dibuatnya..
Bersyukurlah, saya rasa suami adik masih lagi yang terbaik..bersabarlah..insyaallah kita akan ‘biasa’ nanti dengan suami yang tak romantik ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
slm..setuju ng PHT..terima la pasangan seadanya n sentiasa berusaha utk buat dan bagi yang terbaik utk pasangan kita.insyaallah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hidup berumah tangga memang banyak ranjau dan duri…itu ujian Allah kpd kita…kena banyak bersabar…kawin diusia muda jg bukan alasan utk keruntuhan rumahtangga..sesiapa yg tahu menjaganya insyaalah akan kekal bahagia..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ya lah..tiada satu pun makhluk Allah kat dunia ni sempurna. kita harus sedar bukan mudah untuk mengubah orang lain. kita sendiri harus bijak mengikut rentaknya.
Saya dulupun sama. Awal kahwin suami mcm kayu. langsung x romantik. tapi kita yg kena pandai main peranan. Kalau masing2 diam, jawabnya sunyi sepilah. Bosan nanti.
Baru 2 tahun kahwin dah komplen mcm2. Cuba tanya mak ayah kita yang dah berpuluh tahun kahwin. Perasaan mcm tu asam garam dalam rumahtangga. Susah nak jumpa suami yang betul-betul mengikut citarasa kita masa anak dara dulu.
Pandai-pandailah belayar di lautan rumahtangga. Keputusan biar bijak. Jangan asyik melayan perasaan x puas hati tu. Dekat luar sana mcm-mcm masalah rumahtangga. Ambil lah iktibar. Bersyukurlah dengan jodoh kita. Doakan semoga dialah yang terbaik untuk kita..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam .saye simpati masalah yg dihadapi..mmg la sifat seorang wanita ingin kan perhatian, ingin di sayangi, ingin dibelai…. tapi bersabarlah..
saya juga sdh 2 thn berumah tgga.. alhamdulillah..walau tinggal berasign kn tuntutan kerja.. kami bahagia seperti psgn pengantin baru krn jarang2 jumpe..
nasihat saya… byk2 bersabar, ajak suami solat jemaah skali .. dan berdoa bersama.. baca al quran bersama… saya dpt rasakan itu lah saat yang amat bermakna saya dan suami..
elakkan perkara remeh – temeh… biaselah lelaki tak peka semua tu… saya sendiri pun .. suami lewat wish 2 hari besday coz silap tarikh..kelakar pun ade.. suami sendiri tak perasan baju yang saya pakai adalah pemberian hadiah darinye…
saya sendiri pun kaki game..huhu..sbb suami saya sering download game terbaru..itu hobi yg kami kongsi bersama-sama.
saya doakan rumahtangga saudari dirahmati dan dilimpahi kasih sayang dari Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ntah..susah nak komen…da tau at first place laki mmg camtu naper proceed kawen??tulah ppuan..kadang2 lemah..
bila i kuarkan statement nih..msti ade yg kata ” tak kena batang idong ko”…hmm…terpulang masing2..tapi at first place..spae suh kawen ngan laki tu kalo da tau camtu..kalo tak tau lainlahhhh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
NafNaf Reply:
August 14th, 2010 at 10:22 pm
@mw, Emmm… I have to agree with mw… itu reaksi pertama saya… Dari awal perkenalan dah mengetahui sikap pasangan dah macam tu… tapi tetap jugak teruskan untuk berkahwin… bila dah berkahwin, tentulah sikap tersebut masih kekal malah semakin banyak perangai2 yg sebelum ni tak ternampak, terserlah luas dan bebas kerana tiada lagik batasan dalam perhubungan.
To enter a marriage with the hope that your partner will change mengikut standard yang kita dah set dalam minda is very naive indeed and a very big mistake.
Apa tujuan adik setuju kahwin dengan dia dulu ? Walaupun adik tak puas hati dengan perangainya sehingga menangis2, tapi tetap jugak adik nak kat dia… Adik yg buat pilihan. Hanya dia yg adik nak .. jadi sekarang adik terimalah pilihan yang adik sendiri buat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamulaikum adik ..
tempoh 2 tahun masih baru utk sebuah rumahtangga.. Sebenarnya bukan senang nak membina dan mengisi sebuah perkawinan. Ketika berkawin kita tak boleh niat utk ubah sikap atau perangai pasangan kita, begitulah sebalik..yg boleh ubah diri kita adalah diri sendiri..seeloknya adik sendiri yg patut ubah diri dan sikap adik kearah yg lebih baik lagi. Bina diri utk jadi sorang isteri yg solehah, yg memahami kehendaki suami..yg pandai berinteraksi..Belajar mengenal minat dan kesukaan suami dan kegemaran yg bleh dikongsi bersama..dan jgn lekas buruk sangka ke atas suami. Alhamdulillah suami adik minat berada di rumah….mengapa tak jadikan anak sbg sumber membina keriangan di rumah..byk perubhan2 diri anak, keletahnya yg boleh dijadikan modal utk bermesra dgn suami. Cuba tarik perhatian suami dgn keletah2 anak…ramai wanita2 yg lebih merana bile suami tak betah langsung berada di rumah..
Jgn terpengaruh atau jadikan filem, drama atau novel romantik utk mbandingkan diri suami dgn hero2 cerita2 cinta..x semua lelaki atau wanita yg reti nak kasik2 bunga, kek atau hadiah sewaktu harijadi..tak semua suami yg suka nak pegang2 atau pelok2 isteri waktu bjalan2 di tmpt2 awam. itu semua bukan mengambarkan hati & perasaan seseorang. Apasalahnya adik yg memberi hadiah, kek atau apa termampu kpd suami ketika hari2 istimewa…insyaAllah suatu ketika nanti perbuatan adik itu akan membuatkn suami belajar sesuatu utk member i pula kpd adik, wp ia memakan masa lama namun itulah hakikatnya, manusia tak sama.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam dik,
bykkan bersabar..suami tu kurnian dari Allah buat kita and dia lah yang terbaik buat kita inshaAllah.
Buat pengetahuan adik, perkahwinan akak baru masuk tahun yang ke4 alhamdulilah. suami akak pun mempunyai hobi yang sama macam adik..masa mula2 kawin tu jenuh jugak pikir macam mana nak tarik perhatian dia supaya tak melekat kat PC je..so akak pun joint la activiti yang dia suka buat..contohnya main games sekali pastu layan movie sama2..best..
Yang pastinya adik kena berusaha untuk buat activity bersama2…cuba pikir2 kan..insyaallah
sama2 lah kita berusaha..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hahaha…mcm sama jelah ngan suami aku…cuma x penah la cakap bodoh kt aku…masa baru kawen bengang jgk skrg ok je,..mmg ada lelaki mcm tu…tp skrg dh bnyk berubah sebab aku yg start dulu buat2 romantik kt dia…:)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam dik,
akak dah kawin..akak baca cerita adik ni .. akak nampak masalahnya sejak belum kawin….
cuba adik imbas balik apa punca first sekali pasangan adik tu jadi moody semacam mengalahkan orang alahan mengandung tu…
daripada pengalaman la kan… laki akan jadi moody kalau permintaan dia isteri tak tunaikan..may be ada yg dia pendamkan dalam hati dia..may be adik pernah ignore satu permintaan /pengorbanan yang dia nak adik lakukan utk dia tapi adik tak buat…
perangai pasangan akak berubah lepas akak penuhi apa yg dia nak..permintaan tu mmg memerlukan pengorbanan yg terlalu tinggi..tapi lepas akak buat je… dia terus kurang marah dan jadi romantik sgtt.
adik cuba laa try tanya dia…. face to face and suruh dia cakap je apa perasaan dia tanpa perlu ditapis atau dikritik oleh adik…adik diam..terima apa je yg dia cakap dan pergi kat satu tmpt yg sunyi dan cuba fikir macam mana cara terbaik utk penuhi impian dia terhadap diri adik yg adik tak tunaikan atau anggap remeh..
ehehe….before buat apa yg dia nak tu..somi akak salu marah2..mooody tak tentu pasal..tapi bile akak buat permintaan dia…dia happy giler and jadi romantik….
and last skali…tempat paling baik nak minta ialah kepada Allah..nangis kat Allah…minta dia tolong tunjukkan jalan yg kita tak pernah nampak…..
cuba la….selamat berjaya!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
@anonymous, terima kasih sahabat atas perkongsian pandagan anda disini.kami amat menghargaiinya sekali
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,,
adeQ! akk pon sme la mcm adeQ….
suke dmanja,, mungkin sbb ank tunggal kOtt…. dlu mk abah slalu mnjekn akk…..
tp dpt pulak suami yg jenis xromntik…..
bru 2 bulan kwen…. nangis2 bile ngadu kt die,,, sbb rse cm kurg kasih syg jeQ,,,
susah la die nk brubah………….susah sgt2………………..kapel ngn die 5taon…. dlm mse 5taon tu dkt 100 kali gdo psl bnde nie,, die xromantik, jdk cm kite nmpk die xsyg kite….. wlpon gdo byk kali, die ttp xberubah…… tp xpe,, mgkin pas kwen die akn berubah! akk silap,, pas kwen pon die ttp same…..
tp akk try cara lain!
akk manjakn diri die dlu,,
buat die mcm budak2…..
bile die da rse mnje + puas ati ngn layann kite,, otomatik die pon akn mnjakn diri kite tnpa kite pakse,,, da nmpk perubahn pd die sket2….
kt umah dah mule nk peluk2…. mse mule2 kwen,, lgsg xromantik pon…. pdhal, mule2 kwen la kne bromantik2 kn??? hukhuk~ ape nk buat,, dpt suami xromantik….
dulu die pggil akk dgn pggilan name jeQ,, then pas kwen akk biasekn pggil diri dgn pggil die syg….. die pon da trikot2 pggil akk syg….. dlu mse bcinte,,, akk soh die pggil akk syg,, die xmo lgsg… geli katenyer….
betol la,, pkwenan nie mmerlukn kesabarn n tolak ansur… akk nk die mnjekn diri akk, sO akk kne mnjekn diri die dlu…..
die anak yatim,, sejak kecik da xde mk… jdk, idop sndiri d perantauan + kurg kasih syg mk…. bile da besa, ati kering,,, dgr pkataan manje pon die xsuke….jdk akk kne phm die n latih die sket2,, xsusah pon,, cume jgn pakse…. laki nie xsuke dpaksa…kne buat slow2…. lame2 die akn ok n boleh ikot rentak kite,,, ^_^
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
naem Reply:
July 19th, 2010 at 5:09 pm
@intan,
salam,thanks utk tips ni. baru je kahwin tapi selalu perasan sndri yang suami xsayang la itu la ini la. mungkin jenis dia xsuka tunjuk dengan perkataan.
nampaknya kena memberi dulu la sebelum menerima. hehe
ikhlas memberi tanpa mengharapkan balasan
semoga rumahtangga kita semua dilimpahi rahmat Allah
bahagia sampai syurga hendaknya
Amiin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aku pun nak jugak coment kat sini, tuan rumah. sy dah kahwin masuk 10 tahun pun x dapat memahami sifat lelaki ni… banyak bersabarlah.. dulu saya memang berharap agar laki saya terbuka hati duduk rumah lepas habis kerja.. kebiasaan balik kerja jam 12 t malam tak pun pukul 2 pagi.. aku tak tau dia buat apa selalu balik lambat… memang sedih sgt2.. anak dah masuk 4 dah..emmm, dah nasib gitu nak buat mcmamana aku terima laa, setakat ko sakit tekak tu boleh pegi beli sendiri ubat tu, lgpun aku dah biasa berdikari semua buat sendiri laaa… tapi aku suka buat tu semua sendiri, org ckp aku ni berdikari la… emmm setakat suami x romantis.. hahaha biasalah tu tuan rumah.. org laki ni mana tau nak romantis bila dah semakin umur dah lanjut tu… yang saya tahu sekarang… saya mampu bersabar dan saya terima dia dengan redha… setiap kesabaran tu menti akan dibalas dgn kebaikan yang kita tidak ketahui.. sekian
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
orang lelaki kalau dah cam tu,kita nangis pun dia tak faham apa2.last2 kita juga yang kena pujuk diri sendiri akhirnya.cuma bersyukurlah pada allah sebab dia suka memerap di rumah.kalau dia asyik habiskan masa di luar dengan kawan2 lagi bahaya.suami ni bergantung pada kawan juga,kalau kawannya baik insyaallah dia baik.tp kalau nasib tak baik berkawan dengan kaki dangdut ke tak ke haru.saya berjauhan dgn suami hampir 3 tahun kerna suami di rantau teluk.dia tinggal bersama kawan2nya dan perangainya dah banyak berubah kerna dipengaruhi kawan2nya.setiap kali balik sesekali bergaduh yang banyak.dengar kerja loaded tp duit diberi ngam2 pada saya.entah apa dia buat saya sendiri tak pasti.bila ditanya akan mengamuk dan ugut berhenti kerja.sepanjang ketiadaannya sakit pening saya tanggung sendiri,menghantar dan mengambil anak di asrama setiap hujung minggu sedangkan saya tidaklah mahir membawa kereta.saya berkahwin hampir 18 tahun dan perangainya cam tu juga…bahkan yang memeningkan kepala suami terlebih cakap dan gemar mengugut saya.lagi pening dari suami yang pendiam.sekarang saya berserah pada tuhan akan jodoh ,ajal dan maut.lelaki ni kalau terlalu diberi fokus dia menjadi mua dan jangan lupa cinta pada allah lebih bahagia,allah memahami dan menjaga kita lebih baik dari apa yang suami kita tak faham dan tak jaga.saya banyakkan berzikir dan berdoa dan solatlah sebanyak mungkin samada wajib atau sunat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam… Perkahwinan sememangnya banyak dugaan…dan memang benar Allah menciptakan kita berpasang-pasangan.
Memang perasaan sedih itu wujud apabila kita mengharapkan pasangan kita ambil berat/tahu tentang diri kita tapi sebaliknya… Apa yang Mama biasanya lakukan ialah tenangkan diri…berfikir dan bersabar serta berdoa pada Allah semoga satu hari /lama kelamaan suami akan faham …
Ada waktunya mama akan utuskan SMS pada suami ..tapi dengan bahasa yang tidak menyinggung..bahawa mama terkilan apabila tindakannya..begitu begini…dan dalam SMS/MSG yang terakhir Mama pasti selitkan bahawa ..apa yang Mama harapkan ialah kebahgiaan dunia dan akhirat bersama suami…Mama ingin jadi isteri yang solehah dan mengharapkan kasih sayang dan perhatiannya dan semoga dia faham…. dan mama juga pastikan mama tuliskan perkataan ” I love U” atau Mama dan anak2 rindukan dier selalu.
Mama juga mengajar suami romantik… Bila ada disampinnya dan anak2 mama akan membelainya..peluk.. dan pegang tangan sambil senyum dan sesekali merenung matanya… Alhamdulillah… lama kelamaan setelah 6 tahun berkahwin… suami sendiri faham dan secara tak langsung saumi sendiri ada ketikanya apabila mama buat2 sibuk …diamkan diri…suami akan bertindak romantik… Sebagai isteri…kita harus mulakan…. ajarkan.. disamping sertakan dengan doa… buat secara berterusan…
Satu lagi petua yang mama boleh berikan supaya suami boleh berubah… amalkan mohon maaf padanya sentiasa… kalu dapat setiap malam…atau setiap kali bila kita terasa hati dengannya… biarpun mungkin kesilapannya…. jika jauh bagitau melalui telefon atau SMS… Sayang/Mama ..minta maaf jika ada buat salah pada abang/papa… Amalkan selalu Insyaallah… Dengan izin Allah suami akan berubah…
Semoga adik banyak2 bersabar dan amalkan apa yang telah PHT serta rakan2 disini sarankan… Semoga Allah merahmati kita semua…
Wassalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam….
menarik perbincangan ni…tp sy tengok kebanyakannya bermula drp suami x romantik kpd romantik…bagaimana pula kalau time bercinta n 3thn pertama kawin suami romantik…tahun ke 4 dh hilang perasaan syg, cinta, romantik, nafsu pd isteri?nk buat cmane 2?boleh siapa2 kasi tips utk kembalikan semula perasaan kasih syg + nafsu suami kpd isteri??
bnyk cara isteri guna utk tarik perhatian suami…bermanja2 spt biasa namun suami kata segan mesra2…isteri suka suap2 suami, suami kata mengada2….isteri suka sental2 bdn suami (sekiranya mandi bersama) tp suami kata semua 2 boleh buat sendiri…cmane nk praktikkannya?skrg hbgn suami isteri makin hambar….
mungkin jugak suami terpengaruh dgn rakan2 sekerja kerana masa bnyk dihabiskan dgn rakan2…(suami isteri tinggal berasingan krn tuntutan kerja..hanya wiken bertemu)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
syukurlah adk klu jd mcm akak n suami x pernah lekat kat rmh.ct kerja ja p lepak dgn kwn2 sampai subuh bru bk. perangai dia serupa mcm suami adk x pernah peduli dan ingat apa2 pun hari istimewa akak. akak ja sentiasa ingat dr hal dia sampai ank2. tp akak syukur anak2 selalu ingat hari2 penting akak spt bday la…..dll. klu ada kat rmh ja mesti maki hamun ja keluar dr mulut dia ada ja x kena dlm rmh tu yg akak buat. akak masak bru tengok belum rasa dah ckp x sedap. lg hati sakit… x taw nk buat apa sbar aja minta allah bg petunjuk.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sy setuju sgt dgn nasihat PHT dan azeimy. Sy pun alami situasi yg lebih kurang sama dgn adik.Kami bernikah 1 thn lebih. Suami xde rmai kwn dan lbih suka duk kat umah main game.Mula2 mmg terasa spt x diendahkan dan kurang diberi perhatian, tp lama kelamaan bila sy cuba menyelami hati suami baru sy fham dia main game tu semua nk release tension, lupakan masalah bisness dan hutang.Dia xnak luahkan dan mengadu kt sy coz xnak sy susah hati. Sy pun kdg2 rasa sedih coz x dpt apa yg sy harap2kan dari suami (pelukan, belaian, pujian, kata2 cinta, ucapan lahir).
Konsep yg sy cuba amalkan adalah kita perlu memberi dahulu sebelum menerima.Isteri kena mulakan dulu..Sbg isteri berikan perhatian, ucapkan ayat2 cinta, belai peluk, tunjukkan kasih sayang, ambil berat akan suami.Sama2 join dgn suami main game.InsyaALLAH lama2 dia akan terasa malu dgn kebaikan kita.Alhamdulillah syukur…skrg suami menunjukkan perubahan. Dan yg paling pnting skali snts berdoa dan bertawakal kpd ALLAH…Dia Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segalanya…Allahuakbar!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aslkm wbt..sy blm bkahwin, tp sudah mula membaca perihal mereka yg sudah berumahtangga utk persiapan dan panduan diri (bercadang melangsungkan pernikahan pd bln Nov nnt)..
Jujurnya, sy mengharapkan sesuatu yg ‘luarbiasa’ dari tunang. Caring, romantik, etc etc. Dari 20 senarai yg ada, mungkin hanya ada 5 atau 6 sahaja yg kena pada dirinya. W/pun demikian, itulah yg kt highlightkan..Jika kt xdapat apa y kt hajati, bersyukurlah dgn apa yg dimiliki..Jika kt rs dia blm sempurna di mata kita, blm tentu lg kt sempurna di matanya..Terima dia seadanya..Terima diri kita juga seadanya. Jika perlu, kita berubahlah..Berhijrah diri.kan hijrah itu perubahan yg baik?mgkin dia jg akan berhijrah seiring dgn perubahan diri kita..InsyaAllah..
Sy tdk tahu bentuk ujian yg akan Allah beri pada sy kelak tatkala mendirikan rumahtangga. Tapi, satu doa yg sering saya amalkan:
Rabbana hablana min azwajina wadzurriyatina qurrata a’yun waj’alna lil muttaqina imama. Ya Allah, kurniakanlah kami pasangan dan anak2 yg menggirangkan hati kami dan jadikanlah kami ikutan bg org2 yg bertaqwa..(QS. 25 : 74)
…….amiin ya rabbal ‘aalamiin……
Lagi satu..ingat. Tiada daya dan upaya yg datang melainkan dr Allah Yg Maha Tinggi dan Maha Mulia. Kita disahut menyebut La haula wala quwata illa billah apabila ucapan ‘hayya ‘alal solah’-’ marilah bersembahyang’ (azan) dilaungkan. Jemaah yg pergi pun tiada daya utk pergi kecuali atas izin Allah yg menggerakkan hatinya utk berjemaah. Justeru, kt dan dirinya takkan mampu berubah tanpa izinNya..Jadi, selepas berusaha, bertawakkallah. Ingat, La haula wala quwata illa billah.
Apapun, setiap perkara yg baik atau buruk sekalipun yg berlaku dalam hidup kt sebenarnya mempunyai hikmah yg tersembunyi. Bersabar..dan terus merintih kepadaNYA. Itulah BAHAGIA yg sebenar..
‘Alaa bizikrillaahi tathma’innul quluub..Ingatlah, hanya dgn mengingati Allah jualah, setiap jiwa akan menjadi tenang…
Wallahu’alam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sekadar berkongsi..mungkin ada sesuatu yang boleh mengubah persepsi kita..
Klik untuk baca “suami pendiam?”
http://keretamayat.blogspot.com/2010/07/suami-pendiam.html
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam semua… wah, x sangka post ni dpt komen yg agak byk juga.. sbnrnya klu korg nk tau sy ler pghantar emel trsbt. haa, ad yg ckp sy mngada2 eh.. aduh sedapnya mengata..
sbnrnya mcmnila ye, sy dh wat apa yg disarankan. cuba beromantik dgn dia. emm okla dia bleh romantik jgk.. tp bila mlm dia akan cari game jgk. dia x main game yg stakat super mario tu. dia main yg online, leh lwn ngan org 1 dunia. so sy xleh join melainkn ad 2 brdband. tp sy pn xkn main rsnyer. sbb game tu yg dasyat2. bkn game tahap ‘patung2 barbie’..
stiap kali hari jd dia sy akan wish tpat jam 12mlm. dr bcinta lg.. pastu sy akan bg adiah. ms dh kawin ni siap belikn kek. ok la, dia wat benda yg sm bila tiba birthday sy ( ms dh kawin ni la. ms brcinta dulu haram ). wlupun sy tau dia buat sbb nk bls ap yg sy wat pd dia..
belikan buku ttg perkahwinan? alahai, dh brp buku sy beli. tp dia x bc pun. sy igt lg sblm kawin sy pnh beli buku utk mnjadi suami yg terbaik. buku tu elok je dlm almari. bila dh kawin sy beli buku lain dia ttp x bc gak. br sy tau dia bkn seorg pembaca. emm, mgkn sbb ni dia x byk pgthn ttg prkahwinan.
kdg2 sy geram kerja2 di rumah dia sukar nk bantu. smua ny kna disuruh br brgerak. dh gerak buat plak x sempurna. skali 2 xpe.. sy leh sabar. ni dh tiap2 kali. mau aku x ngamuk!
ni plak mslh trbaru. mslh batin. pernah bbrapa kali swaktu bersama alatnya mnjadi lemah. sy terkejut. pnh sy srh wat rwtn spt urut & sbgnya. tp dia ckp xpe, bleh lg ni. abg cuma penat jekk.. itu lah lelaki kn. ego x brtempat. klu dia sorg laki yg menitik beratkan soal tggjwb sudah tntu dia akan cuba utk mmperbaiki kelemahan nya x kira dr segi batin mahupun zahir. apa lg aku nk kata?
sy pnh ambk kptsn utk putus dgnnya bbrp kali sblm kawin dulu. tp jauh disudut ati rs x perlu. apath lg mak sy say NO. Mak sy juga pnh ckp yg dia mgkin akan berubah stelah berkahwin. emm, tu lah yg sy harapkan.
sy akui, ini kesilapan sy sndiri. kpd mereka diluar sn yg sdg hangat bercinta, klu rsnyer psgn anda tidak sesuai jd berpisah sajalah. jgn harpkan perubahan selepas perkahwinn krn ia sesuatu yg agak mustahil. ms bercinta blh putus lg, org x mengata. dh kawin klu nk brcerai mmg peritla. apatah lg dh ada anak ni.
sy mmg sdg berusaha utk mnjadi yg trbaik. skrg bert bdn pn dh turun. sy trnkan brt bdn utk suami. dgn hrpn dia kan mnyayangi sy. ntahlah.. teruskan sajalah usaha yg patut.
lg byk sy tulis lg org myampah. ad lg yg kata sy mengada kang. nk wat camne, rumah tgga kt org x tau. yg rs kita. so kita jelah yg tau. kpd yg dh beri advice tu, thanks a lot. sy akan jdkan panduan utk meniti khidupan yg penuh ranjau ini.
doakan sy akan bertemu kebahagiaan yg sy idam2kan. amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]