Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSaya menerima email daripada salah seorang pembaca setia blog PakarHowTo menceritakan tentang sikap ibunya yang sering mendesak mengenai perihal jodoh, menyebabkan berlaku pertembungan pendapat antara si anak dan si ibu.

Disebabkan perkara itu, si anak menjadi risau, hubungannya dengan ibunya menjadi renggang dan tidak berapa mesra. Sedangkan si anak sangat2 menyayangi ibunya.
Baca dan hayati permasalahan ini dan berikan pendapat anda.
Terima kasih.
Saya ingin mengutarakan masalah yang sedang saya alami. Ia adalah berkaitan dengan jodoh dimana saya dan ibu kini tidak sependapat. Masalahnya bemula bila ibu saya terlalu mendesak untuk cepat2 berkahwin. Saya faham dan saya tak salahkan ibu saya bila melihat rakan2 yg seusia dgan saya (28 tahun) semua telah mendirikan rumahtangga, dan ibu saya juga mungkin stress bila melihat anak jiran yang baru berusia 20 tahun akan bertunang dalam masa terdekat ini.
Saya jelaskan pada ibu saya, jodoh ini adalah ketentuan dari Allah swt. Sesungguhnya semasa kita berada di dalam rahim ibu lagi Allah telah menetapkan tiga perkara iaitu rezeki, jodoh dan maut.
Ibu saya tidak memahami apa yang saya sampaikan katanya jodoh itu apabila kita berkawan itulah jodoh kita. Dan kata ibu saya ini terlalu memilih dan tidak sama seperti kakak2 saya (yang bertemu jodoh pada usia 19 tahun).
Saya jelaskan pada ibu saya, kita boleh mencintai sesiapa sahaja tetapi yang menentukan jodoh bukan kita, tetapi Allah swt. Saya beri contoh pada ibu, saya pernah berkawan dengan seseorang dan dia betul2 inginkan saya jadi isterinya tetapi disebabkan masalah kewangan dan kemudian wujudnya orang ketiga. Bagi saya lelaki sebegitu tidak jujur jika dia betul2 ikhlas dia akan berusaha untuk mengumpul wang bukan mencari alasan.Dan akhirnya saya putuskan hubungan.
Kata Ibu saya tidak bersabar. Dan saya pun tidak memahami apa maksud kesabaran bagi ibu saya.
Kemudian saya berkawan dengan seseorang. Cara berkawan nampak memang macam serius untuk jadikan saya isterinya, tapi bila saya mula berbicara soal kemana hala tuju hubungan kami, terus dia beritahu jangan mengharap padanya, kerana dia belum bersedia untuk ada sebarang komitmen. Andai ada jodoh, ada la. Kalau takde, takde la.
Bagi saya, bila lelaki dah bersuara begitu apa yg perlu ditunggu lagi. Kalau Pakar yang jadi perempuan, apa yg pakar akan lakukan….??
Kata saya pada ibu tak apalah kalau takde jodoh lagi. Dan setiap hari saya melakukan sembahyang hajat. Bermunajar dan berdoa agar Allah pertemukan saya dengan orang yang soleh dan beriman.
Saya pernah menyuruh ibu saya melakukan solat hajat, minta supaya ibu saya bedoa pada Allah supaya dipercepatkan jodoh saya. Tapi kata ibu saya, buatlah sembahyang hajat sebanyak manapun kalau hati saya tak mahu maka takde gunanya.
Saya rasa sedih dan sebak juga bila ibu saya kata begitu. Kata saya pada ibu, takpe lah ibu, biar saya yang buat, insyaAllah sy yakin Allah pasti akan memberi apabila kita meminta kepadaNYA dengan penuh kesabaran. Bagi saya, yang paling penting ialah, kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Saya cuba sedaya upaya untuk membuat ibu saya memahami saya dan meletakkan jodoh itu adalah ketentuan dari Allah. Dan saya ingin hubungan yang mesra diantara saya dan ibu. Saya tak nk disebabkan saya lambat bertemu jodoh, maka hubungan saya dan ibu saya menjadi dingin.
Tolonglah beri pendapat apa yang perlu saya lakukan agar ibu saya meletakkan kepercayaan yang lebih utama pada Allah, dan tidak mempercayai benda yang membawa kepada syirik kecil seperti berjumpa bomoh untuk tujuan2 yang tidak sepatutnya. Dan saya tidak mahu hubugnan saya dengan ibu menjadi dingin disebabkan soal agama menjadi punca perselisihan faham dan persengketaan.
Sesungguhnya saya benar-benar menyayangi ibu saya. Tolonglah beri pendapat yer.
-Ikhlas,
‘Adik E’
Ini jawapan dari saya.
Adik E,
Pertamanya, saya harap adik bersabarlah dengan dugaan dan cabaran hidup yang adik hadapi sekarang. Yakinlah, semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya. Pastinya dugaan yang Allah timpakan ke atas hidup adik ini, Allah Maha Tahu bahawa adik mampu memikulnya.
Keduanya, syabas kepada adik kerana adik mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memelihara hubungan adik dengan ibu adik agar sentiasa baik dan mesra. InsyaAllah dengan kesabaran dan akhlak baik yang ada dalam diri adik, akan menjadi asbab hubungan adik dengan ibu adik menjadi rapat dan mesra selalu.
Ketiganya, saya harap adik tidak sekali-kali meninggikan suara atau bertegas dengan pendirian adik sehingga menyebabkan ibu adik terasa hati atau marah dengan adik. Walaupun mungkin adik merasakan pendapat dan pendirian adik tu betul. Ini sangat penting, seorang anak WAJIB menjaga hati ibu bapanya. Jangan sekali2 menyakiti hati dan perasaan mereka.
Keempatnya mengenai permasalahan adik tu, kalaulah saya berada di tempat adik, maka apa yang akan saya lakukan ialah ;
- Saya akan cuba buktikan pada ibu bahawa saya memang betul-betul sedang mencari calon yang sesuai. Bukan hanya sekadar mengatakan jodoh adalah di tangan Tuhan saja. Yaa, jodoh memang ditentukan Allah Ta’ala, tapi kita tetap kena berusaha mencarinya.
- Saya akan nyatakan tempoh target saya bila selewat-lewatnya saya akan mendirikan rumahtangga. Contohnya katakan pada ibu bahawa, saya akan berkahwin dalam tempoh 2 tahun dari sekarang insyaAllah. Walaupun pada masa tu, saya mungkin masih tidak ada calon dan hanya Allah saja yang tahu bila saya akan bertemu jodoh, tapi setidak-tidaknya saya ada target saya sendiri. Bila kita dah ada target, maka ibu pasti akan rasa kita memang ada keinginan dan serius dalam mencari jodoh.
- Saya akan minta baik-baik pada ibu agar tidak mengungkit atau mendesak lagu pasal jodoh, sebab saya memang betul-betul sedang memikirkannya dan berusaha mencari calon yang sesuai.
- Saya akan minta ibu saya mendoakan saya agar berjumpa jodoh yang terbaik untuk diri saya, disamping saya sendiri akan terus bermunajat dan berdoa pada Allah agar mempertemukan calon suami yang terbaik untuk diri saya.
- Saya akan minta ibu saya memperkenalkan calon yang terbaik untuk diri saya sekiranya beliau ada mana-mana orang yang ingin diperkenalkan.
- Saya akan niat dalam hati untuk berkahwin sekiranya ada jodoh yang sesuai dengan hati dan jiwa saya. Saya tidak akan sekali-kali rasa tertekan atau terdesak dalam mencari jodoh saya. Sebaliknya saya akan sentiasa berlapang dada dan tenang mencari calon suami yang berkenan dihati lagi mukmin sejati. InsyaAllah.
![]()
Yakin dan berdoa lah pada Allah, Tuhan yang Maha Pengasih agar mempertemukan jodoh terbaik buat diri adik dan memelihara hubungan adik dengan ibu adik agar sentiasa mesra dan diberkati, insyaAllah, amin…
All the best



















Memang le kalau boleh sebagai ibu atau bapa nak anaknya dikahwinkan cepat-cepat bila masa dah cukup, maklumlah at least ada orang tolong jaga……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yer ler adik e… apa yang pakar bgtau itu adalah yang terbaik dan pada pendapat sayapun mcm tu juga…
bykkan bersabar dengan karenah ibu, di samping itu sembahyang hajat moga di pertemukan jodoh adik e dengan secepat yang mungkin…
ALLAH maha besar adik e..
“apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknyer..”
kuatkan semangat…
lakukan apa yang pakar bgtau yeks…
saya mendoakan moga adik e mendapat jodoh secpt mungkin dan dengan lelaki yang beriman… amin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum. Adik E, kerisauan ibu u mungkin faktor umurnya yang sudah tua dan mengharapkan dapat melihat adik bahagia di depan matanya sebelum dirinya tiada. Jadi desakan itu menunjukkan ibu terlalu sayangkan adik.
Apa yang penting cuba berikan keyakinan pada ibu tentang adik juga sebenarnya sedang berusaha ke arah itu. Tegaskan pendirian bahawa adik juga mengharapkan doa ibu untuk mendorong agar adik cepat mendapat jodoh. Dan seeloknya juga beritahu ibu bahawa soal jodoh bukan boleh main tangkap muat sahaja. Ramai yang bercerai kerana nak kahwin cepat kerana tidak tahan desakan keluarga. Tapi kerana tidak ada keserasian akhirnya berlaku kepincangan dalam rumah tangga.
Saya doakan adik E bertemu jodoh yang baik. Amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
banyak2 bersabar. Ibu adek tu stress dari orang sekeliling. orang yg bersabar pasti ada ganjaranya. masih banyak peluang yg menanti adek di hadapan . yg pntg berdoa-doa….doa insayallah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum, untuk E…banyakkan senyuman terutamanya buat ibu kita, adakala seorang ibu sangat suka mendesak. Adakalanya kita rasa sangat memahami ibu kita sendiri tetapi sebenarnya tidak…pengalaman saya dengan ibu bila nak selesaikan masalah kita kena banyak ambil hati dia, berbual dengan mesra, tersenyum, hati ibu pasti lebih gembira dan insyaallah ibu pasti tidak terlalu emosi dan lama kelamaan ibu boleh berfikir dengan lebih rasional. Mengaku padanya yg diri kita sendiri juga bimbang kerana belum berkahwin…bertanya dgn ibu jika ibu ada cadangan…
Pada saya itu lebih membantu daripada kita hanya bertengkar berkenaan dengan perkara-perkara yang pada saya remeh dan tidak patut diperbesarkan. Samping itu berdoalah tanpa henti mohon kepada Allah disamping usaha tanpa putus asa…Insya Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam E
Memang benar..jodoh pertemuan ajal dan maut di tangan Tuhan….kita merancang Tuhan yg menentukan…sepertimana kata Pakar How To dan abg kakak di sini..tiap yg terjadi ada hikmah nya…klu dah sampai jodoh tak ke mana..Hanya kesabaran dan doa yg berterusan dpt memelihara hubungan adik dgn ibu…disamping berusaha dan bertawakal…insya-Allah..akk doakan mudah2an apa yg diharapkan ibu adik akan jadi kenyataan…kita jugak perlu memilih calon suami kerana kita perlukan seorang suami yg boleh menumpang kasih dan menjaga kita dengan baik di samping tau peranan sebagai suami..apalah guna harta melimpah ruah jika kita diabaikan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
‘Kemudian saya berkawan dengan seseorang. Cara berkawan nampak memang macam serius untuk jadikan saya isterinya, tapi bila saya mula berbicara soal kemana hala tuju hubungan kami, terus dia beritahu jangan mengharap padanya, kerana dia belum bersedia untuk ada sebarang komitmen. Andai ada jodoh, ada la. Kalau takde, takde la.’
emm…
ita nk tya,,,
klau llaki yg mcm ni,,,bla kita ckp je psal msa depan…
trus ayat mcm yg kat ats 2,,,
mcm serius,,,
tp bla tya hala tuju hbungan,,,
ayat dia,,,
jganla mharap…
klau ada jdoh adala…
dia ckp mcm 2 sbb dia ckp dia frust dgn ksah cinta dia yg dlu2,,,
jd dia xnk mharap…
jd nk tya pndapat ahli2 blog…
adakah si dia tu serius dgn kita klau dia ckp mcm ayat di ats 2,,,, ,,,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 30th, 2009 at 11:32 am
@ita,
Salam Ceria ita,
bagi pandangan suri mungkin dia dalam dilema.maksud suri disini mungkin dia ada pilihan hati yang lain maka itu dia bicarkan pada ita agar jngan mengharap akan hubungan tersebut.
atau mungkin
dia takut dikecewakan buat kali yang seterusnya..yelah lelaki selalunya bila gagal pada cinta yang terdahulu mereka agak SUKAR untuk menerima pengganti yang baru mungkin sebab ia berhati2 dalam menerima pasangan hidup.jusreru itu dia mungkin mengambil masa yang lama untuk meyakinkan pada diri dia sendiri bahawa dia sebenarnya berhak mencintai dan dicintai namun KEKUATAN CINTA TERKUNCI DALAM HATINYA SENDIRI.
sabarlah ita..
bab2 jodoh ni melibatkan hati dan perasaan. jadi kita tak bolehlah nak paksa seseorang itu menyukai kita seperti mana kita suka dan cintakan dia..Walhal kalu kita masih mendesak dia juga kelak ia akan memakan diri ita sendiri..nanti ita juga kecewa bagaima?
harusnya ita..
jalanilah hidup ini seperti biasa..layanlah dia seperti rakan2 yang lain.perjalanan ita masih jauh.mungkin masih ada insan yang sesuai buat ita cuma ita sahja yang tak perasan kot..
apapun HIDUP HARUS CERIA..TIDAK BERMAKNA TANPA TEMAN ANDA BERMURAM SJE..sb disekeliling anda msh punyai emak,ayah, adik, kakakdan rakan2 yang sentiasa memahami anda..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
najihah Reply:
November 4th, 2009 at 7:09 pm
bgs cdgn akk..kalo nk ckp sal mslh jodoh ni mmg xpernah sudah.sy pun kdg cam dah fedup.sy kwn ngn sorg mamat ni.mula2 kawan dia ok.lm2 dia tunjukkan sikap dia yang terlalu care smpai kadang sy naik rimas.dlu mmg kitorg pernah ckp sal kawin.tp bila dia wt cmni sy dh jd tawar hati.plak tue skg sibuk ajak sy kawin.mcm paksa2 sy padahal ekonomi dia blm stabil.bulan2 msti pinjam duit ng sy sbb duit gj xcukup..so cmne ek nk elak diri drpd dia..hati sy dah makin tawar..tp skg dia betul2 paksa sy pilih dia.xkasi kawan ngan org lain.seolah2 dia dah rantai kaki sy.ada x sape2 leh bagi nasihat or pandangan.sy xnak nyesal di kemudian hr kalu tersilap pilihan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
azlina k Reply:
November 6th, 2009 at 4:28 pm
@najihah,
Salam, najihah.. kwn baik k ina pernah ckp, kalau kita sanggup tgk muka dia seumur hidup ..tak pelah boleh kawin. jgn kawin dgn org yg kita x sanggup tgk muka dia/ tgk muka dia mcm nak telan…merana nanti… baik cari yg lain ye!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
em,,btul apa kak suri ckp…
hdup ita msih jauh lg,,,
ita bru umur 21,,,
target kwin umo 25 @ 26…
byak lg yg ita kna blaja….
utk pgetahuan kak suri,,,si dia nk bkwn dgn ita wlaupun ita ni agk montel…
sbb 2 ita rasa tersentuh jgak,,
yelah,,,
org montel ni sapela yg nk,,,
tp dia yg hulurkn slam pkenalan…
dh lma sgt x rasa org take care sal kta,,,,
n for the first time,,,ita rasa,,,
ita dilayan sperti seorg wanita…
klau tdak,,ita dilayan sbg org tengah utk merapatkn hati 2 insan,,,
hmm,,,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
siti Reply:
November 1st, 2009 at 1:50 pm
@ita, sedih dgr citer ita.sy dulu pn sama la mcm ita.walau tak montel, tp bila ada org pandang takkan nak pd sy.kalau dlm sekumpulan, saya je bujang dan lain dah berkawin, tetap sibujang tak memandang sy.sedih sgt…nah, sekali nak jdkan jodoh, sy kenal kejap je llelaki ni,lps jmp dia trus mesej mcm minat je so sy pun lgsung tak sangka sbb wajahnya dan fizikalnya sgtlah semprna.dlm masa 6 bln, kami bertunang dan berkwin..kadang terfikir jgk nak nunjuk pd org yang tak mau kan sy dulu tu,kiranya ramai juga lah yang org knklan,lpas jmp, terus ckp maaf.tu lah jodoh namanya.dia skrg suami sy iaitu org ptaama yang menganggap sy wanita dan lawa pd matany. insyaalah sy doakan ita agar mndpt jodoh org yg btl2 blh menerima kita yang kekurangan ni. teruskan doa ye.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
azlina k Reply:
November 5th, 2009 at 12:31 pm
@ita,
Salam Ita,
K Ina cukup terasa membaca rintihan Ita….sebab sama banyak yang akak lalui dulu…
perihal mak kita yg dulu umur 16thn dah kahwin, senang, kejap je dah kahwin. Jadi bila kita bertemu pelbagai lelaki dan ada halangan mak selalu sebut kita memilih.
Pada k ina, jodoh di tanganNya…kita mesti selalu jgn berhenti berdoa.
Ke2 jgn berhenti berusaha…. maksudnya bersedia berkawan dgn sesiapa yg meminta… kawan dulu dan kalau serasi boleh serious… kalau tak hanya berkawan saja.
Setiap p’hubungan mesti ada kesudahan/ hala tuju…barulah perhubungan jadi bermakna. Tapi kalau bermcm alasan diberikan, bermakna hubungan tu tak kemana…
Ke3 kalau hubungan macam ada yg tak kena cthnya: kita suka dia tak suka; kita tak suka dia suka sgt. Maknanya kita cari org pandai berubatlah.. carilah ustaz ke.. Dato haron din ke janji ilmu puteh…
Anggaplah itu dugaan buat kita.
K Ina kawin lambat 34thn … TETAPI K Ina dapat org yang kita inginkan…masa dulu2.(Suka yg tinggi,hitam manis, misai nipis,peramah dll)
Adil kan? Dapat tepat tapi lambat.
Ingatlah … bila Allah tidak kabulkn hajat kita bermakna Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.. Bersangka baiklah denganNYA..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
laki2 yang baik hanya untuk yang pempuan yang baik. begitu juga sebaliknya..cmne plak kalo pmpuan yang dulunya hidup penuh dosa n noda ttp dh insaf adakah dia x layak untuk mendapat jodoh dr kalangan laki2 yang baik..adakah jodoh dia ngan laki2 yang xbaik jugak disebabkan kesilapan nya yang lampau.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
azlina k Reply:
November 5th, 2009 at 12:57 pm
@najihah,
Salam Najiha,
K Ina dah jumpa ramai org yang baik kawin dgn yang baik begitulah sebaliknya..
Memang 100% confirm betul.. begitu juga gan yg dah bertaubat jumpa pun gan yg bertaubat.. Kena redhalah apa yang kita dapat..
Bukan tu saja… kdg perangai kita gan pasangan pun ada yg sama sebab itu lah namanya jodoh.
Contohnya kita suka pau org… nanti dpt jodoh pulak yg suka pau kita.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
intanpayung Reply:
November 5th, 2009 at 2:48 pm
@azlina k, sbb tu le bila kite dh kawin jgn diungkit2 kisah lama hanya menyakitkan hati sendiri aje..redha,sabar dan bertawakal kepada Allah itu yg utama..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sbb tu ler selepas berkahwin jgn diungkit kisah2 lama..redha,sabar & bertawakal kpd Allah itu yg ptg..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalammualaikum
Banyakkan bersabar, sembahyang istiharah untuk jawapan mencari jodoh. Insyallah tuhan akan beri petunjuk. Sebenarnya ibu selalunya risau kalau-kalau anaknya jadi anak dara tua. Tapi pada pendapat saya perkahwinan itu sesuatu yang perlu difikirkan. Bukan orang kahwin kita pun nak kahwin. Kena fikir baik2 ini soal hidup bukan perkara main2. Kalau boleh dalam hidup nie biarlah semuanya sekali. Soal lelaki yang kata jangan terlalu berharap tu. Baguslah cari yang lain. Dari pengalaman saya sebenarnya dia dah ada pengganti kita. Selalunya perkara nie terjadi apabila kita berjauhan dan berkawan terlalu lamalah. Hati manusiakan susah nak tafsir. Seperti pantai sekali bah sekali pantai berubah. Apa2pun kita sebagai perempuan kena ada pendirian dan karier untuk menjamin masa depan. Hidup nie jangan terlalu mengharapkan orang lain walaupun orang terdekat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 13th, 2009 at 12:06 pm
@ainie,
Waalaikumussalam
Terima kasih banyak atas pandangan dan nasihat yang sangat baik ini.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
huhuhuh..
jodoh & ajal tangan Tuhan…
kita hanya merancang…Tuhan yang Tentukan..
Banyak kan bersabar…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam smua…
Delima juga ble jadi ank tunggal pmpn…
soal ngn siapa sy berkawan, mnjadi soalan utama dri ibu sy…
sdgkan abg n adik laki sy, tidak diambil kesah sgt….
pernah sy berkawan dgn kenalan dri universiti sama…
ibu mengetahui hubungan kami, dia merestui nya…
hubungan kami berjalan lancar, sehingga pada raya pertama thun ni…
psgn sy menyatakan dia xbersedia, takut dan tak pasti…
sy terkejut ngn perubahan dia…
tpi pd waktu 2, sy tenang trima penyataan dri dia…
stelah seminggu berlalu, ibu nmpk perubahan diri sy..
yg xlalu mkn, slalu berkurung…lalu sy nyatakan perkara sbnr…
ibu benar2 kecewa..dan dia mula bertindak seolah2 dia yg mengalami situasi itu…
sy sygkn ibu, tpi sy xmahu dia bertindak seolah2 tak dpt trima kenyataan…
ibu kerap ke bilik sy, dan mengajukan soalan adakah psgn sy berubah krn telah mempunyai ssrg di belakang sy??
sy begitu tertekan buat sebulan yg pertama..sy adukan perkara ini pd rakan terdekat sy…Alhamdulillah, dia byk tenangkan sy…
sy byk dekatkan diri pada Allah..sy reda ngn ape yg berlaku..
mungkin ini balasan atas apa yg tlh sy lakukan pd ssrg suatu masa dulu..
pd waktu itu sy tidak bersedia, takut ngn komitmen…
tpi silap sy, krn memberikan hrpn pd nyer..Maaf..
Sy bersyukur perkara ini dibalas atas dunia..
Biar la doakan kesejahteraan buat bekas psgn sy kini..
sy harap dia sedar perkara yg sy lakukan ini, adalah yg terbaik utk nyer..
sy berikan dia ruang tuk berfikir, perbaiki diri…
pepatah inggeris berbunyi
“Whn u love somebody let it fly away,coz.. if dat somebody really ur love it will fly back 2 u”..wallahua’llam..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam…sy agak keliru sekarang jd sy ingin bertanya pendapt dr anda semua..sy ader mengenali seseorng jejaka hampir 3 tahun..selama nie hubungan kami atas dasr kerja..sy jugak mengetahui yg jejaka nie sudah putus dngn kekasih hatinya kerana kekasihnya mengharapkan hanya duit dari jejaka tersebut..kwn2 sy jugak ingin mengenali jejaka tersebut kerana dia dr golongan lelaki yg berkejaya dan berduit..tp baru2 nie dia ader melamar sy untuk menjadi isterinya..sy menolak lamarannya dengan cara baik..tetapi skrg dia seperti menjauhkan diri dr saya..bila berjumpa atas urusan kerja dia byk diam dr berckp..macam mana untuk saya pulihkan keadaan kami sbb sy hanya menggangap dia seorng client untuk kerja..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ape yg berlaku pade awk ckit sebanyak ade pesamaan dgn saye…..cume ibu sy xdela terlalu mendesak……kdg2 die x ckp secara direct tp sy tau dan sy dpt rse yang die mengharap.saya kesiankan mak saye, klu boleh memang sy nk bg die menantu, tunaikan hasrat die…biar die bahagia, tp malangnye jdh x sampai lg.
kadang2 saye kte x leh salahkan mak kite, die pon ade sebab knape die buat cam2….die pon tetekan sebenarnye, die cume nk tgk kite bahagia.
mcm kes awk, sekurang2nye ade adik beradik yg da kwen, mcm sy srg pon x kawen lg….saya tau mak tetekan…kemane je pegi sume org tanye, lgpon sedara, kenkwan yg sebaya mak sume da bermenanatu….x ckp dgn 2, tau jela mlt org, kdg sedara sendri even tok sendri pon mengeluarkan kate2 yg x enak didengar @sindiran sinis….tp selalunye drg x ckp direct kt kte, mak kite la yg jd mangsa…hati ibu mne yg x terusik klu org ckp ank die x laku…
sebenarnye die pon mendapat tekanan yg hebat….
tambah pulak sebulan lepas ramai org kawen, byk jgak la dpt jmputan, itu pon menambahkan tekanan jgak, tambah ank2 jiran keliling rmh sume da betung wlupon muda2 lg….drg pulak sejak ank2 betunang sume lain macam jer, bangga sgt.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
SALAM…
KETIADAAN KAUNSELOR DI PEJABAT NANA, BUAT KAN DIRI HILANG ARAH….
JIKA SEBELUM INI DIALAH TEMPAT NANA MELUAHKAN PERASAAN YANG SEMEMANGNYA NANA KETAHUI NANA LAH ANTARA INSAN YANG TERLALU DIBEBANI MASALAH KELUARGA…
BUKAN AKU NAK MENGEMIS CERITA DI BLOG INI…SEKADAR MENCARI JALAN YANG MUNGKIN KAWAN-KAWAN DI BLOG INI DAPAT MEMBERI RESPONS…
RESPONSLAH… KATAKANLAH MUNGKIN IANYA DAPAT MENGUBAT SEDIH DI HATI INI….
HARI INI NANA CUKUP2 SEDIH..NANA MENANGIS MASA TAIP (KU EMELKAN KU KEPADA KAUNSELOR) INI…KADANGKALA TERASA SANGAT…
KAK YUNG NANA DAH NAK BALIK SABAH KATANYA HARI KHAMIS MALAM NI…RUPA2 DIA TIPU MAK DAN KAMI SEMUA ABG WADY HANYA DOK KAT SINI HANYA 6 BULAN… SEBAB AMIK KURSUS NAIK PANGKAT…
DAHLA MACAM TU DIA BERGADUH LAKI BINI DEPAN MAK AYAH BUAT DRAMA AIRMATA SEMATA-MATA NAK PINJAM DUIT MAK… NAK PINJAM BUKAN SIKIT…RM6000.00 (MUNGKIN BESAR NILAINYA PADA ORG SUSAH MACAM NANA)
DUIT TU KATANYA NAK TEBUS EMAS YANG DI PAJAKGADAI…
MAK TERTEKAN… NANA TAU MAK SAYANGKAN KAK YUNG….
MAK KATA DIA TAK ADA DUIT… MAK MINTA DIA TEL NANA UNTUK MAK PINJAM DUIT PADA NANA (BAGI PIHAK DIA)
TAK KE DIA RASA KESIAN PADA MAK YANG JADI PAK TURUT DIA…MACAM ALAT… SEDANGKAN MAK MENDERITA DARAH TINGGI DAN MENJAGA AYAH YANG SAKIT TUA….
BILA NANA TANYA MAK NAK BUAT APA DENGAN DUIT TU… MAK KATA NAK BAGI KAK YUNG PINJAM….
NANA NAK BECAKAP DENGAN DIA SENDIRI DENGAN NADA ANGKUH DIA KATA NAK BAGI, BAGI TAK NAK SUDAH….
NANA TANYA KENAPA MESTI LIBATKAN MAK?
KATANYA APA HAK KO NAK TANYA…AKU PUN ANAK MAK…
BILA NANA TAK NAK BAGI PINJAM DUIT PADA DIA, DIA BERGADUH DALAM TEL DAN HANTAR MACAM2 MSG….
YANG PALING TERKESAN DALAM HATI, SEORANG KAKAK SANGGUP KATA KEPADA ADIKNYA…
NANA TAK AKAN BERANAK SAMPAI BILA2…
PERUT BESAR SEBAB ENDROMETRIOSIS PULA DIA KATA SEBAB PERUT NANA JAHAT…BUSUK HATI…KEDEKUT…
DAN NAK BERPATAH ARANG DENGAN NANA…
BOLEH KE NANA GELARKAN KAKAK DIA INI??? SUSAH, PAYAH, JERIH MENGHIDAP ENDROMETRIOSIS DAN MENENANGKAN JIWA YANG BERKECAMUK DAN STERS MEMANJANG BILA FIKIRKAN TAK HAMPIR 10 BULAN KAHWIN NANA TAK DAPAT ANAK LAGI…
BUKAN NAK MENDABIK DADA, MENGATAKAN NANALAH ANAK YANG MENJAGA MAK AYAH… TAPI SEKURANG-KURANGNYA JIKA KALAU KITA TAK MEMBERI JANGANLAH KITA TAMBAHKAN SUSAH HIDUP MAK AYAH….
NANA CUKUP BUNTU….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
SALAM UNTUK SEMUA MUSLIMAT TERUTAMANYA DAN MUSLIMIN SEBAGAI PANDUAN.
SOAL JODOH PERTEMUAN ADALAH KETENTUAN ILLAHI, ALLAH JADIKAN LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM KEADAAN BERBEZA KERANA KEJADIAN LELAKI MEMPUNYAI HATI YANG BERCABANG DAN TAHAP KESABARANNYA MENGIKUT HAD TERTENTU DALAM HAL PERKAHWINAN, BANYAK RUMAHTANGGA RUNTUH KERANA KESABARAN TERSEBUT TIDAK DILANDASKAN DENGAN KEPATUHAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA. MANAKALA HATI PEREMPUAN ALLAH LETAKKAN TUMPUAN PADA SEORANG LELAKI SAHAJA. OLEH ITU ASAL KEJADIAN ALLAH MEMBENARKAN LELAKI MENGAHWINI MAKSIMUM 4 PEREMPUAN KERANA KEMAMPUAN LELAKI UNTUK MENGURUSKAN 4 RUMAHTANGGA SEKALIGUS.DAN PEREMPUAN SEBAGAI SURI PENUH MEMPUNYAI KEKUATAN YANG TIDAK TERDAPAT KEPADA LELAKI SEBAGAI PENDIDIK YANG AGUNG DALAM MEMASTIKAN ANAK-ANAK DAN KELUARGA BERADA DALAM KEADAAN AMAN.TANGAN YANG MENGHAYUN BUIYAN BOLEH MENGENARKAN DUNIA KERANA FITRAH ANAK-ANAK AKAN LEBIH RAPAT DENGAN IBUNYA KERANA DARI SEHARI MENGGANDUNG ANAK TERSEBUT TELAH MENGENALI SIAPA IBUNYA SEHINGGALAH KELAHIRANNYA.
FIZIKAL LELAKI JUGA LEBIH KASAR DAN GAGAH KERANA ALLAH PERUNTUKAN KEADAAN ITU BERSESUAIAN DENGAN TUGAS LELAKI LEBIH BANYAK DI LUAR BAGI MENCARI REZEKI DAN NAFKAH UNTUK KELUARGA BERBANDING DENGAN PEREMPUAN YANG LEBIH MERYERLAH SIFAT LEMAH LEMBUT DAN KEIBUANNYA.
SERINGKALI KITA DENGAR PENENTANGAN TERHADAP POLIGAMI OLEH PIHAK PEREMPUAN KERANA SALAH SATU SEBABNYA NALURI KEJADIAN PEREMPUAN ITU SENDIRI KASIH SAYANGNYA HANYA TERHADAP SEORANG LELAKI SAHAJA DAN DENGAN KISAH HARU BIRU RUMAHTANGGA POLIGAMI KEBANYAKANNYA BERANTAKAN DAN PECAH BELAH. PENENTANGAN ITU PULA ADA HINGGA MELANGGARI HUKUM YANG ALLAH TETAPKAN IANYA SEBENARNYA BERKAITAN DENGAN AKIDAH SESEORANG DAN ADA YANG JATUH AKIDAHNYA BILA MENIDAKKAN HUKUM ALLAH TERSEBUT TANPA DISEDARI.
OLEH ITU PERLU DIINGAT UNTUK SEMUA KAUM HAWA BUKAN TAK BOLEH MENENTANG POLIGAMI DIATAS DASAR KETIDAK MAMPUAN LELAKI MENGURUSKAN RUMAHTANGGA POLIGAMI TERSEBUT TETAPI KENA HADKAN SUPAYA TIDAK MENENTANG HUKUM ALLAH.
UNTUK KAUM LELAKI TIDAK SEMUA LELAKI MEMPUNYAI HAK ATAU KEMAMPUAN UNTUK BERPOLIGAMI DAN TIDAK SEMUDAH MEMETIK JARI DENGAN MEMBENARKAN ALASAN ALLAH BENARKAN POLIGAMI JADI AKU POLIGAMILAH. INGATLAH SEKIRANAYA POLIGAMI YANG TIDAK BETUL SEGALA DOSA ISTERI-ISTERI AKAN DI TANGGUNG OLEH SI SUAMI SEHINGGA DIA BETULKAN KESALAHANNYA.
RATA-RATA POLIGAMI YANG HANCUR ADALAH KERANA POLIGAMI BERLANDASKAN HAWA NAFSU SYAITAN DAN IANYA MENJADIKAN ISTERI-ISTERI SEBAGAI MANGSANYA.
OLEH ITU BERBALIK KEPADA MASALAH KAHWIN LAMBAT BUAT PEREMPUAN DAN SUDAH BERUMUR KEMUNKINAN BESAR POLIGAMI ADALAH LEBIH HAMPIR KEPADANYA. JADI APA YANG PERLU DI BUAT UNTUK MEMASTIKAN CALON SUAMI IAITU KEMBALILAH KEPADA ALLAH BUKAN HANYA IBU KITA PERLU BUAT SOLAT HAJAT TETAPI KITA SENDIRI PERLU BUAT SOLAT HAJAT DAN SOLAT ISTIQARAH BAGI MENDAPATKAN PETUNJUK SESEORANG YANG AKAN HIDUP DENGAN KITA SAMA ADA SESEORANG LELAKI ITU MASIH SINGLE ATAU SUDAH BERISTERI IKUTLAH PETUNJUK TERSEBUT, INSSYA ALLAH AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT KERANA HANYA LELAKI TERSEBUT AKAN MEMAHAMI JIWA DAN RAGA PEREMPUAN TERSEBUT DALAM MELAYARI KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA KELAK.
BAGI PILIHAN POLIGAMI YANG DIBIMBING ALLAH ADALAH POLIGAMI YANG BENAR DAN AKAN MEMBAWA BAHAGIA. BUAT BAKAL ISTERI YANG PILIHAN ALLAH DALAM SOLAT ISTIQARAHNYA, SAYA HANYA BOLEH KATAKAN IAITU ANGGAPLAH HUBUNGAN RUMAHTANGGA ADALAH SATU PERKONGSIAN BAGI MERAIH KETAQWAAN DAN KETAAN KEPADA ALLAH UNTUK KEHIDUPAN SETERUSNYA. KEREDHAAN ISTERI-ISTERI TERHADAP JODOH PERTEMUAN ITU ADALAH PENGORBANAN BESAR BAGI MENINGGIKAN LAGI MARTABAT WANITA ISLAM KERANA MEMBELAKANGKAN SIFAT SEMULAJADI PEREMPUAN.
UNTUK LELAKI PULA KEADILAN DALAM RUMAHTANGGA DAN MENYENANGKAN HATI ISTERI-ISTERI ADALAH TUNTUTAN YANG BESAR DAN BERAT, WALAUPUN REZEKI KECIL TETAPI KEADILAN ADALAH PUNCAK SEGALANYA DENGAN OLAHAN RUMAHTANGGA BERLANDASKAN IMAN DAN TAKQA SAHAJALAH YANG AKAN MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN ABADI.
AHKIRNYA MUDAH-MUDAHAN PANDANGAN DAN SEDIKIT ILMU INI AKAN MEMBERIKAN SINAR BUAT BAKAL PENGANTIN DAN BUAT ISTERI YANG BERPOLIGAMI SERTA AMARAN BUAT SANG SUAMI YANG LALAI DALAM TAAT KEPADA ALLAH TETAPI AMBIL MUDAH UNTUK BERPOLIGAMI.
WASSALAM DARI INSAN FAQIR.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..byk kan bersabar..cik nik ni pun dah umo 32, tapi still lagi lom bertemu jdoh..cuma bezanya mak cik nik faham dan sentiasa memberi sokongan untuk cik nik mencari jodoh sendiri..
cik nik harap awk pun sama…sentiasa berlapang dada dan Insyallah apa yang kita hajati Allah akan tunaikan..Amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]