Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBLagi aduan masalah rumahtangga yang saya terima melalui email. Seperti saya katakan semalam, saya tak mempunyai banyak masa untuk menjawab setiap masalah yang diadukan kepada saya. Justeru, saya meminta jasa baik rakan-rakan pembaca setia blog ini untuk memberikan pendapat masing-masing terhadap isu yang diketengahkan.

"Tu lah orang pompuan, asyik-asyik nak merajuk..."
InsyaAllah bila ada masa nanti, saya juga akan memberikan pendapat peribadi saya mengenai masalah ini.
Berikut adalah kandungan email yang saya terima dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Lia’, pada 13 Julai 2009 kira-kira pukul 9.08 pagi.
Assalamualaikum….
First, maaf kalau kedatangan email ni mganggu pakar. biasalah hari isnin ni hari org bz bekerja..Tiada tempat untuk saya mengadu dan taktau pada sape sy nakluahkah. kadang2 saya tak mampu nak hadapi sorang2.makin hari makin gelap saya tak nampak apa2 haluan untuk saya meneruskan kehidupan. badan saya makin lemah makin tak bertenaga. pakar apa perlu saya buat?
Nak memulakan cerita masalah saya tak tau dimana perlu saya mulakan. apa yang perlu saya lakukan untuk kembali kekuatan dalam diri saya untuk kembali semangat dalam diri saya yang makin hari makin lemah.sampai ada terlintas untuk tidak mahu meneruskan kehidupan lagi.
Pakar,
Saya telah memberi sepenuhnya hati, sayang saya pada seseorang. 5 tahun kami bersama. hubungan kami amat baik dan saya jugak akui die sangat baik.dan saya tau die skrg banyak masalah. masalah keluarga, kerja dan macam2. banyak apa yag dicakap skrg melukakan hati saya.Pakar,
Saya tak boleh hidup tanpa die.saya akui sebelum ni, die memilih saya atas dasar simpati sebab saya terlalu sayang pada die. skrg die banyak ungkit apa yang die lalukan atas sebab saya yang memaksa die. die kawin dengan saya sbb saya paksa die, die buat apa2 untuk saya die cakap sebab desakkan dari saya.die kata saya kongkong die ,sebenarmya saya xda niat nak buat mcm tu.Ada suatu hari saya tegur die pasal die terlalu lebihkan kawan2 die. lepas daripada itu die lain.memang tidak dapat dinafikan segala2nya untuk kawan2 die.saya tau dari dulu lagi die memang suka lepak2 dengan kawan2 sampai pagi.sampai tak balik rumah semata2 bersembang2 dengan kawan2 di kedai makan.
Kenapa dia tinggalkan aku sendirian...?
Pakar,
Die selalu cakap saya hancurkan hidup die .die nak mcm dulu macam sebelum die kenal saya.die nak jadi diri die yang dulu.dia kata semua jadi berubah semenjak die kenal saya. die minta saya tak paksa die berkawan. saya tak pernah halang die pakar. cuma adalah masa gaduh2 saya ungkit pasal kawan die. tak dapay di nafikan pantang untuk saya kutuk kawan die. dia akan kata terasa macam saya kata die.Pakar, saya cuma untuk berdikari tanpa die.tapi tak dapat.lagi saya pendam lagi kecewa hidup saya. saya cuba kuatkan semagat dengan gembirakan hati saya, tapi lagi saya buat suka2 lagi deras air mata saya keluar. tipa2 hari saya menangis.
Pakar,
Teruk sangat ke saya ni?sampai die kata saya hancurkan kehidupan die..saya patah kan semangat hidup die.saya tahu die baik..kehidupan die adalah untuk kawan2. die selalu cakap kalau tak kuar jumpa kawan die seolah2 tiada kehidupan. mmg die baik tak main perempuan. pernah dulu2 die cakap tak best kuar pada suatu hari sbb kawan die bawa kawan perempuan.Pakar,
Adakah bagi lelaki kawan adalah segala2nya?betulkah lelaki tak boleh hidup tanpa kawan?betulkan lelaki tak suka kita mengata pada kawan die?Pakar,
Saya kecewa sangat..taktau nak luahkan pada sape..teruk sangat ke saya ni menceritakan rumah tanga saya pada org lain?saya tak mampu dah pendamkannya.Pakar, apa perlu saya lakukan???
*Mesej dari Pakar*
Saya sangat mengalu-alukan apa jua komen dan pandangan daripada anda. Saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pemberi komen. Jasamu dikenang! hehe
** Anda suka blog ini? Rekemen la blog PakarHowTo ini kepada kawan-kawan yang lain di sini! ** |




















hai lia..sy simpati ngan masalah lia..ok,skang memang lia buntu,lia xtau nk wat aper..tp, cb lia ingat balik ayat yang dier pernah ckp kt lia…dier nk jd diri dier yang dulu..nk kehidupan dier yang dulu..so,let it be..bior jer dier ngan kehidupan dier..kalo kiter nk pakse org lain tuk ikut ckp kiter, xgune gak..cb lia kasik dier ms..lia xyah pedulikan dier dulu..perkahwinan 2 satu perkongsian..kalo lia sorang jer yang bersungguh dlm hubungan, sedangkan dier langsung x hiraukan lia, mmg x menjadi kan…alasan kawan 2 dier sj gn sebab mgkin dier ader tjuan dier sendiri untuk jauhkan diri dari lia..kalo kite dh sayang seseorang 2, dier xkan berkongsi ngan orang lain kan..cuba lia berbincang ngan suami, aper yang sebenarnyer yang dier nk..yang betul2 dier nk..dan bincang elok2 yer..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Askum Lia…..
Aida harap Lia tabah menghadapi ujian & duggan ni. Lia kena kuat, banyak2 kan berdoa Insyallah Tuhan akan membantu Lia. Lg 1 yang penting Lia kene bawa berbincang dengan suami Lia. Aida th Lia sayang suami,Aida faham perasaan Lia,aida pn ada org tersayang. Lia cari masa yg sesuai untuk berbincang bgn suami,ckp baik2 dgn dia. Lia sepatut nye bersyukur krn suami Lia x main ppuan. wasalam dr ROSSUHAIDA
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hai lia..sy smpati dgn msalah lia….sbnarnya sy pn prnh alami masalah yang sama….suami sy trlalu kuat ego dyer smpaikn nk tgur kesalahan dyer pn salah….lea stuju dgn ckap ieda…cube bncang dgn dyer elok2…tnya aper yg dyer nak…kadang2 lelaki nie xnak kita kongkong dyer sngat….diorang kadang2 manja juga…nk d manja dan d belai seperti seorang kekasih….pasti dyer xkan menyesal kerana kawen dgn lia…cuba pikat dyer…dan cuba jgn ungkit benda yg dyer x suke…kerana nie akan meyebabkn dyer rasa rimas tuk tnggal di rumah…banyak2kan bersabar dan berdoa mohon petunjuk…insyaallah lia akn bhgia
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ntah la nak komen camna???
aku ni pon xkawin g…
tp ada la nasihat ckit……
org laki ni xsuka org pompuan dok kongkong dia sgat…..
tlong bagi perhatian kat org laki…..dan jgn dok suka ungkit sgt benda yg remeh temeh…….
man’s last blog post..Bagaimana Dunia Tanpa Lelaki
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalammualaikum.
Terpanggil juga nak berkongsi sedikit pandangan. Mudah-mudahan bermanfaat.
Buat puan yang terlibat dengan masalah suami ego ni, memang selalu begitu. Sifat semulajadi lelaki memang gitu. Ego.
Walaupun begitu, ego itulah membolehkan lelaki ni jadi pemimpin. Sebab ego, akan kurang emosi.
Kata pakar rumah tangga, nak bercakap dengan suami, waktu yang terbaik ialah ketika di tempat tidur.. Ha, dah cube ker?
Seperkara yang lain, perlulah diingat, setiap yang berlaku itu adalah ujian dari Allah. Allah tak akan menguji hambanya perkara yang tak mampu ditanggungnya. So.. Jangan lupa Allah dalam setiap keadaan. Banyakkan berdoa.
Saya nak kongsi satu cerite, Seorang isteri yang menghadapi suami yang lebih ego dari suami puan, dah tu, kaki pompuan pulak. Bak kata pepatah, lengkap ler semua ade kat die.. Tapi isteri ni jenis yang tak banyak cakap. Terus bersabar.
Ape yang dilakukan ialah bermunajat kepada Allah setiap masa. Bangun malam, tahajjud dan berdoa.
Dipermudahkan Allah, suatu hari suami dia pun balik tengah malam. Terdengar isteri mengadu segala masalah mereka kepada Rab, pencipta sekalian makhluk. Satu persatu disebut dalam doa yang dibaca oleh isteri.
Atas hidayah dari Allah, suami yang mendengar terus berubah. Wallahua’lam.
Jangan putus asa, kurangkan bertengkar, banyakkan berdoa. Luahkan kepada Allah dalam bermunajat. Insyaallah puan akan rase lebih tenang.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
roslina Reply:
April 22nd, 2010 at 4:53 pm
Alhamdulillah…muhasabah utk diri saya juga
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 22nd, 2010 at 10:40 pm
@roslina,
semoga kita dapat ambil iktibar daripada perkongsian yang dibuat ini…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum wrt lia
untuk pagi yang cerah penuh barakah ini saya doakan agar lia kuat dan tabah menghadapi segala dugaan hidup yg pastinya tidak akan berhenti..
Lia…
Pertamanya saya hanya mengemukan pendapat saya tntg masalah lia.Yang lia rasa elok ambillah, namun jika tidak abaikan ia…
Lia, terlalu banyak nikmat ALLAH yang lia patut syukuri, terlalu byk nikmat Allah pinjamkan pada kita termasuk lah kekuatan cinta lia pada suami yang x prnah berhenti, namun dalam mengharungi bahtera rumah tangga, saya harap lia memasang azam menjadi isteri yang solehah dalam erti kata lain menjalankan tangungjawab isteri degn ikhlas dan berilah ruang pada suami untuk mengisi masa lapang.. Lia perlu byk bersabar kerana lelaki ini lambat matang.Pada saya, kesabaran akan mendatangkan kebaikkan dan percayalah kesabaran akan membuahkan hasil yang baik pada rumah tangga anda.
Cuba buang sikap ungkit mengungkit, tunjukkan contoh teladan yang baik dan sentiasa prihatin pada perasaan suami lia.Jaga makan, tidur dan kebajikan suami dgn baik.Tentang kata2 nya lia patut sedar pada asal permulaan perkahwinan yang lia bina adalah dasar simpati dan alhamdulillah lia ada jodoh dgn org yang lia cinta dan persediaan untuk lebih bersabar dan memahami suami lia….
Lia, saya cume nak cadangkan lia membeli buku dari Dr siti nor Bahyah, bertajuk cakar harimau..pada saya ia amat membantu walaupun hanya pihak lia saja yang membacanya kemudian cube dedahkan buku ini di rumah lia agar suami nampak…dan berminat membacanya ….
Akhir sekali bergantung haraplah pada ALLAH dan jgn berhenti berdoa sesungguhnya :
Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Isteri Solehah
SENTIASA BERSYUKUR, TIDAK CEREWET atau MERUNGUT
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Jasmin Reply:
July 15th, 2009 at 6:31 pm
setuju sangat-sangat.
Saya berpesan pada diri sendiri terlebih dahulu.. Wanita perlu banyak berSABAR dan Kesabaran itu memerlukan kepada ILMU SABAR dan menuntut pengorbanan.
Jasmin’s last blog post..Bersangka Baikla Kita
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
suha Reply:
January 9th, 2010 at 1:48 am
i like that!!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cemane yek nak komen… sy rasa 5 thn brsama dh cukup ms utk lia mngenali hati budi suami. cuba lia buat ssuatu yg lia enjoy n hub enjoy. lia kalau nak hub dkat di mata dkat di hati, mula2 lia msti ubah tabiat lia yg suka mngungkit hal yg remeh temeh. dlm hal ini salah sorg msti mngalah, kalau lia syg umhtngga lia, lia kna cuba bhenti mcari gaduh. lia kutuk2 kwn hub lia atau bleter tu adalah pmulaan mcari gaduh. nt yg skt hati lia juga. cuba lia bygkan kalau hub lia kutuk kwn2 lia, apa prasaan lia. lia spatutnya dh fhm hub lia dlm tmpoh 5 thn ni. kurangkan brleter atau yg s’angktn dgnnya. kalau hub lia kuar mlm, cuba lia psan mcm ni, “abg… jgn blik lmbt tau…”, dgn nada yg manjeee skali. jgn plak lia ckp mcm ni, “hah! nak melepak dgn kwn2lah tu, awk ingat sy ni tunggul?!”… cuba bljr ckp lmbut, plg penting jgn mngutuk, jgn mngungkit. kalau pun nak berleter, nak marah, tarik nafas pnjg2 & beristgfar, insyaAllah, umhtngga slamat, lia juga yg bahagia. praktikkan ye…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam, Bagi pendapat saya, ini adalah lumrah, tapi kalau kita sudah berumah tangga tu, Buat cara sudah berumah tangga, lupa kan sahaja masa muda-muda (berkawan) sampai tak ingat keluarga. dan perlu diingatkan bahawa kalau kita lupa pada panduan agama ( rukun rumahtangga) itulah jadinya. Jadi sabagai nasihat dan selalu berdoa kepada Allah dan kembali pada hukum agama,semuga kita sama sama di beri petunjuk. Insyaallah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Lia cuma nak yg terbaik dari suami kerana Lia rasa dah beri yg terbaik..yelah sebagai isteri kta pasti nak rumahtgga yg sempurna..tapi suami Lia mgkn xfaham kerana org lelaki ni mudah berasa rimas bila ada kata2 yg berbentuk perintah keluar dari mulut isterinya sedangkan isteri berasakan itu utk kebaikan bersama. Kebanyakkan org lalki mmg tggi egonya sesuai dgn peranannya sbg ketua keluarga. Jika msg2 bertoleransi perkra tu xjadi masalah.. benar kebanykkan org lelki ni mmg selalu lebihkan kawan2nya jadi jika mahu kasih-sayang suami belajarlah menerima kawan-kawannya.. Sukar? xsalah mencubakan…ingat perkahwinan satu perkongsian bukan perhambaan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Askum Lia…
Saya sangat bersimpati atas segala masalah yang dihadapi oleh lia. Cuba lia ajak suami berbincang secara terbuka tentang masalah tersebut. Sebab lelaki ni, pantang sangat kalau kite ni meninggikan suara. Mungkin ada benda yang dia pendamkan. Boleh saya tahu lia dah ada anak belum?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hemm takut jgak dgr n baca kisah umah tangga..saya x kwin lagi tapi saya ada berkawan dgn teman lelaki..pada pendapat saya org lelaki ni x suka kita masuk campur hal die dgn kengkawan die..kdg2 kita kena beri dia masa dan ruang utk bersama teman2 die..ape yg penting adalah kesabaran akak..akak kena kuat berdoa pada Allah..may b ujian yang menimpa akak skrg ni ada hikmahnya..may b Allah nak akak lebih dekat denganNya..kdg2 apa yang kita nak 2 kita tak dapat, n apa yang kita x nak 2 la yang datang..kita tak tau apa yg baik utk kita..sesungguhnya Allah lebih mgetahui..BERSABAR ye akak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hai lia… sabar je la ekk!! sy pun dah kahwin dan ada anak sorang yang berusia 9bulan. suami saya pun macam tu gak, pentingkan kawan2 dari bini dia. sy pun pernah tegur dia bnd yang sama cam awk tegur, tp suami saya wat bodoh jer mcm sy ni bercakap ngan org lain. sy pernah kutuk kawn dia dan akhirnya sy dimarahinya.. masalah saya sama je ngan lia. sy pun dah xtau nak wat pe. sy pun sayang sangat2 kat suami saya. sebelum kahwin banyak dugaan sy, tapi bila dah kahwin cam ni plak jadi nya… lia sabar ekk!!! ALLAH adil, suatu hari nanti Dia pasti akan memberi petunjuk kat suami.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
az Reply:
October 2nd, 2010 at 1:43 pm
saya amat simpati pd lia semuga dikuatkan iman dan tabh menempuh dugaan
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
askum….pada pendapat sue hidup berumahtangga ni banyak dugaan dan cabaranya….sebagai seorang isteri janagnlah terlalu mengongkong.kita juga harus faham…bukan semestinya kita sudah kawin suami harus melayan kita sepanjag masa dan ada kalanya dia mahu juga bersama kawan2..tapi suami juga jagan lah ambik kesempatan dengan balik lewat2 malam…sebenarnya kita kalau suami isteri perlulah ada kasih sayang…bukan isteri sahaj yang perlu ada perasaan itu…tapi sue tak salahkan lia menyayangi dia terlebih2…dah memang itu jodoh lia kan…cuba bawak berbincang dengan baik insyallah ada jalan penyelesaian..oh ya lia dah ada anak ke belum?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cinta dan sayang x boleh dipaksa tetapi boleh datangkan cinta itu…bagaimana?..layan la suami dengan first class,pg mahupun petang,pki cntik2.wangi2…layan suami sampai dia x ingin kuar umah ataupun teringat kt kawan..selali puji suami dan beri hadiah pada suami dan yang paling penting sembahyang selalu dan berdoa…tabah dan berusaha…insyaalah semuanya akan selesai
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Puan tak salah, cuma mungkin kurang tepat begitu juga suami puan. Manusia… Pada pendapat saya suami puan sayang kpd puan sama seperti puan. Lelaki bukan pentingkan kawan cuma suami puan rasa bertanggungjawab dengan org disekelilingnya. Itu pada pendapat saya.
Lelaki kadang2 cuba berubah bila org yg dia suka mengkritik dia cuma dia tak tunjuk di hadapan org yg dia suka selagi dia belum betul2 rasa diri dia berjaya…..
Mungkin, suami puan selalu bersama kawan2 sebab selesa utk “training” ke arah perubahan yg dia mahu. Mungkin sbb kawan2 dpt terima dia tnpa kritikan. Mungkin dengan cara mengambil berat akan kawan2 membuatkan dia rasa sebagai seorang yg bertanggungjawab dan bila dia yakin cubalah puan kurangkan kritikan agar dia dapat tunjukkan pada puan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
@rossuhaida,
Assamualaiukum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Masalah yang dihadapi oleh Lia ini adalah satu masalah yang kecil jika nak dibandingkan dengan lain-lain masalah kronik. Apapun pemasalahan yang datang ada penyelesaiannya. Gunakan budi bicara dan sedia menerima pandangan dari orang lain. Sebenarnya, kehidupan alam rumahtangga ataupun yang seumpama dengannya adalah satu anugerah yang tidak dapat dinilai nikmatnya oleh manusia. Suami dan isteri diberi tanggungjawab untuk memulakan satu kehidupan baru. Kalau dahulu masing-masing menjalankan kehidupan seharian secara solo, tetapi apabila telah berkahwin, keadaannya akan berubah. Bagi saya, Lia adalah seorang isteri yang paling baik dan sentiasa prihatin terhadap keadaan si suami. Pada pandangan saya, apa yang perlu Lia lakukan adalah bersabar. Memanglah kalau dalam apa-apa hal pun orang akan kata bersabar, bersabar, bersabar. Mungkin suatu hari nanti suami Lia akan melihat dan mulai sedar akan ketabahan Lia selama ini. Saya melihat bahawa pada masa yang akan datang Lia akan memperoleh satu kesenangan kerana masalah yang dihadapi sekarang.
Mungkin Lia tidak faham. Cuba Lia fikir akan masalah yang Lia hadapi sekarang ini, tidakkah Lia tahu bahawa Tuhan itu tidak akan menimpakan ujian kepada hambanya itu kecuali sesuai dengan kemampuannya? Oleh sebab itu, saya berasa yakin pada suatu hari nanti masalah Lia akan berakhir. Banyak-banyakkan bersabar. Manusia itu mempunyai hati, dan dengan hatilah manusia dapat melihat keikhlasan sesama mereka. Jadi, mulai hari ini, Lia tidak perlu lagi memikirkan masalah tersebut, dan mulailah kehidupan dengan ceria. OK!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hana Reply:
July 15th, 2009 at 3:35 pm
Assalammualaikum..
Puan, saya bersimpati dengan apa yang puan alami sekarang ini. Apa yang puan perlu lakukan adalah banyakkan bersabar dan berdoa. Mungkin ini ujian daripada Allah kepada puan..
Puan, hidup berumahtangga ini bukan selalanya pahit..Mungkin tercalit sedikit kemanisan walaupun sedikit.
Puan, apa yang kita lakukan hendaklah ikhlas..Mungkin sikap puan yang suka mengungkit dan berleter ni merimaskan suami puan. Ajak suami puan berbincang.. Dengan cara ini puan tahu apa yang suami mahu dan suami tau apa yang puan mahukan. Lelaki memang ada keegoaannye..Mungkin suami berjumpa kawannya merupakan satu kepuasan baginya..Kalau puan tidak suka suami selalu berjumpa kawan-kawannya, cuba beritahu dengan cara lemah lembut.. Mana tau dia dapat terima.
Apa yang puan perlu lakukan kuatkan semangat, jangan terlalu memikir tentang masalah yang berlaku. Insyaallah, segala masalah puan dapat diselesaikan…
Wassalam,,,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
as’kum lia…
bg sy,klu ade suami yg mcm 2,elok lh biarkn dlu…tnggu smpai hatinye tenang kmbali..barulh lia blh bncang dgn die..sy just komen ape yg ptut tp x prnah lg jd dlm diri sy..yg ptama,klu suami bleter bnda yg kte xske nk dgr apatah lg menyakitkn hati,elok lh kte diam kn diri,kte diam bkn b’mkne tkut@bdoh pd suami,ini smua utk m’elakkn jd hal yg lbh bsar…kmudian ambik lh wuduk..solat,minta p’tunjuk dari allah..hnya allah yg fhm apa yg kte rsa kn…jgn lupe bdoa sebut nme suami minta supaya d’lembutkn hatinye yg keras itu…hnya ini lh yg dpt sy komen,ingt..bsabar dlm mhadapi ujian dari allah..ini smua dugaan&cabaran yg perlu d’hadapi dlm rumahtangga..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalammualaikum..
Puan, saya simpati dengan apa yang puan hadapi sekarang ini..Puan kena banyak-banyak bersabar dan banyak-banyakkan berdoa. Mungkin ini ujian daripada tuhan. Nasihat saya puan jauhkan diri daripada sifat mengungkit dan berleter ni.. Lelaki memang tak suka kalau kita suka berleter..Cuba puan ajak suami berbincang. Dengan cara ini suami puan tau apa yang puan mahukan dan puan tau apa yang suami mahukan..
Saya harap puan tabah dan sabar menghadapai segala ujian-ujian ini. Wassalam..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
lia..secara jujurnye saya juga pernah mengalami permasaalahan yang serupa cuma saya berbeza kerana saya lelaki,tetapi isteri saya yg melakukan.saya hampir berpisah tetapi mujurlah ada sahabat yang baik yang memberi nasihat dan jalan penyelasaian yang mendamaikan.nasihat saya anda berdua mintalah nasihat dari ustaz atau cerdik pandai dan jangan tersalah minta pandangan pd orang yang salah.ketepikan ego masing-masing kerana kita berdua tak sempurna,paling penting ingat Allah,lakukan sembahyang istikharah,sembahyang hajat,dan jadikan anak-anak sebagai penguat kalian berdua..insyaallah..pokok pankalnya diri sendiri.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hi.. Lia.. sy turut simpati dgn masalah yg di hadapi lia ketika ini dan sy jg dpt merasakan situasi lia sb sy jg mempunyai sorg kwn yg mslhnya sama dn sebiji dgn mslh lia.. kita sbg isteri mmg x mampu berbuat apa2 selain berdoa dan terus berdoa untuk memohon bimbingan dariNya. Dan mmg sikap lelaki terlalu tinggi EGOnya tetapi tdk semua (jgn terus melenting ye kaum adam) agak sukar difahami wlu brp thn pun lamanya kita hidup bersama ini disebabkan lelaki yg lebih kerap ddk lepak di luar lebih mudah berubah fikirakn berbanding dgn lelaki yg sebaliknya. Ini jg mungkin disebabkan fikiran suami lia tu blm cukup matang dlm soal rumah tangga. jadi dlm mslh lia ni sy hanya dpt mensyorkan agar lia selalu mendoakan suami lia agar satu hari nti hatinya terbuka utk mendengar setiap keluhan lia dan menjalankan tngjwbnya sbg ketua klrga..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam lia dari kakak, rasa sempati pada mu banyak2kan lah bersabar dan berserah pada allah ini adalah ujian darinya untuk menduga kasih sayangmu pada suami kamu, kamu kata kamu sangat sayang padanya terima lah ini dengan redha mungkin ada hikmah di sebaliknya untuk kamu. Jangan lupa bermunajat pada allah untuk pertunjuk jalan kebaikan kamu, bersabar paling utama dan manis kan muka walaupun hati terluka ceria kan wajah walaupun bathin terseksa mudah2an dia akan sedar akan silap dirinya. berdoa selalu pohon dari yang esa pertunjuk utk kebahgiaan keluarga anak penguat kasih sayang. semoga kebahagiaan milik lia
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Askm Akak Lia..
sabar je lar kak..xtau ape point yg smpi suami akak ckp cam 2..tp skng ni akak layan die cam biase jer..sekadar senyum,sembang biase2 jer ngan die..cam mule2 kenal dulu..hehe..pikir lagi sakit..kalo akak xtau nk luahkan kt sape2,luah kan jer ar kt ALLAH S.W.T..sebab die jer yg MAHA MENGETAHUI..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam lia,
bagi saya suami anda sebernanya mungkin rindu kan zaman-zaman bujang dia. maybe di sebab kan beberape faktor.
1) beban berumahtangga. nak fikir pasal kewangan, tanggungjawab and so on
2) kawan- kawan dia sangat happening and boleh buat dia lupa sekejap masalah rumah , pejabat and sebagai nya.
so pada pendapat saya lia mungkin boleh jadi lagi best dari kawan-kawan suami lia maybe.
1) be like a friend to him. even dalam communication pun maybe u can make some jokes.
2) dont be like “too official wife”. cranky sometimes pun ok!
3) yang penting penampilan diri and imej tu harus dijaga setiap masa. even dalam rumah pun harus dress up and make up! hehe. nk tido tu buang la kn.. hehe
till than.. hope it help you. dont worry. jodah itu di tangan allah. kita hanya mampu berusaha yang terbaik.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam lia… Acct ramai je pompuan yg dapat suami sama spesis dgn suami lia ni… Ego, suka melepak. So jgn risau sgt… Cuba fokus pada menda lain…. Jgn asik ingat ttg dia jer…, lupakan dia sementara… Cari hobi baru cthnya jahit manik ker…. Pastu kalau berdoa… Sentiasa bersyukur dgn segala sifat yg baik pada suami…. Allah telah berfirman: jika engkau bersyukur akan aku tambah lagi nikmat kepadamu… Tetapi jika kami tidak bersyukur atau asik complaint je… Sesunggunya azab kami sgt pedih…. ingat hanya Allah shj yg boleh ubah hati manusia… Kerana dia kan pencipta kita…. Serahkan pada Allah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Semoga LIA tabah menghadapi ujian dr Allah…
Yang paling penting LIA kena berusaha….kemudian kita
berserah pd ALLAH.kerana hanya DIA saja yg tahu aper yg
terbaik bg kita….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum..saya rasa lelaki memang tak dapat dipisahkan dengan kawan2 walaupun sudah berkahwin..berbanding dengan perempuan kalau sudah berkahwin atau couple masa dengan kawan dah kurang sikit berbanding kaum lelaki hidup ibarat tanpa gula kalau tak lepak dengan kawan..nie berdasarkan pengalaman saya sendiri melihat kawan2 saya.. lelaki mahupun perempuan…
awak tak perlu bimbang bukan suami awak main perempuan kan..awk biarkan dia jadi diri sendiri…awk nak dia berubah kan??so awk berubah dulu..awk tunjukkan perubahan diri awk…tak memaksa,tak membebel… jaga penampilan..mana tahu dia terus melekat kat rumah…awak kena la pandai ikat suami jaga hati dia…kadang2 kita perempuan nie lebih menuntut kemahuan kita tanpa kita sedari kita pun ada kelemahan..jadi awak perbaiki diri awk agar jadi wife yang terbaik untuk dia…
dalam hidup pasti ada dugaan apatah lagi alam berumah tangga…saya harap awak tabah dan kuat menempuh dugaan yang datang…saya rasa lebih baik awk solat mengadu padaNya dan banyak berzikir saya rasa disitu akan datang kekuatan pada awak..jangan dilayan sangat perasaan jiwa tue nanti tekanan awk dibuatnya….
yang bestnya orang dah berkahwin nie kalau bergado ke ape..kalau kita sabar dan mengalah pada suami banyak pahala yang kita dapat daripada bercinta belum tentu lagi ke jinjang pelamin…bunyi macam orang frust je..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Pandangan saya:
Setiap insan yang dijadikan oleh NYA tidak dapat lari dari ujian yang akan diberi. Dengan ini sebelum dimulakan kata-kata kita perlu bersyukur kepadaNYA apa yang kita telah ada atau terimalah seadanya.
TIADA ADA INSAN YANG SEMPURNA SETIAP INSAN
ADA KEKURANGANNYA
Keperitan, kesusahan, kehancuran itu telah dijanjikan oleh NYA. Dengan mempunyai sifat SABAR DAN BERIMAN kita akan dapat NIKMAT dan FADILAT dari NYA yang diberi tanpa disedari maka hayatilah nikmat2 yang diberi melihatlah dengan mata hati.
Lagi banyak ujian yang diberi jika kita redha – ganjaran akan tetap ALLAH swt. beri. Apa yang diberi ujian itu adalah yang termampu kita hadapi. Jadi gunakan akal dan alam sekeling sebagai pedoman dan ingatan bahawa apa yang di janjikan ALLAH swt pada kita adalah benar.
Tidak dinafikan kita manusia/insan sentiasa inginkan ganjaran dengan segera tetapi jangan lupa yang segera selalunya akan mudah dilupakan.
Sebagai seorang insan kita hanya boleh mengingatkan sahaja tapi kita tidak boleh mengubahkannya seseorang melainkan orang itu ada kesedaran dan menghayati apa itu AMANAH samada AMANAH DALAM PERKERJAAN, KEHIDUPAN DAN AMANAH ALLAH swt.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul – setiap insan ada kelebihannya yang di beri maka gunakanlah kelebihan yang ada untuk di guna pakai sebaik mungkin.
Setiap insan mempunyai 1001 alasan 1000 boleh kita jawab tetapi 1 sebagai penutup kita tidak boleh jawab – 1 itu alasnya tak MAMPU soallah jika jawapannya tidak MAMPU kita tidak boleh berkata apa apa cuma pada ALLAH swt. kita berserah jika dapat insan sebegini.
Jika kita tidak mampu tegur secara terbuka maka doakanlah muga segala-galanya akan jadi baik. Janganlah berkata yang menimbulkan masalah sebab apa-apa yang diluahkan yang tidak baik mungkin ia adalah doa sebab setiap masa kita di kelilingi dengan AZAN (BANG) yang tanpa diketahui.
INGATLAH BIAR AIR MATA MENGALIR KERANA ALLAH swt.
jangan biarkan AIR MATA MENGALIR KEPADA INSAN YANG KITA TIDAK
TAHU HATINYA.
Memang mudah kita memberi pandangan tetapi kita tidak tahu apa yang sebenar berlaku di dalam kehidupan seseorang.
Pandangan saya kita tulislah 03 item tiap 01 item ada 05 perkara seperti yang selalu digunakan:
Gunakanlah Kehidupan sebelum Kematian
Sihat sebelum Sakit
Kaya sebelum Miskin
Senang sebelum Susah
Lapang sebelum Sempit
Carilah insan yang senang dirumah
Apabila nak keluar mata jadi buta
jalan kaki jadi tempang
berbual mulut jadi bisu
mendengar telinga jadi pekak
tangan jadi kudung
Awasilah
insan yang tidak senang dirumah (Banyak Bersabar kita)
apabila telah keluar nak balik mata jadi buta
kaki jadi tempang
mulut jadi bisu
telinga jadi pekak
tangan jadi kudung
dan akhir kata jika silap harap diberbetulkan
Pandanglah Awan jika kita ingin BERSIH (BAIK)
Pandanglah Laut jika kita ingin ILMU
Pandanglah Gunung jika kita ingin SYURGA
Jangan Pandang Batu lama-lama
sebab Batu Bahan Bakar Api di Neraka
(Batu di alam {dunia} macam mana panas mudah Sejuk)
Sudilah kiranya terima luahan saya dimasa akan datang.
Sekian, dan di dahului dengan ucapan terimakasih kerana sudi meluangkan masa untuk saya.
Harap maaf dari saya
MAZNAH BINTI AHMAD
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…saya faham keadaan dan masalah awak sekarang..
dengan menceritakan masalah ni pada orang xmenjadi masalah kerana awak sedang cuba mencari sesuatu agar awak nan si dia kembali seperti dulu…
mungkin silap dulu…pada pandangan saya,kita tidak boleh memaksa orang lain untuk menyukai diri kita dan menerima kita seadanya…..
cuma saya nak awak jangan terlalu memikirkan perkara ni..cuba minta dan berdoa agar hati suami puan lembut…dam kembali pada puan seperti dahulu…puan hARUS SABAR DAN TABAH menghadapi cubaan dan dugaan ini…biarlah apa yang dia nak kata…puan telan sahaja dan jangan melawan..mungkin suatu hari nanti dia akan sedar KASIH SAYANG DAN CINTA TULUS SUCI dari puan…
jangan terlalu mengongkong dia…sekarang ni biarlah dia nak buat apa pun..seperti sendiri puan cakapkan,dia xmain pompuan so itu salah satu kelebihan@kebaikan yang puan dapat…tapi kadang2 xbleh di bagi muka sangat pada orang lelaki ni…
sentiASALAH BERFIKIRAN POSITIF DAN JANGAN CEPAT MELATAH..
jgn seskali minta cerai…walaupun ianya sah tetapi perkarA SEBEGINI SANGAT DIBENCI ALLAH S.W.T….
Insyaallah…suami akan terima puan kembali…
bagi saya juga,puan minta la kebenaran dari suami puan untuk bercuti @makan angin….bila dia merasakan ketiadaan puan@kehilangan puan dia akan mencari puan kembali….biasanya…bila ada di depan mata xdihargai,tapi bila ketiadaanya…baru la sibuk mencari…
SEMOGA PUAN BLEH BUAT KEPUTUSAN YANG BAik bagi menyelamatkan rumah tangga yang tersergam indah itu selama 5 tahun…wassalam…….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ieza Reply:
July 21st, 2009 at 10:47 am
@myza,
salam semua..buat pembaca budiman..
saya teruja nak reply ni.. krn saya juga punya kes yg lebih kurang sama dgn penulis bernma Lia ini.. simpati juga saya..
saya sedang mengumpul semangat jati diri ini utk kekuatan dalaman dan luaran. suami saya seorg yg baik..mmg baik… sampai org keliling/sanak saudara mmg tabik spring dgn suami saya yg mmg muka dikategorikan sbg org2 baik…;) tpi semua itu meleset krn pd suatu mlm hp suami sy ditgn saya (krn mnjawb satu panggilan dr adik dia) -masuk satu sms yg mencurigakan (sms rinduan dan sayang2..) sya minta pjelasan dr suami- dia mengatakan itu x-gf dia sblm kmi berkhwin dulu.. tpi saya tahu itu sumer omongan belaka.. sikap lelaki nak lepas diri.. 1001 alasan dibuat. pernah cuba berbincang perihal kmi ini, suami mengatakan jika ada jodoh dia mgharapkn saya setuju niat suci dia.. dia mengakui menyanyagi saya..dia juga akui sayang wanita (x-gf) tersbt. dlm msa yg sama dia mengatakan wanita itu dlm keadaan sakit. jdnye dia serba salah utk meninggalkan atau memberitahu perkara yg dia ingin tinggalkan x-gf dia.. saya sedg cuba melawan diri utk menepis segala ini..saya cuba buat spt biasa.. layan dia as suami saya spt sblm ini.. tpi diri saya tidak kuat utk menepis segalanya.. sesekali tiba rasa terasing sgt2..mmg dgn anak2 dia tidak abaikan.. tpi dia memberitahu agar saya cuba berdikari sebaiknya krn sekrg ini ‘overload kerja ofis’ begitu ketara katanya.. so, disbbkan kesibukan keje dia juga membuatkan saya timbul mcm2 syak pd suami saya ini.. kenapa smpt juga menyelam sambil minum air.. dibaritahu pd saya kejer ofis byk, tpi smpt juga melayan wanita yg bukan ada hubungan dgn dia…
saya cuba utk memahaminya.. cuba dan cuba.. lagi saya cuba mcm2 benda yg seolah2 membongkar xtvt suami.. bebaru ini saya terjumpa sim kad beliau dimana punyai line lain utk memudahkan beliau menghubungi wanita tersbt.. alkisah Allah nk bg petunjuk -mungkin la- saya dpt lihat kesemua sms2 wanita tersbut penuh dgn sms rinduan2 n sayang2an.. saya mengucap dan makin kuat saya mohon pd Allah agar tetapkan hati saya makin kuat diri saya utk mnghubungi wanita tersebut.. saya telah cuba utk berckp tru hp tetapi line dia tutp. saya sempat hantar sms kpd no.hp wanita tersebut meminta agar dia boleh hubungi sya utk bersmuka dgn saya jika dia benar2 ikhlas dan jujur dgn suami saya.. hingga kini saya tunggu jawapan tpi masih tiada.. dlmmsa yg sama saya tidak putus2 berdoa pd Ilahi utk meberi kekuatan dlm diri ini agar saya dpt hadapi perkara ini dgn sebaiknya..kitamanusia yg lemah.. saya akui.. saya perlukan sokongan padu dr mrk yg mengetahui ini.
saya terbaca komen dr myza di atas mengatakan kita cuba asingkan diri kita dr suami kita..maksudnyer.. saya perlu bawa anak2 atau saya seorang shj utk pergi bercuti ini? saya pun rasa memerlukan cara ini utk memberi ketenangan dan semoga memberi keinsafan pd mrk yg terlibat… utk mkluman saya punya 2 org anak -sorang dah sekolah dan sorang lg blm.. anak yg dah sekolah memahami jiwa mamanya krn dia seorg budak prmpan yg comel lagik bjaksana…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
sebenarnya die syg lagi kot..
cume ego.. xpon sbb die ternmpk “org” lain..
huhu.. jgn sedih.. cube carik punca..
org laki ni kdg2 cam bdak kecik skit..
kire die nk dilayan cam baby..
then kalo x dpt nnti die ingat pompuan tu da x syg die lagi..
huhu..
(^^,)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
sye pun xtau nk komen camne..tapi dari ape yg sye bace kisah dr pn Lia tu sye rase suami pn mesti dh biase berkawan dan berjumpe sampai ke pagi. so nk buang jauh2 tabiat tu memang susah dan perlukan kesabaran..berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya DIA Maha adil dan Maha Mengetahui
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam
lia, apa khabar pagi ni, moga sihat ceria, insya allah, tiap yang pahit ada manisnya, cuma lelaki ni tak suka ditanya banyak, walau bukan semua, ada yang suka bercerita, tapi kebanyakkan tak suka berceria sangat melainkan dengan rakan rakan, tapi sebab apa ya, begini kenal pasti apa minat beliau, kita join sekali minat beliau, bila balik jangan tanya banyak, cuma tanya abg nak minum, kalau nak, buat air untuk beliau dan sediakan makan jika belum. ini nasihat sebagai kawan ok. Lia kena humble, kalau ditanya pada orang perempuan saya berani jamin 90% perempuan tak berapa setuju dengan suami mereka, kerana apa yee, kerana dibesarkan oleh keluarga yang berlainan, cara yang berlainan, seboleh bolehnya kita nak dia ikut cara kita, tapi sebenarnya susah. Banyakkan solat, amal fatihah 41 kali, niat timbul kasih sayang antara suami isteri, renung beliau masa tidur, hembus perlahan lahan ( fatihah 41X) agar lembut hatinya. insya allah berkesan. Kita hidup bersebab, bukan tuhan jadikan saja saja, tiap yang hidup akan merasai mati, jadi waktu itu akan datang tanpa perlu dicari, buang jauh jauh niat tak elok, cintaii lah yang hak, itulah cinta sejati.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam lia sy da baca luahan ati wak n sedih gak bila membacnya.. walau pape pun lia byk2kan bersabar yea.. semua ujin dr ALLAh SWT.. jgn di sebabkn lelaki jak kite terus patah semangat nak hidup..sebenarny byk lagi benda y perlu kite buat kat dunia ni tak kan kite nak sia2kan hidup kite mcm 2 je kan dgn hanya berserah pada takdir.. sepatutny kite byk2 dekatkan diri kepada ALLAH dan mengadu semua masalah kepadaNya insyALLAH ALLAH akn tolong kite dgn masalah y kita hadapi.. pape pun sy doakn lia dpt selesaikn mslah dgn cara baik n semga rumahtangga lia akan kekal smpai bila2 n selalu lah bedoa kepada ALLAH SWT yea..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ASSALAMUALAIKUM LIA,
Kakak ingin berkongsi sedikit pandangan. Cinta pertama kita adalah pada ALLAH, kedua Rasulullah saw dan ketiga baru suami. Memang sukar untuk menghayati hakikat ini, tapi dengan kekuatan iman, insyaALLAH, semua akan jadi mudah. Hanya ALLAH yang Maha Kuasa, manusia tiada kuasa, mengadulah pada ALLAH, solat malam dan berdoa banyak2, insyaALLAH semua masalah akan selesai. Dunia ini sementara sahaja, yang kekal abadi adalah akhirat. Wassalam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam lia,
Saya rasa lia banyakkan bersabar dengan apa yang lia hadapi skrg. Saya setuju dengan pandangan yang diberi oleh Ummu Wafi. Cubalah cara itu. Kemudian ajaklah suami berbincang selepas lia memperolehi kekuatan dlm diri utk berdepan dgnnya. Jika dpt ajaklah dia keluar bercuti sambil berbincang masalah rmhtgga yang dihadapi. Wujudkan semula detik2 romantis semasa mula2 dulu. Rasanya dia pasti dpt menerima apa yang lia lakukan bukan untuk kepentingan lia sendiri tapi untuk kebahagiaan bersama.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Puan,
Alah swt adalah pemilik hati-hati setiap makhluknya. Dia berkuasa mengubah hati sesiapa sahaja ang dia kehendaki. Kembalilah pada Allah swt. Ramai pembaca blog ni, termasuk saya yang berikan nasihat agar berdoa kepada Allah swt. Puan boleh berdoa selepas solat. Tetapi sebenarnya terdapat doa-doa khusus untuk mengeratkan hubungan suami isteri ii.
Saya baru je terbaca satu ebook bertajuk Doa Pengasih. Memang bagus ebook tu. Ditulis oleh seseorang lulusan bidang agama. Salah satu doa yang terkandung di dalam ebook Doa Pengasih ni adalah doa pengasih yang dibaca oleh isteri supaya sentiasa dikasihi suami. Selain itu, penulis ada memberikan satu kaedah solat hajat 12 rakaat yang dikatakan amat mujarab. Puan cuba klik di link ini
http://offto.net/pengasih/
Penulis pernah memberitahu saya bahawa beliau mengumpul doa-doa ini dari sumber-sumber yang sahih.
Bagi sesetengah orang yang cetek akal, mereka mungkin akan jumpa bomoh untuk mendapatkan ilmu pengasih. Harap puan tidak lakukan seumpama ini kerana ia bukannya dapat menyelesaikan masalah, bahkan mungkin akan menambahkan masalah di kemudian hari nanti. Dalam islam, kita ada kaedah-kaedah tersendiri untuk menyelesaikan masalah2 seperti ini.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam lia…
sy simpati dgn nsib lia… ternyata bukan sy sorg sja yg menderita kerana kekurangan kasih syang dr suami.. sy pun kawin dgn suami atas dasar kasihan…sy terlalu cintakan dia dan dia kawin dgn sy sbb dia rasa sylah org yg paling sabar pernah dikenalinya.. tetapi kesabaran sy ternyata tidak seperti yg diharapkan, lepas kawin sy jadi cepat marah, panas baran dan kuat cemburu…ini kerana suami sy ada perempuan lain(xgf dia)… sampai sanggup tinggalkn sy selama berhari2 dirumah keseorangan.dan banyak lagi perkara yg teruk dilakukannya kepada sy… sy pernah minta dia ceraikan sy, tetapi dia tak melafaskannya dan berjanji untuk berubah, tetapi sampai skrg tidak berubah2… kadang2 sy rasa putus asa, tp kini sy hanya dapat berdoa agar tuhan panjangkan jodoh sy dgn suami sy..sesungguhnya sy amat menyayangi dia dan rmhtgga kami… lia patut bersyukur kerana suami lia bkn kaki perempuan.kalau tak hidup lia lebih terseksa. apa pun lia tanamkan sifat syukur dan sabar dalam diri, insyaAllah suami lia akan berubah..biarkan saja dia nk lepak dgn kawan2 dia, dia akn berasa senang dan akan melayan lia lebih baik jika lia tak menghalang dia keluar…atau lia join dia lepak dgn kwn2 dia dn cuba terima kwn2 dia mcm kwn2 lia sndri..lama2 dia akan sedar apa yg dilakukannya kepada lia tu salah…. utk pengetahuan lia,sejak sy mndekatkn diri pada tuhan dan banyak besabar,alhmdullilah suami sy makin sayang pada sy da banyak luangkn masa utk sy brbanding dulu…walaupun sy tau dia masih ada ppn lain dan berniat utk kawin dua. sy terpaksa terima sabar dan berdoa kepada tuhan moga satu hari nnt bahagia akn menjelma dlm rmhtgga sy.. sy pun xtau apa yg akn jadi lepas ni… sy harap lia banyakkn bersabar dan berdoa kepada tuhan… jangan cepat putus asa dan sy harap lia yakin pada suami lia yg dia akan berubah suatu hari nnt…. insyaAllah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Lia :
Saya simpati dgn masalah anda. Susah jugak perangai suka balik lewat2 sbb jumpa kawan. Adik ipar saya perangai mcm tu juga, tengok bola sampai pagi ngan kawan2, dah lama bercerai. Sekarang kahwin lain perangai sama jugak, tapi isteri baru orang Indon boleh tahan perangai suami macam ni mungkin sbb Indon ni pun merantau jauh dr keluarga jadi suami adalah segala2 dalam hidup. Nasihat saya anda banyakkan berdoa dan lelaki ni tak suka kita berleter walaupun dia salah. Layan suami sebaik mungkin, kalau dah cuba tak berubah juga tanya pendapat ibu bapa, keluarga dan diri anda sendiri. Tentu anda tahu apa yg anda inginkan dlm hidup ni, jangan sbb dia anda makan hati dan tak bahagia. Fikir mana yg terbaik dan teruskan dgn yakin. Kalau saya, terus terang saya katakan saya tak tahan suami perangai sebegini, tapi terpulang kpd anda, kerana anda tahu apa yg anda inginkan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
askm pn lia,
saya turut merasa sedih pada nasib yg menimpa di pn lia..kekadang pening gak bla kita memikirkan soal suami yg tak reti nak dok melekat kat umah nie yer..tp kta kene bykan bsbar & mohon Doa pandaNYA agar pintu hati suami puan terbuka luas utknya..kt sini saya ada beberapa cadangan untuk pn lia.
apabila suami pulang dari temapt kerja pn sambutlah ia dg sekuntum senyuman yg menawan buatnya.
hidangkanlah dia minuman kesukaannya seperti tea, fres oren ke.biasalah slu bla suami pulang dari tempt kerjakan penat…tentu dia dahaga punya.
tpi kalu pn rajin pn buatlah makanan petang pye.
wakltu utlah suami pn agar dia merasa selesa ,tahu bahawa masih ada juga org yg menjaga mkn minumnye slma nie.
siapkan kelengkapan mandi,pakalian suami di suatu tempat yang mudah dicapai.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
berhiaslah cantiklah diri pn semasa berada di rumah dlm keadaan sedap mata memandang..
lembutkanlah setiap tuturlah kata pn.
amalkan mkn bersama (rajin2lah pn pelbagaikan masakan) utk mengelakkan rasa jemu pd suami & solat berjemaah bersama pasangan bsama anak2.
jika pn ada masalah bawalah berbincang dg suami..kerana komunikasi penting dlm sesebuah rumahtangga.
bergurau sendalah atara satu sama lain bg mewujudkan keharmonian
rumahtangga.
pastikan kamar puan wangi,cantik,kemas sb ia adalah aura utk hubungan suami isteri yg perlu dijaga sebaik mungkin.
sblum pn ingin tidur,& melelapkan mata mitk maaf pada suami jika sepajg hari ini pn ada melakukan kesilapan kpdnya tanpa disengajakan.yelah mana tau sekang nie mati dlm tdo pun blh trjdi kan..(jdi bermaafanlah)
sentiasa memandang tinggi pd suami kerna dia alah ketua dalam sebuah rumahtangga..
layanilah kemahuan batinya dgn sabaik yg blh
jglah selalu mengongkong suami..berlah ia sedikt kebebasan.mungkin ia tertekan..ada masalah di tmpat kerja..jdi ia juga perlukan sedikt ketenangan bsama kwn2nye..kerna lelaki pd zahirnya tdk suka dkawal oleh sesorang..
sayangilah dia..hormatilah dia,jagalah makan minum pakaian dia, bersabarlah dgn kerenahnya kerna itu mungkin ujian dari Allah buat kita sbg hambanya di dunia ini..
mungkin dgn kesabaran itu akan melipat kaligandakan keberkatan anda di akhirat kelak.
belajarlah memahami,mendalami perasaanya..mungkin pn akan tahu segala yg terpendam dulibuk hatinya selama ini.
belajarlah mencintai diri,suami,anak2 insyallah umahtanggan akan berkekalan.
hnaya itulah yang dpt saya berikan beberapa tips utk pn..
syukur Alhamdulillah saya telah lakukanya & ia berjaya..
mana tau nati dia akan berubah laku..
smga bjya!
siti nur seri adariyani
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam semua.. saya tumpang sekaki yer..
bagaimna pula dgn kisah seorg suami yg bebetui sayangi kita dan anak2.. tpi dlm msa yg sama dia mempunyai wanita lain yg saya fahami telah lama menduakan saya lebih dr 5 tahun kebelakngan ini..(usia perkhwinan kmi lebih dah dr 7 tahun) dlm waktu terdkt ini perkara ini timbul ekoran dr sms yg diberi oleh wanita kpd hp suami.. saya sendri dpt kesan.. jdnya saya cuba utk fahami masalh suami.. ternyata beliau menyatakan tiada apa yg kurang dgn saya sbg isterinya.. pd awal kisah dia dgn wanita berkenaan adalah sbg kwn biasa shj.. ntah mcm maner bleh timbul bibit2 kasih.. dia tak mengerti sumer..tpi yg pasti suami bgtau dia tak boleh tinggalkan kekasih htinya yg sekrg ini difahamkan menderita satu penyakit yg kritikal… disbbkn itu suami masih mgharapkan wanita itu sihat spt sediakala dan jika ada jodoh suami ingin menikahi wanita berkenaan di kemudian hari… tpi hingga sekrg ini wanita itu tidak muncul dlm hidup suami seketika krn difahamkan juga oleh family wanita tersbut dlm kedaan kritikal dan di rawatan rapi.
keadaan saya sekrg ni cuba utk menerima keadaan yg nyata suami telah berbahagi kasih.. saya kekdg keliru dgn jawapan suami.. dia bgtau sayangi saya dan anak2.. tpi dlm msa yg sama dia tak bleh bg jawapan pasti selagi tidak dpt berita terkini dr kekasih htnya… samada masih ada atau telah berkhwin dgn org lain.. sehingga kini tiada balasan sms dr pihak wanita berkenaan.. suami sedaya upaya utk mengubati kekecewaan sya selepas menerima berita ini.. tpi saya telah cuba utk menerima hakikat… keadaan sebenar suami telah berbhagi kasih.
suami cuba memahamkan pd saya.. jgn bertindak terlalu agresif krn perkara ini bukan pasti : ternyata blm pasti lg -tidak dpt berita terkini dr pihak wanita berkenaan.. jdnya suami pinta saya tenang diri dan jgn ikut emosi..
saya cuba panjatkan doa pd Ilahi utk ketenangan diri…. saya masih lg cuba dan terus berdoa pd Allah utk kuatkan diri saya dgn keadaan saya.. anak sya yg prmpuan 6 tahun semcm memhami diri saya tpi saya cuba utk kawal diri dan emosi.. namun manusia spt kita kekdg tewas jua..
seolah2 saya pasrah segalanya….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
elvinna Reply:
July 29th, 2009 at 12:04 pm
Assalamualaikum…..
saya dapat merasakan perasaan puan. Kekecewaan, kesedihan yang tidak dapat digambarkan atau diucapkan dengan kata-kata. Perasaan sayang & kasih terhadap suami tetap ada tetapi dalam masa yang sama perasaan sedih menyelubungi jiwa. Suami tetap menyatakan kasih sayangnya kepada puan dan anak tetapi dalam masa yang sama dia juga menyayangi insan lain. Dalam situasi ini, puan kena bijak dalam menangani emosi. Banyak bersabar dan berdoa kepada Ilahi memohon petunjuknya. J Jangan cari kemarahan suami. Layanlah suami seperti biasa malah jika boleh lebih daripada biasa. Jangan ungkitkan masalah wanita tersebut buat seketika. Cari masa untuk sentiasa bersama suami dan anak agar suami dapat merasakan kehangatan kasih sayang puan terhadapnya adalah tidak ternilai jika dibandingkan dengan wanita lain. Simpan saja kegundahan, kekecewaan dan kesedihan buat seketika sebaliknya layanlah suami seperti tiada apa-apa yang berlaku semoga dia terfikir betapa puan amat menghargainya dan insyallah dia tidak jadi untuk menduakan puan lagi. Kesabaran adalah kunci segala kebahagiaan disamping pengorbanan yang tidak ternilai demi untuk mencapai satu kebahagiaan. Insyaallah suami akan menilai segala kebaikan dan kasih sayang puan terhadapnya. sesebuah kesabaran itu akan membuahkan nikmat yang tidak dapat digambarkan suatu hari nanti. Ingat!!! Allah sentiasa ada bersama hambanya yang tidak pernah melupakannya. Berserah dan memintalah kepadanya apa sahaja yang kita hajati dan sesungguhnya dia yang maha mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. wassalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
za Reply:
July 29th, 2009 at 3:06 pm
@elvinna,
terima kasih saudari/puan elvinna.. terubat sedikit rasanya baca jawapan dr elvinna.. terima kasih krn beri jawapan yg bernas..
insyaAllah… Allah sentiasa bersama2 kita hdknya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
LELLAKI SMA SJA.. WLU KITA DAH KWIN NGN DIA PUN, JGN DUK PCAYA SGTDAN SYG SGT.PE2 HAL NANT, KITA YG MERANA..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
azhambatrisya Reply:
August 14th, 2009 at 9:17 pm
@HATILARA, Saya rasa setuju dgn hati lara…org lelaki kalau di bagi muka tunjuk sgt kita syg kat dia..mula la nak tunjuk ego….baik toksah dok layan lebih2…kalau ada anak layan anak..doa untuk anak…Lelaki kan ketua keluarga sepatutnya jadi contoh dan tunjuk jalan pada anak bini…Ini dia yg jadi tak tentu hala..selalunya org pompuan yg akan cari ustaz atau minta pendapat…kalau lelaki tu mau dengar cakap bagus jugak tapi asyik menyakitkan hati kita lebih baik jgn pikir ttg dia…serah diri pada Allah dan ingat hanya kepada Allah kita akan kembali…buat amal ibadat banyak2..basahkan lidah dgn zikir…betul la kata org kalau kita sayang bunga ia akan layu, kalau sayang Allah…InsyaAllah kita akan dikasihi Olehnya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hatilara Reply:
August 16th, 2009 at 7:23 am
@azhambatrisya, emm..lelaki,kalu mula2 kwin dulu bk main kita berniat taknak sakitkan hati suami,nak jd istrei baik lah,nak dgr kata suami lah,tak nak membantah lah…sekali dah kwin, asyik kita je mkn hati,blh tahan ke?sekali dua hati dsiakiti takpelah, ni dahtak terkira byknya, dibuatnya kita ni sewenang2nya, isteri mana tak memberontak dan protes.time ni,soal dosa ditolak ke tepi dah.yerlah, dari sakit hati memakan diri, baik sribu kali diluahkan dpn2 dia je sakit hati kita biar dia tahu kita tergamak kata juga akibat dr sikapnnya yg tak hormati kita sebagai bini dia.btl tak kwn?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
azhambatrisya Reply:
August 17th, 2009 at 9:15 pm
@hatilara, Betul Hatilara…saya selalu baca masalah dlm dckk Mingguan Malaysia…(dari zaman sekolah hingga sekarang) kebanyakan masalah para isteri sama ja…suami berkira ,kedekut, main kayu 3, paling saya tak boleh terima yg tak jalankan tanggungjawab…semua urusan makan pakai ank lepas kat bini…kalau sampai tahap tu..taktau la saya macamana para isteri zaman sekarang nak jadi mithali…..
Kalau di luah depan2 dia mau dengar kira ok…mcmana kalu spesies tunggul macam bcakap dgn dinding…boleh sakit jiwa…
Jgn takut dosa..ALLAH swt Maha Adil…kalu suami buat tak betul kita berhak tegur mana boleh ikut membuta tuli…Kalau dah teruk tak tahan tak payah tunggu…tak guna bersabar sedang dlm hati dok sumpah seranah…tu berdosa….Kalau mampu bersabar..terus lah bersabar..kerana ada habuan untuk org yg bersabar…apapun tindakan kita jgn sekali2 melanggar hukum ALLAH swt…sebab kehidupan dunia ni sementara yg kekal abadi di ‘sana’ nanti…
Sentiasa ingat ALLAH swt dan zikir selalu baca selawat Nariyah…11 x lepas tiap waktu solat…serah diri pada ALLAH…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yg PASTI… dekatkan diri pd Allah.. ALLAH tentu ada dgn kita… suka duka kita Allah akan tahu apa hikmahnya… minta pd Allah.. insyaAllah hati akantenang setenang air didalam kolam..
so far so good…terima kasih pd mrk yg sudi beri komentar dan jwpn dr persoalan yg berbeza tetapi sama situasi adalah sgt berkesan dlm meneliti kemampuan kita utk melayari kehidupan berumahtangga..
jgn hapuskan blog ini..teruskan bersoaljawb… insyaAllah sebrg permasalahan akan dpt dijawab dgn akal pikiran yg waras dibantu dgn pendekatan diri dgn ALLAH…
mudah2an kita wanita yg bergelar isteri pd zaman dan dekad ini seorg yg kuat dan tabah menghadapi karenah suami.. berdmpinglah dan mengadulah dgn Allah.. insyaAllah tidak akan ada kemurungan dan tiada kekecewaan di kemudian hari malah akan dapat satu nikmat yg tak terhingga dr ALLAH S.W.T………AMIIINNNNN
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 25th, 2009 at 1:26 pm
@za,
Askum..
Terima kasih untuk za dan semua.segala pandangan kalian amat bernas..
tika kita kesusahan luahkan saja disini..
Insyallah pasti ada insan yang sudi BERKONGSI..MENGHULURKAN pendapat secara terbuka..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…sedikit sbyk situasi saya agak sama dgn lia..kenapa ye setiap kali rancangan motivasi atau kuliah agama selalu ditekan ‘PERANAN ISTERI’? isu ini yg selalu diperkatakan sampai sang suami terlupa akan peranan mereka…masyarakat hanya nampak tugas sang isteri..tidak salah rasanya kalau isu ‘PERANAN SUAMI DALAM KEHARMONIAN RUMAHTANGGA’ diperkatakan selagi ia tidak menyalahi hukum syarak..pada saya, jika perihal hukum disertakan dengan aspek psikologi maka akan lahirlah satu ikatan suami isteri yang sangat indah di mana ISTERI menjalankan semua tanggungjawab terhadap suami tapi pada masa yang sama SUAMI tidak lupa untuk menghadiahkan isteri dengan kata-kata indah, belaian mesra serta usik tawa..dan ini pastinya tidak merugikan atau menjatuhkan ego sesiapa malah keindahan ini akan dikenang hingga ke akhir hayat…sama-samalah kita renungkan dan ingatlah, ‘Mengalah bukan bererti kalah dan biar kita mengalah dengan niat untuk memberi tunjuk ajar’.
Wassalam…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asalamualaikum w.b.t cemua,
Berdasarkan apa yang baca…Lia saya rasa kita senasib… punya suami yang punya Ego yang tinggi…suami saya lebih berat kepada kengkawannya dari isteri. Sikap suami mudah melenting, pantang silap sikit aje… dia akan mencaci dan mencerca saya… dan mengungkit segala apa yang pernah dia berikan….malah apa yang saya buat tak pernah betul dimatanya.. ada saja yang tak kena. Setiap kali bergaduh dia mau saya melepaskannya. Menurutnya saya menyusahkan hidupnya. Sehingga satu waktu dia menyuruh saya, minta cerai darinya, atas alasan tidak tahan dengan sikapnya. Saya enggan berbuat demikian… kerana tak mahu diceraikan. Lantas saya menyuruhnya membuat keputusan sendiri…. kalau betul dia berhajat hendak melepaskan saya, biar dia sendiri yang menguruskan segalanya. Sampai saat nie dia mendiamkan diri…. tanpa sebarang keputusan. Saya keliru apakah saya masih isterinya atau sebalik nya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hatilara Reply:
November 11th, 2009 at 10:30 pm
@Mie, SALAM..BK ANDA DPTKN NASIHAT PAAKAR DLM AGAMA…ITU LBH MEYAKINKAN KITA.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 13th, 2009 at 12:07 pm
@hatilara,
Yaa, saya setuju tu.
Dapatkan nasihat orang yang lebih alim itulah yang terbaik.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 13th, 2009 at 12:11 pm
@Mie,
Waalaikumussalam…
Aduh…saya simpati.
Masing2 ada konflik dan masalah rumahtangga masign-masing.
Saya pun dah dengar macam2 cerita.
Apa2pun, saya harap anda dapat bersabar dan bermunajat pada Allah agar anda dapat keluar daripada masalah yang membelenggu anda.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Membaca kisah di atas hati terasa sayu. 11 tahun berkahwin, ada anak seorang, bila hidup saya dan suami mulai senang, suami saya mulai bermain cinta dengan perempuan lain. Apa yang nak dikatakan, hati saya terluka. Dia berterus terang dengan saya. Nasib saya baik, akhirnya suami tinggalkan perempuan itu. Tetapi saya tahu, suami seolah merana kerana kecewa dalam percintaannya. Suami beritahu saya, saya pilihan ibunya sedangkan perempuan itu adalah pilihan hatinya. Betapalah hati saya terluka.
Geram dengan apa yang dibuat oleh suami, saya cuba melupakan suami. Dalam pada saya melayan suami dengan begitu baik-first class, saya turut menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki kacak. Saya pula dah jatuh cinta dengan lelaki itu. Tujuan saya buat begitu untuk melupakan suami. Tetapi tak berjaya, lelaki kacak itu sanggup mengahwini saya, tetapi saya pula yang begitu sukar nak lupakan suami.
Soal hati dan perasaan ini memang aneh, saya teringatkan lelaki kacak itu, tetapi saya juga sayangkan suami.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
koaru Reply:
April 12th, 2010 at 1:57 pm
@Lela, aper yang lela merepek nie…
istifar lah banyak2… sesungguh nyer isteri yang menduakan suami adalah dilaknat oleh Allah s.w.t
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Insyaallah satu hari nanti kebenaran akan berpihak kepada anda lia. Semoga sabar menjadi teman anda saat ini….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aper ler yang lela merepek nie…
isteri yang menduakan suami adalah
dilaknat oleh Allah…
istifar la banyak2…kerana setiap ujian nyer ada hikmah…
cuba selami kenapa, mengapa jadi perkara itu…
kalau diri sendiri tak betul macam mana nak betulkan suami…
memang suami adalah ketua keluarga…tapi yg membentuk dan menerajui
isi nyer adalah isteri..
kalau isteri tak betul maksud nyer tak bahagialah sesebuah rumahtangga tu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
walau apapun, lelaki memang egonya tinggi. kita boleh tegur diorg tapi dgn bertanya secara elok2. diorang pantang kalau nada kita tinggi. kita kena pandai guna psikologi, saya kalau tak suka suami buat sesuatu yang saya tak suka saya diam jer. dia tanya saya diam jer. dia faham itu maknanya saya tak suka. sebelum ini suami saya pun pernah tak balik rumah, dgn tak bagitau dia kemana. saya sajer jer keraskan hati tak call or msj sebab kalu saya call or msj dia mcm saya ni kongkong dia. sebenarnya hati ni risau, tapi saya msj adiknya tanya samada dia tau tak abgnya kt mana. bila confirm dia OK. saya tunggu jer dia nak balik bila. sebenarnya risau, hanya Allah jer yang tau.
Dia balik saya buat mcm tak de ape2 tapi saya tak bersuara langsung, so lepas tu dia nak kemana pun dia akan msj maklumkan dia pegi mana. kita bukan nak kongkong dia cuma risau kalau jadi apa2 kat tengah jalan.
Walau apapun kita ada sesetengah perkara boleh tanya direct ada yang tak. so, kita kena guna psikologi sikit.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Alhamdulilah, bila dah banyak baca pengalaman dan pendapat, maka tahulah saya ramai wanita yang bersuamikan sama species dengan suami saya. Awal perkahwinan dulu mungkin saya muda mudah melenting dan terasa sikap suami yang macam tunggul kayu bila kita suarakan pendapat dan rasa tak puas hati.
Memanglah kalau tak dapat lepak dng kawan kawan merajuk sanggup membatukan diri, tidur dan tak mau berbicara. Sakit hati Allah saja yang tahu. Memang mendahulukan keluarga dan kawan kawan agenda lelaki kot? Entahlah.
Bersabar sajelah yang boleh saya lakukan. Teringat kesilapan diri, tertanya pada diri sendiri adakah perkahwinan kami atas dasar suka sama suka atau atas dasar simpati. Memang saya yang memulakan langkah dulu. Tapi pernah di akhir tahun pengajian saya cuba memutuskan perhubungan setelah tidak pasti sama sukanya pada saya rela atau terpaksa. Tapi mungkin kerna jodoh, dia tidak mahu melepaskan.
Lepas perkahwinan, terasa terlalu hina dimata kelaurganya, kerana seolah olah saya tak layak sebagai teman hidupnya. Ceritanya ibubapa sudah ada pilihan sendiri, sedangkan saya anak bandar yang tak mungkin tahu sopan santun kampung. Sedihnya kerana saya sendiri adalah anak seorang imam, yang dibesarkan dengan penuh rasa hormat pada orang tua dan lunas Islam.
Tercabar lagi kesabaran seperti yang pernah saya baca di mana suami bukalah seorang yang pandai memulakan apabila ingin membuat hubungan suami isteri…. itulah antara sebab saya melenting, bukanlah kerana gila seks, tetapi wanita juga punya nafsu dan tuntutan batin,dan berhak..Pelikkan bila difikirkan kenapa kurang kejantanannya. Tapi apabila berjumpa dengan kawan kawan, bicara berdegar degar , seperti kokokan ayam jantan yang hebat..bila ditegur jadilah wayang bisu.. tiada bicara antara keduanya samapai berhari-hari.
Lama kelamaan, saya biarkan saja, doa dipanjatkan agar dapat memahami hati seorang suami. Sangat sedih sekiranya bisu seribu kata. Maka ikutkan sahaja sikapnya, ada kalanya dua bulan tak bersama, nak buat camne, orang dah tak minta maksudnya tak minat, lebih lebih lagi saya semakin terasa merendah diri kerna bentuk fizikal yang semakin tak menarik. Bukan kerana makan banyak, tapi sakit…
Banyak juga saya membaca, mencari ilmu dan pendapat untuk mengatasi masalah saya ini.. maka dapat saya buat satu kesimpulan..KESABARAN..
Makin lama makin bertambah masalah…kerana terlalu lebihkan kawan, maka Allah menunjukkan kebesaranNYA. Kawan yang dipuji, ditatang… mengkhianti, KAWAN MAKAN KAWAN. Jatuh tersungkur bisness dan sampai tak berduit, barulah nampak isteri didepan mata…. maka jadilah saya sipenyelamatnya dari segi emosi dan kewangan.
A hingga Z semua saya uruskan. Terasa bahagia juga kerana suami ada perubahan positif. Ada banyak kali cuba bangkit dlm bisnes tapi tetap tersepuk jatuh. Macam seperti ada sahaja kawan yang makan kawan mendampinginya…kerja macam nak mati, bila nak dapat untungnya ada je yang tersekat. atau dah dapat untungnya, belum sempat anak bini nak merasa, entah mcm mana boleh saje dilaburkan pada bisness yang katanya akan mendapat untung, pelaburan katanya… tup tup tup,, hilang duitnya ditipu orang. Acapkali saya menasihatkan dia, melaburlah secara bijak. jgn mudah percaya kawan, walau baru atau lama kita kenal..
tapi biasalah orang lelaki bila dah senang atau rasanya nak senang, mulalah EGO MENCANAK… bila ditegur.. mcm biasa tunggul kayu jadinya, lepas dah tersungkur kita juga dicarinya.. yang geramnya, kebayakan modal datang dari siapa kalau isterinya yang tah tidak dicintainya…
14 tahun perkahwinan kami, rasa banyak sangat mengalah dan peluang diberi. Pernah berbicara secara baik tapi sedih hampa, jawapnya dia jadi begini kerna ketentuan Allah, qada dan qadarnya, payah juga berbicara dengan suami yang berkelulusan sekolah agama ni. Kadangkala bila sudah tak tertahan maka termelenting juga, bukannya mengherdik, menjerit tapi berkata kata dengan nada yang tegas, kerana saya mahu dia tahu saya serius… tapi akibatnya wayang bisu jugalah jadinya….
Anak yang sulung 13 tahun, sendiri tertanya tanya kenapa abahnya tak mcm abah lain, berkewangan stabil, pandai berbicara. Pemerhatian yang tak dapat dinafikan..pernah anak bertanya, kenapa abah terlalu dulukan orang luar dari anak isteri sendiri…. kerna di mata keluarganya, dia anak, adik dan abang mitahli, banyak duit, dsbg, yang mereka tak tahu disebaliknya..
Tidaklah saya mengatakan suami saya jahat, kerna tidak pernah sekali pun saya di pukul atau diherdik.. Tapi wayang bisunya lebih memeritkan kerna kalau ada rasa tidak puas hati tidak dapat kita luahkan. Pernah dia berkata, sekali saya kata benda yang dia tak suka, dia akan simpan sampai ke hari tua. Sekali hati terguris baginya sukar dilupakan. Pernah dia buat satu statement semasa menonton sebuah drama, bila siisteri lari balik kerumah ibubapa selepas bergaduh, katanya kalau pandai keluar, pandai pandailah cari jalan balik sendiri. Bergaduh…. tak pernah ada isitlah bergaduh seperti yang orang katakan, terjerit terpekik, memukul, cedera. Kerana kalau tak puas hati, maka Wayang Bisulah jawapnya. Anak anak pun dah mula perasan… dan bila ayah dan ibu senyap, maka anak tertanya, mak ngan ayah ok ke?
Untuk tahun in, setelah berbicara dan menyatakan pendapat akhirnya dia mula bekerja dengan syarikat swasta. Selama ini kerja sendiri. Ntah mana silapnya, selepas tiga bulan bekerja, sesen duitpun tak dihulur dari gajinya. Maka tercetuslah wayang bisu sekali lagi masa saya menulis in, dah masuk minggu ke 2. Saya tak berpuas hati kerana harapan saya kalau dah bekerja tetap, dapat ringankan bebanan saya. Tapi sedih duit minyak kereta, duit sekolah, duit mkn masa saya yang keluarkan. Bila ditanya mana duitnya, katanya adalah. Jadi apa daya lagi kesabaran yang saya ada?????
Keluar rumah jumpa kawan kawan, memang terlalu jarang pernah saya halang.. kecuali ada hal mustahak, sebab nak megelakkan wayang bisu….
Gaji saya tinggal sedikit, bayar rumah, urusan harian saya yang tanggung. Seurat gelang emas, sebentuk cincin, seutas rantai sudah 8 tahun tak pernah menghiasi saya dan tak pernah saya meminta minta…lagipun tak mampu kerana duit tu cukup untuk makan dan belanja seharian….
Jadi saya terfikir, saya tak mahu hidup dengan wayang bisu selamanya. Saya mahu hidup dengan teman hidup yang mahu berkongsi bukan saja waktu senang tapi juga waktu susah. Saya tak mahukan teman hidup yang cuma perlukan kita semasa dia susah, tapi bila senang tidak sedar akan pengorbanan yang telah dilakukan. Atau lebih senang saya tak mahukan teman hidup, cukuplah menjadi ibu rasa tak mampu menjadi isteri. Kenapa saya berkata demikian ;
1. Saya mahu teman berbicara dikala suka dan duka.
2. Saya mahu perbincangan diadakan dikala ada masalah; bukannya semua ahli keluaragnya tahu masalahnya, kita tak tahu apa, bila ada keluarganya terbicara tentang masalahnya kepada kita, kita termangu-magu kebodohan tak tahu apa apa. Seolah olah terhina rasanya dibelakangkan suami sendir.
3. Saya tak mahu tutur bicara kata saya menyakiti hatinya, kerana katanya sekali terguris terkesan selamanya. Tapi sekiranya tak boleh berbicara, wayang bisu memeritkan hati dan perasaan. Saya sayangkannya jadi saya tak mahu melukai hatinya lagi. Sekiranya berterusan lagi saya rasa saya tak mampu untuk berdiam tanpa beri pendapat atau pandangan, tapi kalau berbicara mengguris hati… lebih baik tak berhubungan????
Ntah bila boleh lagi saya bertahan… ALLAH…. BERILAH PENTUJUK DAN HIDAYAHMU KEPADA HAMBAMU INI DAN SUAMINYA….AMIN
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
lili Reply:
September 29th, 2010 at 9:40 am
@za za gabor,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hidup ini adalah pentas.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…ramai yg memberi pesan dan nasihat pd lia.
alhamdulillah itu satu petanda bhw ramai yg simpati dn amik berat
sy rasa lia perlu bersabar dan jgn mengongkong sgt suami. lakukan sesuatu perkara dgn sabar. lia perlu bersyukur sbb dia bkn kaki pmpuan.
tempoh 5 thn bkn satu jgka masa yg mcukupi utk mengenal seseorg. bknkah mengenal seseorang itu hingga ke akhir hayat? sekali air bah, sekali pantai berubah, begitu juga dg manusia…
moga lia terus sabar dan akan mengecap kebahagiaan bersama org yg disayangi.. amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]